Showing posts with label shah alam. Show all posts
Showing posts with label shah alam. Show all posts

Friday, 6 October 2017

Puas Makan di Port Bujang, Junction 11, Shah Alam

Assalammualaikum dan hai semua,
Neeza sering dihujani dengan soalan-soalan seperti tempat makan mana yang best di Shah Alam ini. Selalunya yang tanya Neeza kawan-kawan di universiti dan Neeza selalu naik Grab atau Uber jadi kalau berbual itu mesti terselit tanya soalan yang lebih kurang macam ini. Hahaha.
Neeza kan suka explore makanan sedap. Jadi kalau di kawasan Shah Alam ini, Neeza sarankan salah satu tempat makanan untuk anda cuba makan iaitu Port Bujang, Junction 11. Kalau nak tahu, Junction 11 ini adalah medan selera untuk Seksyen 11 yang menempatkan lebih daripada 10 buah gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan.
Rasanya dalam medan selera di seluruh Shah Alam ini, Junction 11 yang paling hipster, kemas dan bersih. I like!
Dan Port Bujang adalah di antara gerai yang beroperasi di Junction 11 ini. Port Bujang dan gerai-gerai lain dibuka setiap hari kecuali hari Isnin, dari pukul 6 petang sehinggalah lewat malam.

Nak tahu apa yang istimewa tentang Port Bujang ini?

Port Bujang ini menyediakan hidangan yang berkonsepkan western fusion dan saiz hidangan yang besar dengan harga yang sangat berpatutan. 

Yang penting kalau makan dekat Port Bujang ini, kentang goreng, salad dan sos mayonis serta thousand island mesti ada dalam setiap hidangan. Kentang goreng serius best! Besar dan rangup. 
Hot Dog Daging Cendawan - RM 8.00 POPULAR & WAJIB CUBA  
Hot Dog Daging Kaw - RM 8.00 POPULAR 
junction 11, makanan sedap shah alam, western fusion, port bujang, port bujang shah alam
Bujang Platters (nuggest, wedges) - RM 7.00 TEMPTING!
Kambing Grill - RM 15.00 POPULAR & WAJIB CUBA
Kambing Grill & Nasi Goreng - RM17.00 POPULAR
Ayam Rangup - RM11 POPULAR 
Ayam Rangup & Nasi Goreng - RM 13.00 POPULAR & WAJIB CUBA
Ayam Grill - RM11 POPULAR 
Ayam Grill & Nasi Goreng - RM13 TEMPTING
Campuran Grill Ayam+Kambing - RM18 POPULAR
Campuran Grill Ayam+Kambing & Nasi - RM20 POPULAR & WAJIB CUBA
Kalau ikutkan Neeza nak sahaja anda tempah semua sebab makanan dekat Port Bujang  ini memang sedap-sedap belaka. Tapi itulah ikut masing-masing. Kalau teringin nak makan berat dan serius lapar, ambil set yang ada nasi goreng. Rugi kalau dah datang Junction 11 ini kalau tak cuba makan di sini. Lagi-lagi dihidangkan secara panas-panas. Seronoknya apabila dapat makanan yang saiz banyak dan kenyang, tak kedekut kuah dan sos mayonis serta thousand island. 

Kegemaran Neeza di Port Bujang? -selera I lah-

Bujang Platters, Hot Dog Daging Cendawan, Kambing Grill (with / without fried rice), Ayam Rangup (with / without fried rice). Bujang Platter sebab sos memang kaw-kaw bersama wedges serta nugget yang rangup. Hot Dog Daging Cendawan lebih kena tekak Neeza sebab tak semuak carbonara dan roti pun lembut. Neeza pilih kambing grill sebab jarang nak jumpa daging kambing yang digrill serta ayam rangup yang memang rangup dan rempah yang sedap.

Tak lengkap kalau makan kalau tiada minuman. Neeza nak anda cuba rasai air Mangga dan Bandung Cincau. Uniknya minuman ini rasa berbeza dengan yang selalu terjual di pasaran kerana mengandungi rasa bikabornat iaitu Extra Joss. Gabungan itu buatkan air ini memang sedap dan kaw-kaw. Minuman ini boleh didapati di gerai Eastimur
Mangga Susu dan Bandung Cincau POPULAR & WAJIB CUBA
Bagaimana kalau anda datang ke Junction 11 ini, selain Port Bujang tapi nak makan makanan Melayu? Maklumlah kadang kala antara kita mesti bawa keluarga. Selalunya mak ayah atau nenek datuk mesti nak makan makanan Melayu juga. Okay, jangan risau, ada beberapa hidangan Melayu yang anda boleh pilih dan nikmati.
Asam Pedas Daging Tetel - RM8.00 POPULAR & WAJIB CUBA
 Asam Pedas Pari - RM 8.00 TEMPTING
Daging Salai Masak Lemak Cili Api RM 7.00 POPULAR & WAJIB CUBA
Okay bukan senang tau nak jumpa masakan daging tetel dan daging salai. Daging serius lembut. Serius kuah memang pekat dan berasa. Asam pedas pun sedap juga tau, isi ikan pun fresh. Kalau nak tempah boleh pergi di gerai Claypot 46.

