Assalammualaikum
Hello Februari! Bulan cuti untuk Neeza, maklumlah dah habis exam pertengahan Januari yang lalu. Habis sahaja final exam, sibuk pergi event sana sini sebelum balik Muar Februari ini dan ketika inilah baru ada masa nak update blog.
Antara event yang Neeza hadiri bulan lepas iaitu pada hari Ahad 15 Januari 2017, Neeza telah diundang ke Majlis Ulang Tahun Kelima Syarikat Ritz Aromatherapy di Hotel Prescott, Kajang. Kali ini Neeza pergi bersama-sama best friend blogger, Sti dari blog www.ctnurazwan.com dan juga Fiera www.syafierayamin.com.
Antara event yang Neeza hadiri bulan lepas iaitu pada hari Ahad 15 Januari 2017, Neeza telah diundang ke Majlis Ulang Tahun Kelima Syarikat Ritz Aromatherapy di Hotel Prescott, Kajang. Kali ini Neeza pergi bersama-sama best friend blogger, Sti dari blog www.ctnurazwan.com dan juga Fiera www.syafierayamin.com.
Bertemakan hijau dan putih dan slogan, Get Together, majlis ini diadakan untuk menyambut ulang tahun kelima Ritz Aromatherapy dan juga pelancaran produk terbaru dari mereka.
Majlis ini telah diacarakan oleh pengacara majlis, kemudian, majlis diserikan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan dari Puan Rita Omar, selaku pengasas Ritz Aromatherapy. Antara perkara yang disampaikan dalam ucapan beliau ialah asas permulaan syarikat beliau, hala tuju perjuangan beliau dalam membangunkan Ritz Aromatherapy, kata-kata inspirasi dan sumber kekuatan beliau.
Dan sebelum majlis berakhir dan sesi bergambar, majlis telah dilancarkan oleh Puan Rita Omar disertai oleh keluarga Ritz Aromatherapy.
Syarikat ini telah diasaskan oleh Puan Rita Omar juga merupakan Pengarah Syarikat Ritz Holistic Aromatherapy Clinic and Academy. Pertama kali bertemu dengan Puan Rita membuatkan Neeza rasa teruja dan terpegun dengan wajah anggun beliau. Personalitinya yang mempersonakan dan wajahnya yang berseri, siapa sangka Puan Rita baru sahaja berumur 48 tahun ibu kepada 4 orang cahaya mata dan telah mempunyai 3 orang cucu.
Ini mungkin kelebihan beliau dalam mengamalkan aromaterapi dalam kehidupan beliau.
Pada mulanya, Neeza ingatkan aromaterapi ini hanya terhad kepada minyak aromaterapi yang dijual di spa. Sangkaan Neeza salah sama sekali apabila dijelaskan oleh Puan Rita Omar.
Bagi yang tak mengerti maksud aromaterapi ini sebenarnya ialah rawatan mengunakan wangian. Aromaterapi ini ialah penyembuhan pelbagai rupa yang menggunakan minyak pati tumbuh-tumbuhan romatik untuk menggalakkan kesihatan badan dan ketenangan fikiran. Apabila menghidu aroma minyak pati ini (setiap aroma mempunya fungsi tertentu), ia akan bertindak balas ke dalam fungsi otak dan apabila disapu ke kulit, ia akan bergerak melalui salur darah dan seterusnya menggalakkan penyembuhan di seluruh badan
Tidak terhad hanya kepada minyak pati, Ritz telah mengeluarkan hampir 30 lebih pelbagai produk berasaskan aromaterapi, antaranya set penjagaan kulit dan wajah, wangian dan produk spa. Patutlah wajah Puan Rita sangat berseri-seri kan, rupanya dia juga mengeluarkan formulanya sendiri untuk produk penjagaan wajah berasaskan aromaterapi dan mengamalkannya.
Pada majlis sempena Ulang Tahun Kelima Ritz Aromatherapy ini, Puan Rita juga telah melancarkan produk-produk terbaru dari rangkaian Ritz Holistic Aromatherapy Clinic and Academy. Antaranya ialah Natural Anti-Ageing Oil, Pigmentation Serum, Mumtaz (Semburan Rambut Hijabis), dan arometherapy car perfume.
Dan tetamu-tetamu yang hadir ke majlis ini dapat mencuba produk-produk keluaran Ritz Aromatherapy.
Dan tetamu-tetamu yang hadir ke majlis ini dapat mencuba produk-produk keluaran Ritz Aromatherapy.
Pihak Ritz Aromatherapy juga telah memberi peluang kepada Neeza untuk Neeza cuba sendiri iaitu 4 buah produk ini terdiri daripada Sabun, Natural Anti-Ageing Oil, Pigmentation Serum dan Mumtaz. Tak sabarnya nak cuba. Jadi, nantikan tau review Neeza akan datang.
Neeza juga telah berpeluang untuk merasai sendiri produk keluaran terbaru Ritz Aromatherapy iaitu wangian kereta berasaskan aromaterapi. Terdapat 4 wangian iaitu Epal, Oren, Lavender dan Rose. Neeza paling suka wangian rose ini dan fungsi rose adalah untuk melegakan stress. Sesuai benarlah dengan Neeza yang selalu tension ini. Hihi.
Ritz Aromatherapy ini bukan sahaja mengeluarkan produk malah syarikat Ritz Holistic Aromatherapy Academy ini menyediakan perkhidmatan untuk sesiapa yang ingin belajar mengenai arometerapi dengan lebih mendalam. Puan Rita merupakan certified trainer arometherapist daripada UK dan beliau sangat berpengalaman luas dalam bidang ini.
Apapun terima kasih kepada Puan Rita Omar dan Ritz Aromatherapy kerana telah menjemput Neeza dan kawan-kawan blogger ke sambutan Majlis Ulang Tahun Kelima Ritz Aromatherapy. Makanan pun sedap-sedap belaka dan layanan dari keluarga Ritz Aromatherapy sangatlah baik. Doa kami semoga Ritz Aromatherapy terus sukses dan berjaya bukan sahaja di pasaran tempatan malah pasaran antarabangsa. Amin ya rabalamin.
Salam sayang,
Neeza.
Mesti bau wangi kereta diletak dengan wangian Rose. Boleh kurangkan stress kala tempuh jammed
ReplyDeleteAaah, paling sedap bau Rose, hehe
Delete