Showing posts with label Makanan Sedap Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Makanan Sedap Shah Alam. Show all posts

Wednesday, 15 November 2017

Jom Nikmati Hidangan Asia Tenggara di Row Six, Setia City

Assalammualaikum dan hai semua,
Hari ini Neeza nak kenalkan anda dengan sebuah tempat makan yang anda perlu cuba kalau anda berada di Shah Alam dan sekitar Klang iaitu Row Six yang terletak di Setia City Mall, Setia Alam. Tak jauh pun dari Shah Alam. Kalau anda naik bas Rapid KL UiTM Puncak Alam masa perjalanan kira-kira dalam setengah jam ke 40 minit bergantung pada laluan trafik. Tapi kalau anda naik kereta tentulah lagi cepat. Hehe.

Neeza memang selalu ke Setia City Mall kerana Setia City Mall merupakan tempat hangout untuk pelajar-pelajar universiti di sini. Walaupun tak sebesar Sunway Pyramid, tapi macam-macam jenama ada di bawah satu bumbung dan keadaan sekeliling yang agak santai untuk beriadah bersama rakan mahupun keluarga. Dan paling penting Setia Alam merupakan lokasi tempat makan yang terkenal untuk masa sekarang.

TENTANG ROW SIX
Row Six, Row Six Setia City, Setia City Mall
Menyajikan masakan tempatan legenda Asia Tenggara. Nanyang dikenali sebagai rujukan Asia Tenggara kepada penduduk etnik Cina etnik di negara-negara ini. Row Six percaya bahawa keenakan evolusi masakan Nanyang yang ketara dan kaya dengan ramuan bahan-bahan, gaya memasak dan persembahan selepas berabad-abad dan asimilasi budaya dengan dialek tempatan dan gaya hidup pasti menambat sesiapa sahaja terutama pengunjung-pengunjung terutama pencinta makanan yang datang ke restoran Row Six ini.
Istimewanya tatarias restoran agak kemas dan dipenuhi dengan lukisan yang menarik serta persekitarannya agak santai sesuai untuk anda nikmati hidangan bersama keluarga dan rakan malah sesuai juga ketika bertemu klien atau buat kerja menaip di sini.  Suasana kedai yang bersih menambat hati Neeza untuk menjejaki ke Row Six ini. Malahan pelayan restoran di sini agak ramah.

Nak tahu menu istimewa yang ada di Row Six ini? Kebanyakan hidangan di sini adalah dari Indonesia, Thailand dan Vietnam. Bagi penggemar makanan antara ketiga-tiga negara ini bolehlah cuba makan di sini. Jom Neeza perkenalkan satu persatu.

