Monday, 26 February 2018

Annyeong Haseyo Untuk Bintang Samyeang Terbaru Domino’s

Assalammualaikum dan hai semua,
Minggu lepas Neeza berpeluang menghadiri majlis pelancaran Samyeang oleh Domino's Pizza. Menariknya, kelainan yang dibawakan oleh Domino's kali ini ialah citarasa makanan pedas Korea dalam piza keluaran terbaru Domino's. Maklumlah makanan Korea terutama sekali makanan pedas sekarang ini menjadi kegilaan dan trend rakyat Malaysia.

Untuk mengekalkan inspirasi muzik pop Korea, Domino’s juga melancarkan debut sajian terbaru Piza Samyeang bersama The Samyeangs, kumpulan muzik Domino’s yang terdiri daripada 3 ahli. Disertai seorang bintang tamu wanita, iaitu Ayam-haseyo, krew tarian tersebut telah melancarkan dan mempersembahkan video muzik yang menarik untuk sos pedas Korea khas semasa pelancarannya di Evolve Concept Mall, Ara Damansara.


A post shared by MM (@neeza02) on
Sos Samyeang yang unik telah menjadi salah satu bahan tumpuan dalam sajian piza terbaru Domino’s. Kombinasi rasa pedas dan manis yang menyempurnakan keunikan piza terbaru ini akan membuat anda menginginkannya lagi!

Diilhamkan oleh makanan Korea kegemaran rakyat Malaysia, sajian piza Samyeang terbaru Domino’s ini menawarkan 3 pilihan iaitu Piza Tuna Samyeang, Piza Ayam Samyeang dan Piza Daging Samyeang.
Piza Tuna Samyeang
Pizza Ayam Samyeang
Pizza Daging Samyeang
Setiap hidangan ini telah dicipta khas dengan kombinasi rasa pedas dan manis yang unik. Domino’s juga telah memperkenalkan Kepak Ayam-haseyo, kepak ayam yang telah dibakar sempurna dengan lapisan luar yang disaluti sos sedap Samyeang.
Ayam Haseyo, favourite!
Mengulas lebih lanjut tentang penghasilan rasa sajian Domino’s terbaru, Linda Hassan, Pengurus Besar Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura berkata,
“Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menghasilkan sajian terbaru ini berinspirasikan rasa cinta rakyat Malaysia pada makanan dan budaya masyarakat Korea. K-craze di Malaysia telah menjadi terkenal terutamanya sejak beberapa tahun lepas dan kami sangat teruja untuk melancarkan piza dan sos unik ini. Bagi menerapkan segala aspek Korea dalam hidangan kami dan menggabungkan kepelbagaian aspek gaya hidup Korea, kami juga ingin memperkenalkan kumpulan The Samyeangs yang akan mewakili rasa dan ciri-ciri piza kami. Tidak dapat dinafikan bahawa industri hiburan merupakan salah satu aspek penting bagi para peminat Korea dan kumpulan muzik ini jelas melengkapkan pengalaman bagi para pelanggan kami!”
Shamsul Amree, Pengurus Besar Operasi Domino’s Malaysia dan Singapura berkata,
“Prioriti utama kami adalah untuk memperkembangkan jenama kami dengan memberi para pelanggan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, dengan jaminan nilai dan kualiti. Oleh itu, kami menawarkan piza unik dan menambahbaik operasi perniagaan kami. Dengan perkembangan kukuh di seluruh negara, kami dapat menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan lebih baik, cepat dan mudah. Perluasan kawasan penghantaran baru serta peningkatan servis di kawasan sedia ada telah menjadi pendekatan yang berkesan dan meningkatkan hubungan kami dengan para pelanggan. Ini adalah antara usaha yang berterusan dalam memastikan makanan, perkhidmatan dan nilai yang berkualiti kepada pelanggan kami.”
Untuk mendapat nilai yang lebih baik lagi, anda boleh memesan 2 Pizza Deal dan menikmati Piza Samyeang terbaru dengan lebihan keju. Harga yang ditawarkan adalah daripada RM33 untuk 2 piza bersaiz regular, RM55 untuk 2 piza bersaiz besar dan RM77 untuk piza bersaiz Ekstra Besar.
Manakala Piza Samyeang bersaiz personal adalah sah untuk tawaran Super Tuesday pada setiap hari Selasa dengan tawaran harga bermula serendah RM3.90 untuk tempahan dalam talian dan RM4.90 untuk tempahan di kaunter. 
Jadi apa pendapat Neeza tentang Pizza Samyeang keluaran Domino's ini? Best ke tak, boleh baca di bawah. Maaflah Neeza tak pandai nak exaggrate "pedas ngat ngat" :-p sebab Neeza ini pencinta makanan pedas. Huhu

