Friday, 6 October 2017

Puas Makan di Port Bujang, Junction 11, Shah Alam

Assalammualaikum dan hai semua,
Neeza sering dihujani dengan soalan-soalan seperti tempat makan mana yang best di Shah Alam ini. Selalunya yang tanya Neeza kawan-kawan di universiti dan Neeza selalu naik Grab atau Uber jadi kalau berbual itu mesti terselit tanya soalan yang lebih kurang macam ini. Hahaha.
Neeza kan suka explore makanan sedap. Jadi kalau di kawasan Shah Alam ini, Neeza sarankan salah satu tempat makanan untuk anda cuba makan iaitu Port Bujang, Junction 11. Kalau nak tahu, Junction 11 ini adalah medan selera untuk Seksyen 11 yang menempatkan lebih daripada 10 buah gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan.
Rasanya dalam medan selera di seluruh Shah Alam ini, Junction 11 yang paling hipster, kemas dan bersih. I like!
Dan Port Bujang adalah di antara gerai yang beroperasi di Junction 11 ini. Port Bujang dan gerai-gerai lain dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, dari pukul 6 petang sehinggalah lewat malam.

Nak tahu apa yang istimewa tentang Port Bujang ini?

Port Bujang ini menyediakan hidangan yang berkonsepkan western fusion dan saiz hidangan yang besar dengan harga yang sangat berpatutan. 

Yang penting kalau makan dekat Port Bujang ini, kentang goreng, salad dan sos mayonis serta thousand island mesti ada dalam setiap hidangan. Kentang goreng serius best! Besar dan rangup. 
Hot Dog Daging Cendawan - RM 8.00 POPULAR & WAJIB CUBA  
Hot Dog Daging Kaw - RM 8.00 POPULAR 
junction 11, makanan sedap shah alam, western fusion, port bujang, port bujang shah alam
Bujang Platters (nuggest, wedges) - RM 7.00 TEMPTING!
Kambing Grill - RM 15.00 POPULAR & WAJIB CUBA
Kambing Grill & Nasi Goreng - RM17.00 POPULAR
Ayam Rangup - RM11 POPULAR 
Ayam Rangup & Nasi Goreng - RM 13.00 POPULAR & WAJIB CUBA
Ayam Grill - RM11 POPULAR 
Ayam Grill & Nasi Goreng - RM13 TEMPTING
Campuran Grill Ayam+Kambing - RM18 POPULAR
Campuran Grill Ayam+Kambing & Nasi - RM20 POPULAR & WAJIB CUBA
Kalau ikutkan Neeza nak sahaja anda tempah semua sebab makanan dekat Port Bujang  ini memang sedap-sedap belaka. Tapi itulah ikut masing-masing. Kalau teringin nak makan berat dan serius lapar, ambil set yang ada nasi goreng. Rugi kalau dah datang Junction 11 ini kalau tak cuba makan di sini. Lagi-lagi dihidangkan secara panas-panas. Seronoknya apabila dapat makanan yang saiz banyak dan kenyang, tak kedekut kuah dan sos mayonis serta thousand island. 

Kegemaran Neeza di Port Bujang? -selera I lah-

Bujang Platters, Hot Dog Daging Cendawan, Kambing Grill (with / without fried rice), Ayam Rangup (with / without fried rice). Bujang Platter sebab sos memang kaw-kaw bersama wedges serta nugget yang rangup. Hot Dog Daging Cendawan lebih kena tekak Neeza sebab tak semuak carbonara dan roti pun lembut. Neeza pilih kambing grill sebab jarang nak jumpa daging kambing yang digrill serta ayam rangup yang memang rangup dan rempah yang sedap.