MENU
Hidangan Nasi
1. Tomyang Goong with Rice & Satay / Thailand - RM 24. 95
Tomyang Goong ini merupakan hidangan sup Tom Yam yang terkenal di Thailand yang menggunakan udang sebagai bahan utama. Ia merupakan sup yang mempunyai rasa lemak dan masam yang terdiri daripada daun serai, akar galangal segar dan daun limau. Istimewanya di Row Six ini disediakan sekali bersama kupang. 
2. Chicken Satay (6 sticks) / Indonesia - RM16.95
Sate ini merupakan hidangan terkenal di Indonesia dan juga Malaysia di mana dihidangkan bersama dengan sos kacang, timun dan nasi himpit. Istimewanya di Row Six, bukan setakat kuah kacang tapi ditaburkan kekacang yang memberikan impak rangup. Kuah kacang memang sedap dan cukup rencah pasti membuatkan anda ingin menikmatinya lagi. 
Sate yang digunakan dalam hidangan Tom Yam Goong dan sate ayam adalah sama ya. Neeza memang suka sangat dengan isi ayamnya yang padat, kekacang rangup dan dioles dengan kuach kacang pasti buatkan Neeza termimpi-mimpi nak makan lagi.
Row Six, Row Six Setia City, Setia City Mall
3. Nasi Ketuk / Indonesia - RM21.95
Nasi ketuk ini merupakan hidangan terkenal Indonesia nasinya disajikan berwarna biru (lebih kurang nasi kerabu yang terkenal di Kelantan) bersama kuah rendang cara Indonesia bersama telur goreng, keropok ikan, sambal dan sayuran. Rendangnya agak berbeza dengan rendang di Malaysia tapi sedap amat. Rugi kalau tak cuba
Hidangan On House
4. Row Six Combo Set / Vietnam 39.95
Merupakan set combo menghimpunkan beberapa hidangan terkenal di Vietnam terdiri daripada 2 spring roll, 6 sate ayam, 3 kek ikan, 1 mangkuk kerabu ubur-ubur dan 3 kepak ayam BBQ. 
Hidangan Mee
5. Phoh  / Vietnam - RM21.95
Sebutannya "Fuh" ya, merupakan hidangan kebangsaan dari negara Vietnama di mana ianya kaya dengan pelbagai aroma. Mi Nasi digunakan di dalam hidangan ini bersama dengan kuah yang menggunakan herba istimewa dan dihidangkan bersama ayam atau daging. Ternyata hidangan ini membuatkan anda rasa lebih tenang. p/s: kalau stress digalakkan makan ini ya, hehe
6. Thai Pad Thai / Thailand - RM 18.95
Lebih dikenali sebagai Phad Thai, ini adalah hidangan mi goreng gaya Thai yang lazim disajikan di makanan jalanan dan di restoran-restoran tempatan lazat di Thailand. Istimewanya mi yang digunakan adalah mi nasi.
Semasa perang dunia kedua, Perdana Menteri iaitu Plaek Phibunsongkhram telah memperkenalkan mi nasi ini atau dikenali sebagai se chan demi usaha mengurangkan penggunaan nasi di kalangan rakyat Thailand ketika itu dan akhirnya mi nasi ini merupakan hidangan yang menjadi identiti rakyat Thailand sehingga sekarang. Lihatlah gabungan mi nasi bersama bahan-bahan ini memberi rasa berbeza sedikit berbanding mi goreng di Malaysia ini pasti membuatkan anda teringin untuk makannya lagi.
Hidangan Roti
7. Bahn Mi & Sandwich / Vietnam - RM 15.99
Bahn Mi ini maksudnya roti. Sajian ini merupakan Vietnamese Baguette di mana baguette ini bererti mudah, maksudnya sajian roti yang mudah dan boleh dimakan di mana sahaja bersama kepingan daging yang dipanggang bersama nenas dan sayuran yang terdiri daripada salad dan lain-lain
Mengikut sejarah, hidangan Vietnam ini telah diperkenalkan oleh Perancis semasa menjajah Vietnam suatu ketika dulu. Sajian ini lebih ringan dan roti ini lebih lebih lembut di mana crust lebih tebal dan rangup berbanding roti Perancis sedia ada. Untuk sos, Neeza kurang pasti sos yang diguna pakai tapi rasanya agak manis.
Hidangan Minuman 
8. Vietnam Coffee / Vietnam - RM 6.95 (Sejuk)
Vietnamese iced coffee, also known as cà phê đá or cafe da merupakan hidangan kopi tradisional Vietnam. Ia dibuat menggunakan kopi sederhana yang dipanggang kasar di mana kopi  gelap Vietnam  menggunakan penapis titisan Vietnam kecil (phin ca phê). Selepas air panas ditambah, penuras titisan mengeluarkan titisan kopi panas perlahan-lahan ke dalam cawan. Setelah selesai cawan yang ada kopi panas ini kemudian dicurahkan dengan cepat ke dalam gelas penuh ais.
Cara yang paling popular untuk minum kopi Vietnam adalah cà phê sữa đá, di mana kopi ais Vietnam disajikan bersmaa susu pekat manis. Ini dilakukan dengan mengisi cawan kopi dengan 2-3 sudu atau lebih susu pekat manis sebelum proses menyaring penapis. Sesuai sangat untuk pencinta tegar kopi.
9. Mojito - RM9.95
Secara tradisinya, mojito adalah koktail yang terdiri daripada gula (jus tebu tradisional), jus limau, air soda, dan pudina. Menariknya, Mojito ini berasal dari Rom.
10. Mango Selasih with Cream - RM11.95
Minuman yang popular di kalangan para pengunjung Row Six di mana jus mango ini dihidangkan dengan gelas besar bersama isi mango yang ranum, selasih dan krim membuatkan anda terpikat untuk menikmatinya lagi.
11. Tropical Thanh Long / Vietnam - RM 12.95
Tropical Thanh Long sebenarnya adalah shake buah naga yang berkrim. Istimewanya di Row Six, shake buah naga ini dikisar halus bersama pisang yang membuatkan rasanya lemak manis dan daun pudina.
Hidangan pencuci mulut
12. Snow Fungus with Sea Coconut / Malaysia - RM 6.95
Ya, pencuci mulut ini merupakan hidangan dari Malaysia yang terkenal di kalangan rakyat berbangsa Cina. Terdapat snow fungus, longan dan kelapa laut. Selepas minum ini anda akan rasa lebih segar dan "mencuci" rasa dari hidangan berat sebelum ini.
13. Jack fruit with Rice Ball / Thailand - RM 11.55
Pencuci mulut ini terdiri daripada pulut beras yang digumpal secara bulat-bulat di mana ia dihidangkan bersama ais krim dan santan serta hirisan buah cempedak di atasnya. Sumpah sedap weyyy!
Mengikut citarasa dan pilihan Neeza, sekiranya Neeza datang ke Row Six ini Neeza akan memilih sajian Nasi Ketuk, Satay Ayam, Phonh Vietnam, Thai Pad Thai dan Branh Mi & Sandwich. Untuk sajian minuman pula, Neeza memang suka sangat dengan Tropical Thanh Long manakala hidangan dessert pula Neeza suka sajian Jack Fruit with Rice Ball.