#HonestReview Yeayy! #DominosMY akhirnya telah lancarkan Spicy Korean Pizza iaitu #Samyeang hari iniđź‘Ź Dan jualan akan bermula pada 26 Februari ini! I am so excited bebeh! Lagi-lagi untuk pencinta makanan pedas dan korean food lover! Domino's telah keluarkan 3 jenis spicy pizza iaitu Samyeang Beef Pizza, Samyeang Chicken Pizza dan Samyeang Tuna Pizza. For me, mild-tuna, medium-chicken & spicy-beef. Bahan-bahan dalam Spicy Pizza ni berkualiti tinggi contohnya mereka guna roasted chicken hokeyh! Paling best Ayam Haseyo. Pedas macam ala-ala makan Mee Sam**** paket hitam tu tapi ada rasa manis masin juga. Harga berbaloi sangat RM13 untuk 8 ketul! Jauh lagi murah dari kedai2 makanan korea. Sure will come again to Domino's and grab that! #SpicyKoreanChicken #SpicyKoreanPizza #DominosPizza #pedaikutlidahmasingmasing #imemangmakanpedas
A post shared by MM (@neeza02) on

Sajian terbaru Piza Samyeang dan Kepak Ayam-haseyo boleh didapati di semua rangkaian Domino’s Pizza dari 26 Februari. Kunjungilah rangkaian Domino's, menempah dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan. Kongsikan gambar dan video Piza Samyeang anda di media sosial dan tag di @dominosMY dan #samyeang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Piza Samyeang Domino’s Pizza, Kepak Ayam-haseyo dan segala promosi terkini, kunjungi kami di http://www.dominos.com.my/

Salam sayang,
Neeza

Thursday, 22 February 2018

Jualan Kempen Hari Gaji Shopee - Nikmati 18% Pulangan Tunai dari 26 hingga 28 Februari

Assalammualaikum dan hai semua,
Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji bermula dari 26 sehingga 28 Februari 2018 di mana ia satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Jadi tak payah sedih okay kalau terlepas jualan sempena Chinese New Year tempoh hari.
shopee, kempen hari gaji, kempen hari gaji 2018, sales gaji
Pengguna Shopee bakal menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. 

Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee,
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah."

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam.

Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:

Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.
Elianto pun turut serta dalam sale gaji!
Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki.

Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 
Screenshot Promo Code okay! Nanti sambar bila campaign dah bermula
Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999.

Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna Shopee juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi, jom membeli belah di Shopee!

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

Salam sayang,
Neeza

Wednesday, 14 February 2018

Melawat Ke Laman Agro MAEPS, Serdang dan Menginap di Nafas Cube - RTA3

Assalammualaikum dan hai semua,
Setibanya kami, rombongan Road to Agro Tourism Siri 3 sampai ke destinasi pertama kami pada hari kedua di MAEPS, Serdang dengan menaiki bas Hop On Hop Off, kami disambut mesra oleh kakitangan MAEPS dan hidangan buah-buahan segar dan air mango yang sangat "refreshing". Maklumlah perjalanan hampir sejam dengan panas mentari yang terik berjemur ala tourist. Apapun terima kasih kepada Tropikal Fruits untuk tajaan sajian kami.
 Buahan-buahan MAEPS tak pernah tak mngecewakan. Manis dan segar
Selesai menjamu selera, kami diberi peluang terlebih dahulu untuk merasai permainan tradisional Malaysia iaitu baling buah kepala ala-ala main bowling gitu. Lagi mencabar tau. Tengoklah aksi kak Maria Tunku Sabri. Fuhh berjaya kah dia memberikan goal full score?
Yang ini lagi dasyhat ini, Luke dan Rachael. Bersungguh betul mereka sambil dibantu untuk buat kiraan tepat ini.
Selesai sahaja acara bowling kelapa sebagai salam perkenalan dari MAEPS, Serdang, sebuah taklimat ringkas telah diterangkan oleh wakil MAEPS mengenai Laman Agro MAEPS, Serdang ini. Meskipun Neeza seringkali ke sini setiap tahun sempena MAHA dan HPPNK, ini merupakan pengalaman yang baru untuk Neeza kerana banyak lagi sebenarnya Neeza belum jelajah secara penuh kawasan MAEPS ini. Besar weh. Serious talk.