Tak lengkap kalau makan kalau tiada minuman. Neeza nak anda cuba rasai air Mangga dan Bandung Cincau. Uniknya minuman ini rasa berbeza dengan yang selalu terjual di pasaran kerana mengandungi rasa bikabornat iaitu Extra Joss. Gabungan itu buatkan air ini memang sedap dan kaw-kaw. Minuman ini boleh didapati di gerai Eastimur
Mangga Susu dan Bandung Cincau POPULAR & WAJIB CUBA
Bagaimana kalau anda datang ke Junction 11 ini, selain Port Bujang tapi nak makan makanan Melayu? Maklumlah kadang kala antara kita mesti bawa keluarga. Selalunya mak ayah atau nenek datuk mesti nak makan makanan Melayu juga. Okay, jangan risau, ada beberapa hidangan Melayu yang anda boleh pilih dan nikmati.
Asam Pedas Daging Tetel - RM8.00 POPULAR & WAJIB CUBA
 Asam Pedas Pari - RM 8.00 TEMPTING
Daging Salai Masak Lemak Cili Api RM 7.00 POPULAR & WAJIB CUBA
Okay bukan senang tau nak jumpa masakan daging tetel dan daging salai. Daging serius lembut. Serius kuah memang pekat dan berasa. Asam pedas pun sedap juga tau, isi ikan pun fresh. Kalau nak tempah boleh pergi di gerai Claypot 46.

Oh ya, dah alang-alang makan dekat Junction 11 ini, kalau teringin nak kelainan boleh cuba sate Madura di gerai Eastimur. Sate ini bukan sate biasa-biasa dimakan bersama kuah kacang tapi sate yang dimakan bersama kicap pedas dan lada potong. Serius memang kena citarasa.
Sate Madura POPULAR & WAJIB CUBA
Bagi Neeza serius memang puas hati kalau datang  ke Junction 11. Macam-macam ada. Paling terbaik tentulah Port Bujang kalau nak makan western fusion. Harga pun sangat berbaloi dengan saiz yang dihidangkan. Ini kalau pergi restoran makanan barat terutama makanan segera memang lebih mahal beb.Untuk maklumat lebih lanjut;

Hidangan air memang wajib cuba okay! Sate pun sedap. Nak tahu tentang gerai Eastimur pula, boleh lawat ke;

Makanan Melayu singgah dekat gerai Claypot 46 okay!

Sekian sahaja untuk tempat makan sedap yang Neeza suka di Shah Alam ini, nantikan tempat lain pula. Maklumlah Neeza kan menetap di sini dan belajar di UiTM Shah Alam. Nantikan tau. 

Salam sayang,
Neeza

13 comments:

  1. walaupun I tak makan kambing, tapi look super tempting. and mangga susu tu pun T_T

    ReplyDelete
  2. Kenapa harganya murah sangat...?

    ReplyDelete
  3. Bolehlah menyinggah kalau datang Shah Alam. Semua nampak tempting. Harga pun ok sangat!

    ReplyDelete
  4. Alahai...kenapa semua harga nampak berbaloi..murah..seriously makanan pun nampak sodap !!

    ReplyDelete
  5. oh my, the food looks so goooood, and so hungry from reading your blog post haha

    ReplyDelete
  6. wow sate madura nampaknya sedapppp! i sudah lapar ni!

    Hwajing Royal High Tea

    ReplyDelete
  7. Ya Allah menyelerakan sungguh menu dia haha terliur hanis huhu

    ReplyDelete
  8. ya ampun apsal suma nampak sedap2 ni Neeza? tempting sangat. mangga susu tu pun adehh

    ReplyDelete
  9. The food looks really delicious. I will bring my family to try it out since the price for the dish is affordable.

    ReplyDelete
  10. wowwww!! meriahnya makanan kat situ.. selalu dengar tentang port bujang ni tapi bellum berkesempatan nak terjah situ.. harga pon boleh tahan mampu milik dan portiong die pon mcm banyak jee.. anyway, thanks for sharing ya.. nnti free nak terjah jugak la..

    ReplyDelete
  11. Ok juga hidangannya... Nanti nak g lepak sini la.. bila tengah membujang nanti

    ReplyDelete
  12. susah nak cari nasi goreng kicap dekat kedai sekarang ni.wajib cuba kalau turun shah alam ni

    ReplyDelete
  13. sedapnya makanan selera molek tengok ni

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.