Tuesday 17 May 2016

FeedMyGuest Malaysia- Katering Online Di Malaysia


Hai guys!

Nak tanya ini? You alls selalu buat birthday party, kenduri majlis kahwin, majlis aqiqah, baby shower, bride-to-be shower ke? Mesti pening kan nak cari khidmat katering yang mana satu. Kadang-kadang itu sampai kena call saudara, kawan-kawan tanya khidmat katering apa yang mereka selalu pakai untuk majlis. Bertambah sakit kepala nak-nak dah booking khidmat katering lepas itu mereka cancel sebab nak fokus job lagi besar. Tak pun yang mana majlis last minute, khidmat katering yang you alls kenal semua dah penuh pada hari majlis itu. Boleh migrain macam ini.

Jangan bimbang okay. Rileks and chill. Haaaa... hari ini Neeza nak uar-uarkan dekat you alls yang sekarang ini semua dah di hujung jari sahaja. Mudah dan pantas. Tak payah dah nak bazir kredit telefon, masa dan keringat pergi satu bandar semata-mata nak cari khidmat katering yang available pada hari majlis atau kenduri itu nanti (kalau semua penuh macam mana). Yelah, bukan semua khidmat katering kita tahu kan.


Kalau selalu kita dengar website seperti Trivago dan Agoda untuk bandingkan harga hotel, website FeedMyGuest ini khas untuk perkhidmatan katering. You alls boleh bandingkan harga dan perkhidmatan, baca review dan boleh terus order dekat website FeedMyGuest. Senang! 

Bagi Neeza, website FeedMyGuest ini senang digunakan. Untuk anak muda belia remaja di zaman dunia di hujung jari ini, tak adalah masalah langsung sebab terbiasa dengan teknologi. Tetapi untuk golongan dewasa seperti ibu bapa kita ini kadang-kadang complicated nak guna teknologi ini. *pengalaman mak Neeza, tak suka sangat online sebab tak reti guna* Namun website FeedMyGuest ini mudah! Serius.

p/s: Untuk paparan gambar dengan lebih jelas bolehlah tekan double klik pada gambar ya (sebab nak extra large tak compatible dengan coding blog) Maaf. :)

Search google FeedMyGuest *kalau lupa link* dan tekan link
Halaman utama. Boleh terus tekan "Find Caterers"

Tekan filter dan isikan berdasarkan quotation majlis anda. Simple!
Ini contoh yaa :-p Belum boleh booking betul-betul sebab saya belum ada calon lagi, :')

Dah tekan katering yang you alls nak, nanti adalah paparan maklumat harga, item dalam pakej disediakan
*contoh*

Malas sangat nak survey terus buka "Request for Quote" dan isi je borang ini.
Di laman utama ada disediakan "Top Search" yang selalu pelanggan cari
Setakat ini di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Klang Valley. In Shaa Allah, coming soon di seluruh negara.
Jadi khidmat katering di Malaysia dijemput untuk mendaftar di website ini untuk luaskan perniagaan anda! :D
Kalau ada apa-apa soalan boleh tekan "Got questions?"
Mudah sahaja kan? kan? kan? Serious talk, website FeedMyGuest ini sangat mudah, cepat loading dan efficient. Pelanggan pun senang hati. Jadi tunggu apa lagi? Jom booking (kalau nak buat event) dan uar-uarkan website ini kepada kawan-kawan, saudara mara, dan semualah. #feedmyguest

Facebook: Feed My Guest
Email: support@feedmyguest.com
Phone: 03-6203 2522

Salam sayang. :D

No comments:

Post a Comment

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.