Friday 30 December 2016

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara- Media Sosial

Assalammualaikum,


Pagi ini Neeza dapat status yang telah ditag oleh rakan-rakan blogger susulan kes seorang blogger yang telah membuat laporan polis terhadap rakan blogger yang dikenali beliau kerana telah membuat fake account menggunakan gambarnya bersama keluarga. 

Bagi pandangan peribadi Neeza, apa yang telah dilakukan oleh rakan beliau itu adalah salah. Lebih-lebih lagi terhadap rakan sendiri. Matlamat tak menghalalkan cara. Even kita bukan blogger sekali pun, kita tetap pengguna media sosial dan setiap tindak tanduk kita mesti ada etika. Bila mana kau salah guna media sosial ini untuk kejar trafik atau viral dengan menggunakan seseorang tanpa kebenaran atau malukan seseorang secara umum dalam apa sahaja medium media sosial, ia adalah penindasan dan CYBERBULLYING.

Dan Neeza perhatikan rata-rata kes seperti ini dikatakan hanyalah sebagai GURAUAN. Seriously? 😒 Jika sehingga menjatuhkan maruah diri (maruah keluarga juga terpalit sebab di mana sahaja kita berada kita membawa nama keluarga) sehingga melibatkan emosi dan menyebabkan tekanan dan stress, ia bukanlah gurauan semata lagi. Neeza tahu perasaan mangsa kerana Neeza sendiri pun baru je kena 2 minggu lepas oleh seorang blogger otai yang telah mencemarkan nama Neeza di blog beliau, whatsapp group dan juga di ruangan komen instagram milik Neeza. Namun kes tersebut telah diselesaikan secara baik. Jadi berhati-hatilah ketika menulis di laman media sosial dan ingatlah tak semua benda atau orang yang kita boleh dijadikan gurauan. Sekian.


Yang benar,
Blogger dan juga bekas mangsa cyberbullying

5 comments:

  1. moga dijauhkn dri kita semua kn neeza

    ReplyDelete
  2. MANGSA BULI.....................tabahlah yaa

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum neeza....betul tu apa yg dikatakan ni...:)

    ReplyDelete
  4. tak suka keyboard warrioes. diorang ni cuma nak dapat RT dan likes je

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.