Showing posts with label makanan sedap. Show all posts
Showing posts with label makanan sedap. Show all posts

Wednesday, 15 November 2017

Jom Nikmati Hidangan Asia Tenggara di Row Six, Setia City

Assalammualaikum dan hai semua,
Hari ini Neeza nak kenalkan anda dengan sebuah tempat makan yang anda perlu cuba kalau anda berada di Shah Alam dan sekitar Klang iaitu Row Six yang terletak di Setia City Mall, Setia Alam. Tak jauh pun dari Shah Alam. Kalau anda naik bas Rapid KL UiTM Puncak Alam masa perjalanan kira-kira dalam setengah jam ke 40 minit bergantung pada laluan trafik. Tapi kalau anda naik kereta tentulah lagi cepat. Hehe.

Neeza memang selalu ke Setia City Mall kerana Setia City Mall merupakan tempat hangout untuk pelajar-pelajar universiti di sini. Walaupun tak sebesar Sunway Pyramid, tapi macam-macam jenama ada di bawah satu bumbung dan keadaan sekeliling yang agak santai untuk beriadah bersama rakan mahupun keluarga. Dan paling penting Setia Alam merupakan lokasi tempat makan yang terkenal untuk masa sekarang.

TENTANG ROW SIX
Row Six, Row Six Setia City, Setia City Mall
Menyajikan masakan tempatan legenda Asia Tenggara. Nanyang dikenali sebagai rujukan Asia Tenggara kepada penduduk etnik Cina etnik di negara-negara ini. Row Six percaya bahawa keenakan evolusi masakan Nanyang yang ketara dan kaya dengan ramuan bahan-bahan, gaya memasak dan persembahan selepas berabad-abad dan asimilasi budaya dengan dialek tempatan dan gaya hidup pasti menambat sesiapa sahaja terutama pengunjung-pengunjung terutama pencinta makanan yang datang ke restoran Row Six ini.
Istimewanya tatarias restoran agak kemas dan dipenuhi dengan lukisan yang menarik serta persekitarannya agak santai sesuai untuk anda nikmati hidangan bersama keluarga dan rakan malah sesuai juga ketika bertemu klien atau buat kerja menaip di sini.  Suasana kedai yang bersih menambat hati Neeza untuk menjejaki ke Row Six ini. Malahan pelayan restoran di sini agak ramah.

Nak tahu menu istimewa yang ada di Row Six ini? Kebanyakan hidangan di sini adalah dari Indonesia, Thailand dan Vietnam. Bagi penggemar makanan antara ketiga-tiga negara ini bolehlah cuba makan di sini. Jom Neeza perkenalkan satu persatu.

