Assalammualaikum dan hai semua,
Ada yang sedang mencari handphone tak? Haaaa, sesuai sangatlah itu kalau sedang mencari atau tengah berfikir sama ada nak tukar handphone ke tidak, ini Neeza nak uar-uarkan dekat anda tentang telefon terbaru keluaran TP-Link iaitu Neffos X1 ini. Neeza mungkin tak adalah arif sangat pasal teknologi ini tapi apa yang Neeza cari dalam sesebuah telefon itu, mungkin sama keperluannya pada kebanyakan orang.
SPESIFIKASI NEFFOX X1
Setiap kotak Neffos X1 didatangkan dengan;
- 1-Telefon pintar Neffos X1
- 1-Bateri
- 1-Pengecas berserta kabel
- 1-Earphone
- 2- Eardrop
REVIEW NEEZA TENTANG NEFFOS X1
Kalau nak tahu, Neffos X1 dilihat memfokuskan kepada rekaan premium seperti binaan berasaskan logam, penawaran kaca 2.5D pada bahagian skrin, bersama bezel sisi hanya 0.6mm. Patutlah nampak smart dan ekslusif.
Dari segi spesifikasi, Neffos X1 hadir dengan skrin 5-inci pada resolusi 720p, cip pemprosesan MediaTek Helio P10, pilihan memori 2GB atau 3GB RAM, pilihan storan dalaman 16GB atau 32GB, dan sokongan microSD sehingga 128GB.
Patutlah terang dan jelas paparan skrinnya dan saiz skrin telefon Neffos X1 ini yang sederhana tak terlalu kecil dan tak terlalu besar memudahkan pengguna bawa ke mana sahaja. Tak adalah berat nak bawanya.
Cuma slot kad Neffos X1 cuma boleh slot in 2 kad dalam satu masa. Sekiranya anda masukkan 2 sim dalam masa yang sama, anda tak boleh masukkan memori kad. Lah pula. Nasib baik Neeza ada satu nombor telefon je. Hehe.
Neffos X1 turut didatangkan dengan pengimbas cap jari pantas dengan kemampuan menyahkunci peranti dalam masa hanya 0.2 saat. Tak payah dah nak pakai Iphone lagi sebab sekarang dah ada fungsi fingerprint dah pada telefon Android ini.Kalau Iphone di hadapan fungsi fingerprintnya, Neffos X1 pula di belakang telefon. Nampak tak belakang telefon itu ada kamera dan di bawahnya ada bulatan. Itulah fingerprintnya. Hehe.
Ia juga didatangkan dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow bersama bateri dalaman sebesar 2250 mAh.
Apa fungsinya Android Marshmallow ini? Android Marshmallow ini merupakan versi ke 6 android di mana fungsi paling utamanya ialah ia mempunyai ciri baru diberi nama Doze yang memantau bagaimana peranti anda sedang digunakan dan menyesuaikan aktiviti aplikasi dengan sewajarnya.
Pada asasnya, jika anda tidak menggunakan telefon sepanjang hari semasa ia terletak di atas meja anda, Marshmallow hanya akan pause aplikasi anda supaya tidak membazir penggunaan bateri. Jadi tak adalah telefon itu cepat kehabisan dan perlu charge sentiasa. Sesuai sangat bagi sesiapa yang malas nak charge macam Neeza ini atau mereka yang mencari handphone pendua atau kecemasan.
Hasil kamera belakang 13mp
Hasil selfie kamera depan 5mp
Sebenarnya kalau nak cari handphone baru, benda pertama Neeza akan cari dan lihat dulu ialah spesifikasi kamera. Maklumlah tuntutan kerja memang perlukan Neeza untuk guna handphone sentiasa untuk merakam detik-detik penting.
Pada pendapat Neeza tentang kamera Neffos X1 ini okay lah not bad dengan kamera depan 5 megapixel dan belakang 13 megapixel f/2.0 Sony IMX258. Bersesuaian dengan harga mampu milik. Kalau dulu, saiz kamera telefon macam ini mencecah beribu ringgit tau.