Dan apa yang Neeza nampak pihak MAEPS sendiri sentiasa memperbaharui dan mencari insiatif untuk memberi kelainan kepada pengunjung-pengunjung apabila sentiasa datang ke sini.
Okay, berbalik kepada Laman Agro MAEPS ini, seperti kita tahu MAEPS adalah Hub Agro Tourism dan ini adalah menepati matlamat Road to Agro Tourism dan ia juga sesuai untuk sesiapa sahaja berkunjung ke sini kerana ia adalah destinasi untuk semua kerana kekayaan ilmu pertanian yang meliputi teknologi, bisnes dan inovasi budaya. Malahan ia adalah pusat sehenti @ business centre untuk industri agro tourism dengan menyediakan aktivti B2B, rujukan, dan komersial.

Terdapat 8 jenis laman yang terdapat dalam Laman Agro MAEPS Serdang ini iaitu Laman Padi, Laman Nenas, Laman Sayur, Laman Herba, Laman Jentera, Laman Perikanan, Laman Ternakan dan Laman Florikultur.

Dan terdapat beberapa program-program di bawah kelolaan MAEPS Serdang seperti Tourism Park (Laman Pameran, TRAM Ride, Demonstrasi & Sampling). Ia meliputi sayuran dan herba, padi dan nenas secara asas. Terdapat beberapa pakej yang disediakan mengikuti permintaan seperti Easy Leisure Walk-In Package dan Group Education Package.

Selain daripada Tourism Park, terdapat juga Agro Recreation di mana Rumah Negeriku merupakan lokasi yang diketengahkan oleh pihak MAEPS untuk para pengujung. Di situ anda boleh melakukan pelbagai aktivti rekreasi seperti berjogging, berbasikal, menunggang kuda, agro hunt, orbing, homestay dan macam-macam lagi.

Sekiranya berminat mengenai pakej Laman Agro ini, berikut adalah harga;
Pre-booked / Organized Group
MyCard- RM45 nett per pax
Student- RM35 nett per pax
Without MyCard: RM65 per pax

Walk-In / Family
Tram Ride - RM5 per pax

Untuk ketahui lebih lanjut;
Malaysia Agro Exposition Park Serdang
Alamat: Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang, Selangor, Malaysia.
Telefon: 03 8948 4699 / 4830
Handphone: 019 207 3422
Email: lamanagro@maeps.com
Website: www.lamanagro.com