MENU
Hidangan Nasi
1. Tomyang Goong with Rice & Satay / Thailand - RM 24. 95
Tomyang Goong ini merupakan hidangan sup Tom Yam yang terkenal di Thailand yang menggunakan udang sebagai bahan utama. Ia merupakan sup yang mempunyai rasa lemak dan masam yang terdiri daripada daun serai, akar galangal segar dan daun limau. Istimewanya di Row Six ini disediakan sekali bersama kupang. 
2. Chicken Satay (6 sticks) / Indonesia - RM16.95
Sate ini merupakan hidangan terkenal di Indonesia dan juga Malaysia di mana dihidangkan bersama dengan sos kacang, timun dan nasi himpit. Istimewanya di Row Six, bukan setakat kuah kacang tapi ditaburkan kekacang yang memberikan impak rangup. Kuah kacang memang sedap dan cukup rencah pasti membuatkan anda ingin menikmatinya lagi. 
Sate yang digunakan dalam hidangan Tom Yam Goong dan sate ayam adalah sama ya. Neeza memang suka sangat dengan isi ayamnya yang padat, kekacang rangup dan dioles dengan kuach kacang pasti buatkan Neeza termimpi-mimpi nak makan lagi.
Row Six, Row Six Setia City, Setia City Mall
3. Nasi Ketuk / Indonesia - RM21.95
Nasi ketuk ini merupakan hidangan terkenal Indonesia nasinya disajikan berwarna biru (lebih kurang nasi kerabu yang terkenal di Kelantan) bersama kuah rendang cara Indonesia bersama telur goreng, keropok ikan, sambal dan sayuran. Rendangnya agak berbeza dengan rendang di Malaysia tapi sedap amat. Rugi kalau tak cuba
Hidangan On House
4. Row Six Combo Set / Vietnam 39.95
Merupakan set combo menghimpunkan beberapa hidangan terkenal di Vietnam terdiri daripada 2 spring roll, 6 sate ayam, 3 kek ikan, 1 mangkuk kerabu ubur-ubur dan 3 kepak ayam BBQ. 
Hidangan Mee
5. Phoh  / Vietnam - RM21.95
Sebutannya "Fuh" ya, merupakan hidangan kebangsaan dari negara Vietnama di mana ianya kaya dengan pelbagai aroma. Mi Nasi digunakan di dalam hidangan ini bersama dengan kuah yang menggunakan herba istimewa dan dihidangkan bersama ayam atau daging. Ternyata hidangan ini membuatkan anda rasa lebih tenang. p/s: kalau stress digalakkan makan ini ya, hehe
6. Thai Pad Thai / Thailand - RM 18.95
Lebih dikenali sebagai Phad Thai, ini adalah hidangan mi goreng gaya Thai yang lazim disajikan di makanan jalanan dan di restoran-restoran tempatan lazat di Thailand. Istimewanya mi yang digunakan adalah mi nasi.
Semasa perang dunia kedua, Perdana Menteri iaitu Plaek Phibunsongkhram telah memperkenalkan mi nasi ini atau dikenali sebagai se chan demi usaha mengurangkan penggunaan nasi di kalangan rakyat Thailand ketika itu dan akhirnya mi nasi ini merupakan hidangan yang menjadi identiti rakyat Thailand sehingga sekarang. Lihatlah gabungan mi nasi bersama bahan-bahan ini memberi rasa berbeza sedikit berbanding mi goreng di Malaysia ini pasti membuatkan anda teringin untuk makannya lagi.
Hidangan Roti
7. Bahn Mi & Sandwich / Vietnam - RM 15.99
Bahn Mi ini maksudnya roti. Sajian ini merupakan Vietnamese Baguette di mana baguette ini bererti mudah, maksudnya sajian roti yang mudah dan boleh dimakan di mana sahaja bersama kepingan daging yang dipanggang bersama nenas dan sayuran yang terdiri daripada salad dan lain-lain
Mengikut sejarah, hidangan Vietnam ini telah diperkenalkan oleh Perancis semasa menjajah Vietnam suatu ketika dulu. Sajian ini lebih ringan dan roti ini lebih lebih lembut di mana crust lebih tebal dan rangup berbanding roti Perancis sedia ada. Untuk sos, Neeza kurang pasti sos yang diguna pakai tapi rasanya agak manis.
Hidangan Minuman 
8. Vietnam Coffee / Vietnam - RM 6.95 (Sejuk)
Vietnamese iced coffee, also known as cà phê đá or cafe da merupakan hidangan kopi tradisional Vietnam. Ia dibuat menggunakan kopi sederhana yang dipanggang kasar di mana kopi  gelap Vietnam  menggunakan penapis titisan Vietnam kecil (phin ca phê). Selepas air panas ditambah, penuras titisan mengeluarkan titisan kopi panas perlahan-lahan ke dalam cawan. Setelah selesai cawan yang ada kopi panas ini kemudian dicurahkan dengan cepat ke dalam gelas penuh ais.
Cara yang paling popular untuk minum kopi Vietnam adalah cà phê sữa đá, di mana kopi ais Vietnam disajikan bersmaa susu pekat manis. Ini dilakukan dengan mengisi cawan kopi dengan 2-3 sudu atau lebih susu pekat manis sebelum proses menyaring penapis. Sesuai sangat untuk pencinta tegar kopi.
9. Mojito - RM9.95
Secara tradisinya, mojito adalah koktail yang terdiri daripada gula (jus tebu tradisional), jus limau, air soda, dan pudina. Menariknya, Mojito ini berasal dari Rom.
10. Mango Selasih with Cream - RM11.95
Minuman yang popular di kalangan para pengunjung Row Six di mana jus mango ini dihidangkan dengan gelas besar bersama isi mango yang ranum, selasih dan krim membuatkan anda terpikat untuk menikmatinya lagi.
11. Tropical Thanh Long / Vietnam - RM 12.95
Tropical Thanh Long sebenarnya adalah shake buah naga yang berkrim. Istimewanya di Row Six, shake buah naga ini dikisar halus bersama pisang yang membuatkan rasanya lemak manis dan daun pudina.
Hidangan pencuci mulut
12. Snow Fungus with Sea Coconut / Malaysia - RM 6.95
Ya, pencuci mulut ini merupakan hidangan dari Malaysia yang terkenal di kalangan rakyat berbangsa Cina. Terdapat snow fungus, longan dan kelapa laut. Selepas minum ini anda akan rasa lebih segar dan "mencuci" rasa dari hidangan berat sebelum ini.
13. Jack fruit with Rice Ball / Thailand - RM 11.55
Pencuci mulut ini terdiri daripada pulut beras yang digumpal secara bulat-bulat di mana ia dihidangkan bersama ais krim dan santan serta hirisan buah cempedak di atasnya. Sumpah sedap weyyy!
Mengikut citarasa dan pilihan Neeza, sekiranya Neeza datang ke Row Six ini Neeza akan memilih sajian Nasi Ketuk, Satay Ayam, Phonh Vietnam, Thai Pad Thai dan Branh Mi & Sandwich. Untuk sajian minuman pula, Neeza memang suka sangat dengan Tropical Thanh Long manakala hidangan dessert pula Neeza suka sajian Jack Fruit with Rice Ball.

