Tuesday, 10 October 2017

Westside Bistro, SACC Shah Alam Perkenal Menu Baru Stik dan Grill

Assalammualaikum dan hai semua,
Haaaa, Neeza nak perkenalkan satu lagi tempat makan yang menarik di Shah Alam ini untuk anda cuba. Bagi mereka yang tinggal atau bekerja di sekitar Shah Alam, pasti tahu mengenai Shah Alam Convention Centre (SACC) yang terletak di pusat bandar Seksyen 14 dii mana berdekatan dengan SACC Mall, Kompleks PKNS dan Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Tahu tak anda terdapat sebuah restoran yang berada di SACC? Dikenali sebagai Westside Bistro, kini memperkenalkan menu baru untuk bulan Oktober ini iaitu promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill.
westside bistro, steak and grill, sacc, makanan sedap shah alam, shah alam
Sejujurnya Neeza tak pernah lagi ke sini sebab sangkaan awal Neeza sepanjang Neeza tinggal di Shah Alam selama 2 tahun ini, makanan di sini mahal-mahal, maklumlah dekat pusat konvensyen kan tapi ternyata rupa-rupanya tidaklah mahal seperti yang Neeza sangka. Huhu.

Itulah selagi tak datang terokai sendiri, maka tak tahu dan tak cinta. Ewah. 

Saat melangkah ke Westside Bistro, ternyata konsep minimalis dan santai sangat tepat dengan jiwa. Untuk pengetahuan semua, bistro ini terletak di luar laman sudut SACC tau. Kenalah dengan persekitaran sebab nak grill mestilah dekat luar, tak kanlah kat dalam sejuk berhawa dingin. Huhu. Memang sesuai sangat sekiranya ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. 
 Laman Westside Bistro, memang meriah terutama bawa keluarga bersama
Sajian akan dimasak oleh chef dan dihidangkan secara terbuka ya. Bolehlah dapat lihat chef beraksi menujukkan skill masakan. Memang Neeza selalu rasa teruja kalau dapat lihat demonstasi masakan. Terpukau!
Demonstrasi masakan dari chef
Hidangan yang bakal disajikan, pun dah nampak menyelerakan
Okay, sempena promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill di Westside Bistro, antara menu baru stik dan grill ialah;
westside bistro, steak and grill, sacc, makanan sedap shah alam, shah alam, menu baru
Combo daging dan sotong
Ayam Panggang Skewer
Daging Kambing Panggang Skewer
Kek Coklat Lava dan Aiskrim Vanilla

Semua nampak menyelerakan kan? Apa komen Neeza tentang hidangan yang ada dalam menu baru ini?

Daging kambing Panggang Skewer ini ialah daging kambing panggang yang diperap bersama sos BBQ madu dan sayuran panggang kemudian dipanggang secara medium. Ternyata memang lembut dan juicy bila dikunyah. Manakala ayam panggang skewer pula  ayam yang diperap  dengan ketumbar, yogurt jintan putih dan sayuran panggang. Hidangan ini ternyata mempunyai rasa yang ringan dalam  perapan dan sesuai bagi mereka yang sukakan rasa hidangan yang tidak terlalu berat. 

Pilihan Neeza tentulah combo daging dan sotong dan kek coklat lava bersama aiskrim pada hari Neeza ke Westside Bistro Neeza memang teringin lama dah nak makan sotong tapi daging medium rare memang lembut dan juicy bersama sos lada hitam. Kek coklat lava bersama aiskrim memang hidangan pencuci mulut yang terbaik Neeza pernah rasa.

Selain dari empat menu baru ini, ada juga menu lain seperti Sirloin Steak, Lamb Chop, Fish & Chip, Chicken Sizzling dan lain-lain. Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk sini MENU Westside Bistro

Dari segi harga pula macam mana?
Sempena promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill, hanya serendah RM38 ++ sahaja untuk dewasa tau. 
Tapi anda boleh dapatkan harga tersebut menerusi tempahan online sahaja ya!

Kalau anda tempah di SINI anda akan dapat voucher promosi RM38.00 tersebut. Harga asal nak dekat RM50 tau. Akan tetapi, pastikan tempah seeloknya 2 hari awal ya.

Sekiranya anda nak bawa anak-anak, ini berita gembira untuk anak-anak anda!

Kanak-kanak: 
RM12.00+ pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad
Percuma pada hari Rabu dan Khamis 

Kanak-kanak bawah 6 tahun: 
Percuma

Bestnya promosi ini. Mana nak dapat promosi sebegini lagi-lagi di pusat konvensyen. 

Kalau anda juga berminat nak buat tempahan ruang bistro pun boleh. Tempahan ruangan bistro dibuka kepada orang ramai yang berminat mengadakan majlis keraian atau sesi perbincangan di sini. Ia mampu menempatkan sehingga 100 pengunjung dalam satu-satu masa dengan tawaran pakej mengikut peruntukan bajet penganjur.

Ayuh tunggu apa lagi, promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill. akan berlangsung sehingga 31/10/2018 dan sajian akan dihidangkan dari 6 petang sehingga 10.30 malam.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tempahan dan sebagainya;
Westside Bistro
Operasi: 7am-11pm
Alamat: Jalan Perbadanan 14/9, Section 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
No telefon: 03-55118858 / www.wasap.my/0132502858
Website : www.sacc.com.my
Email : enquiry@sacc.com.my

Salam sayang
Neeza

13 comments:

  1. Ok next location yang kita akan serbu nanti heheheh mesti sedap sini kan tengok makanan pun dah menyelerakan kita akan datang malam baru romantik..

    ReplyDelete
  2. Alaaaa...sekali lagi akak diduga dengan gambar2 sedap ni..sabar la SA..anda sedang diet..anggap je ini cobaan...

    ReplyDelete
  3. Terus lapar balik tengok gambar2 menu tu..hihi...Paling suka yang daging & sotong tu..Nampak best sangat..Tambah2 ada sos lada hitam tu..memang favourite sangat...

    ReplyDelete
  4. Hari tu sepatutnya sis gi..tapi sb sakit melepas nak makan sedap. Tak apa..nanti dah sihat harus sis pergi makan besaq kat sana..:D

    ReplyDelete
  5. Ya ampun sedapnya.. Suasana pun menyenangkan.. dengan menu yang padu, sesuai dengan cita rasa saya ni.

    Daging kambing, ayam panggang, sotong dan kek coklat lava, pergh merecik

    ReplyDelete
  6. Restoran kalau ada menu skrew & bbq memang yang tu lah pilihan Lia. sebab favorite tau. menarik nya restoran ni. kena singgah ni.

    ReplyDelete
  7. Perghh nampak sedap betul! Memang favourite yaya la steak and grill ni. Kalau pergi area sana nanti boleh cuba ;)

    ReplyDelete
  8. Sedapnya jagung tu. Pastu harga pun berbaloi plak tu. Macam nak kena pergi je hujung minggu nie.

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap. Nanyi ika nak pi and try la. Harga pun bolrh tahan kan?

    ReplyDelete
  10. I wonder about something about the food? Hmm asal nampak sedap sangat? Hahahahah lapo balik

    ReplyDelete
  11. serius memang sedap dan harga pon berpatutan.. aduhai terliur pulak kita.. by the way, kita pon terinterprem dlm blog awak.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. Wowww tengah ada promosi nie... agak menarik juga hidangan bersama dengan harganya... Berbaloi

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.