Wednesday, 18 January 2017

Review Japanese Shaved Ice Dessert Kakigori

Assalammualaikum
Setelah menyambut Tahun Baru di Putrajaya, sekali lagi, Neeza bersama-sama Fyra dan Izzah meluangkan masa untuk mencuba Japanese Shaved Ice Dessert Kakigori sebelum mereka menghantar Neeza balik ke KL Sentral.
Neeza memang tak tahu menahu langsung mengenai Kakigori ini sebenarnya. Ini adalah cadangan dari Fyra.sendiri yang ingin merindui Shaved Ice Dessert semasa melancong ke Korea. Maklumlah, Fyra kan travel blogger yang mempunyai banyak pengalaman melancong ke negara-negara Asia.
Neeza dan Izzah pun ikut jelah. Masa datang tengok dari luar kedai, ramai dah beratur nak bergambar dekat depan kedai. Nampaklah konsep kedai Jepun sebab ada langsir ini.
Masuk je kedai, kaunter berada di hadapan sekali. Mula-mula kenalah beratur untuk ambil tempahan. Sekiranya anda merupakan pengunjung kali pertama dan tak tahu menahu langsung mengenai Kakigori ini, pekerja di ruangan kaunter ini akan menjelaskan menu-menu yang ada dan wajib dicuba. Pekerja pun ramah dan baik.

Selesai sahaja membuat tempahan dan bayar, pekerja itu akan memberikan nombor giliran. Sekiranya anda haus, Kakigori menyediakan cawan dan air mineral berdekatan kaunter. Layan sendiri ya. Hehe.
Bila giliran anda sampai, anda kena ambil sendiri di rak ini. Nasiblah siapa dapat rak atas itu kena lebih hati-hati sebab boleh tahan berat juga Japanese Shaved Ice Dessert ini.
Menurut Fyra, dia teringin nak merasai Japanese Shaved Ice Dessert yang limited edition untuk Krismas. Nama perisa itu ialah Christmas Elderberry with Elderflower Espuma. Kalau dekat Malaysia ini, Japanese Shaved Ice Dessert ini ala-ala ABC cuma teksturnya lebih halus. Bila cuba perisa Christmas Elderberry with Elderflower Espuma ini, rasa dia ada masam-masam (Elderberry itu kot), manis (ada aiskrim Vanila dan biskut Krismas) dan icy. Bagi Neeza okaylah sedap tak terlampau masam dan manis.

1 mangkuk ini sudah cukup mengenyangkan kami bertiga sebenarnya, nasib baik tak ambil lagi semangkuk kalau tak, macam manalah nak habiskan. Hahaha. Dari segi harga, agak sedikit mahal lah bagi Neeza tetapi kalau sekali sekala tak salah kot nak mencuba kelainan terutama pemburu makanan (food hunter) ini.
Konsep kedai ini memang sempoi. Dekorasi yang sangat minimalis dan sambil makan dengar lagu jazz cukup menenangkan para pelanggan.

Setelah selesai makan, jangan harap ada pelayan nak ambilkan mangkuk kalian ya. Huhu. Kena hantar sendiri mangkuk itu ke kaunter dapur. Dah pun masuk dalam kedai Jepun, budaya Jepun tetap ada di situ kenalah lebih rajin sikit ambil dan pulang balik mangkuk itu dan sikap ini membuatkan Neeza teruja.

Terima kasih Fyra sebab belanja kami makan di sini. Kalau Fyra tak perkenalkan mesti Neeeza tak tahu langsung kewujudan Kakigori di Malaysia, maklumlah nak melancong ke Jepun belum cukup duit lagi, hehe.

Okaylah sekian sahaja review Neeza kali ini.

Kakigori Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Nama Restoran: KAKIGORI
Alamat: 25, Jalan 20/13, Taman Paramount, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 3-7865 8999
Operasi: 2–11 pm (kecuali Isnin)

Salam sayang,
Neeza.

3 comments:

  1. nampak sedap..dekorasi pun menarik

    ReplyDelete
  2. besar giler ais shaved dia....

    btw saya follower baru

    kuronofu91.blogspot.my

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.