Memang ketagih sangat-sangat dengan hidangan-hidangan ini. Yang penting memang puas hati makan dekat sini sebab mengenyangkan cukup rencah dan ramuannya serta saiz hidangan yang besar sesuai dengan harganya yang berpatutan. Cubalah, rugi kalau tak cuba kalau datang ke sini.
Neeza dah, anda bila lagi? 
Untuk maklumat lebih lanjut, 
Row Six Setia City
Alamat: L2-04/05, Setia City Mall, No.7 Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Jam Operasi: 10 pagi ke 10 malam setiap hari
Talian: +603 3358 4122

Salam sayang,
Neeza

Wednesday, 11 October 2017

Jom Cuba Boat Noodle Malaysian Style di Cafe Eat & Repeat, Seksyen 7 Shah Alam

Assalammualaikum dan hai semua,
Nak tahu lagi restoran dan tempat makan yang best dekat Shah Alam ini? Selama 2 tahun Neeza belajar dan menetap di sini, adalah yang Neeza tahu beberapa restoran di setiap kawasan dekat Shah Alam ini yang menyajikan hidangan yang istimewa lagi sedap serta persekitaran yang selesa.

Antaranya ialah Cafe Eat & Repeat yang terletak di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.  Alaa~ dekat dengan UiTM Shah Alam dan Jakel itu.
Warna merah hitam dan putih menjadi pilihan reka bentuk cafe yang hipster
Cafe ini sentiasa sahaja penuh dengan pelanggan sejak dari cafe dibuka 4 April 2016
Cafe Eat & Repeat ini berkonsepkan hipster yang menjadi trend anak-anak muda sekarang. Dengan harga RM1.90 semangkuk untuk setiap sajian dan promosi makan 5 dapat 1 percuma untuk happy hour, ternyata berbaloi-baloi dan tidak hairanlah para pelajar seperti kami ini seringkali ke sini. Persekitaran yang selesa dan harga yang murah juga membuatkan pelanggan membawa ahli keluarga untuk makan di cafe ini. 
Apa sajian menu yang dihidangkan di sini?

Secara asasnya, Cafe Eat & Repeat ini merupakan restoran yang berkonsepkan ala boat noodle Malaysian style yang menghidangkan sajian dalam mangkuk-mangkuk sederhana kecil. Cuma kelainan yang dibawa dalam menu di cafe ini ialah sajian serta Malaysia. Dari utara, timur, barat sehinggalah ke selatan.Terdapat 18 hidangan yang ada di sini tau. Wow!
Rambang mata kejap tak tahu nak makan mana satu dulu hehe
Amboi nampak makanan bermangkuk-mangkuk depan mata, bahagia bukan main (saya sepet sekian)
Hmm, apa pilihan Neeza?
Rojak Petis
Lontong
Mee Rebus
Tentulah dari sajian dari Johor. Perghh rindu nak balik Muar! Rasa betul-betul kaw resepi Johor ini. Terbaiklah, lepas ini sekiranya Neeza masih belajar dan bekerja di Shah Alam, memang Neeza akan rajin ke Cafe Eat & Repeat ini.