Memang ketagih sangat-sangat dengan hidangan-hidangan ini. Yang penting memang puas hati makan dekat sini sebab mengenyangkan cukup rencah dan ramuannya serta saiz hidangan yang besar sesuai dengan harganya yang berpatutan. Cubalah, rugi kalau tak cuba kalau datang ke sini.
Neeza dah, anda bila lagi? 
Untuk maklumat lebih lanjut, 
Row Six Setia City
Alamat: L2-04/05, Setia City Mall, No.7 Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Jam Operasi: 10 pagi ke 10 malam setiap hari
Talian: +603 3358 4122

Salam sayang,
Neeza

Saturday, 15 July 2017

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Outlet Ketiga

Assalammualaikum dan hai semua
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Dah lama rasanya tak berjalan-jalan ke Sunway Pyramid. Makanya sebelum Neeza balik ke Muar (sekarang dah ada di Muar pun), Neeza singgah kejap lah Sunway Pyramid. Sebenarnya nak tebus voucher tapi Neeza tak tahu pula cawangan kedai itu dah ditutup pun. Tapi tak sia-sialah Neeza datang sebab kebetulan hari Sabtu, 8 Julai 2017, Dairy Tooth Ice Tooth pula melancarkan pembukaan outlet ketiga mereka di Sunway Pyramid Mall. Fuh, langkah kanan. Nasib baik kan.
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Ramai betul yang datang pembukaan Dairy Tooth
Mengenai Dairy Tooth Ice House ini, Neeza dah lama tahu kewujudannya semasa pembukaan outlet mereka yang pertama di Berjaya Times Square. Masa itu pula viral dekat Instagram snek makanan yang berbentuk macam telur dalam papan (nama komersial egg puff tau).

Sampai ada bff blogger Neeza pun mengidam ajak cari itu masa kami keluar jalan di kawasan Bukit Bintang tapi bila dah sampai sana, terlupa pula nak singgah Times Square. Jadi tak merasalah Neeza nak rasa makanan viral ini. Huhu.
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Kalau nak tahu, Dairy Tooth ini berkonsepkan Hong Kong-style cafe kerana ia berasal dari Hong Kong sejak dari tahun 2015 lagi. Kalau tak silap, Dairy Tooth ini dah ada 1000 outlet di bandar-bandar wilayah China dan kini Dairy Tooth meluaskan pasaran di Malaysia pula dan telah mempunyai dua outlet iaitu Berjaya Times Square dan Jaya One. Makanya outlet di Sunway Pyramid ini merupakan outlet ketiga lah untuk Dairy Tooth. Tahniah!

Bagi Neeza, sesuailah kalau outlet sebegini dibuka di pusat beli belah sebab kita datang sana pun nak jalan-jalan je cuci mata tengok promosi dan jualan murah di kedai-kedai berjenama. Kadang-kadang masa jalan-jalan itu terasa nak mengunyah dan kudap sesuatu. Betul tak? Hehe.