Oh ya, dah alang-alang makan dekat Junction 11 ini, kalau teringin nak kelainan boleh cuba sate Madura di gerai Eastimur. Sate ini bukan sate biasa-biasa dimakan bersama kuah kacang tapi sate yang dimakan bersama kicap pedas dan lada potong. Serius memang kena citarasa.
Sate Madura POPULAR & WAJIB CUBA
Bagi Neeza serius memang puas hati kalau datang  ke Junction 11. Macam-macam ada. Paling terbaik tentulah Port Bujang kalau nak makan western fusion. Harga pun sangat berbaloi dengan saiz yang dihidangkan. Ini kalau pergi restoran makanan barat terutama makanan segera memang lebih mahal beb.Untuk maklumat lebih lanjut;

Hidangan air memang wajib cuba okay! Sate pun sedap. Nak tahu tentang gerai Eastimur pula, boleh lawat ke;

Makanan Melayu singgah dekat gerai Claypot 46 okay!

Sekian sahaja untuk tempat makan sedap yang Neeza suka di Shah Alam ini, nantikan tempat lain pula. Maklumlah Neeza kan menetap di sini dan belajar di UiTM Shah Alam. Nantikan tau. 

Salam sayang,
Neeza

Friday, 20 January 2017

Jom Makan di D'Kayangan Steamboat & Grill, Shah Alam

Assalammualaikum
Dah lama rasanya tak makan steamboat. Tetiba rasa teringin pula. Alang-alang dah tak diet kan. Lagi-lagi stress nak ambil peperiksaan.  Trylah cari Google, restoran paling terkenal dengan hidangan steamboat, antaranya ialah D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam. Memang tak jauh ini dari tempat tinggal Neeza. Okay, set.

Masa nak pergi ini, kebetulan kawan blogger, Alja dari www.cahayapermata.my turun dari KL nak ajak date dengan Neeza, eh ke Neeza yang ajak date dengan Alja. Hahaha. Maklumlah dah lama tak jumpa, kalau tak silap kali terakhir jumpa dia masa majlis berbuka puasa dekat Damansara. Kami kan best friend blogger forever gitu. Hahaha.

Bila kami sampai ke D'Kayangan Steamboat & Grill Seksyen 13 Shah Alam ini, fuhh betul lah memang terkenal kedai ini. Ramai juga pelanggan yang datang untuk makan steamboat dekat sini. Thumbs up untuk Google bagi cadangan baik punya. Huhu.

Terdapat dua ruangan dalam D'Kayangan Steamboat & Grill ini iaitu dalam restoran atau luar (dalam khemah).

Dalam restoran

Luar (Suasana Siang & Malam):

Bila masa dalam kedai ini serius rambang mata beb. Untuk kuah steamboat, ada dua pilihan iaitu Sup Ayam dan Tomyam. Neeza pilih Tomyam.

Tengoklah hampir penuh meja kami;
Banyak pilihan juadah steamboat disediakan di sini. Hampir 200 hidangan untuk anda pilih semasa berada di restoran steamboat ini, dari hidangan steamboat, grill, kambing golek, makanan goreng, minuman sehinggalah pencuci mulut. Sampai ada rasa tamak nak ambil dan cuba rasai semua, hahaha. :-p

Maklumlah sekarang kan restoran D'Kayangan Steamboat & Grill ini sedang mengadakan promosi Sunday Lunch, iaitu RM22.90 (dewasa) dan RM9.90 (kanak-kanak). Kalau hari-hari biasa, RM33+ (dewasa) dan RM18+ (kanak-kanak).
Memang terbaiklah makan steamboat dekat D'Kayangan Steamboat & Grill. Rugi kalau korang tak cuba lagi-lagi kalau datang Shah Alam ini.

Jom ramai-ramai ke sini sekarang!

Untuk maklumat lebih lanjut: 

Nama Restoran: Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Alamat: Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 12-297 1091

Salam sayang,
Neeza
D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.