Friday, 20 May 2016

suka-suka akhirnya tercipta


Hai guys.

Lately, I am really busy. Well, the usual situation when the end of the semester is just around the corner. Sampaikan hari ini, siang, Neeza tak sempat nak makan langsung siapkan projek, assignments. Makan pun dah lewat malam, itu nasib baiklah sempat kejar bas nak pergi Dataran Cendikia *kebetulan kelas malam habis awal*.

Ada ke kelas malam-malam ini? Well, Neeza ada kelas koko. Nak tahu tak? Neeza ambil penulisan puisi untuk kokurikulum semester ini. Kah! Tak expect pun sebab Neeza lambat daftar dan semua subjek koko yang Neeza nak semua dah "sold out" gituuuu. Dan kebetulan, Afiq, Fatin Alisa, Umi dan Fariza *ex-classmate semester lepas* ajak masuk. Mula-mula Neeza ambil intelligence thinking *entah tak ingat nama subjek itu tapi lebih kuranglah itu* bila fikir balik tak apalah, bantai jelah ambil kelas puisi ini, lagipun geng dah ada. Haha.

Actually Neeza memang minat penulisan puisi ini. Masa Neeza tingkatan 2-3 dulu, Neeza adalah tulis beberapa buah puisi tapi masa itu cuma publish dekat Facebook lah. Ala saja-saja je you alls. Minat nak deklamasi sajak itu ada cuma tak boleh nak dipolish sebab cikgu dah ada calon yang lebih bagus masa itu #sisredha. Jadi biarlah begitu sahaja.

Since dah masuk kelas puisi untuk kelas koko ini, bestlah jugakk, Lecturer yang ajar kelas ini memang seorang penyair *penulis sajak* yang ternamalah jugakk sebab dah tulis banyak buku *tak boleh nak reveal dulu, biarlah rahsia*. Jadi bolehlah cungkil rahsia penulisan puisi beliau. Hehe.

Bila dah masuk kelas puisi ini, Neeza dah mula menulis kembali minat yang telah lama dibawa pergi ke lautan pasifik. Walaupun Neeza akui Neeza kekurangan kosa kata sebenarnya*kamus dewan dekat rumah*. At least, I try to write a few, right?

Macam tak percaya dah boleh hasilkan sendiri secara professional. Hehe
Hari ini Neeza kena submit tiga buah sajak *sebenarnya minggu lepas due date tapi terlupa nak buat*. Dan tiga buah puisi ini pun last minute sebenarnya. Hehe, Maghrib tadi baru dapat idea. Yang bestnya bila Neeza submit ketiga-tiga puisi tersebut, semuanya diterima tanpa pembetulan. Huhu. Tak sangka weyyyy. Actually, sajak itu ringkas sahaja sebab Neeza perhati gaya penulisan Neeza ala-ala fixi puisi gituuuu. Yang pelik idea yang dah lama buat, bila hantar banyak pula pembentulan *berdasarkan pengalaman lepas*

Dan dalam 3 puisi itu, Neeza baru perasan yang Neeza banyak menyampaikan luahan perasaan mengenai perhubungan *terutama cinta* Mostly kisah sedihlah. Hahaha. Maklumlah orang single mingle. Heee~ kalau Neeza dalam fasa bercinta, lainlah tema sajaknya kan.  Sebenarnya lecturer suruh bertemakan puisi remaja tapi macam lari sikit. Ke tak lari topik itu? Sebabnya masa remaja ini lah banyak pergolakan emosi dalam pencarian cinta dan erti sebuah perhubungan. Haaaaa, gituuuuu. :-p

Kalau nak tahu, kenapa lecturer suruh kami satu kelas hantar sebab ini adalah projek wajib untuk kerja kursus kami semua. Setiap orang tiga buah sajak dan akan dikomplikasikan menjadi sebuah buku kumpulan puisi *masih dalam proses*.

In Shaa Allah, bila dah dibukukan nanti, means dah official, baru Neeza publish karya-karya Neeza itu nanti. Bolehlah korang nak kritik ke apa untuk penambah baikan penulisan Neeza akan datang. Harapnya, lepas ini azam Neeza akan hasilkan lagi banyak puisi walaupun hanya suka-suka *sebagai apresiasi ekspresi emosi* sebab dah seronok. Fefeeling Fynn Jamal, tak pun penyair buku Sofa Biru *dah lupa nama dia* Cuma kena perluaskan lah lebih kosa kata untuk lagi gratis dan dramatis. Cewaaaaaah~

Okaylah itu nak kongsikan hari ini. Selamat malam! :D

p/s: teringin juga puisi dihantar kepada Dewan Bahasa Pustaka dan menjadi penulis muda. macam besar gila pula cita-cita itu. haha :-p berangan saja mampu

Salam sayang.

2 comments:

  1. Susah untuk menjadi seorang yg puitis ni...

    Kaissi.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena brainstorm dengan lebih kreatif :'))

      Delete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.