Thursday 8 February 2018

Jom Kenali Road to Agro Tourism - Siri 3 (Kuala Lumpur-Putrajaya)

Assalammualaikum dan hai semua,
Selesai sahaja trip ke Muar, dua hari kemudian, Neeza meneruskan perjalanan Neeza dengan mengikuti rombongan Road To Agro Tourism Siri 3 Edisi Kuala Lumpur Dan Putrajaya Sempena Hari Wilayah Persekutuan pada 31 Januari 2018 sehingga 3 Februari 2018 (3 hari 2 malam).

Untuk pengetahuan anda, program Road to Agro Tourism yang diketuai oleh Presiden MTC iaitu Encik Uzaidi Udanis merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia @ Malaysian Tourism Council (MTC). Program ini mempunyai 10 siri yang meliputi Zon Selatan, Tengah, Pantai Timur, Sabah, Sarawak, Edisi Perak, Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pahang.

Bagi siri 3 ini iaitu Edisi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Majlis Pelancongan Malaysia menjayakannya bersama dengan Perbadanan Kampong Bharu (PKB) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ) dengan sokongan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Bagi menjayakan program ini, RTA3 turut bekerjasama dengan MARDI-MAEPS Serdang, Tamu Hotel & Suite, Bas Hop On Hop Off, Pulse Group, Nafas Cube, Cyberview Resort & Spa, Universiti Putrajaya Malaysia, DSSM (Silat) dan Jabatan Warisan Negara (JWN).

Majlis perasmian RTA 3 ini telah diadakan di Tamu Hotel & Suite, Kampong Bharu pada 31 Januari 2018 dan  sebanyak 30 buah destinasi agro pelancongan dilawati dan dipromosi dalam RTA3 ini. Turut bersama dalam rombongan ini selebriti Maria Tungku Sabri sebagai hos program.

Mengapa Kampong Bharu telah dipilih sebagai lokasi pelancaran Road to Agro Tourism Siri 3 ini?
Menurut YB Dato’ Affendi Zahari selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Baru (PKB) yang telah merasmikan program Road To Agro Tourism Siri 3 bagi Kuala Lumpur – Putrajaya 2018 ini, beliau berasa amat bangga kerana Kampong Bharu dipilih sebagai salah satu destinasi pelancongan agro di Malaysia dan berdasarkan perasmian Program Pencahayaan Masjid Jamek Kampong Bharu pada Julai 2016 yang lepas, di mana ia telah mengangkat imej masjid tersebut menjadi bangunan ikonik dan tumpuan para pelancong.

Pembinaan pintu gerbang turut menjadi identiti Kampong Bharu. Antara perancangan lain pula pada masa akan datang di Kampong Baru termasuklah membina Saloma Link, iaitu laluan yang akan menghubungkan kawasan itu dengan KLCC, selain mewujudkan tiga kampung warisan.
Datuk Mohd Khay Ibrahim yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Zikay turut menyatakan bahawa beliau dan. Zikay Group bangga dengan pencapaian Kampong Bharu semakin berekmbang pesat dan sebagai pemaju hartanah yang komited dan menyumbang kepada proses transformasi ekonomi demi mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Justeru itu, Zikay kini telah memperluaskan sayap perniagaannya dengan menceburi di dalam bidang hospitaliti iaitu terbinanya Tamu Hotel & Suites yang merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang di mana menawarkan perkhidmatan yang mesra dengan menyediakan penginapan dan kemudahan kelas bertaraf antarabangsa.

Apa istimewanya Road To Agro Tourism ini yang buat Neeza ingin ikuti?
Menerusi ucapan Encik Aminuddin Exco MTC,
"Agro membawa maksud hasil ladang dari Tanaman, Ternakan,   Perikanan dan Industri Asas Tani dari Ladang hingga ke Meja Makan."
Maka, Neeza ingin meneroka maksud sebenar Agro Pelancongan. Selama ini Neeza ingat kalau sebut agro mesti membosankan. Rupanya Neeza silap. Agro Pelancongan atau Agro Tourism sebenarnya merangkumi aktiviti Pelancongan berkaitan dengan Perlandangan, Pertanian, Penternakan, Perikanan, Industri Asas Tani (makanan berproses dan bukan makanan), perkhidmatan dan aktiviti berkaitan dengan agro seperti destinasi, hospitaliti atau pengurusan acara. 

Best tau dapat meneroka destinasi domestik yang menarik, menginap di tempat yang baru, unik dan selesa, merasai makanan etnik dan kebudayaan yang menarik serta melihat sendiri kesenian dan hasilan kraftangan tempatan yang halus dan memukau. Bukan itu sahaja, dapat kenali tempat dan acara-acara bersifat "Agrotainmen" dan produk serta persembahan berkaitan Agro yang menarik.
Terima kasih kepada MTC kerana memberi peluang pada Neeza untuk menyertai rombongan RTA ini. Harap dapat bertemu lagi ke siri yang akan datang. Haaa, nak tahu ke mana Neeza dan rombongan MTC sepanjang RTA3 ini? Tunggu update entri akan datang tau.
Untuk keterangan lebih lanjut tentang PKB,
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
Alamat: Lot 61, Aras Bawah & Aras 2 Rumah ROHAS, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu 50300 Kuala Lumpur
Nombor Telefon : 03-26926733
Website: www.pkb.gov.my
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Road to Agro Tourism, boleh layari;
Facebook : JomAgroTourism

Salam sayang,
Neeza

No comments:

Post a Comment

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.