Hai peeps!
|
Masing-masing pipi pau mengembang setelah kenyang makan makanan Korea. :-p |
Before going back home last Friday, I'd already have a pinky promise with my best friend that we're going to meet in Kuala Lumpur. Actually, 7th May ago, she suddenly WhatsApp me
"kaw 27/5 ada apa-apa kee?"
"shopping mall apa dekat dengan kau"
"selalu naik apa"
Okay, feel weird with her messages on that time. Hahaha.
Discussion demi discussion, she said macam nak singgah dulu sebelum balik Muar. Okay, rupa-rupanya dia nak jalan-jalan. Maklumlah, balik-balik lepak Muar, kalau ada kenderaan tak apalah jugak boleh berdezupp ke Melaka, at least. Haha, so planning and planning, final decision, we will meet in TBS since dia teringin nak pergi Mid Valley Megamall. Iolls? Ada apahal, public transport dekat KL, small matter *tarik kolar* Hehe acah pro.
Pada pagi 27/5/2016
Mula-mula janji dengan Afiq *her real name is Afiqah* since she is my ex-classmate last semester and her hometown also in Muar, okay janji dengan Afiq, jumpa dekat Hub Seksyen 3 tempat bas rapid KL, since tunggu punya tunggu, bas rapid KL nak pergi Seksyen 9 tak lalu-lalu, we decided to take Grab Car nak pergi Masalam Shopping Mall. Actually, IC neeza dah memang tak serupa IC dah, well, IC darjah 6 kan, since nanti nak beli tiket dekat TBS kena check pakai IC, so nak tak nak kena pergi Pejabat Pendaftaran untuk dapatkan IC sementara. Lama jugalah tunggu giliran sebab ramai orang.
Lepas itu, we had our breakfast in KFC, just in front of Masalam Mall. Then, we took Grab Car again, since terlepas bas pula. :')) Lepas itu, kami tunggu bas untuk ke KL dekat bustop Seksyen 14 belakang Maybank. Okay, serius menyesal time ini. Bas Pasar Seni yang lalu masa itu cuma setingkat dan terlalu ramai. No seat. Jadinya, kami kena diri *dekat depan sekali sebelah driver* for 1 hour beb. Dengan jammed semua. Kalau tahu, baik ambil Grab Car tadi terus pergi KTM. :'(( Lenguh kaki, haha.
Sampai je KL Sentral, teman Afiq topup touch n go, cakap dekat Afiq "kau tak kisah ke kalau kita naik ERL?" well, ERL a little bit pricey, mihmih. Afiq kata tak kisah, so terus kami pergi kaunter ERL KLIA Transit, nasib baik time itu lagi 6 minit je ERL nak sampai, kalau terlepas kena tunggu lagi setengah jam lah jawabnya. The reason Neeza ajak Afiq naik ERL sebab kalau naik KTM untuk ke TBS, sah-sah tak ada tempat duduk sebab memang pack hari Jumaat itu. Dahlah kaki sakit sebab diri dekat bas tadi, so kalau naik ERL, memang tak ramai langsung dan banyak gila seat serta cepat sikit nak sampai TBS.
Sampai je TBS, call Anis, dah sampai belum. Lebih kurang 10 minit gitu dia dah sampai. Terus siap-siap beli tiket untuk malam nanti. Dah beli tiket, simpan beg yang berat-berat itu dalam locker, terus turun pergi kaunter KTM. Maklumlah budak seorang itu degil nak daftarkan IC dia dengan touch n go :')) Siapa lagi yang duduk jauh nan Pahang. Katanya belum ada kepentingan. Kalau budak Shah Alam ini, memang dok pulun bas rapid kalau bas free UiTM tak lalu. Hehe.
|
My choice, beef soondubu jingae~ |
Naik KTM pergi MidValley. Sampai je Mid Valley, masing-masing dah lapar belum lunch. So we decided to eat Korean Food, of course my choice is Dubuyo. Yummmy! Cuma frustfrated side dish dia tak berapa best macam Dubuyo Sunway Pyramid. Neeza suka ikan bilis manis itu. But kali ini dapat side dish semua masam. #sisredha Anis tak suka Kimchi, so I took hers.
|
Yummmy~ aiskrim kelapa |
Lepas makan, terus dorang ajak jalan-jalan 1 Mid Valley, masuk PadiniStore, Famous Amos, Zara, Mango, Forever 21, Animal Wonderpets, Daiso dan macam-macamlah. Sampai satu tahap, okay, aku surrender dah. Haha. Maklumlah kaki sakit diri dekat bas tadi belum habis, jalan satu shopping mall? Memang taklah. Sedangkan Sunway Pyramid itu pun Neeza tak suka sangat sebab besar, Mid Valley, 3x besar weyyy.
Dalam pukul 8 lebih kami dah keluar dari Mid Valley, terus ke KTM semula untuk balik ke TBS. Perjalanan terasa panjang bila lah nak sampai mungkin sebab kaki sakit, kena berdiri lagi sebab dalam KTM was really packed with people. Sampai TBS duduk rehat sat, sebelum ambil bagasi dan masuk ke balai pelepasan dan balik ke rumah.
Thanks you alls for that day and sorry laaaa, I am not a good window shopper. Hehe. In future, kita try pergi bercuti pula eh?
Okaylah, itu sahaja cerita short escape Neeza dengan bestie, well, jalan-jalan Mid Valley, a new place for us, since seminggu sebelum itu memang stress dengan assignment, kerenah groupmate, nak final exam dan macam-macamlah, itu sebab tak sabar nak keluar dari uni dan jenjalan. Haha.
Salam sayang. XOXO :D