Apa yang pasti, terdapat pelbagai hidangan makanan dan minuman ringan yang disediakan di Dairy Ice Tooth dan menjadi pilihan masyarakat kerana sesuai untuk semua lapisan usia. Ada milk tea, puff, waffle, toast dan sebagainya.
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Neeza berkesempatan merasai beberapa hidangan popular di mana menjadi signature Dairy Tooth Ice House dan mendapat sambutan hangat berdasarkan pembukaan outlet-outlet sebelum ini, antaranya DT Silky Milk Tea, DT Original Hong Kong Eggs Puff, DT Polo Bun dan DT Peanut Waffles.

DT Silky Milk Tea
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Dihidangkan dengan Red Tea yang berkualiti tinggi dan rasa Milk Tea, it is just nice! Tak manis sangat, tak pahit sangat dan tak pekat sangat.

DT Original Hong Kong Eggs Puff
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Best seller snack Dairy Tooth! Luaran rangup dan lembut di dalam, mempunyai bentuk seakan telur dalam papan dan mempunyai aroma telur yang menyelerakan.

DT Chocolate Eggs Puff
Lebih kurang DT Original Hong Kong Eggs Puff, bezanya ia didatangkan dengan perisa coklat, selain itu ada juga  perisa cheese, wasabi dan lain-lain. Hot seller juga tau terutama pencinta coklat macam I ini. Hehe

DT Polo Bun
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Bun memang sinonim dengan masyarakat Cina lagi-lagi Hong Kong. Kombinasi bun yang cukup lembut (mat Salleh panggil fluffy) dengan cairan mentega yang masin serta rasa manis disebabkan kesan karamel yang dibakar cantik di atas bun, memang perfect!

DT Peanut Waffles
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Waffle yang lembut dihidangkan panas bersama sapuan kacang yang ranggup memang menyelerakan. Terdapat juga pilihan lain iaitu chocolate dan kaya.
Nak juga bergambar, hehe
Bila dah datang pelancaraan, selalu ada promosi. Memang langkah kanan hari itu sebab Dairy Tooth bagi Milk Tea secara PERCUMA dan diskaun untuk belian. Rugi sangat tak datang tau. Hehe, kena follow IG rapat-rapatlah lepas ini ya.

Okaylah, kalau rasa craving nak makan egg puff, bun, waffle atau milk tea, bolehlah singgah outlet Dairy Tooth yang berdekatan tau.

Dairy Tooth Ice House
Alamat;
Sunway Pyramid (sebelah Maxis Centre)
F1.K2A , Orange Zone , Sunway Pyramid

Jaya One
Jaya One , The School

Berjaya Times Square
Level 3-03-110D , Berjaya Times Square

Facebook; Dairy Tooth Malaysia
Instagram; @dairytooth.malaysia


Dairy Tooth Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Monday, 13 March 2017

Makan Sepuas Hati Buffet Tengahari RM8 Sahaja di Restoran Din d'Anjung Santai

Assalammualaikum
Adalah sesuatu yang menyeronokkan bila dapat makan sepuas hati yang kita nak terutama makan tengahari atau makan malam. Okay, masa bercuti di Kuala Selangor hari itu, Neeza sempatlah menemui sebuah lagi restoran yang menyediakan makanan sedap lagi-lagi makanan Melayu.

Okay, masa Neeza sampai di Kuala Selangor, bas yang Neeza naik itu turunkan Neeza depan IPD Kuala Selangor di mana bertentangan dengan restoran ini Neeza dah mula usha dah. Walaupun dari jauh tapi Neeza nampak kedai ini memang ramailah yang datang ke restoran dan bila Neeza datang keesokan harinya, ternyata memang ramai pengunjung tanpa henti.

Kalau Apps Hotel berkonsepkan menu shellout yang viral, Restoran Din d'Anjung Santai pula berlainan konsepnya di mana makan sepuas hati untuk buffet tengahari dengan hanya RM8! Ya, RM8 sahaja.

