Thursday, 9 March 2017

Kurus Dengan Diet HCG di Toscana Medi Clinic, Solaris Dutamas

Assalammualaikum
Menjadi seorang yang pernah gemuk dan mencapai berat 100 kg ketika berusia 20 tahun dan sedang mengalami transformasi dari gemuk ke kurus ini memang banyak terdedah kepada pelbagai jenis diet. Bagi Neeza, semua jenis diet yang ada di dalam dunia ini tak salah.

Yang salah adalah diri sendiri yang tak belajar untuk memahaminya habis-habisan dan merujuk kepada orang yang pakar dan mahir tentang diet itu dan bila dapat penyakit lain akibat salah konsep tentang diet tersebut atau tidak dapat keputusan yang diingini terus kecam diet itu. Betul tak?


Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang baru untuk Neeza sendiri apabila diberi kesempatan untuk mengunjungi Toscana Medi Clinic di Publika bulan lepas.

Sebenarnya Toscana Medi Clinic telah melancarkan "The Metabolight SLIMMILISTA" di mana ini merupakan sesi perkongsian antara Toscana Medi Clinic bersama para bloggers mengenai diet HCG yang sangat berkait dengan metabolisma badan untuk kurus.

Apa itu diet HCG?
Diet HCG ialah diet yang menggunakan harmon HCG (hormone chorionic gonadotropin) sebagai pemangkin dalam menguruskan badan di mana hormon HCG ini dapat "reset" semula metabolisma dalam badan kita untuk turun berat badan tanpa ada rasa lapar atau lemah. Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk SINI.

Menarik bukan?

Untuk mereka yang ingin melakukan diet HCG ini, Neeza sangat sarankan untuk anda memilih Toscana Medi Clinic untuk melakukan rawatan suntikan harmon HCG ini kerana mereka mempunyai pasukan yang berpengalaman dan mahir dalam mengendali client yang ingin kurus dengan diet HCG dengan sihat dan selamat.

Mesti korang tertanya-tanya "tak sakit ke suntik itu?" 

Kan? Kan? Kan?
Menurut kedua-dua doktor estetik dari Toscana Medi Clinic iaitu Doktor Lashela Dharmadass dan Doktor Kanwil Gill bahawa jarum HCG itu sangat halus dan sakit macam kena gigit semua je. Alaaaa macam korang tindik telinga sebab nak pakai anting-anting. Lebih kurang gitu lah. Hehe. Come on, beauty is pain. Rileks lah sesuggut (perempuan) dan bersunat (lelaki) lagi sakit tau. Hahaha. 
Dan lebih menarik dalam majlis perkongsian tentang "The Metabolight SLIMMILISTA" apabila rakan blogger, Wendy Pua dari www.wendypua.com yang telah berjaya menguruskan badan dengan diet HCG dan mendapat bentuk badan yang diidamkan iaitu bentuk badan gelas tau uolls. Neeza sangatlah cemburu dengan transformasi dia. Wendy, I pun nak kurus macam you, hahaha.
Selain Wendy, Marcus Osmand juga telah mengalami transformasi yang besar dalam hidupnya. Terkejut dan kagum bukan? Macam model dah last sekali tu, well done! Good for you. Hehe.

Jadi sekiranya anda berminat untuk kurus dan cantik atau kacak seperti Wendy dan Marcus, bolehlah hubungi Toscana Medi Clinic untuk keterangan lebih lanjut tentang HCG ini. Tak salah untuk cuba diet yang lain asalkan kita merujuk dengan pakar yang tepat dan mahir.

TOSCANA MEDI CLINIC
Alamat: Block D5-G4-01 & 02 Suria Dutamas, No 1 Jalan Dutamas 1, 50400 Kuala Lumpur.
Nombor telefon: +603 6143 8866
Website: http://www.toscanamed.com
Email: info@toscanamed.com
Instagram: @toscana_mediclinic
Facebook: Toscana Medi Clinic

Haaaa lupa pula, sebenarnya Neeza dapat juga sesi rawatan kulit di Toscana Medi Clinic tapi belum berpeluang lagi nak cuba sebab jadual penuh sebagai pelajar dan blogger. Tapi itulah kulit Neeza ini pun dah banyak bekas jerawat. Haiyaaa, kalau Neeza dah pergi buat rawatan ini nanti Neeza share okay.


p/s: Dear Toscana Medi Clinic, kertas treatment yang Neeza punya hilang tapi masih ada bukti ini, Masih valid tak nak buat treatment? Huhuhu.

Salam sayang,
Neeza.

15 comments:

  1. Wow, 100kg pada usia 20 tahun... berat juga tu... Alhamdulillah kalau berkesan dan memudahkan akan menjadi harapan kepada mereka yang ada masalah obesiti kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itu pengalaman neezalah, hehe itulah sekarang ni tengah educate kepada orang2 yang mengalami masalah berat badan macam neeza ni yang terdedah dengan pelbagai jenis diet ni.. sebenarnya semua diet okay cuma bergantung pada diri untuk pilih dan buat cara dengan betul dan merujuk pada yang pakar tentang diet tersebut

      Delete
  2. woww. airah pun otw nak turunkan berat

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan neeza. Actually semua punca gemuk adalah dari diri sendiri. Perlu jaga diet dengan baik. Nampak dalam gambar tu, memang banyak perubahan. Baguslah neeza belajar pasal hal ni. Boleh la neeza kongsikan pasal jaga pemakanan yang baik dan cara nak kurus dalam blog :)

    ReplyDelete
  4. Yup betul. Paling penting tak berlapar kan Neeza. Saye pun pernah je gemuk dulu. Then buat diet kevin zahri. Alhamdulillah byk turun ☺️ Dan paling penting selamat. Now still struggle lagi nak jaga kesihatan dan pemakanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kalau berlapar lagi makan banyak.. healthy for long time life :D

      Delete
  5. All the best to you Neeza..
    Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..
    In shaa Allah dipermudahkan 😄

    ReplyDelete
  6. Ehemmm ehemmm. Blog Neeza ni bebetul seimbang, lepas bagi orang gemok dengan makanan, dia kasi tips kurus pulak. hehehe

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  7. Good luck Neeza!
    Teruskan semangat dalam mencapai target yang diidamkan.
    Bersama kita menuju kearah gaya hidup sihat hehe.

    ReplyDelete
  8. all the best dear. I pun selalu terasa nak diet lah apa lah, tapi tu lah. punca diri sendiri tak berdisplin >,<

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.