Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

Saturday, 15 July 2017

Dairy Tooth Ice House di Sunway Pyramid - Outlet Ketiga

Assalammualaikum dan hai semua
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Dah lama rasanya tak berjalan-jalan ke Sunway Pyramid. Makanya sebelum Neeza balik ke Muar (sekarang dah ada di Muar pun), Neeza singgah kejap lah Sunway Pyramid. Sebenarnya nak tebus voucher tapi Neeza tak tahu pula cawangan kedai itu dah ditutup pun. Tapi tak sia-sialah Neeza datang sebab kebetulan hari Sabtu, 8 Julai 2017, Dairy Tooth Ice Tooth pula melancarkan pembukaan outlet ketiga mereka di Sunway Pyramid Mall. Fuh, langkah kanan. Nasib baik kan.
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Ramai betul yang datang pembukaan Dairy Tooth
Mengenai Dairy Tooth Ice House ini, Neeza dah lama tahu kewujudannya semasa pembukaan outlet mereka yang pertama di Berjaya Times Square. Masa itu pula viral dekat Instagram snek makanan yang berbentuk macam telur dalam papan (nama komersial egg puff tau).

Sampai ada bff blogger Neeza pun mengidam ajak cari itu masa kami keluar jalan di kawasan Bukit Bintang tapi bila dah sampai sana, terlupa pula nak singgah Times Square. Jadi tak merasalah Neeza nak rasa makanan viral ini. Huhu.
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Kalau nak tahu, Dairy Tooth ini berkonsepkan Hong Kong-style cafe kerana ia berasal dari Hong Kong sejak dari tahun 2015 lagi. Kalau tak silap, Dairy Tooth ini dah ada 1000 outlet di bandar-bandar wilayah China dan kini Dairy Tooth meluaskan pasaran di Malaysia pula dan telah mempunyai dua outlet iaitu Berjaya Times Square dan Jaya One. Makanya outlet di Sunway Pyramid ini merupakan outlet ketiga lah untuk Dairy Tooth. Tahniah!

Bagi Neeza, sesuailah kalau outlet sebegini dibuka di pusat beli belah sebab kita datang sana pun nak jalan-jalan je cuci mata tengok promosi dan jualan murah di kedai-kedai berjenama. Kadang-kadang masa jalan-jalan itu terasa nak mengunyah dan kudap sesuatu. Betul tak? Hehe.

Apa yang pasti, terdapat pelbagai hidangan makanan dan minuman ringan yang disediakan di Dairy Ice Tooth dan menjadi pilihan masyarakat kerana sesuai untuk semua lapisan usia. Ada milk tea, puff, waffle, toast dan sebagainya.
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Neeza berkesempatan merasai beberapa hidangan popular di mana menjadi signature Dairy Tooth Ice House dan mendapat sambutan hangat berdasarkan pembukaan outlet-outlet sebelum ini, antaranya DT Silky Milk Tea, DT Original Hong Kong Eggs Puff, DT Polo Bun dan DT Peanut Waffles.

DT Silky Milk Tea
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Dihidangkan dengan Red Tea yang berkualiti tinggi dan rasa Milk Tea, it is just nice! Tak manis sangat, tak pahit sangat dan tak pekat sangat.

DT Original Hong Kong Eggs Puff
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Best seller snack Dairy Tooth! Luaran rangup dan lembut di dalam, mempunyai bentuk seakan telur dalam papan dan mempunyai aroma telur yang menyelerakan.

DT Chocolate Eggs Puff
Lebih kurang DT Original Hong Kong Eggs Puff, bezanya ia didatangkan dengan perisa coklat, selain itu ada juga  perisa cheese, wasabi dan lain-lain. Hot seller juga tau terutama pencinta coklat macam I ini. Hehe

DT Polo Bun
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Bun memang sinonim dengan masyarakat Cina lagi-lagi Hong Kong. Kombinasi bun yang cukup lembut (mat Salleh panggil fluffy) dengan cairan mentega yang masin serta rasa manis disebabkan kesan karamel yang dibakar cantik di atas bun, memang perfect!