Okaylah tak nak bias, hahaha, mee sup, nasi lemak telur, kepak ayam tandoori dan brownies ice cream juga pilihan sajian utama Neeza.
 Mee Sup
Ayam Tandoori
Brownies & Ice Cream
Yang lain-lain pun sedap juga okay. Kalau tak masakan Neeza boleh habiskan bermangkuk-mangkuk ini. 
Alaaa segan pula termakan banyak, hahaha
Apapun memang seronok dan puas makan dekat sini.  Nak lagi best?

Sekiranya anda menggunakan aplikasi Kiple untuk menjelaskan bil di Cafe Eat & Repeat ini, anda boleh dapatkan potongan sehingga RM5 tau. KLIK SINI. Dah lah murah, potong diskaun lagi. Untung-untung.
Okaylah, itu sahaja Neeza nak update hari ini. Kalau datang Shah Alam lagi-lagi kawasan Seksyen 7 yang memang banyak sangat restoran sampai pening tak tahu nak pergi yang mana, bolehlah cuba makan di Cafe Eat & Repeat ini.

Cafe Eat & Repeat
Waktu operasi: 11am-11pm setiap hari
Alamat: YG24, Jalan Plumbum Y7/Y, PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Salam sayang,
Neeza

Tuesday, 10 October 2017

Westside Bistro, SACC Shah Alam Perkenal Menu Baru Stik dan Grill

Assalammualaikum dan hai semua,
Haaaa, Neeza nak perkenalkan satu lagi tempat makan yang menarik di Shah Alam ini untuk anda cuba. Bagi mereka yang tinggal atau bekerja di sekitar Shah Alam, pasti tahu mengenai Shah Alam Convention Centre (SACC) yang terletak di pusat bandar Seksyen 14 dii mana berdekatan dengan SACC Mall, Kompleks PKNS dan Plaza Alam Sentral Shah Alam.

Tahu tak anda terdapat sebuah restoran yang berada di SACC? Dikenali sebagai Westside Bistro, kini memperkenalkan menu baru untuk bulan Oktober ini iaitu promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill.
westside bistro, steak and grill, sacc, makanan sedap shah alam, shah alam
Sejujurnya Neeza tak pernah lagi ke sini sebab sangkaan awal Neeza sepanjang Neeza tinggal di Shah Alam selama 2 tahun ini, makanan di sini mahal-mahal, maklumlah dekat pusat konvensyen kan tapi ternyata rupa-rupanya tidaklah mahal seperti yang Neeza sangka. Huhu.

Itulah selagi tak datang terokai sendiri, maka tak tahu dan tak cinta. Ewah. 

Saat melangkah ke Westside Bistro, ternyata konsep minimalis dan santai sangat tepat dengan jiwa. Untuk pengetahuan semua, bistro ini terletak di luar laman sudut SACC tau. Kenalah dengan persekitaran sebab nak grill mestilah dekat luar, tak kanlah kat dalam sejuk berhawa dingin. Huhu. Memang sesuai sangat sekiranya ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. 
 Laman Westside Bistro, memang meriah terutama bawa keluarga bersama
Sajian akan dimasak oleh chef dan dihidangkan secara terbuka ya. Bolehlah dapat lihat chef beraksi menujukkan skill masakan. Memang Neeza selalu rasa teruja kalau dapat lihat demonstasi masakan. Terpukau!
Demonstrasi masakan dari chef
Hidangan yang bakal disajikan, pun dah nampak menyelerakan
Okay, sempena promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill di Westside Bistro, antara menu baru stik dan grill ialah;
westside bistro, steak and grill, sacc, makanan sedap shah alam, shah alam, menu baru
Combo daging dan sotong
Ayam Panggang Skewer
Daging Kambing Panggang Skewer
Kek Coklat Lava dan Aiskrim Vanilla

Semua nampak menyelerakan kan? Apa komen Neeza tentang hidangan yang ada dalam menu baru ini?

Daging kambing Panggang Skewer ini ialah daging kambing panggang yang diperap bersama sos BBQ madu dan sayuran panggang kemudian dipanggang secara medium. Ternyata memang lembut dan juicy bila dikunyah. Manakala ayam panggang skewer pula  ayam yang diperap  dengan ketumbar, yogurt jintan putih dan sayuran panggang. Hidangan ini ternyata mempunyai rasa yang ringan dalam  perapan dan sesuai bagi mereka yang sukakan rasa hidangan yang tidak terlalu berat. 

