Thursday, 19 October 2017

Serlahkan Romantis Anda Dengan Enchanteur Paris Adore Dan Belle Amour

Assalammualaikum dan hai semua,
Siapa dekat sini yang suka berbau harum dan wangi? Mana ada orang dalam dunia ini suka bau busuk kan. Jadi dalam soal penjagaan diri, wangian merupakan perkara yang kita mesti jaga lagi-lagi kaum wanita. Bila kita berbau wangi, orang lain pun akan sukakan kita. Hehe.

Neeza memang dibesarkan dengan wangian Enchanteur sejak dari kecil lagi sebab mak Neeza memang pengguna setia bedak Enchanteur. Jadi banyak-banyak koleksi wangian Enchanteur, Neeza paling suka Enchanteur Paris Charming tapi sekarang Neeza dah ada kesukaan Enchanteur Paris yang baru iaitu..
-
-
-
-
-
-
-
-
Tada!!!!
enchanteur paris, enchanteur paris adore, enchanteur paris belle amour, minyak wangi, lotion, enchanteur
Enchanteur Paris Adore & Belle Amour
Enchanteur Paris Adore ini terdiri daripada;
Enchanteur Adore Parfum EDT - 50ml (RM23)
Enchanteur Paris Adore Petite Parfum -9 ml (RM8.42)
Enchanteur Paris Adore Deodarant -50 ml (RM8.70)
Mesti ada yang tertanya apa yang best sangat mengenai Enchanteur Paris Adore ini sampai Neeza suka sangat minyak wangi dan deodarant dalam koleksi ini?

Adore ini merupakan wangian unik dengan seleksi nota haruman tersendiri yang pasti menyerlahkan aura penuh keyakinan umpama seorang selebriti. Gitu~ 

Adore ini juga adalah hasil wangian campuran bunga jasmine liar, pink mimosa dan golden pear. Harumannya bersifat floral, segar, dan manis melambangkan diri yang romantik dan memberikan daya tarikan dan keyakinan kepada anda untuk memikat hati si dia sama seperti temu janji pertama anda dan pasangan. Haruman sensasi ini sesuai sangat untuk temu janji malam yang romantis. 

Maknanya Neeza ini romantiklah kan? :-p Walaupun tak ada teman istimewa nak pergi janji temu, tapi bagi Neeza, Enchanteur Paris Adore ini sesuai di mana-mana situasi Neeza berada.

Okay, Neeza nak sarankan juga kalau anda beli minyak wangi Enchanteur ini pastikan beli kedua-dua saiz ini. Kalau di rumah pakailah minyak wangi yang besar itu sebab semasa bersiap dan bersolek, mestilah kita nak sembur satu badan. Disebabkan Enchanteur Paris Adore ini adalah Eu De Toilette di mana ianya hanya tahan beberapa jam sahaja, untuk wangian berpanjangan Enchanteur Paris Petite Perfum wajib ada di dalam tas tangan anda! Kalau rasa wangian di badan berkurangan, anda calit-calit je. Mudah dan ringkas.

Dan Neeza juga sukakan deodarant Enchanteur Paris Adore ini sebab ia memberikan hasil memutih dan menenangkan jiwa pemakai. Rasa selesa sangat sebab tak melekit dan tahan selama 72 jam. Deodarant ini bagus kerana ia mempunyai bahan anti-perspirant yang bertindak menghalang peluh mencapai permukaan kulit dan  mengurangkan bakteria yang menyebabkan bau badan melalui bahan antimikrobial. Sesuai sangat untuk mereka yang cepat berpeluh sebab akan selalu bimbang makin berpeluh makin busuk. Kini tak lagi. Yeayy!
Enchanteur Paris Belle Amour Triple Whitening Lotion -100 ml (RM7.50)
Kalau pemilihan losyen, Neeza lebih gemar kepada Enchanteur Paris Belle Amour Lotion ini. Diperkaya dengan vitamin B3, sakura dan ektrak liquorice, losyen ini memberikan kesan mencerahkan sebanyak 5 kali ganda dan ia merupakan formulasi cepat serap, tidak melekit dan berminyak. Neeza suka sangat!

Apa yang pasti, harga Enchanteur Paris ini memang mampu milik. Masakan pelajar sekolah menengah macam Neeza dulu pun boleh pakai? Hehe. Packaging pun sangat kemas dan cantik serta nampak mewah. Kan Enchanteur Paris inspirasi kota Paris. Gitu~ Dan bertepatan sangat warna ungu dan merah jambu yang sangat dekat dengan jiwa wanita. I love Enchanteur!
enchanteur paris, enchanteur paris adore, enchanteur paris belle amour, minyak wangi, lotion, enchanteur
Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan Enchanteur Paris Adore dan Belle Amour di kedai berdekatan dengan anda!

Untuk maklumat lebih lanjut;
Website: http://enchanteur.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/EnchanteurMY

Salam sayang,
Neeza

18 comments:

  1. Jangan bagitau orang tau! Kita pon guna Enchanteur ok! Yang adore tuh..memang best bau dia..hehehe..Nanti nak beli lagi..

    ReplyDelete
  2. Neeza, kita pon pakai Adore tu. hahaa geng la ni dengan Luqman sekali hahaa

    ReplyDelete
  3. Hahah comei jer korang ni. Dulu pernah pakai enchanteur tapi skrg dah tak.

    ReplyDelete
  4. Enchanture ni memang pilihan kak lina tau...kak lina suka sangat parfume lotion tu....wangiiii

    ReplyDelete
  5. Sesuai lah untuk buat hadiah hantara masa majlis tunang atau perkahwinan sebab komplete semua ada...

    ReplyDelete
  6. Akak pun ada satu set ni...memang best bau dia...sembur pagi sampai petang memang wangi..

    ReplyDelete
  7. memang produk produk ni semua wangi wangi kan? sha suka perfume dia! tapi nanti nak try yang losyen tu lah

    ReplyDelete
  8. I love to use Enchanteur perfume. Been using it for more than 10 years.

    ReplyDelete
  9. Memang wangian Enchanteur ni boleh tahan. Pernah juga pakai. Bolehlah cuba wangian terbaru ni nanti

    ReplyDelete
  10. banyak pilihan nowadays huh! good that you like it. :D

    4D3N Star Cruise 2017

    ReplyDelete
  11. Suka produk enchanteur sebab wangi. Memang lama produk ni bertahan. Dari zaman sekolah dulu kot.

    ReplyDelete
  12. zaman study dulu ni la yang K.Sal pakai...harga pun berbaloi dari dulu sampai skrg...tq Enchanture sbb kualiti dikekalkan.

    ReplyDelete
  13. wahh brand ni dulu mmg suka bedak dia wangiii sangat! skrg ni dah ada macam2 pilihan lak kan..

    ReplyDelete
  14. Produk ni dari zaman parent kita lagi. Menang terkenal dengan produk yang wangi2 ni.

    ReplyDelete
  15. Iday suka dia punya lotion. wangi sangat. ada bau manis and perempuan sikit. hehehe brand ni memang dah lama kan. hehe

    ReplyDelete
  16. Jenama lagend..akk msh pakai smpai la ni.. wangiii

    ReplyDelete
  17. Jenama Enchanteur ini memang sudah lama di pasaran, zaman persekolahan lagi sudah gunakannya. Suka dan banyak pilihan.

    ReplyDelete
  18. Dro zaman remaja memang sukakan bedak dan perfume dia, kira dulu mahal juga tapi puas hati sebab wangi

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.