Dan Neeza agak kagum setelah mencuba menangkap gambar kek birthday Muiz, Mak dan Along semalam menggunakan kamera belakang telefon Neffos X1 ini. Tak sangka agak sharp juga setanding Iphone. Hehe. Untuk kamera depan pula taklah sharp macam Iphone sebab masih tak berapa nampak sangat ketara hasil makeup Neeza tapi flawlesslah bila selfie. Kamera depan ini ada dilengkapi siap-siap dengan beauty jadi tak payahlah anda susah payah nak download applikasi beautyplus, camera beauty dan sebagainya. Oh ya, video pun agak jelas.
Dan akhir sebab kenapa Neeza berminat dengan Neffos X1 ini sebab dutanya adalah Fazura. Peminat Fazura okay. Bagi Neeza dia ini mempunyai aura pesona tersendiri, cantik dan lakonan best. Terus terang bila dia jadi Duta Neffos dan ada promote di Instagram, baru Neeza tahu tentang Neffos ini. Maklumlah Neffos ini kan masih baru di pasaran.
Untuk Siri Neffos X1 ini bakal ditawarkan dengan dua warna pilihan warna iaitu Cloudy Grey dan Sunrise Gold yang mana boleh didapati pada harga bermula RM769 untuk model X1. Kalau beli dekat Lazada atau Shopee boleh dapat lagi murah.
Oh ya, sekarang beberapa rakan blogger tengah buat giveaway nak hadiahkan handphone Neffox X1 Lite untuk anda. Jom terjah dan join giveaway dorang. Setiap seorang blogger nak bagi 2 hanphone Neffos itu. Rugi gila tak join. Mana tahu rezeki anda dapat handphone percuma!
Untuk maklumat lebih lanjut;
Salam sayang,
Neeza
ada usha jugak phone neffos ni. nk join giveawaylah mana tau rezeki hehe
ReplyDeleteJoin la.. mana tahu menang ke kan :)
Deletewahhh. best tau phone Neffos ni. Jemput join ya giveaway yang sedang berlangsung dekat Facebook Page saya :)
ReplyDeleteTak sabar nak guna. Tengah tunggu nombor baru sampaiii
ReplyDeleteMacam menarik jugak. Nak kena join ni mana tau ada rezeki dpt hp baru
ReplyDeleteNeffos X1 Lite pun ok, tak beberapa mengecewakan....
ReplyDeleteNeffos ni product Taiwan ke China? Tgk page Bro Framestone ade buat giveaway..mcm nak join tp mcm x dpt je lol
ReplyDeleteWah dah join giveaway ye, mudah-mudahan ada chance untuk menang
ReplyDeleteWah semua pakat bago review pasal phonr neffos ni yg tergoda ni.🤣
ReplyDeleteKita dah join hihi kalau menang kita nak hadiahkan ibu :)
ReplyDeleteBagus juga aplikasi Dove tu. Sekarang ni kalau android/smartphone cepat betul habis bateri. Kamera pun boleh tahan
ReplyDeleteZaman sekarang ni, kalau dapat kamera henfon yang jelas, cantik dan sharp dah cukup dah. Hehe. Nak lg best harga murah. Hehehe. Neffos ni suka duta dia cik Fazura. Hehe
ReplyDeleteBest juga Neffos ni kan..nk jin semua GA tu nt
ReplyDeletebest juga handphone Neffos X1 ini ya. dah setanding dengan keluaran handphone jenama lain.
ReplyDeleteKita pernah guna phone ini dan memang puas hati dengan gambarnya dan juga telefonnya cantik sangat suka kita..
ReplyDeleteI see many people gives good review on this phone. bagus
ReplyDeleteKalau macy, 1st mmg tgk mp camera.. Nk yg best sesuai dgn berapa bajet kita..
ReplyDeleteTp memori card pn pnting.. Kalau kne pilih antara sim atau memory card.. Emmm. Mujur satu sim je jugak. Huhu
Dah folo google acc. Jmput folo.. Support usaha kmbali blogging 😊
Ya, berbaloi untuk memiliki Neffos X1 Lite kerana spefikasi terbaik didalam kategori sederhana dengan harga mampu milik. Terima kasih letak link GA saya.
ReplyDelete