Assalammualaikum dan hai semua,
Sejak akhir-akhir ini bila online sahaja, tengok dekat timeline Facebook, newsfeed Instagram malah Instastory, FBstory dan Whatsapp Story pun penuh dengan gambar dan video tentang Spicy Korean Burger McDonald's ini sejak ia dilancarkan minggu lepas. Memang viral habis 1 Malaysia.
Bila viral tengok hari-hari up dekat timeline dan newsfeed, bohonglah kalau tak teringin nak cuba. Sedap sangat ke seperti digembar-gemburkan? . Nak-nak I ini kaki Kdrama dan pencinta makanan Korean. Makanya, kelmarin Neeza pergilah beli Spicy Korean Burger ini dekat McDonald's sekitar Shah Alam ini. Nasib baik Uber ada promo masa itu dapatlah Neeza jejakkan kaki ke sana dalam masa 5 minit dari rumah. Hehe.
Nasib baiklah masa beratur itu tak lama sangat. Yelah, pelajar-pelajar ini *termasuk Neeza* kan tengah cuti semester. Kalau ada mereka ini sudah tentu panjang barisan nak tunggu. Jenuh ler. Hihi.
Tadaaaaaa!!! Inilah Spicy Korean McDonad's yang Neeza dapat itu dengan set harga RM15.99 (RM12.99 ala carte).
Sos yang digunakan dalam burger ini adalah spicy korean sauce *rasa kimchi*. Pada pendapat Neeza, Neeza ini pencita makanan pedas, burger ini tak adalah pedas sangat pun. Adalah rasa sedikit kepedasan tapi agak 'mild'. Kalau orang yang tak makan pedas, mereka akan rasa pedas kot. Okaylah, mungkin target market McDonald's budak-budak pun boleh rasai burger keluaran baru mereka ini. Who knows? Ataupun boleh jadi Neeza memang dapat lapisan sos yang sedikit? Kalau nak pedas gila-gila, lagi pedas burger Rio yang pernah McDonad's keluarkan dulu-dulu *kita rindu bila nak keluarkan balik edisi burger Rio?*
Bila tengok dekat gambar dan video mereka yang dah upload nampak macam besar je, macam penuh je sayur tapi biasalah, ikut nasib. Ada masa baik ada masa tak. Lapisan sayur ini tak banyak. Tak rasa sangat bawang pun. Bertabahlah hati. *sigh* Tapi Neeza akui lapisan cheese memang melimpah ruah. Meleleh gitu. Yeah! I love the this kind cheese layer after all.
Untuk pengetahuan, Spicy Korean Burger ini menggunakan charcoal bun. Itu sebab warna kehitaman dan penarik untuk rakyat Malaysia cuba. Tak ada rasa apa luar biasa pun sama sahaja macam roti burger. Beef patty sama je kot macam dalam beef burger? Tebal jugalah.
Dari segi kentang pula, Neeza lagi prefer signature orginal McDonald's french fries kot *I am a totally kentang McD lover, lol* dibandingkan criss cut chip ini. Disebabkan potongan yang terlalu nipis, bila digoreng ia menjadi sangat rangup. Dah macam makan keropok. Hehe. Cuma sedih sikitlah, Neeza dapat criss cut chip yang banyak kehitaman. Nasib baik adalah juga terselit beberapa ketul french fries itu. Merasa juga kentang dan bukannya keropok. Haha. Amma so addicted with french fries. LOL.
Air pula, sedia maklum, ia adalah Frozen Fento. Alaaa~ yang Frozen harga RM1 biasa kita minum itu. Memang sedap pun. Yang belum pernah cuba, tekstur lebih kurang dengan 7eleven slurpy.
Neeza rasa dengan harga set RM15.99, Neeza rasa lebih berbaloi dapatkan Ayam Goreng McD atau BigMac. Hehe. Tapi tak salah nak cuba kelainan sekali sekala ya tak? Apapun skala pedas itu bergantung pada lidah masing-masinglah. Cuma media ini kadang-kadang viralnya terlampau atau orang putih kata exaggrated. Okaylah, lepas ini terasa nak cuba double spicy Samyang pula. Nak test pedas itu lagi gila-gila ke? Tahu tak dekat mana boleh beli COD? Kalau tahu, kongsi ye info seller. Terima kasih.
Salam sayang,
Neeza.
Ala, baru je makan burger kat Mcd. Tak perasan pulak! Apa-apa pun big mag jugak dihati. Hehehe
ReplyDeletemacam mana tak perasan ni? kalau dekat SA ini sebesar alam iklan dia, hahaha..
Deleteak pernah makan lagi. lepas ni nak kena try ni
ReplyDeletelama dah boikot mcd..:)
ReplyDeleteKita pun dah rasa haritu Neeza. Ya ampun sodap ehh, memang my taste :D
ReplyDeleteApapun selera kita berbeza lah XD Neeza. Yang part kentang tu je setuju tak berbaloi. Burger tu sodap! XD Betul ke ada double spicy samyang tu? hehe
ReplyDeletesedap memang sedap sebab rasa kimchi cuma ukuran pedas tak sehavoc diperkatakan, hehe. dah ada dah tapi tak sure dah keluar yang versi halal punya.
Deletedaging ke ayam tu Neeza? nk try tapi dok trfikir2 lagi
ReplyDeletedaging lah dee hehe..
DeleteKena pujuk suami p try ni hihihihi
ReplyDeleteAkak belum try lagi. Kalau pedas sgt, tamau ah. haha
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan