Thursday, 20 July 2017

Resepi - Buttermilk Chicken Simple Versi Saya (Bahagian 1)

Assalammualaikum dan hai semua,
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
Sebelum ini Neeza dapat banyak permintaan dari rakan-rakan yang mengikuti Neeza di Instagram dan Facebook tentang resepi buttermilk chicken ini. Maklumlah, Neeza memang selalu sangat masak buttermilk chicken ini sebab ini adalah masakan kesukaan Neeza sejak dari semester 2 lagi.

Makanya, hari ini Neeza akan kongsikan pada anda semua resepi buttermilk chicken sebelum mengikuti diet ketat oleh jurulatih peribadi. Tak adalah nanti Neeza makan hati berulam jantung teringat keenakannya bila ada orang asyik tanya resepi. Yelah, penat juga nak type setiap kali orang bertanya. Letak dalam blog, kongsi bahan-bahan siap jenamanya sekali sekali dengan langkah demi langkah. Lebih mudah faham di blog ya tak?

Resepi yang bakal Neeza kongsikan ini adalah salah satu versi yang sememangnya mendapat pujian daripada ramai rakan yang pernah Neeza hidangkan masakan ini. Kena dengan tekak orang Melayu sebab ada rakan Neeza pernah nyatakan dia pernah makan buttermilk chicken di kedai dan rasanya terlalu manis dan tak pedas langsung. Nasi dan kuah manis bukanlah kombinasi yang baik untuk sesetengah individu.

Jadi lebih baik masak sendiri, sedap pun sedap sebab ubuh bahan-bahan ikut cita rasa sendiri. Puas makan, muai orang kata. Kalau dekat kedai, sepinggan beberapa ketul ayam dah RM14-RM18 sepinggan. Ini RM15 sahaja kos boleh masak beberapa kali okay!

Okaylah jom mulakan. Bismillah..

RESEPI BUTTERMILK CHICKEN SIMPLE VERSI SAYA (BAHAGIAN 1)
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
Bahan-bahan Goreng:
1. Minyak
2. Ayam fillet
3. Tepung Serbaguna Bestari

Bahan-bahan Tumis:
1. Mentega / Majerin
2. Bawang putih (didadu)
3. Bawang merah/holland (didadu)
4. Cili padi 
5. Daun kari (2 tangkai)
6. Susu Sejat
7. Tepung Jagung
8. Cheese
9. Gula
10. Garam

Cara-cara masak;
1. Mula-mula perapkan selama 5-15 minit ayam fillet bersama tepung serbaguna Bestari dan sedikit air di dalam mangkuk. Kalau dekat restoran, biasanya ayam potong dadu kecil-kecil tapi disebabkan Neeza rasa lagi puas makan saiz sebegini. Hehe.

2. Selepas perap, taburkan ayam fillet tadi dengan tepung serbaguna Bestari ini. Neeza suka guna tepung ini sebab mudah. Memang terlekat cantik. Tak perlu nak lumurkan dengan telur, tak perlu banyak bahan serbuk tapi nak buat tepung sendiri pun boleh (adunkan tepung gandum+serbuk cili+serbuk lada hitam+garam). Kalau malas nak tunggu perap dan sadur serta nak cepat sangat, pakai ayam pop corn yang ada di pasaraya. Terus goreng. Haha.
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
3. Letak minyak dan goreng ayam fillet yang dah disadurkan dengan tepung tadi sehingga warna keemasan. Tips nak dapatkan gorengan yang cantik. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum letak ayam ya.
 Baru digoreng
Sedang digoreng
4. Angkat dan letak di dalam pinggan.
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
5. Masukkan mentega atau majerin ke dalam kuali. 
6. Tunggu sehingga mentega atau majerin cair.
7. Sediakan bahan-bahan menumis. Potong dadu ya.
8. Masukkan bawang putih ke dalam kuali.
9. Masukkan bawang merah pula.
10. Masukkan cili padi.
11. Masukkan daun kari dan gaulkan sehingga naik bau.
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
12. Masukkan susu sejat. Kalau sukakan lauk berkuah, ubuh banyaklah.
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
13. Sekiranya sukakan kuah yang pekat, masukkan tepung jagung.
14. Masukkan gula (masa ini Neeza letak 2 sudu).
15. Masukkan garam.
16. Masukkan ayam fillet yang digoreng tadi ke dalam kuah yang sedang dimasak.
17. Gaulkan dan masukkan pula cheese.
18. Tunggu sehingga kuah mendidih. Siap dan hidangkan.
 Yummy~
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
Close up 
Mudahkan? Senang sahaja masak buttermilk chicken ini. Rasanya yang berlemak, manis dan pedas-pedas gitu. Yang ini versi paling mudahlah. Lepas ini Neeza akan kongsikan resepi buttermilk chicken yang lebih complex ( itu sebab ada bahagian-bahagian). Bergantung pada citarasa masing-masing. Kalau dah cuba ikut versi Neeza, jangan lupa komen ya. Selamat mencuba. :-)

Salam sayang,
Neeza

1 comment:

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.