Saturday, 30 September 2017

Pengalaman Yang Mengujakan Ketika Berada di HPPNK 2017

Assalammualaikum dan hai semua,
HPPNK 2017, Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan, HPPNK, Our Food Our Culture, Mini MAHA
Hari Jumaat yang lalu, Neeza sempat singgah ke Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 yang diadakan di MAEPS, Serdang. Sebenarnya HPPNK 2017 ini telah diadakan sejak 28 September yang lalu sehingga hari esok, 1 Oktober 2017.

HPPNK ini lebih kurang Mini MAHA lah. Terdapat lebih 600 gerai dengan keluasan  80 000 meter persegi dan dibuka dari jam 10 pagi sehinggalah 10 malam selama 4 hari berturut-turut. Tapak HPPNK meliputi kawasan Laman Tiba, Dewan A, B, C dan D serta ruang Boulevard.

Jangan bimbang kalau datang ke HPPNK ini. Bagi mereka yang menaiki pengangkutan awam, terdapat bas yang disediakan khas untuk ke HPPNK dari KTM Serdang dan Putrajaya Sentral bagi setiap 30 minit. Untuk mereka yang menaiki grab boleh guna promo kod iaitu MFF17.
HPPNK 2017, Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan, HPPNK, Our Food Our Culture, Mini MAHA
Kawasan parking pula boleh memuatkan 5000 buah kereta bagi mereka yang hadir ke HPPNK 2017 ini. Dan bagi memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat di dalam tapak HPPNK ini, disediakan juga bas shutte tau.
Comelnya bas shuttle ini
Maka bermulalah Neeza bergerak ke tapak pameran dan jualan HPPNK ini. Pertama sekali, Neeza berkunjung Laman Tiba. Di sini terdapat banyak khemah yang mempamerkan dan menjual barangan haiwan ternakan. Ada lembu sado, kambing, ayam hiasan, arnab dan berbiri.

Mula-mula Neeza singgah dulu ke pameran/jualan Unggas Hiasan ini. Ada pelbagai jenis ayam hiasan tau.
Inilah king ayam dalam khemah ini. Kalau dia ini ketawa, segala ayam dalam khemah ini turut ketawa. Malangnya masa Neeza datang itu, dia tak nak ketawa pula. Aiihhh.

Bersebelahan dengan khemah Pameran Unggas Hiasan ini, ada petting zoo oleh Kazama Pet Store. Comel pula bila ayam, arnab, duduk bersama. Sungguh muhibbah perkampungan mereka. Hehe. Macam Neeza, Neeza tak berani nak masuk dalam mini zoo ini takut je kena sudu dengan itik. Hahaha. Anda yang berani bolehlah cuba masuk dan bergambar bersama mereka, cuma RM5 je untuk beramah mesra dengan warga-warga kampung Kazama ini. Lol. Hehehe.

Kemudian, Neeza singgah pula ke pameran jualan bunga-bungaan dan buah-buahan di Laman Tiba ini.
HPPNK 2017, Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan, HPPNK, Our Food Our Culture, Mini MAHA
 Durian D24 berkualiti okay!
 Memang banyak isinya. Paling best isi durian ini sejuk tau. Dahlah banyak manis pula itu. Yummy!
Ma Shaallah! Tak cukup satu buah durian ini, Neeza rasa nak 3 buah Neeza juga makan. Hehehe
HPPNK 2017, Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan, HPPNK, Our Food Our Culture, Mini MAHA
Selain dari durian D24, Neeza juga dapat merasa pisang goreng cheese, nangka goreng, kerepek pisang, cempedak goreng dan buah melon. My favourite sangat sampai habis sepinggan nangka dan cempedak goreng itu.