DT Peanut Waffles
dairy tooth, third outlet, sunway pyramid mall
Waffle yang lembut dihidangkan panas bersama sapuan kacang yang ranggup memang menyelerakan. Terdapat juga pilihan lain iaitu chocolate dan kaya.
Nak juga bergambar, hehe
Bila dah datang pelancaraan, selalu ada promosi. Memang langkah kanan hari itu sebab Dairy Tooth bagi Milk Tea secara PERCUMA dan diskaun untuk belian. Rugi sangat tak datang tau. Hehe, kena follow IG rapat-rapatlah lepas ini ya.

Okaylah, kalau rasa craving nak makan egg puff, bun, waffle atau milk tea, bolehlah singgah outlet Dairy Tooth yang berdekatan tau.

Dairy Tooth Ice House
Alamat;
Sunway Pyramid (sebelah Maxis Centre)
F1.K2A , Orange Zone , Sunway Pyramid

Jaya One
Jaya One , The School

Berjaya Times Square
Level 3-03-110D , Berjaya Times Square

Facebook; Dairy Tooth Malaysia
Instagram; @dairytooth.malaysia


Dairy Tooth Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Friday, 20 January 2017

Jom Makan di D'Kayangan Steamboat & Grill, Shah Alam

Assalammualaikum
Dah lama rasanya tak makan steamboat. Tetiba rasa teringin pula. Alang-alang dah tak diet kan. Lagi-lagi stress nak ambil peperiksaan.  Trylah cari Google, restoran paling terkenal dengan hidangan steamboat, antaranya ialah D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam. Memang tak jauh ini dari tempat tinggal Neeza. Okay, set.

Masa nak pergi ini, kebetulan kawan blogger, Alja dari www.cahayapermata.my turun dari KL nak ajak date dengan Neeza, eh ke Neeza yang ajak date dengan Alja. Hahaha. Maklumlah dah lama tak jumpa, kalau tak silap kali terakhir jumpa dia masa majlis berbuka puasa dekat Damansara. Kami kan best friend blogger forever gitu. Hahaha.

Bila kami sampai ke D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam ini, fuhh betul lah memang terkenal kedai ini. Ramai juga pelanggan yang datang untuk makan steamboat dekat sini. Thumbs up untuk Google bagi cadangan baik punya. Huhu.

Terdapat dua ruangan dalam D'Kayangan Steamboat & Grill ini iaitu dalam restoran atau luar (dalam khemah).

Dalam restoran

Luar (Suasana Siang & Malam):

Bila masa dalam kedai ini serius rambang mata beb. Untuk kuah steamboat, ada dua pilihan iaitu Sup Ayam dan Tomyam. Neeza pilih Tomyam.

Tengoklah hampir penuh meja kami;
Banyak pilihan juadah steamboat disediakan di sini. Hampir 200 hidangan untuk anda pilih semasa berada di restoran steamboat ini, dari hidangan steamboat, grill, kambing golek, makanan goreng, minuman sehinggalah pencuci mulut. Sampai ada rasa tamak nak ambil dan cuba rasai semua, hahaha. :-p

Maklumlah sekarang kan restoran D'Kayangan Steamboat & Grill ini sedang mengadakan promosi Sunday Lunch, iaitu RM22.90 (dewasa) dan RM9.90 (kanak-kanak). Kalau hari-hari biasa, RM33+ (dewasa) dan RM18+ (kanak-kanak).
Memang terbaiklah makan steamboat dekat D'Kayangan Steamboat & Grill. Rugi kalau korang tak cuba lagi-lagi kalau datang Shah Alam ini.

Jom ramai-ramai ke sini sekarang!

