Assalammualaikum dan hai semua,
Lepas puas makan pelbagai jenis makanan yang manis, berlemak dan berminyak, jom kita kembali kepada kehidupan sihat. Mesti ramai di antara kita yang pening nak cari menu sihat, murah lagi sedap kan? Lagi-lagi mereka yang sangat sibuk dan tak sempat ke dapur tapi tetap nak kawal permakanan.
Jangan bimbang. Jangan risau.
Neeza tahu dekat mana anda boleh cari makanan yang ringkas, sedap, murah dan menyihatkan.
Haaaa... tentulah Juiceee Malaysia. Juiceee ini merupakan jenama tempatan yang telah ditubuhkan pada tahun 2014 dengan idea menghasilkan jus yang sihat untuk keperluan gaya hidup sihat yang semakin menjadi trend di kalangan rakyat Malaysia yang memilih minuman yang sihat jus yang lazat.
Dengan tagline "Good Health for All", Juiceee memberi peluang kepada setiap pelanggan untuk menikmati buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan segar dengan harga yang berpatutan.
Jenama Juiceee sememangnya memfokuskan ke dalam penghasilan jus segar yang dibuat dari buah-buahan yang sebenar dengan 100% jus dan aiskrim yogurt rendah lemak. Yang penting tanpa pengawet, tanpa perasa tambahan dan natural semulajadi sepenuhnya.
Maknanya tiada kalori tambahan, maka taklah bertambah berat badan. Hihi.
Best kan?
Berita baik! Baru-baru ini, Juiceee Malaysia telah mengeluarkan siri terbaru iaitu Milky Treatz ke dalam menu jus mereka agar lebih banyak pilihan boleh dibuat oleh para pelanggan datang ke outlet mereka.
Siri ini merupakan gabungan susu dan buah-buahan tempatan seperti betik, mangga, pisang dan lain-lain. Kalau dah tambah susu tentulah tersangat sedap!
Juiceee juga perkenalkan menu baru dalam rangkaian sandwish mereka iaitu Mango Mania bersama Chicken Crush atau Salmon. Cuma ada dua outlet sahaja yang menyediakan iaitu The Starling, Damansara dan Pavilion KL. Outlet lain hanya menyediakan menu jus sahaja ya.
Kalau anda jarang ke Juiceee Malaysia dan ingin cuba, meh Neeza ajar cara nak pesan di kaunter. Siap bertutorial ini bagi menggalakkan anda berdiet dan cuba makan di Juicee.
Ini menu-menu jus yang ada di Juiceee. Boleh pilih sama ada nak Beat The Heat, Make My Day, Energizing Smoothies dan Detox Agent. Pilih lah mana-mana campuran buah-buahan yang anda suka okay. Dekat setiap jenis minuman itu ada tertera buah-buahan dan fungsi minuman tersebut.
Minuman jus ada juga saiz yang anda boleh pilih sama ada saiz M atau XL. Beza 200ml je. Haha.
Kalau nak tempah sandwish pula di The Starling, Damansara atau Pavilion KL outlet, pilihlah mana-mana roti yang anda suka. Kalau tengah diet pilihlah Classic Wholemeal dan sekiranya ingin kelainan pilihlah Bamboo Charcoal. Rasanya ada 8 jenis sayuran yang anda boleh pilih. Nak semua pun boleh. Kalau sos pula, lebih kurang 9 jenis. Kalau tak diet pilihlah semua sekali. Nikmat sungguh. Hahaha.
Tapi kalau anda diet, coach Neeza cakap pilih satu je sos itu pun untuk buat alas tekak je. Haaa, tips nih tips yang ada mesej Neeza dekat Facebook dan Instagram rahsia nak kurus.
Nak jimat, ambil set okay. Cuma RM13.80 sahaja!
Di outlet Juiceee The Starling, Damansara ini juga ada jual buah-buahan segar ya.
