Assalammualaikum
Sejak berhenti blogging seketika selama dua minggu gara-gara demam, memang berjauhan dengan lappy inilah. Rasa blank rasa tak mood. Fasa gelap seorang penulis. Ya Neeza lalui. Harapnya lepas ini tak ada berhenti-hentilah sebab banyak entri blog masih pending. Huhu.
Serius masa demam itu memang tak boleh buat kerja sangat, kelas pun banyak Neeza terpaksa ponteng. Huhu. Dan Neeza baru je dapat tahu semalam dari kawan serumah bahawasanya dua orang rakan serumah serta roomate Neeza ketika ini disyaki demam denggi. Get well soon Min!
Bila dah sembuh ini, dah sihat walafiat tetiba Neeza rasa aktif dan cergas serta ketagih untuk mulakan hobi baru selain dari makan macam saka (bila sakit satu makanan pun tak selera oi). Hahaha. Entahlah, akhir-akhir ini Neeza semakin ketagih untuk mengenakan mekap.
Maklumlah sekarang dah tak dapat sangat pun jemputan untuk makanan review dan terarah pada jemputan media majlis dan bengkel kecantikan. Wuhuuuu. Jemputan media majlis pula kebanyakan tentang produk kecantikan juga. Mana taknya datang semangat nak merias wajah itu. Hehe.
Nanti Neeza akan update kesemua barangan mekap yang Neeza ada. Ini baru level beginner tau. Barang pun tak banyak sangat lagi. Hehe.
Sebenarnya kan Neeza sendiri kalau keluar rumah atau pergi jalan-jalan ke kelas lagi biasa muka togel tanpa secalit mekap. Itu paling malaslah. Kalau rajin Neeza kenakan bedak asas dan lipstik agar tak nampak pucat. Neeza rasa Neeza lebih yakin untuk tidak mengenakan apa-apa mekap.
Ketagihan mekap ini pula bila Neeza dekat rumah bersendirian dan tak tahu nak buat apa. Hahaha. Jadi janganlah hairan kalau anda jumpa Neeza dekat luar nude face tapi bukan main vogue dalam media sosial. Hahaha.
Nak mekap melawa sangat dekat luar pun nak buat apa kan. Nak kata course Neeza ini perlukan mekap sangat pun tak ada haishhh. Sesetengah masa je kena. Huhu. Dan ramai juga yang tanya dekat media sosial yang Neeza ini student masscomm ke? Jadinya Neeza tak naklah ramai tertipu bahawasanya Neeza adalah pelajar bahasa. Hehe. Maklumlah general assumption pelajar bahasa ini nerd nerd gitu. Bila tak pakai mekap nampaklah nerd itu. Hihi.
Progression
Mekap biasa
Mekap doll
Make up Nude With Contour
Cuma yang Neeza perasan bila skill mekap itu dah makin bertambah baik (mana taknya setiap hari tonton video mekap tutorial dekat FB dan youtube) gambar paling terbaru ini :-p serius memang tebal dan sebenarnya kulit Neeza lebih gelap dari tona asal.
Acah Model Hijabister :-p
Benarlah kata kawan Neeza suatu ketika dulu
"Kawan aku ada serumah dengan model muslimah. Mereka kalau balik memang macam hantu. Mekap tebal oi. Nak nampak effect cantik photography."
Hahaha. Benarlah, benarlah, benarlah kata-kata mu itu. Hehe
Apapun barangan mekap Neeza rasanya 80% lengkap. Ada je yang tak beli lagi. Huhu. Tunggulah ada duit lebih kita beli. Kalau nak mekapkan orang itu belum pasti boleh ke tidak sebab Neeza pun masih belajar nak buat muka sendiri pun susah lagi-lagi tang mata dan bibir. Uishhh susah betul. Huhu. Tak apa, Neeza boleh, chaiyook!
Okaylah itu je yang Neeza nak update hari ini. Hahaha, bye.
Salam sayang,
Neeza
amboi cntik..pndai tu
ReplyDeletethank you dear hehe
Deletewahhhh, kalau neeza asah bakat lama-lama ni boleh la nak make up orang pula hehehe.
ReplyDeletehahaha masih tak reti buat area mata ni Syed huhuhu lama lagi kot Syed Neeza nak master huhu
Deletehihi. tak pernah makeup tebal lagi. kadang makeup pun sekadar pakai eye brow dan lipstick. :)
ReplyDeleteNeeza pula malas sungguh nak buat tang area mata kihkih
DeleteLevel beginner dan barang mekap neeza dah banyak camtu!! Sampai ada pelbagai jenis berus lagi. Wahh segan pulak rasa siqah nak post pasal barang mekap siqah. Hihi. Siqah sekarang belajar mekap jugak. Tapi blusher je yang selalu pakai selain lipstick. Yang lain malas lagi. Hihi.
ReplyDeleteSuka semua gambar Neeza telah dimekap :) Keep it up girl <3
thank you so much Siqah, hehe.. ada yang disponsor ada yang beli tu yang nampak cam mekap kihkih.. ada je berus yang belum beli lagi, haha, addlah fb kita nanti kita share2 video mekap yg kita berdua selalu tengok huhu.. neeza lak paling asas pakai bedak two way cake foundation dan lipstik.. huhu
Deletebanyaknya barangan makeup...hehehe..
ReplyDeletebanyak ke kak Siti? :3 sikitlah tu untuk beginber kikih
Deletewahh makin cantik bertambah tambah cantik la lepas ni
ReplyDeleteJom ke Blog Uyul Rosli >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
kak uyul lagi power mekap :-p
Deletebanyak nye...
ReplyDeletehehehe
DeleteCantik akak
ReplyDeleteModel hijabister tu comel
ReplyDeleteyang last tu memang cun lah..ada bakat!
ReplyDeleteJanjiKita
Ha...Ha....guess what, I also started to enjoy make up after Shizens workshop ;) cheers, SiennyLovesDrawing
ReplyDelete