Untuk maklumat lebih lanjut: 

Nama Restoran: Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Alamat: Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 12-297 1091

Salam sayang,
Neeza
D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Wednesday, 18 January 2017

Review Japanese Shaved Ice Dessert Kakigori

Assalammualaikum
Setelah menyambut Tahun Baru di Putrajaya, sekali lagi, Neeza bersama-sama Fyra dan Izzah meluangkan masa untuk mencuba Japanese Shaved Ice Dessert Kakigori sebelum mereka menghantar Neeza balik ke KL Sentral.
Neeza memang tak tahu menahu langsung mengenai Kakigori ini sebenarnya. Ini adalah cadangan dari Fyra.sendiri yang ingin merindui Shaved Ice Dessert semasa melancong ke Korea. Maklumlah, Fyra kan travel blogger yang mempunyai banyak pengalaman melancong ke negara-negara Asia.
Neeza dan Izzah pun ikut jelah. Masa datang tengok dari luar kedai, ramai dah beratur nak bergambar dekat depan kedai. Nampaklah konsep kedai Jepun sebab ada langsir ini.
Masuk je kedai, kaunter berada di hadapan sekali. Mula-mula kenalah beratur untuk ambil tempahan. Sekiranya anda merupakan pengunjung kali pertama dan tak tahu menahu langsung mengenai Kakigori ini, pekerja di ruangan kaunter ini akan menjelaskan menu-menu yang ada dan wajib dicuba. Pekerja pun ramah dan baik.

Selesai sahaja membuat tempahan dan bayar, pekerja itu akan memberikan nombor giliran. Sekiranya anda haus, Kakigori menyediakan cawan dan air mineral berdekatan kaunter. Layan sendiri ya. Hehe.
Bila giliran anda sampai, anda kena ambil sendiri di rak ini. Nasiblah siapa dapat rak atas itu kena lebih hati-hati sebab boleh tahan berat juga Japanese Shaved Ice Dessert ini.
Menurut Fyra, dia teringin nak merasai Japanese Shaved Ice Dessert yang limited edition untuk Krismas. Nama perisa itu ialah Christmas Elderberry with Elderflower Espuma. Kalau dekat Malaysia ini, Japanese Shaved Ice Dessert ini ala-ala ABC cuma teksturnya lebih halus. Bila cuba perisa Christmas Elderberry with Elderflower Espuma ini, rasa dia ada masam-masam (Elderberry itu kot), manis (ada aiskrim Vanila dan biskut Krismas) dan icy. Bagi Neeza okaylah sedap tak terlampau masam dan manis.

1 mangkuk ini sudah cukup mengenyangkan kami bertiga sebenarnya, nasib baik tak ambil lagi semangkuk kalau tak, macam manalah nak habiskan. Hahaha. Dari segi harga, agak sedikit mahal lah bagi Neeza tetapi kalau sekali sekala tak salah kot nak mencuba kelainan terutama pemburu makanan (food hunter) ini.
Konsep kedai ini memang sempoi. Dekorasi yang sangat minimalis dan sambil makan dengar lagu jazz cukup menenangkan para pelanggan.

Setelah selesai makan, jangan harap ada pelayan nak ambilkan mangkuk kalian ya. Huhu. Kena hantar sendiri mangkuk itu ke kaunter dapur. Dah pun masuk dalam kedai Jepun, budaya Jepun tetap ada di situ kenalah lebih rajin sikit ambil dan pulang balik mangkuk itu dan sikap ini membuatkan Neeza teruja.

Terima kasih Fyra sebab belanja kami makan di sini. Kalau Fyra tak perkenalkan mesti Neeeza tak tahu langsung kewujudan Kakigori di Malaysia, maklumlah nak melancong ke Jepun belum cukup duit lagi, hehe.

Okaylah sekian sahaja review Neeza kali ini.

Kakigori Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Nama Restoran: KAKIGORI
Alamat: 25, Jalan 20/13, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 3-7865 8999
Operasi: 2–11 pm (kecuali Isnin)

Salam sayang,
Neeza.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.