Showing posts with label SACC. Show all posts
Showing posts with label SACC. Show all posts

Sunday, 20 May 2018

Buffet Ramadhan 2018 di SACC & Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim

Assalammualaikum dan hai semua,

Ada tak yang rindu Neeza? Dah lama rasanya tak update blog sejak masuk semester baru ini. Yelah dah final student kan. Tapi memandangkan dah hampir ke akhir semester ini, kerja pun dah banyak submit jadi adalah masa sikit nak luangkan pada blog. Rindu weh. Hehe. Jadi, guys, macam mana dengan bulan puasa ini? Okay? Untuk Neeza, diet bulan puasa masih clean. Alhamdulillah.

Oh ya, memandangkan sekarang ini bulan Ramadhan, seluruh umat Islam pasti ingin melalui bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini kerana terdapat banyak hikmah berpuasa di bulan Ramadhan, antaranya menjadi pembersih jiwa, melatih kita untuk bersyukur, bersedekah, hidup bersederhana dan mengelakkan pembaziran.
Sehubungan itu, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) yang sinonim dengan amalan kemasyarakatan turut mengambil peluang melalui satu program CSR (Tanggungjawab Social Kemasyarakatan) meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Rumah dalam satu majlis berbuka puasa di SACC pada hari Jumaat yang lalu (hari Kedua kita berpuasa).
Persembahan nasyid dari adik-adik Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Rumah
Selain meraikan mereka dengan majlis berbuka puasa, SACC dengan rasa rendah hati memberikan sumbangan duit raya dan hadiah kepada semua anak yatim. Sumbangan ini ditaja oleh ADABI Consumers Industries Sdn. Bhd. Selaras dengan objektif program ini, sedikit sebanyak kita sama-sama dapat menggembirakan dan membantu anak-anak ini dengan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Ketua Pegawai Operasi SACC, Encik Nasrudin Abu Bakar, ketika ditemui di majlis sederhana tetapi penuh meriah ini,
"Alhamdullah dengan kelainan daripada Allah SWT tahun ini adalah tahun kelapan kami mengadakan majlis berbuka puasa untuk meraikan anak-anak yatim. Saya amat gembira hari ini kerana dapat mengumpulkan warga kerja dan ahli keluarga SAC dalam majlis berbuka puasa seperti ini walaupun kakitangan kami sibuk menguruskan program bufet ramadhan tahun ini."
Penyerahan sumbangan SACC ke Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Rumah
SACC juga turut meneruskan kemeriahan Bufet Ramadhan 2018 di SACC dengan bertemakan Warisan Tradisi yang telah dibuka kepada umum sejak 18 Mei sehingga 13 Jun 2018. Bufet Ramadhan kali ini menyediakan lebih daripada 100 hidangan resepi turun-menerun khas kepada pengunjung SACC.

Menariknya bufet Ramadhan yang dianjurkan setiap tahun oleh SACC ini ialah konsep "Berbuka Sambil Beramal" di mana SACC mengambil satu lagi inisiatif mulia untuk bekerjasam dengan pihak Kelab Dapur Jalanan Kuala Lumpur dalam membantu sedikit sebanyak dan mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan Geladangan.
Setiap pembelian bufet Ramadhan yang dijual dengan harga RM88, RM 1 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Kebajikan Geladangan. Macam-macam menu ada tau dari pelbagai kuih-muih dan pencuci mulut, ada juga ulam-ulaman kampung, buah-buahan, kerabu, kambing dan ikan bakar, sup utara, pad thai, pecal, moshi-moshi, kacang pool, aneka mee, aiskrim dan banyak lagi. Sampai rambang mata Neeza dibuatnya. 100 hidangan okay! Serius makanan dekat SACC tak pernah mengecewakan lagi-lagi dessert dan kambing bakar.
Yang best dekat SACC pelbagai kemudahan seperti surau, tandas dan parking yang banyak disediakan, jadi tak payah risau kalau tak ada parking dan tak ada tempat solat maghrib. Malahan, kalau datang SACC ini sangat berdekatan dengan Kompleks PKNS dan SACC Mall di mana anda boleh shopping baju raya yang kebanyakan sangat cantik. Tak rugi kalau datang SACC ini.
Bersama-sama rakan blogger Kak Noraini Zubir, Ainaa, Syiqin dan Diyana. Abaikan muka I yang kepenatan tu.

