Assalammualaikum.
Bulan lepas, sebelum Neeza pulang ke Muar sempena cuti semester, Neeza telah mendapat undangan untuk menghadiri Hari Bersama Bloggers Body Dream Coco-S bertempat di Tous Les Jous Wolo Bukit Bintang pada 25 Januari yang lalu. Majlis ini diadakan bersempena untuk menyahut cabaran pihak Body Dream Coco-S Slimming Drink iaitu Cabaran Kurus 15 Hari Body Dream Coco-S Drink.
Sudah tentu Neeza tidak melepaskan peluang untuk sertai cabaran ini. Macam tau-tau je Neeza nak kuruskan badan. Aaahlah, baru perasan, yang setiap kali cuti semester je, mesti Neeza akan fokus untuk turunkan berat badan. Hehe,
#mybodygoals Admire gila figure Puan Sarra. untung Encik Hafiz :-D
Dalam majlis ini, kami telah diperkenalkan dengan produk Body Dream Coco-S Drink oleh pengasas produk Body Dream Coco-S, Puan Sarra Shahrin, Siap ada sesi testing itu! Maklumlah sebahagian besar di kalangan kami baru sahaja mengetahui tentang produk ini. Macam Neeza sendiri dah kenal produk ini lama dah. Bulan puasa tahun lepas, semasa menikmati hidangan Tudia Char Kuey Teow, Kota Damansara milik suami Puan Sara, Encik Hafiz. ENTRI DI SINI
Dan Neeza pun ada pengalaman consume Body Dream ini sebenarnya. Ceritanya begini, yang mana ada friend dengan Neeza di Facebook, Haneeza Mohamad dan follow Instagram @neeza02 , Neeza telah lose weight sebanyak 20 kg tahun lepas. Masa join program JK bulan Januari lepas, Neeza dah hilang dalam 5 kg. Lepas itu maintain je tapi kadang-kadang adalah turun naiknya.
Lepas raya, cuti semester selama sebulan, Neeza lost dalam 10 kg tanpa amalkan apa-apa produk. Bila naik semester 3, Neeza teruskan lagi diet sehingga lost 7 kg. Masa itu, Neeza ada alami plateau dalam proses berdiet walaupun Neeza dah workout dan diet ketat. Memacam cara cuba dah nak atasi berdasarkan saranan coach dan PT, tapi tak berjaya. Orang kata bila plateau, weightloss statik tapi incloss banyak. Kes Neeza lain, plateau yang kedua-duanya statik. Mungkin Neeza dah turun banyak sangat dalam sebulan tanpa alami plateau langsung, jadi once dah kena plateau, payah oi.
Sebelum Neeza give up, Neeza pun cuba ambil produk slimming. Tetapi kenalah research dulu tapi belum decide lagi nak beli brand apa. Bukan tak consider nak ambil fat burner dan protein shake, cuma Neeza tak suka rasanya. Dan sekiranya tak workout secukupnya, nanti dia bertukar kepada lemak dan berat badan pula bertambah. Kata nak kurus, sekali gemuk. Hahaha.
Kebetulan, Neeza ada cerita dekat kakak angkat Neeza yang bekerja di Setia Alam ini. Dia pun bagilah Neeza produk Body Dream *free*, katanya dia beli dari kawan fitness Zumba, tapi tak sempat nak consume atas kesibukan meeting dan selalu ke luar negera. Dia pun jenis selalu skip makan sebenarnya. Itulah Neeza pun hairan, kenapa dia rajin beli produk-produk slimming ini? Katanya mudah terpengaruh. Haha, suka hati kaulah kak. Jadinya dari membazir terbuang, baik bagi Neeza je katanya. Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatanglah. Hehe.
Masa itu dia bagi Neeza 2 kotak tapi isinya, sachet bagaikan sekotak setengah sebab dia dah consume separuh. Bila hari keempat baru berat turun sedikit demi sedikit. Lepas itu, Neeza pun kenkadang je consume terutama time mood malas nak pergi workout dan diet. Masa itu lost dalam 5 kg jugalah.. Bagi Neeza, tak salah nak consume slimming product janji kita rajin selidik, ada ilmu, kita tahu apa yang kita buat itu betul dan apa yang kita makan itu selamat.
Yang membuatkan Neeza terus setuju dengan tawaran kakak angkat Neeza yang nak bagi Body Dream ini pada Neeza, free itu itu lain ceritalah, hehe tapi Neeza dah tahu dah produk ini memang okay setelah diperjelaskan oleh Puan Sarra sendiri masa pertemuan kami di Kota Damansara pada bulan Ramadhan itu.
Dan sekali lagi, Puan Sarra introduce tentang kandungan dan cara pengambilan Body Dream Coco-S Drink dalam majlis ini.
Antara isi-isi kandungan Body Dream Coco-S:
Cara pengambilan:
1 sachet sahaja setiap hari. Selepas sarapan atau sebelum makan tengahari.
Pengguna:
Lelaki dan perempuan. Seawal 13 tahun (bimbingan dari ibu bapa) sehingga dewasa.
Harga:
1 kotak = 15 sachet = RM95
Haaa, sebelum Neeza lupa, kalau anda consume Body Dream Coco-S Drink, anda umpama berjogging 5 km. Jika alami pening atau degupan jantung laju, disarankan untuk amalkan separuh sachet sahaja. Dan seeloknya bila dah amal Body Dream Coco-S ini kena banyakkan minum air tau.
Dan bestnya tentang Body Dream Coco-S Drink ini ialah rasa coklat, Swiss Coco. Bagi pendapat Neeza, bila dah consume Body Dream Coco-S Drink, ia dah mengurangkan kadar craving anda pada manisan, jadi tiada masalah untuk anda mahu cut sugary dalam meal lelain itu. Kuranglah sikit seksa dari buat diet yang totally tiada rasa manis sebab rasa coco dalam Body Dream ini dah cukup dah ada nikmat manis itu. Sweetness of life gitewww.
Kalau rajin godek Instagram Body Dream Coco-S Drink ini, kebanyakan testimoni-testimoni datang dari pengguna yang berstatus jururawat dan polis. Seperti kita tahu pekerjaan seperti polis ini, mereka ada saringan dan ujian dari segi fizikal dan mental sebelum layak bergelar polis. Badan kena fit (ada ukuran dikehendaki) dan cergas, paling utama kena bebas dari segala bahan-bahan larangan.
Nak jadi polis mana boleh gemuk, nak kejar penjenayah itu. Tapi kena consider juga kalau nak ambil produk. Maklumlah produk-produk dekat pasaran sekarang sekarang ini terutama yang tang sado itu semua itu, adalah beberapa yang dah dikenalpasti letak steroid etc untuk energize muscle ketak-ketak itu. Kalau consume juga, bikin nangis bucu katil je kan, dah itu kena lupakan hasrat jadi polis.
Jadinya, bila dah banyak testimoni datang dari polis, makanya apa? Body Dream Coco-S Drink ini memang selamatlah untuk consume nak turunkan berat badan dan ia merupakan rumusan dari natural ingredients. Dan ada kelulusan GMP dan HACCP tau. Itu yang membuatkan Neeza bertambah tambah yakin Body Dream ini.
Jadinya Cabaran Kurus 15 Hari Body Dream Coco-S Drink telah berlangsung dan bermula pada 26 Januari 2017 sehingga hari ini 9 Februari 2017. Apakah hasilnya terhadap Neeza?
Jeng jeng jeng ....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraaaaaaaaa!
SEBELUM
Berat: 84.5 kg
Ukur lilit: Pinggang ( 31 inch) Peha (24 inch) Lengan ( 14 inch)
Kembangnya badan oi 3 bulan tak diet dan workout
SELEPAS
Berat: 79.6 kg
Ukur lilit: Pinggang (29.8 inch) Peha (22 inch) Lengan (13 inch)
Gambar paling latest semalam lepas arm workout, no edit okay! Maybe pakaian gelap :-p
Selama 15 hari ini, Neeza akui memang selalu workout sebab dah duduk rumah, bukan buat apa sangat pun selain kerja-kerja rumah. Menghadap drama Korea selalu pun jemu. Hilang-hilang bosan, bergeleklah Zumba, Aerobik, dan home workout. Seronok tau. Hahaha.
Masa merayap pergi Melaka dengan bff cari Coconut Shake & Kuih Keria Gula Melaka Batu Berendam yang viral
Tapi bila tang makan, hehehe. Neeza pun bukannya diet strict. Selalu je terbabas lagi-lagi kalau anak-anak buah balik. Memang makan sesedaplah. Lagi-lagi bila kita ini jarang balik Muar, muncul lah makanan-makanan yang selalu tak jumpa dekat Shah Alam sana, memang tergugatlah selalu. Itu belum part, bila dah jumpa bff yang jarang ketemu, memang kerja kami merayaplah, jalan-jalan cari makan. Hahaha. Kalau tak, mesti turun banyak lagi ini sebenarnya. Huhu
Lagipun Puan Sarra ada cakap yang "Body Dream ini tak perlu berpantang makan, tidak perlu berdiet ketat malah kita boleh makan seperti biasa."
So, ada apa hal? :-p
Yang penting, Neeza happy sangat sebab dah dapat balik bentuk badan yang Neeza usaha gila-gila 3 bulan lalu sebelum Neeza berhenti diet dan workout sepenuhnya gara-gara stress assignment dan final exam. Now nak mulakan misi baru iaitu #roadto70kg.
Apapun tahniah dekat kawan-kawan blogger yang sertai juga cabaran ini. Tengok whatsapp pagi tadi, ramai juga lose banyak setelah amalkan Body Dream ini. Bagus-bagus. Apa yang penting, amalkan gaya hidup sihat.
Buat pembaca sekalian, sekiranya anda berminat untuk mencuba produk Body Dream ini, anda boleh dapatkannya menerusi;
Instagram: @bodydream.official
Website: https://bodydreamhq.wordpress.com/
Salam sayang,
Neeza
Wow tahniah dapat kurangkan berat badan. Semoga mendapat berat badan yang ideal. Saya pun nak turunkan berat badan dengan jogging dan juga ambil supplemen Shaklee
ReplyDeleteTerima kasih, Amin. Good luck anyway :)
DeleteNeeza!! Jelessss~~ Kurusss dah diaa tauuuu. Huwarghhh
ReplyDeletehahaha, kak uyul ni XD
Deletewahhh, tahniah berat bdn dah kurang 😄 bg sy, jgn tlalu kurus jgn tlalu gemuk. yg penting sihat 😄
ReplyDeletethank you, hehe, betul betul betul
Deletedi mana ada kemahuan di situ ada jalan... gambate!
ReplyDelete