Assalammualaikum
Adalah sesuatu yang menyeronokkan bila dapat makan sepuas hati yang kita nak terutama makan tengahari atau makan malam. Okay, masa bercuti di Kuala Selangor hari itu, Neeza sempatlah menemui sebuah lagi restoran yang menyediakan makanan sedap lagi-lagi makanan Melayu.
Okay, masa Neeza sampai di Kuala Selangor, bas yang Neeza naik itu turunkan Neeza depan IPD Kuala Selangor di mana bertentangan dengan restoran ini Neeza dah mula usha dah. Walaupun dari jauh tapi Neeza nampak kedai ini memang ramailah yang datang ke restoran dan bila Neeza datang keesokan harinya, ternyata memang ramai pengunjung tanpa henti.
Kalau Apps Hotel berkonsepkan menu shellout yang viral, Restoran Din d'Anjung Santai pula berlainan konsepnya di mana makan sepuas hati untuk buffet tengahari dengan hanya RM8! Ya, RM8 sahaja.
Bila Neeza dapat berjumpa sendiri dengan pengurus Restoran Din d'Anjung Santai ini dan mengetahui tentang konsep restoran ini di mana makanlah sepuas hati sampai pengsan pun boleh, you alls hanya bayar RM8 sahaja untuk harga pinggan. Memang tanggapan pertama Neeza ialah "wow!"
Bagi Neeza sangatlah murah lagi-lagi untuk orang yang datang bercuti sekali sekala ke Kuala Selangor di mana makanan laut di sini sangatlah murah dan bolehlah makan sepuas hati. Alaaa~ sepupu Neeza yang belajar dekat UNISEL Bestari Jaya dah lama duduk sini pun jarang tahu pasal restoran-restoran di sini. Hehehe.
Sebenarnya apa yang Neeza lihat restoran ini juga mendapat sambutan yang sangat hebat di kalangan penduduk tempatan di sini. Siap bawa family 5-6 orang terus. Mana taknya, pelanggan datang tanpa berhenti, makanan dalam tray sentiasa perlu diisi. Pendapat Neeza, lokasi restoran ini sangat strategik berhadapan IPD Kuala Selangor dan hotel Sun Inns Hotel serta medan niaga dan sekolah. Senang lihat senang nampak. Hehe
Ditambah pula dengan keadaan restoran yang bersih dan selesa menarik ramai lagi pelanggan untuk datang dan menikmati makanan di sini. Susah nak nampak pinggan kotor sebab pekerja-pekerja di sini sangat peka apabila pelanggan dah selesai makanan dan keluar dari restoran.
Bukan dari segi harga dan lokasi, faktor tarikan besar Restoran Din d'Anjung Santai ini sebenarnya terletak pada menunya. Macam-macam jenis hidangan Melayu yang disediakan, kalau ikan je sampai 5-6 jenis ikan dan hidangan, begitu juga ayam dan sayur-sayuran. Fuhh, memang bestlah. Macam-macam masakan ada.
IKAN
AYAM
SAYUR & ULAM
Sambal tempe ini memang Neeza berkali kali tambah, anak jati Johor katakan tapi selera Jawa walaupun mix, haha.
AIR
AISKRIM
Sebenarnya banyak lagi menu yang ada tapi disebabkan ramai sangat orang ni je yang ada sempat Neeza tangkap, memang tak putus-putus tau orang yang berkunjung biarpun Restoran Din d'Anjung Santai ini baru sahaja beroperasi.
Happy luncheon everyone!
Serius Neeza memang enjoy sangat makan dekat sini, you alls hanya perlu bayar untuk harga pinggan RM8 dan makan sebanyak mana yang you alls nak berkali-kali. Air pun free. Masa inilah nak makan puas-puas ikan dan makanan laut sebab jarang nak jumpa restoran yang konsep seperti ini di Shah Alam. Maklumlah harga ikan dekat Shah Alam kalau beli dekat pasaraya ini memang cekik darah. Huhuhu.
Haaaaaa... sebelum terlupa, waktu siang Restoran Din d'Anjung Santai ini memang dibuka untuk buffet tengahari dari pukul 10 pagi sampailah jam 4 petang. Selepas waktu itu hinggalah ke 2 pagi, lain pula konsepnya iaitu terdapat banyak stall di bawah satu bumbung, makanan Melayu macam Mee Bandung Muar ada, western pun ada, macam-macamlah.
Malam anda pasti tidak kebosanan dengan pelbagai menu yang ada di Restoran Din d'Anjung Santai ini. Cuma Neeza tak berpeluang nak singgah yang malam punya sebab berkejar nak balik Shah Alam untuk hadir media launch ketika itu.
Jadinya kalau you alls ada di Kuala Selangor atau singgah ke bercuti di sana, you alls wajib singgah Restoran Din d'Anjung Santai. Terima kasih dekat kak Arza sebab bawa Neeza ke sini. Kalau Neeza datang ke Kuala Selangor lagi in Shaa Allah Restoran Din d' Anjung Santai pasti menjadi pilihan dalam senarai wajib pergi.
Restoran Din d'Anjung Santai
Alamat: No. 1 Medan Niaga, Jalan Bendahara 1A, Taman Bendahara, 45000 Kuala Selangor
Nombor telefon: 019-6656545/ 011-12655545
Facebook: Din D'Anjung Santai Santai
Okay, sekian sahaja posting makanan hari ini. Hahaha.
Salam sayang,
Neeza
Murahnya ..rm8 ...
ReplyDeleteboleh makan puas-puas sampai pengsan hehe
DeleteMurah sangat RM8! Makanan pun semua nampak sedappp. Aduhh jauh pulak selangor.
ReplyDeletekalau syed datang selangor rodger2 lah eh boleh bawa tempat makan sedap area sini, hahaha
DeletePerghh.. terbaik!... makan sampai kenyang kalau saya mmg amik semua ni. hahaha
ReplyDeletenasib baik Neeza diet, pi balun semua jenis ikan ayam, hahaha
DeleteSekali ngan air ke? Murah kalau rm8 boleh ambik apa sahaja. Asalkan larat nak makan kan...
ReplyDeleteaah termasuk air.. hehe.. kan alang2 dah sampai kuala selangor kita makan sampai puaslah ikan.. huhu
Deletemurahnyaaa >,< kat sini rm8 tu air segelas pun tak dapat.
ReplyDeletelauk pun meriah, hehehe
aduhhh laparnyaaaa. dah laa murahhh.
ReplyDeletehttps://unnianje.blogspot.my
aduhh sedappnyaaa neeza, murah pulakk tuh,
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
boleh tahan murah tu kalau dapat dgn air sekali.
ReplyDeleteterliur aihhh dengan gambar lauk2 tu T^T
fav kita jugak sambal tempe tu :)
murahnya rm 8 je.alahai jauh lah pulak nak pergi
ReplyDeleteNeeza! Murahnya harga RM8 dan makan bufet. huu tak dapat kat tempat lain ni. Tengok gambar lauk pun menyelerakan tau.
ReplyDelete