Bila Neeza dapat berjumpa sendiri dengan pengurus Restoran Din d'Anjung Santai ini dan mengetahui tentang konsep restoran ini di mana makanlah sepuas hati sampai pengsan pun boleh, you alls hanya bayar RM8 sahaja untuk harga pinggan. Memang tanggapan pertama Neeza ialah "wow!"

Bagi Neeza sangatlah murah lagi-lagi untuk orang yang datang bercuti sekali sekala ke Kuala Selangor di mana makanan laut di sini sangatlah murah dan bolehlah makan sepuas hati. Alaaa~ sepupu Neeza yang belajar dekat UNISEL Bestari Jaya dah lama duduk sini pun jarang tahu pasal restoran-restoran di sini. Hehehe.
Sebenarnya apa yang Neeza lihat restoran ini juga mendapat sambutan yang sangat hebat di kalangan penduduk tempatan di sini. Siap bawa family 5-6 orang terus. Mana taknya, pelanggan datang tanpa berhenti, makanan dalam tray sentiasa perlu diisi. Pendapat Neeza, lokasi restoran ini sangat strategik berhadapan IPD Kuala Selangor dan hotel Sun Inns Hotel serta medan niaga dan sekolah. Senang lihat senang nampak. Hehe
Ditambah pula dengan keadaan restoran yang bersih dan selesa menarik ramai lagi pelanggan untuk datang dan menikmati makanan di sini. Susah nak nampak pinggan kotor sebab pekerja-pekerja di sini sangat peka apabila pelanggan dah selesai makanan dan keluar dari restoran.
Bukan dari segi harga dan lokasi, faktor tarikan besar Restoran Din d'Anjung Santai ini sebenarnya terletak pada menunya. Macam-macam jenis hidangan Melayu yang disediakan, kalau ikan je sampai 5-6 jenis ikan dan hidangan, begitu juga ayam dan sayur-sayuran. Fuhh, memang bestlah. Macam-macam masakan ada.


IKAN
AYAM

SAYUR & ULAM
Sambal tempe ini memang Neeza berkali kali tambah, anak jati Johor katakan tapi selera Jawa walaupun mix, haha.

AIR
AISKRIM
Sebenarnya banyak lagi menu yang ada tapi disebabkan ramai sangat orang ni je yang ada sempat Neeza tangkap, memang tak putus-putus tau orang yang berkunjung biarpun Restoran Din d'Anjung Santai ini baru sahaja beroperasi.
Happy luncheon everyone!

Serius Neeza memang enjoy sangat makan dekat sini, you alls hanya perlu bayar untuk harga pinggan RM8 dan makan sebanyak mana yang you alls nak berkali-kali. Air pun free. Masa inilah nak makan puas-puas ikan dan makanan laut sebab jarang nak jumpa restoran yang konsep seperti ini di Shah Alam. Maklumlah harga ikan dekat Shah Alam kalau beli dekat pasaraya ini memang cekik darah. Huhuhu.

Haaaaaa... sebelum terlupa, waktu siang Restoran Din d'Anjung Santai ini memang dibuka untuk buffet tengahari dari pukul 10 pagi sampailah jam 4 petang. Selepas waktu itu hinggalah ke 2 pagi, lain pula konsepnya iaitu terdapat banyak stall di bawah satu bumbung, makanan Melayu macam Mee Bandung Muar ada, western pun ada, macam-macamlah.
Malam anda pasti tidak kebosanan dengan pelbagai menu yang ada di Restoran Din d'Anjung Santai ini. Cuma Neeza tak berpeluang nak singgah yang malam punya sebab berkejar nak balik Shah Alam untuk hadir media launch ketika itu.
Jadinya kalau you alls ada di Kuala Selangor atau singgah ke bercuti di sana, you alls wajib singgah Restoran Din d'Anjung Santai. Terima kasih dekat kak Arza sebab bawa Neeza ke sini. Kalau Neeza datang ke Kuala Selangor lagi in Shaa Allah Restoran Din d' Anjung Santai pasti menjadi pilihan dalam senarai wajib pergi.

Restoran Din d'Anjung Santai
Alamat: No. 1 Medan Niaga, Jalan Bendahara 1A, Taman Bendahara, 45000 Kuala Selangor
Nombor telefon: 019-6656545/ 011-12655545


Okay, sekian sahaja posting makanan hari ini. Hahaha.

Salam sayang,
Neeza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.