Orang ramai yang bercadang untuk berbuka puasa di SACC boleh hubungi 03-5511885, 013-250 2858 atau layari www.sacc.com.my/ramadhan-buffet untuk tempahan dan sebarang pertanyaan. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari;

Salam sayang,
Neeza


Tuesday, 10 October 2017

Westside Bistro, SACC Shah Alam Perkenal Menu Baru Stik dan Grill

Assalammualaikum dan hai semua,
Haaaa, Neeza nak perkenalkan satu lagi tempat makan yang menarik di Shah Alam ini untuk anda cuba. Bagi mereka yang tinggal atau bekerja di sekitar Shah Alam, pasti tahu mengenai Shah Alam Convention Centre (SACC) yang terletak di pusat bandar Seksyen 14 dii mana berdekatan dengan SACC Mall, Kompleks PKNS dan Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Tahu tak anda terdapat sebuah restoran yang berada di SACC? Dikenali sebagai Westside Bistro, kini memperkenalkan menu baru untuk bulan Oktober ini iaitu promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill.
westside bistro, steak and grill, sacc, makanan sedap shah alam, shah alam
Sejujurnya Neeza tak pernah lagi ke sini sebab sangkaan awal Neeza sepanjang Neeza tinggal di Shah Alam selama 2 tahun ini, makanan di sini mahal-mahal, maklumlah dekat pusat konvensyen kan tapi ternyata rupa-rupanya tidaklah mahal seperti yang Neeza sangka. Huhu.

Itulah selagi tak datang terokai sendiri, maka tak tahu dan tak cinta. Ewah. 

Saat melangkah ke Westside Bistro, ternyata konsep minimalis dan santai sangat tepat dengan jiwa. Untuk pengetahuan semua, bistro ini terletak di luar laman sudut SACC tau. Kenalah dengan persekitaran sebab nak grill mestilah dekat luar, tak kanlah kat dalam sejuk berhawa dingin. Huhu. Memang sesuai sangat sekiranya ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. 
 Laman Westside Bistro, memang meriah terutama bawa keluarga bersama
Sajian akan dimasak oleh chef dan dihidangkan secara terbuka ya. Bolehlah dapat lihat chef beraksi menujukkan skill masakan. Memang Neeza selalu rasa teruja kalau dapat lihat demonstasi masakan. Terpukau!
Demonstrasi masakan dari chef
Hidangan yang bakal disajikan, pun dah nampak menyelerakan
Okay, sempena promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill di Westside Bistro, antara menu baru stik dan grill ialah;
westside bistro, steak and grill, sacc, makanan sedap shah alam, shah alam, menu baru
Combo daging dan sotong
Ayam Panggang Skewer
Daging Kambing Panggang Skewer
Kek Coklat Lava dan Aiskrim Vanilla

Semua nampak menyelerakan kan? Apa komen Neeza tentang hidangan yang ada dalam menu baru ini?

Daging kambing Panggang Skewer ini ialah daging kambing panggang yang diperap bersama sos BBQ madu dan sayuran panggang kemudian dipanggang secara medium. Ternyata memang lembut dan juicy bila dikunyah. Manakala ayam panggang skewer pula  ayam yang diperap  dengan ketumbar, yogurt jintan putih dan sayuran panggang. Hidangan ini ternyata mempunyai rasa yang ringan dalam  perapan dan sesuai bagi mereka yang sukakan rasa hidangan yang tidak terlalu berat. 

Pilihan Neeza tentulah combo daging dan sotong dan kek coklat lava bersama aiskrim pada hari Neeza ke Westside Bistro Neeza memang teringin lama dah nak makan sotong tapi daging medium rare memang lembut dan juicy bersama sos lada hitam. Kek coklat lava bersama aiskrim memang hidangan pencuci mulut yang terbaik Neeza pernah rasa.

Selain dari empat menu baru ini, ada juga menu lain seperti Sirloin Steak, Lamb Chop, Fish & Chip, Chicken Sizzling dan lain-lain. Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk sini MENU Westside Bistro

Dari segi harga pula macam mana?
Sempena promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill, hanya serendah RM38 ++ sahaja untuk dewasa tau. 
Tapi anda boleh dapatkan harga tersebut menerusi tempahan online sahaja ya!

Kalau anda tempah di SINI anda akan dapat voucher promosi RM38.00 tersebut. Harga asal nak dekat RM50 tau. Akan tetapi, pastikan tempah seeloknya 2 hari awal ya.

Sekiranya anda nak bawa anak-anak, ini berita gembira untuk anak-anak anda!

Kanak-kanak: 
RM12.00+ pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad
Percuma pada hari Rabu dan Khamis 

Kanak-kanak bawah 6 tahun: 
Percuma

Bestnya promosi ini. Mana nak dapat promosi sebegini lagi-lagi di pusat konvensyen. 

Kalau anda juga berminat nak buat tempahan ruang bistro pun boleh. Tempahan ruangan bistro dibuka kepada orang ramai yang berminat mengadakan majlis keraian atau sesi perbincangan di sini. Ia mampu menempatkan sehingga 100 pengunjung dalam satu-satu masa dengan tawaran pakej mengikut peruntukan bajet penganjur.

Ayuh tunggu apa lagi, promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill. akan berlangsung sehingga 31/10/2018 dan sajian akan dihidangkan dari 6 petang sehingga 10.30 malam.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tempahan dan sebagainya;
Westside Bistro
Operasi: 7am-11pm
Alamat: Jalan Perbadanan 14/9, Section 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
No telefon: 03-55118858 / www.wasap.my/0132502858
Website : www.sacc.com.my
Email : enquiry@sacc.com.my

Salam sayang
Neeza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.