Pilihan Neeza tentulah combo daging dan sotong dan kek coklat lava bersama aiskrim pada hari Neeza ke Westside Bistro Neeza memang teringin lama dah nak makan sotong tapi daging medium rare memang lembut dan juicy bersama sos lada hitam. Kek coklat lava bersama aiskrim memang hidangan pencuci mulut yang terbaik Neeza pernah rasa.

Selain dari empat menu baru ini, ada juga menu lain seperti Sirloin Steak, Lamb Chop, Fish & Chip, Chicken Sizzling dan lain-lain. Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk sini MENU Westside Bistro

Dari segi harga pula macam mana?
Sempena promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill, hanya serendah RM38 ++ sahaja untuk dewasa tau. 
Tapi anda boleh dapatkan harga tersebut menerusi tempahan online sahaja ya!

Kalau anda tempah di SINI anda akan dapat voucher promosi RM38.00 tersebut. Harga asal nak dekat RM50 tau. Akan tetapi, pastikan tempah seeloknya 2 hari awal ya.

Sekiranya anda nak bawa anak-anak, ini berita gembira untuk anak-anak anda!

Kanak-kanak: 
RM12.00+ pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad
Percuma pada hari Rabu dan Khamis 

Kanak-kanak bawah 6 tahun: 
Percuma

Bestnya promosi ini. Mana nak dapat promosi sebegini lagi-lagi di pusat konvensyen. 

Kalau anda juga berminat nak buat tempahan ruang bistro pun boleh. Tempahan ruangan bistro dibuka kepada orang ramai yang berminat mengadakan majlis keraian atau sesi perbincangan di sini. Ia mampu menempatkan sehingga 100 pengunjung dalam satu-satu masa dengan tawaran pakej mengikut peruntukan bajet penganjur.

Ayuh tunggu apa lagi, promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill. akan berlangsung sehingga 31/10/2018 dan sajian akan dihidangkan dari 6 petang sehingga 10.30 malam.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tempahan dan sebagainya;
Westside Bistro
Operasi: 7am-11pm
Alamat: Jalan Perbadanan 14/9, Section 14, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
No telefon: 03-55118858 / www.wasap.my/0132502858
Website : www.sacc.com.my
Email : enquiry@sacc.com.my

Salam sayang
Neeza

Friday, 6 October 2017

Puas Makan di Port Bujang, Junction 11, Shah Alam

Assalammualaikum dan hai semua,
Neeza sering dihujani dengan soalan-soalan seperti tempat makan mana yang best di Shah Alam ini. Selalunya yang tanya Neeza kawan-kawan di universiti dan Neeza selalu naik Grab atau Uber jadi kalau berbual itu mesti terselit tanya soalan yang lebih kurang macam ini. Hahaha.
Neeza kan suka explore makanan sedap. Jadi kalau di kawasan Shah Alam ini, Neeza sarankan salah satu tempat makanan untuk anda cuba makan iaitu Port Bujang, Junction 11. Kalau nak tahu, Junction 11 ini adalah medan selera untuk Seksyen 11 yang menempatkan lebih daripada 10 buah gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan.
Rasanya dalam medan selera di seluruh Shah Alam ini, Junction 11 yang paling hipster, kemas dan bersih. I like!
Dan Port Bujang adalah di antara gerai yang beroperasi di Junction 11 ini. Port Bujang dan gerai-gerai lain dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, dari pukul 6 petang sehinggalah lewat malam.

Nak tahu apa yang istimewa tentang Port Bujang ini?

Port Bujang ini menyediakan hidangan yang berkonsepkan western fusion dan saiz hidangan yang besar dengan harga yang sangat berpatutan. 