Besar-besar saiz buah-buahan di sini. Berbaloi sangat untuk dijadikan snack atau kudapan
Besar tau saiz roti dari Juiceee ini
Masa untuk mencuba! Ya ampun ,memang segar sangat buah yang digunakan di Juiceee ini. Neeza pesan menu terbaru The Juiceee ini, Milky Treatz campuran susu dan mangga. Memang tempting sangat-sangat! Neeza juga sempat cuba Smooth Operator untuk Detox Agent dan Chicken Crush classic wholemeal. Roti memang lembut dan saiz pun memang mengenyangkan. Buatkan anda tak terfikir nak ambil makanan lain dah.
Dan sekiranya Neeza balik dari training dengan coach di Wangsa Maju, Neeza akan singgah ke outlet Juiceee di Wangsa Walk. Kalau tapau bekasnya macam ini pula. Ni Neeza pesan Capocabana XL (made my day) dan Celery Circus (detox agent). Sumpahhh sedap sangat Capocabana itu. Campuran yang ada buah pisang memang best. Kalau Milky Treatz susu dan pisang, lagi sedap. Hehe.
Jadi tunggu apa lagi? Ayuh ke Juiceee Malaysia untuk mendapatkan jus yang segar.
Untuk maklumat lebih lanjut,
Instagram: https://www.instagram.com/juiceeemalaysia/
Salam sayang,
Neeza
sedapnya jus tu, harga pun berpatutan
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Konsep dia macam gabungan subway dan boost,hehehe. Boleh try la lepas ni. Nampak macam sedap je.
ReplyDeleteBestnya tengok. nak try nanti. Terliur pulak pagi-pagi ni. mujur ade yang set. jimat sikit kan.
ReplyDeleteTak pernah la cuba yg ni lagi. Harga okla selalu makan subway jer.nak kena cuba jgk yg ji😉
ReplyDeleteakk tertarik dengan jiuce..memang akk peminat jus
ReplyDeleteNampak sedap. Mesti berlemak bila mix dengan buah. Macam mangga campur susu. Wuuu bila la nak cuba ni. Yummmssssss
ReplyDeleteNI jenis jenis makanan sihat ni. Nasib baik Neezabuat tutorial, kalau tak mak mak noob macam saya ni memang segan dah la nak pergi sini sebab tak tau nak order hahha
ReplyDeleteTak pernah nyoba. Bisa ga ya dikirim ke indonesia :D
ReplyDeleteAlamak ada lagi kedai minuman jus macam ni nampak nya saya kena cuba heheh tapi memang saya pecinta minuman jus yang original macam ni...
ReplyDeleteHealthy sangat. Tak pernah try Juicee lagi. Tapi sandwich tu nampak sedap. Macam style Subway kan.
ReplyDeleteMacam sedap je. Suka jus buah. Kalau ke sana nanti boleh cuba.
ReplyDeletenampaknya healthy! :D hopefully they buka in penang jugak! :D
ReplyDelete4D3N Star Cruise 2017
Bagus papan menu dgn fungsi minuman tu. Saya baca pun mesti terpengaruh dengan kebaikan jus buah kan. Tak silap di Bangsar pun ada kan?
ReplyDeleteThis is my favorite juiceee, padan kan ngan sandwic tu perghhh
ReplyDeleteJuicee ni banyak pilihan air & sandwich. Makan makanan sihat mcm ni setiap hari. Boleh kurus ni.
ReplyDeleteOk Ika nak try detox agent untuk sinkirkan lemak. Outlet dia ada di penang tak? Kalau ada. Ika nak cari.
ReplyDeletetak pernah try lagi sandwich diorang, tapi juiceee ni memang favourite minuman Islam. Dia suka sangat yang green2 tu lupa pulak nama dia. tapi sedappp. hehehe nanti nak check milky treatz tu. hehe
ReplyDeleteSeronoknya tengok Neeza selalu dok makan-makan ni. bestnyaa.. teringin gak nak merasa makanan tu ^^
ReplyDeletegeramnya tengok buah buah tu haha takpernah jumpa lagi kat belah kedah ni, ke takde?
ReplyDeleteTak pernah merasa lagi juicee ni, mesti fresh kan?
ReplyDelete