Selesai sahaja taklimat ringkas, terdapat sesi ramah mesra dan soal jawab diadakan. Mesti ada yang tertanya kenapa dari entri hari pertama nampak kak Maria kan? Kalau nak tahu beliau merupakan hos selebriti Agro Tourism. 
Selesai sahaja hidangan ringan dan sesi taklimat, kami dibawa menaiki trem ke House of Kambing. Oh ya untuk kunjungan RTA3 ini tak semua tempat kami dapat eksplore kerana kepadatan aktiviti dan masa yang mencemburui. Ikutkan kalau ada dekat MAEPS ini, setengah hari bahkan sehari pun tak cukup tau. Paling tidak seminggu baru puas dapat jelajah semua tempat.
Last naik trem ini masa MAHA 2016, Best!
Lokasi pertama kami di Laman Agro MAEPS, Serdang ini adalah melawat Ecofarm dan House of Kambing. Ecofarm ini merupakan lokasi di mana pengunjung dapat merasai pengalaman melihat sendiri kambing, unta dan biri-biri. Unta dekat sini adalah yang diimport dari Australia ya bukan unta Tanah Arab. Nak tahu perbezaan. Cer google~ Oh ya, manakala House of Kambing adalah restoran yang menyajikan kambing sebagai hidangan utama.
Restoran House of Kambing
Inilah Ecofarm. Dari jauh dah nampak mereka. Hehe
Eh ada yang perasanlah kunjungan kita
Haiwan di sini bebas bergerak tau sebab kawasannya sangat luas
Pasangan dua sejoli menikmati sajian rumput yang sangat menyelerakan. Kah!
Pengunjung dapat merasai pengalaman memberi makanan kepada haiwan di Ecofarm. Best!
Selesai sahaja aktiviti di Ecofarm, perut pun dah lapar marilah kita ke House of Kambing. Saat melangkah masuk ke dalam House of Kambing, terdetik dalam hati "so impressive". Cantik dan classy juga interior design dari kayu kayan. Ala hipster gitu~
Dan ini adalah sajian yang disajikan di House of Kambing, seperti dalam gambar iaitu Nasi Goreng Kambing, Sup Kambing dan paling enakkkkk, Kambing Grill !!
Close up kambing grill
Nasi Goreng Kambing
Bak kata Pian Vitdaily, padu beb padu! Semua sajian dia sedap! Lagi-lagi nasi goreng kambing. Kesemua sajian kambing yang dihidangkan sangat lembut dan rempah dalam sos atau sup atau dalam nasi goreng itu memang terasa. 

Mesti korang terkejut kalau tahu harga di sini. Nasi goreng sekiranya pilih daging baru RM 9.00. Alaaa normal lah kambing. Nasi beriyani tempat Neeza pun dah nak RM15. Ini nasi goreng memang price worth it. Kalau nak nasi goreng biasa/kampung/ thai, harga dalam RM5.50 - RM6.00 je. Standard price. Manakala Kambing Grill ada saiz mini (rm4.50) dan platter (RM5.50) je tau.

Kalau Neeza lah memang harga ini kira agak murah sebab ia adalah ternakan sendiri daripada MAEPS, Serdang.  Sangat-sangat berbaloi!

Selesai sahaja menjamu selera, kami dibawa ke Laman Herba dan kelulut. Ini merupakan lokasi kegemaran Neeza sekiranya datang ke MAEPS, Serdang. Rasa tenang dan bahagia melihat tumbuh-tumbuhan di sini.
Dah beberapa kali datang sini, baru perasan Terapi Warna & Mandi Bunga. Datang sini best weh. Dahlah rasa segar dan harum. Pokok pun sangat-sangat cantik. Ada bunga raya, seri pagi dan pelbagai lagi. Malah ada pelbagai boleh buat sport selfie. Eheeee~ :-p
Cantik kan gambar yang Neeza ambil? Sebenarnya banyak lagi tumbuhan tapi tak bolehlah reveal semua. Nak lihat, kena datang sana. Meh jom laaaaaaa.

Memandangkan ini adalah Laman Herba, mestilah kena ada gambar sekeping dua tentang herba. Banyak juga tau herba yang ditanam di Laman Herba ini iaitu Pegaga, Kacip Fatimah, dan sebagainya. Menariknya di sini anda juga berpeluang untuk belajar mengenali herba. Neeza dah pro sikit sebab baru sahaja balik dari Ladang Herba Nasuha. Hehe. Sebab Neeza berjaya teka dengan cepat dan tepat demonstrasi salah satu herba masa lawatan ni. Kihkih. Nak tahu apa?
Inilah herba yang Neeza berjaya teka iaitu All Spices. 
Daun pegaga. Sedap ini kalau buat ulam
Jus pegaga limau kasturi ini sedap! Kalau pegaga je I kenod tahan
Banyak sebenarnya herba dekat sini, paling menarik ada tumbuhan herba yang dikatakan berpotensi boleh merawat kanser. Kalau nak tahu lebih lanjut marilah ke MAEPS, Serdang ini. Selesai sahaja berada di Laman Herba, kami dibawa ke Laman Madu Kelulut.