Yang penting kalau makan dekat Port Bujang ini, kentang goreng, salad dan sos mayonis serta thousand island mesti ada dalam setiap hidangan. Kentang goreng serius best! Besar dan rangup. 
Hot Dog Daging Cendawan - RM 8.00 POPULAR & WAJIB CUBA  
Hot Dog Daging Kaw - RM 8.00 POPULAR 
junction 11, makanan sedap shah alam, western fusion, port bujang, port bujang shah alam
Bujang Platters (nuggest, wedges) - RM 7.00 TEMPTING!
Kambing Grill - RM 15.00 POPULAR & WAJIB CUBA
Kambing Grill & Nasi Goreng - RM17.00 POPULAR
Ayam Rangup - RM11 POPULAR 
Ayam Rangup & Nasi Goreng - RM 13.00 POPULAR & WAJIB CUBA
Ayam Grill - RM11 POPULAR 
Ayam Grill & Nasi Goreng - RM13 TEMPTING
Campuran Grill Ayam+Kambing - RM18 POPULAR
Campuran Grill Ayam+Kambing & Nasi - RM20 POPULAR & WAJIB CUBA
Kalau ikutkan Neeza nak sahaja anda tempah semua sebab makanan dekat Port Bujang  ini memang sedap-sedap belaka. Tapi itulah ikut masing-masing. Kalau teringin nak makan berat dan serius lapar, ambil set yang ada nasi goreng. Rugi kalau dah datang Junction 11 ini kalau tak cuba makan di sini. Lagi-lagi dihidangkan secara panas-panas. Seronoknya apabila dapat makanan yang saiz banyak dan kenyang, tak kedekut kuah dan sos mayonis serta thousand island. 

Kegemaran Neeza di Port Bujang? -selera I lah-

Bujang Platters, Hot Dog Daging Cendawan, Kambing Grill (with / without fried rice), Ayam Rangup (with / without fried rice). Bujang Platter sebab sos memang kaw-kaw bersama wedges serta nugget yang rangup. Hot Dog Daging Cendawan lebih kena tekak Neeza sebab tak semuak carbonara dan roti pun lembut. Neeza pilih kambing grill sebab jarang nak jumpa daging kambing yang digrill serta ayam rangup yang memang rangup dan rempah yang sedap.

Tak lengkap kalau makan kalau tiada minuman. Neeza nak anda cuba rasai air Mangga dan Bandung Cincau. Uniknya minuman ini rasa berbeza dengan yang selalu terjual di pasaran kerana mengandungi rasa bikabornat iaitu Extra Joss. Gabungan itu buatkan air ini memang sedap dan kaw-kaw. Minuman ini boleh didapati di gerai Eastimur
Mangga Susu dan Bandung Cincau POPULAR & WAJIB CUBA
Bagaimana kalau anda datang ke Junction 11 ini, selain Port Bujang tapi nak makan makanan Melayu? Maklumlah kadang kala antara kita mesti bawa keluarga. Selalunya mak ayah atau nenek datuk mesti nak makan makanan Melayu juga. Okay, jangan risau, ada beberapa hidangan Melayu yang anda boleh pilih dan nikmati.
Asam Pedas Daging Tetel - RM8.00 POPULAR & WAJIB CUBA
 Asam Pedas Pari - RM 8.00 TEMPTING
Daging Salai Masak Lemak Cili Api RM 7.00 POPULAR & WAJIB CUBA
Okay bukan senang tau nak jumpa masakan daging tetel dan daging salai. Daging serius lembut. Serius kuah memang pekat dan berasa. Asam pedas pun sedap juga tau, isi ikan pun fresh. Kalau nak tempah boleh pergi di gerai Claypot 46.

Oh ya, dah alang-alang makan dekat Junction 11 ini, kalau teringin nak kelainan boleh cuba sate Madura di gerai Eastimur. Sate ini bukan sate biasa-biasa dimakan bersama kuah kacang tapi sate yang dimakan bersama kicap pedas dan lada potong. Serius memang kena citarasa.
Sate Madura POPULAR & WAJIB CUBA
Bagi Neeza serius memang puas hati kalau datang  ke Junction 11. Macam-macam ada. Paling terbaik tentulah Port Bujang kalau nak makan western fusion. Harga pun sangat berbaloi dengan saiz yang dihidangkan. Ini kalau pergi restoran makanan barat terutama makanan segera memang lebih mahal beb.Untuk maklumat lebih lanjut;

Hidangan air memang wajib cuba okay! Sate pun sedap. Nak tahu tentang gerai Eastimur pula, boleh lawat ke;

Makanan Melayu singgah dekat gerai Claypot 46 okay!

Sekian sahaja untuk tempat makan sedap yang Neeza suka di Shah Alam ini, nantikan tempat lain pula. Maklumlah Neeza kan menetap di sini dan belajar di UiTM Shah Alam. Nantikan tau. 

Salam sayang,
Neeza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.