Wednesday, 18 January 2017

Sambut Tahun Baru di Festival Lampu Putrajaya 2016

Assalammualaikum
Dah 19 hari rupanya tak menulis di blog ini. Rasa macam lama sungguh. Maklumlah awal tahun ini memang sangat sibuk dengan persediaan dan peperiksaan akhir untuk semester 3 ini. Biasalah, kalau nak menulis satu entri pun dah makan masa berjam-jam. Hehe.

Dalam kesibukan nak menghadapi peperiksaan akhir ini, Neeza sempatlah singgah ke Putrajaya untuk menyambut Tahun Baru di Festival Lampu Putrajaya 2016. Bagilah peluang sikit, asyik stress belajar je, kita curilah masa sikit untuk bergembira. 

Sebenarnya tak rancang pun nak sambut malam Tahun Baru dekat Putrajaya ini. Pada hari tersebut, 31 Disember 2016 itu, masa tengok golek-golek atas katil, Neeza terimalah mesej dari AJ. Dia ajak Neeza ikut dia ke rumah kawan blogger, ada jamuan makan-makan petang itu. Masa itu, kira freelah juga tak tahu nak buat apa, jadi setujulah pergi.

Masa itu bertolak dari Shah Alam masuk KL. Jumpa AJ dekat Pasar Seni, lepas itu sampai je Bangsar, kawan blogger itu jemput kami, akan tetapi AJ buat kejutan masa itu dia tak ikut sekali sebab kena berkejar nak pergi Putrajaya sebab ada majlis. Kira hantar wakil lah. AJ oh AJ. Dahlah kita tak kenal kawan blogger itu. Huhuhu.

Nama dia Fyra, travel blogger dari blog www.fyrathetravelover.com . Walaupun baru kenal tapi Fyra ini sangat baik, peramah, penyayang dan comel. Bestlah kawan dengan dia. Hehe, masa sampai rumah Fyra Neeza kenal dengan lagi dua orang kawan Fyra, yang seorang itu Neeza lupa lak nama dia, hehe dan seorang lagi, Izzah, penulis untuk sebuah portal. Banyaklah juga info yang kami saling kongsikan sesama blogger dan penulis. 

Sedap Fyra masak resepi keluarga dia. Terima kasih Fyra untuk semuanya. Kemudian, selesai makan-makan, Fyra macam teringin nak pergi Festival Lampu Putrajaya 2016 ini. Masa Fyra jemput Neeza, AJ adalah ajak nak tak pergi Festival Lampu itu, sambut tahun baru sekali. Jadi, Fyra pun ajaklah Izzah. Neeza pun rasa nak pergi juga. Jadi kami bertiga pun bertolaklah dari Bangsar ke Putrajaya malam itu.

Sampai je Dataran Putrajaya, memang jammed beb. Nasib baik adalah parking kosong dekat padang itu. Terus kami berjalan dari padang itu ke dataran depan Istana Kehakiman. Neeza baru dapat tahu bahawa ini merupakan pertunjukan bunga api digital yang pertama kali dipersembahkan untuk meraikan Ambang Tahun 2017. Macam wayang pacak gitu.
Serius Neeza terpukau dengan pertunjukan bunga api digital ini. Sebelum bunga api dilancarkan, ada wayang digital di bangunan Istana Kehakiman. Macam bangunan itu gerak betul-betul je rasa.

Itulah cerita tahun baru kami. Serius best sangat. Terima kasih Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia atas anjuran Festival Lampu Putrajaya 2016 yang telah menarik seramai 700 000 pengujung bermula dari 30 Disember 2016 sehingga 1 Januari 2017. Terima kasih dekat AJ sebab menjemput kami para bloggers untuk melihat bunga api Tahun Baru.

Salam sayang,
Neeza.

1 comment:

  1. Best betul ehh, digital nye...lorh...johor.tkde lagii..huhu

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.