Di sini anda boleh melihat pelbagai reka bentuk rumah kelulut dan cara madu kelulut diproses. Kan Neeza cakap kalau datang MAEPS, Serdang ini tak kan pernah bosan. Lihatlah perbandingan masa lawatan Neeza masa MAHA 2016 dulu. Sama ada Neeza memang tak perasan atau memang ada pembaharuan dekat rumah-rumah mereka.
Sarang kelulut
Fuyooo style betullah rumah banglo lagi. Kerlasss sungguh madu kelulut
Haaaa, selamat menjamu selera kakak-kakak. Sedap tak? Fresh dari ladang
Inilah madu kelulut yang dihasilkan dan dibotolkan
Percaya atau tak, madu pun boleh dibukukan menjadi sabun
Kemudian, kami bergerak ke Laman Padi dan Galeri Padi. Tempat yang agak seronok untuk Neeza sebab di sini, kita dapat merasai suasana seperti berada di kampung dan mengetahui lebih lanjut tentang padi dan penanaman serta penuaian padi.
Sedap mata memandang. Sejuk je hati I
Galeri Padi yang menempatkan info yang ringkas dan padat tentang padi secara keseluruhan
Haaaa.. kalau datang MAEPS, Serdang ketahuilah anda tak kan rasa lapar. Anda akan sentiasa kenyang. Percayalah cakap Neeza berdasarkan pengalaman Neeza berada di MAEPS, Serdang ketika MAHA dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan. Kami sekali lagi dijamu dengan sajian kampung yang sangat sedap. Bak kata budak hipster, sedap nak arwah~
Sajian ala kampung. Mestilah makan bersila
Tadaaaaaa! Sajian kampung. Memang marvelous lagi2 daging salai masak lemak. Fuh!
Sajian ini adalah Nasi Bendang disediakan oleh Q Caterer di mana ia meliputi  nasi putih, ikan keli berlado, telur masin, dagin salai masak lemak, ulam-ulaman, sayur goreng, belacan dan keropok. Pakej nasi bendang ini per set untuk 2-3 orang dengan harga RM45 sahaja tapi cukup untuk makan 6 orang weh. Meja kami yang 6 orang fuh licin dah macam makan tengahari. Kahkah. Sedap tak terkata.

Dah puas makan, jom kita melihat dan bermanja dengan haiwan-haiwan yang berada di G2G Animal Garden. Ada macam-macam haiwan di sini seperti petting animal, exotic animal, pigeon dan macam-macam lagi. 
Mesti ada yang tertanya berapa kadar bayaran di sini. Berikut adalah senarai harga G2G Animal Garden;
Percuma - Kanak-kanak bawah 90 cm
RM 7 (MyCard) / RM 17 (Tanpa MyCard) - Kanak-kanak
RM 15 (MyCard) / RM 25 (Tanpa MyCard) - Dewasa

Serius ia adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan sebab anda dapat jumpa burung kakak tua, arnab, kucing, musang, ular, ayam dan macam-macam lah. Ular pun ada tau. Dan macam-macam aksi dan gelagat serta teletah tau yang Neeza sempat tangkap. Maklumlah I mamarazzi.
 Swag gaya buruk kakak tua ini
Nak manja-manja letuwwww
Amboi nak kiss pulak
Haaa yang ini comel sangat. Suka gambar ini. Amboi kak Naomi
Gemuknya awaaaa Mr Rabbit
Katanya ini adalah kawasan terapi kambing. 
Wah dekat sini pun berpeluang bagi lagi kambing ini makan
Oooops! Behind the scene :-p
Tak silap ni ostrish kan? I panggil ayam botak :-p
Paling lawak bila ada dekat G2G Animal Garden ini, bila Neeza kena kejar dengan kambing. Itulah penakut sangat. Lepas itu boleh dia gigit skirt Neeza. Dahlah satu-satunya skirt hitam. Nasib baik tak berlubang sebab material kain agak keras. Sabar jelah hahaha.

Selesai sahaja puas melihat haiwan di G2G Animal Garden, ya kami dibawa untuk menjamu selera lagi. Ikutkan jadual ini memang makan tengahari kami. Kan dah cakap kalau ada dekat MAEPS, Serdang ini anda tak kan lapar.  Di Goat2GoFarm ini kami disajikan dengan beriyani kambing. Perghh ingatkan dekat Batu Pahat je ada, dekat Putrajaya ini pun ada.
Selain beriyani kambing, ada juga steak. Harga sangat murah berbanding restoran western sebab kambing ini diternak sendiri pihak MAEPS tau
 Bang, nak satu steak pleshhhh!
Haaaa, nasi minyak pun tak terhabis ada hati nak makan steak, Haha, daging memang lembut
Memang puas hatilah makan dekat sini. Korang kena cuba kalau datang sini. Tak jauh pun berhadapan dengan G2G Animal Garden je ni haaaaaa!