Kalau datang ke sini, Neeza sangat sarankan anda untuk mencuba shake shake BP Manggo dari Funfruits ini. Isi buah mangga yang segar, segalanya cukup rasa. Memang menyelerakan tau.
Juicy Backet Tembikai vs Mangga juga lebih menggiurkan dengan hidangan mangga segar dan buah naga bersama aiskrim mangga. Harga untuk satu bucket boleh dapat serendah RM5 je.
Memang meriah dan mendapat sambutan sungguh sungguh khemah buah-buahan ini.
Di Laman Tiba ini juga, ada ruangan untuk teknologi dan inovasi di pameran dan demo jentera. Eh? Ada transformer Malaysia lah. Hahaha.
Selain sahaja Neeza berada di Laman Tiba, seterusnya Neeza bergerak ke Dewan A pula.  Dewan A adalah merupakan tapak untuk jualan dan pameran produk asas tani dan makanan laut oleh Lembaga Perikanan Malaysia. Di sini juga terdapat pavilion untuk setiap negeri menyediakan pelbagai jenis makanan dan ternakan yang menjadi tarikan negeri-negeri tersebut.
HPPNK 2017, Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan, HPPNK, Our Food Our Culture, Mini MAHA
Di dewan A ini, mula-mula Neeza singgah ke booth My SEAFOOD. Masa Neeza singgah di sini, terdapat demonstrasi masakan dari jenama Pacific West. Dapatlah merasa Kuro Prawn dan Fish Churros. Tahu tak Kuro Prawn ini merupakan hidangan yang berjaya memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa. Wow kan?
HPPNK 2017, Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan, HPPNK, Our Food Our Culture, Mini MAHA
Kuro Prawn
Fish Churros
Produk-produk keluaran Pacific West
Di sini juga ada pameran dan jualan Orkid dan Hasil Pertanian Unik. Terpesona dengan keindahan dan kecantikan warna bunga orkid yang ada. I am in love!
Kemudian, Neeza singgah ke pameran Peneraju Industri Nanas Malaysia. Terpesona jap dengan saiz dan kesegaran buah nanas di sini serta hasil barangan dari buah nanas juga, boleh buat baju okay! Ini kalau bawa kawan baik Neeza si Rara itu, pasti dia gembira sebab pencinta buah nanas. (Neeza bawa balik buah nanas dari HPPNK bagi dia, dia potong-potong sampai tak boleh nak berhenti, amboi Rara).
Alang-alang dah singgah ke bahagian nanas, kenalah cuba air jus nanas dari Jus Bob Nanas. Rasa kesegaran dan kemanisan buah dari botol jus bob nanas ini. Oh ya, buah nanas yang siap dipotong juga dijual di sini.
Seterusnya Neeza bergerak ke bahagian makanan dan kesihatan oleh MARDI.  Di sini terdapat pelbagai produk hasil invosi daripada mardi seperti minuman herba, ubi keledek, terung jeruk, madu kelutut dan banyak lagi. Tak sangka pembangunan teknologi makanan di Malaysia ini sebenarnya setaraf antarabangsa tau.
 Wakil scientist dari MARDI menjelaskan produk kajiannya dengan lebih lanjut
Kalau datang ke MAEPS Serdang, rugi kalau tak datang ke pameran dan jualan NAFAS ini. Terdapat banyak produk yang dijual di NAFAS seperti biji benih, kopi, sos, bijirin jagung, benih, rempah ratus dan banyak lagi. Ada demo masakan juga tau.
Sebelum Neeza memulakan perjalanan singgah di pameran jualan HPPNK, Neeza sempat bersarapan di Nafas Cube Cafe. Serius makanan dekat Nafas Cube memang tak pernah mengecewakan. Masa MAHA dulu IKUTI CERITA NAFAS DI MAHA 2016, Neeza kempunan betul nasi lemak sebab hari itu nasi lemaknya habis. Kali ini memang pulun. Ditambah menu pulut dan rendang ayam, lontong dan air milo memang menyelerakan. Serius kena cuba tau lagi-lagi pulut dan rendang ayam ini.
Okay yang ini Neeza teruja sangat. Neeza juga berkunjung di pameran jualan Jabatan Perikanan Malaysia. Neeza memang teringin sekali nak beli serunding tuna. Bosan asyik chicken flost je, sekali sekala kalau letak serunding tuna atas roti lembut, sedap juga tau. Sate tuna pun ada!
Siapa cakap dekat HPPNK tak ada kek dan pastri? Ya Allah, memang iman boleh roboh melihat kek dan pastri dekat sini. Dahlah hiasan comel, rasa pun sedap. Kek dan pastri ini, terutama kek HPPNK itu hasil daripada Anies Bake House.
Kalau datang ke HPPNK atau Mini MAHA ini, pastinya jangan ketinggalan untuk memborong buah-buahan dan sayuran. Aktivit wajib tau. Susah tau nak dapat buah-buahan yang segar, manis dan besar macam ini. Rugi rugi kalau anda tak dapatkannya.
Selain daripada kek dan pastri, buah-buahan, Agro Bazaar juga turut mempromosikan 7000 produk dan lebih 3000 usahawan di bawah mereka. Dan sekiranya tak dapat nak hadiri HPPNK atau MAHA, anda boleh beli secara online tau. Anda boleh dapatkan kerepek dan pelbagai makanan lain di laman web agrobazaar iaitu www.agrobazaar.com.my.
Neeza beralih pula ke Dewan C yang menempatkan pameran dan jualan teknologi dan peralatan penternakan di Ekspo Livestock Malaysia. Di sini Neeza sempat singgah ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mencuba sup sarang burung walit yang diinovasi kepada rasa stew sizzling. Memang sedap tau!
Sempat juga merasa Premium Beef dari  Chekoley. Premium Beef ini memang original tiada sebarang pengawet ya!
Bagi pencinta makanan seperti Neeza, empayar makanan merupakan tempat yang paling ditunggu-tunggu. Terdapat lebih daripada 401 jenis makanan yang dijual di sini dan kawasan empayar makanan ini telah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Nostalgic Food, Hipster Food, Viralicious Food dan Food Gasm di Dewan D. Memang empayar makanan ini meriah dan dapat sambutan paling hangat. Ramai tau yang datang sini. Maklumlah makanan dan kehidupan tak dapat nak dipisahkan.
HPPNK 2017, Hari Peladang Penternak Nelayan Kebangsaan, HPPNK, Our Food Our Culture, Mini MAHA
Food truck ini kira hipster food lah kan?
Kalau dah ada sini kenalah cuba udang sanggup yang viral ini. Sangat rangup dan udang pun segar tau.
 Rugi kalau tak cuba churros yang viral ini. Harga pun tak adalah mahal sangat.
Rugi sekiranya tak mencuba makanan tradisi keropok lekor ini. Memang terasa isi ikan yang banyak. Tak adalah ditipu rasa tepung kosong je. Neeza makan sampai tak berhenti tau.
Dah makan macam-macam di pameran dan jualan seluruh HPPNK, kenalah berdetox dengan Jus Pegaga ini. Kiranya ini Food Gasm kan?
 Rugi kalau tak cuba pencuci mulut Kelapa Leleh Kampor Original. Ya Allah, temptingnya!!
Haaaa, barisan selebriti juga akan berada di HPPNK 2017 seperti Farah Fauzana (masa Neeza datang itu dia ada tau), Dato Fazley Yaakob, Shiha Zikir, Aiman Timo, Ustaz Selebriti Ustaz Bollywood dan ramai lagi. Jadi sementara sempat ini, Neeza nak ajak anda beramai-ramai hadir bersama rakan dan keluarga ke HPPNK 2017 ini. Ada masa hari ini dan esok sahaja tau!
 
