Dah lama rasanya tak makan steamboat. Tetiba rasa teringin pula. Alang-alang dah tak diet kan. Lagi-lagi stress nak ambil peperiksaan. Trylah cari Google, restoran paling terkenal dengan hidangan steamboat, antaranya ialah D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam. Memang tak jauh ini dari tempat tinggal Neeza. Okay, set.
Masa nak pergi ini, kebetulan kawan blogger, Alja dari www.cahayapermata.my turun dari KL nak ajak date dengan Neeza, eh ke Neeza yang ajak date dengan Alja. Hahaha. Maklumlah dah lama tak jumpa, kalau tak silap kali terakhir jumpa dia masa majlis berbuka puasa dekat Damansara. Kami kan best friend blogger forever gitu. Hahaha.
Bila kami sampai ke D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam ini, fuhh betul lah memang terkenal kedai ini. Ramai juga pelanggan yang datang untuk makan steamboat dekat sini. Thumbs up untuk Google bagi cadangan baik punya. Huhu.
Terdapat dua ruangan dalam D'Kayangan Steamboat & Grill ini iaitu dalam restoran atau luar (dalam khemah).
Dalam restoran
Terdapat dua ruangan dalam D'Kayangan Steamboat & Grill ini iaitu dalam restoran atau luar (dalam khemah).
Dalam restoran
Bila masa dalam kedai ini serius rambang mata beb. Untuk kuah steamboat, ada dua pilihan iaitu Sup Ayam dan Tomyam. Neeza pilih Tomyam.
Tengoklah hampir penuh meja kami;
Tengoklah hampir penuh meja kami;
Banyak pilihan juadah steamboat disediakan di sini. Hampir 200 hidangan untuk anda pilih semasa berada di restoran steamboat ini, dari hidangan steamboat, grill, kambing golek, makanan goreng, minuman sehinggalah pencuci mulut. Sampai ada rasa tamak nak ambil dan cuba rasai semua, hahaha. :-p
Maklumlah sekarang kan restoran D'Kayangan Steamboat & Grill ini sedang mengadakan promosi Sunday Lunch, iaitu RM22.90 (dewasa) dan RM9.90 (kanak-kanak). Kalau hari-hari biasa, RM33+ (dewasa) dan RM18+ (kanak-kanak).
Memang terbaiklah makan steamboat dekat D'Kayangan Steamboat & Grill. Rugi kalau korang tak cuba lagi-lagi kalau datang Shah Alam ini.
Jom ramai-ramai ke sini sekarang!
Untuk maklumat lebih lanjut:
Nama Restoran: Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Alamat: Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 12-297 1091
Salam sayang,
Neeza
Salam sejahtera.
ReplyDeleteJemput untuk sertai giveaway terbaru.
Entri giveaway : http://www.aerillhassan.com/2017/01/giveaway-new-year-2017.html
Ada pelbagai hadiah menarik di tawarkan.
Senarai hadiah : http://www.aerillhassan.com/2017/01/senarai-hadiah-giveaway-new-year-2017.html
Terima kasih.
sedap jugak ni....harga nampak ok klu sekali ngn kambing golek gril...biasa rm35++...
ReplyDeleteWaaaa banyaknyaaaaa makananannnnnn!!!! I cannot brainnn laa cemniii..
ReplyDeleteperrrhh...byk betul makanan...rambang mata...huhu
ReplyDeletememang sedap makanan deka kat sini tapi harga dah naik
ReplyDeletetak pernah lagi akak datang makan sini.. nanti kena cuba ni..
ReplyDelete