Saturday, 21 May 2016

PakLi Kopitiam Seksyen 7, Shah Alam


Hai peeps.

Hari ini, Neeza dan Chahh memang planning nak pergi PakLi Kopitiam yang dekat Sekyen 7, Shah Alam itu. Memanglah dekat, dah nama pun pelajar UiTM, hehe. Ini kali pertama Neeza pergi sementara Chahh memang suka sangat pergi PakLi ini sebab memang favourite restoran dia *dia lah mengajak*

Actually malam tadi, Neeza pun adalah juga intai-intai google review PakLi Kopitiam ini. Banyak feedback mengatakan kalau pergi PakLi ini wajib cuba Nasi Ayam Lemon, Nescface Ais, Snowy Cendol, dan Mee Udang.

Dan bila dah sampai ke PakLi Kopitiam ini....

Jeng-jeng.... *unsur suspens*



Memang selesa sangat kawasan restoran ini. Neeza pilih kawasan yang berair-cond sebab dah peluh-peluh jalan kaki dari tempat tunggu bas *bas free UiTM memang turunkan pelajar dekat situ*. Bagi Neeza suasana kawasan restoran memang sempoi dan chill. Sesuailah untuk bawa keluarga makan dekat sini *walaupun banyak youngsters suka lepak dekat sini*. Ada juga TV disediakan dalam restoran ini *boleh tengok bola ke perlawanan badminton ke*

Dari segi kebersihan memang baik. Dari sudut servis pula, memang cepat you alls, tak sampai 5 minit kami order, zupppp terus sampai dah makanan. Ini faktor mengapa kopitiam ini patut jadi pilihan. Maklumlah kalau korang lapar sangat, memang tak payah tunggu-tunggu dah, cepat je makanan sampai ke meja anda. Bab ini memang Neeza puas hati sangat-sangat.



Neeza dan Chahh pesan roti bakar (kaya &butter), Nasi Ayam Lemon (2 pinggan) dan Snowy Durian Cendol serta Ice Cendol. Untuk roti bakar pula, memang best sebab rangup dan kaya taklah manis sangat, as rasanya macam manis buah. So, I really like roti bakar itu. Untuk air, kami pesan air kosong sejuk je sebab dessert pun dah manis aihhh.Memang betullah nasi ayam lemon PakLi ini wajib rasa kalau datang ke sini. Patutlah Chahh tak tukar menu lain, still stick to the same menu because nasi ayam lemon ini sedap. Snowy Durian Cendol pun sedap cuma Neeza rasa macam ada kureng sikit dekat cendol ini. Mungkin tak creamy sangat kot. 







Nampak sedap je semua yang Neeza makan. Mesti mahal kannnn? Nak tahu tak? Harga dekat PakLi Kopitiam  sangat-sangatlah berpatutan terutama untuk pelajar macam kami ini. Ala-ala O** T*** cafe but in "cheaper" version. Jadi untuk PakLi Kopitiam ini, Neeza bagi 4/5 bintang. *claps hand*


Serius banyak sangat menu Pak Li, nak Malay food, western, macam-maca adooo
Itu sahaja yang Neeza nak share dengan you alls tentang PakLi Kopitiam ini. Yang mana belum pergi ini, this place is one of the restaurant that you should consider of.

Shah Alam Sekyen 7 Outlet
42, Jalan Kristal K7/7
Sekyen 7, 40000 Shah Alam
Tel : +603-5511 3608

Business hours:
Sun to Thu - 8 am to 1.30 am
Fri, Sat & PH eve - 8 am to 2.30 am

p/s: lain kali nak try mee udang pula, hihi :-p

Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-

8 comments:

  1. tetibe rasa nak pegi pak li pulak..heheh

    ReplyDelete
  2. nyum nyum favourite tempat makan n lepak masa belajar dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, restoran in list dah ni kalau nak pi lepak lepas ni.. huhu

      Delete
  3. ramai peminat kopitiam skrg ni, bolehlah mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep, PakLi is one of the best kopitiam that everyone should try :D

      Delete
  4. Replies
    1. yep.. sedap especially nasi ayam lemon :D

      Delete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.