Untuk maklumat lanjut dan promosi mengenai HPPNK boleh layari media sosial di :-

Salam sayang,
Neeza

26 comments:

  1. haha wow so many pictures, and the food looks amazing

    ReplyDelete
  2. Macam2 makanan sedap. Tergoda nafsu makan. Huhu

    ReplyDelete
  3. Seronoknya! Ramai kowt yang pergi. terliur tengok juice bucket tu. besar gila :D

    ReplyDelete
  4. Banyak dengar pasal ni. Banyaknya yang sedap"

    ReplyDelete
  5. Banyaknya makanan.... Waaaaa teringin nak pergi tempat2 macam ni😍

    ReplyDelete
  6. Suka pegi tempat macam ni tapi belum ada kesempatan

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  7. Wah bestnya... ala x dapat nak turun sana kali ini... T-T

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaa tengok makanan yang dijual kat sini. Nak pi ritu tapi xde siapa nak bawa

    ReplyDelete
  9. happening betul! semua sedap..semuanya nak dibeli. haihhhh. kalo ina dekat2 ni mau berkampung terus kat sini.ehehehe

    ReplyDelete
  10. Paling best adalah Empayar Makanan - bahagia dapat makan Laksa Sarawak! Hehe

    ReplyDelete
  11. seronoknya...macam2 ada..jeles nyer pasal terus scroll laju2..sedih x de chance nak pi...

    ReplyDelete
  12. Rindu nak pergi expo macam ni. Belum berkesempatan lagi untuk tahun ni. InsyaAllah tahun akan datang lah akak boleh pergi dengan anak-anak dan suami. Mereka suka tengok unggas tu. Hehehe.

    ReplyDelete
  13. Betul best! btw baru follow sini.

    ReplyDelete
  14. bestnya! boleh kenal benda baru dan banyaknya makanan 😍

    ReplyDelete
  15. Seronoknya!! Tengok makanan macam- macam ada. Durian tu sedap sangat bella tengok! Tak pernah lagi pergi MAHA. May be next time nak pergilah. Btw, betul ke ayam tu ketawa? Ke berkokok? Hehe

    ReplyDelete
  16. Untungnya dapat pergi, last year dpt merasa pengalaman cam gini..dis year x di jemput...huwaaaa. tapi serius memang best..byk makanan sedap2

    ReplyDelete
  17. wowww meriahnya dengan makanan.. dah lama xmakan keropok lekor

    ReplyDelete
  18. haha so much fun in one place, so nice

    ReplyDelete
  19. Memang terbaik kan - paling suka adalah Empayar Makanan - banyak giler makanan yang best

    ReplyDelete
  20. The event looks happening. So sad that I had miss it out. Hope to attend next round.

    ReplyDelete
  21. Wah meriahnya event ni. makanan sedap sedap & banyak sangat buah.

    Lia Hasty
    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  22. wah saya sangat suka dnegan durianya

    ReplyDelete
  23. Mak buyung macam kami tak larat nak jalan dah..nanti ada peluang nak pegi lah bila buat lagi

    ReplyDelete
  24. salam nk tanya..tahu tak siapa yg jual churros viral tu

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.