Assalammualaikum dan hai semua,
Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji bermula dari 26 sehingga 28 Februari 2018 di mana ia satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Jadi tak payah sedih okay kalau terlepas jualan sempena Chinese New Year tempoh hari.
Pengguna Shopee bakal menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.
Menurut Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee,
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah."
Pada masa yang
sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan
tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul
12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam
hingga 9.00 malam.
Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk
pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular,
diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya,
pemindahan bank.
Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:
Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.
Elianto pun turut serta dalam sale gaji!
Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki.
Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.
Screenshot Promo Code okay! Nanti sambar bila campaign dah bermula
Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999.
Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna Shopee juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi, jom membeli belah di Shopee!
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
Salam sayang,
Neeza
Ramainya share pasal Shopee nie. Makin tak sabar nak tunggu. Hahahahaa.. Kalau dapat menang Samsung Note8 tu best
ReplyDeleteWah... 18% cashback a lot ler. Will check out the website to shop for my children clothes.
ReplyDeleteBanyak nye Shoppee ad ni. Promosi menarik dgn hadian yang hebat. Giler shoppee dah ni.
ReplyDeleteAlamak.. Shopee lagi.. macam nak suruh buat checkout cepat-cepat je ni.. hahaha.. abeslah duit TB camni.. kena kira betul2 balik ni.. offer banyak sangat tu yang tak mampu nak tengok.. huhu
ReplyDeleteSana sini cerita pasal shopee. Tahniah shopee. Tapi tak boleh nak shopping sebab dapat gaji awal... huhuhu... TUnggu next month yer shopee ☺☺
ReplyDeletewowww.. ada cabutan bertuah yer? lagi triple seronok ni.ehehehehe.. banyak betul diskaun
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu campaign ni..dah siap2 add item dalam cart..tunggu tarikh je..lepas ni gerenti terjebak lagi..confirm punya
ReplyDeleteAlamak kena shopping kat sini. Tak sabar tunggu 26.2 untuk promosi barangan pilihan xes heheh
ReplyDeleteKenapa buat 26 hingga 28 hehehe waktu tu kita dah habis duit bayar hutang dan bill semua wakakakka cuma mampu tengok jer melainkan harga memang betul-betul murah dan barang yang sangat perlu.
ReplyDeleteTak nak shopping! tak nak!! hahahaha...stress pulak banyak sangat promo..nasib baik dah beli dah pan takoyaki kitaaa :D
ReplyDeletePergh dasyat la kempen shopee ni. Mana tahu rezeki boleh menang hadiah. Kena join jugak kempen ni.
ReplyDeletepandai diorang ni. time gaji je mesti ada sales
ReplyDeleteini yang i paling tak tahan.. selalu tergoada dengan shopee promo promo ni... kali ni kempen wang pulangan pula.. wah... shopping lagilah kali ni...
ReplyDeleteRacheal
dashat la penangan shopee sampai makeup pun murah harap makeup yang ditawarkan makeup yang bukan nak expired le macam tammy kena omg..
ReplyDeleteTerbaiklah Shopee...pandai diaorg pilih tarikh untuk buat Sales...hehehe. Nasib baiklah sis tak ada keja n tak ada tarikh dapat gaji..kalau tak rabak..hahaha
ReplyDeleteI nak online shopping ni.. Tergoda dengan discount discount nya..
ReplyDeleteEhemmmmm Neeza... bila la dapat nak simpan duit nie... asik ada sale macam nie... korek tabung la nampaknya
ReplyDeleteWah! Love this I am going to check it out and shortist the items i want to buy from them, yay.
ReplyDeletedah hari kedua rini, nasib sempat lagi
ReplyDeletetiap kali gaji..duit gaji pun habis..
ReplyDeleteJanji Kita