Selesai sahaja menjamu selera maka berakhirlah lawatan kami ke Laman Agro MAEPS, Serdang dan kami menuju ke beberapa buah lokasi sekitar Putrajaya yang bakal Neeza cerita pada entri akan datang. Selesai sahaja aktiviti pada hari kedua, kami pulang semula ke MAEPS, Serdang untuk menginap di Nafas Cube. Masa kami sampai dah malam dah.

Nafas Cube ini Neeza pernah cerita sewaktu pengalaman Neeza ketika berada di MAHA 2016 di mana ketika itu Nafas Cube baru sahaja dibuka dan beroperasi akan tetapi Neeza tak berpeluang untuk menginap meskipun Neeza datang lagi ke sini sewaktu Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2017. Maka untuk 2018, akhirnya Neeza dapat juga menginap di Nafas Cube sempena Road to Agro Tourism Siri 3 Edisi Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang Nafas Cube, boleh baca pada entri lepas iaitu MAHA 2016. KLIK SINI!
 Sampai ke sini lagi
Untuk peserta-peserta perempuan kami ditempatkan dalam kontena kerana kemudahan tandas yang bersambung dengan bilik tidur. Maklumlah kena jaga aurat untuk yang beragama Islam. Lagi selesa menginap di bilik kontena. Peserta lelaki lah yang beruntung sebab dapat tidur dalam cube di mana ia adalah pengalaman yang agak rare. Dan ketika ini, Neeza nampak penginapan khemah dah tak ada. Ini kerana Neeza dimaklumkan khemah dah hanyut ketika banjir tahun lepas. Huhu, tak apa caravan ada.
Neeza dan kak Naomi menginap di dalam kontena ini
 Selesa sangat katil Queen
Bilik ini tak besar sangat tak kecil sangat. Very nice
Penginapan memang selesa, ada heater, tv pun tak ada siaran terganggu. Cuma Neeza perasan kemudahan toileteries seperti berus gigi dan ubat gigi tak disediakan. Hanya ada sabun mandi dan syampu sahaja. Kesian kak Naomi kena pakai ubat gigi je tu pun nasib baik Neeza sempat bawa ubat gigi  bagi pinjam. Berus gigi pun Neeza pau dari hotel Tamu. Huhu. 

Tak pasti sama ada terlepas pandang sebab kami sampai pun lewat malam dah atau memang tak disediakan. But it's okay. Yang penting bilik selesa, ada heater dan aircond pun sejuk. That's more than enough.
Inilah bilik cube yang Neeza katakan itu
Haaa, ingat tak ada aircond ke? Ada juga tau. Depan tasik pula tu
Pemandangan tasik yang mengasyikkan
Untuk maklumat dan keterangan lanjut;
NAFAS CUBE @ MARDI
Alamat: Jalan MAEPS 4/1, 43400 Serdang, Selangor
Telefon: 012-342 3364

Esokkan pagi selepas sahaja check out, kami sarapan di kedai makan yang berdekatan dengan Nafas Cube. Tak ingat pula nama restoran itu tapi popular dalam kawasan MAEPS, Serdang sewaktu pagi sebab memang ramai orang ke sini sebab pelbagai menu disediakan. Pagi-pagi dah ada nasi campur, gulai kawah. Roti canai dan makanan goreng memanglah kena ada. Menu wajib Malaysia katakan.

Tapi kelainan ada kacang pol! Hidamgan yang menarik perhati kebanyakan peserta rombongan RTA 3 ini.
 Serius sedap sangat! Daging dan kacang banyak dalam ini. Berbaloi!
My typical Malaysian breakfast
Sekian sahaja cerita Neeza tentang Laman Agro MAEPS, Serdang dan penginapan Neeza di Nafas Cube. Ada lagi lokasi-lokasi kami lawati hari kedua ini. Belum habis lagi okay :') #tabahtypedemipembaca Nantikan tau!

Salam sayang,
Neeza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.