Assalammualaikum dan hai semua,
Nak tahu lagi restoran dan tempat makan yang best dekat Shah Alam ini? Selama 2 tahun Neeza belajar dan menetap di sini, adalah yang Neeza tahu beberapa restoran di setiap kawasan dekat Shah Alam ini yang menyajikan hidangan yang istimewa lagi sedap serta persekitaran yang selesa.
Antaranya ialah Cafe Eat & Repeat yang terletak di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam. Alaa~ dekat dengan UiTM Shah Alam dan Jakel itu.
Warna merah hitam dan putih menjadi pilihan reka bentuk cafe yang hipster
Cafe ini sentiasa sahaja penuh dengan pelanggan sejak dari cafe dibuka 4 April 2016
Cafe Eat & Repeat ini berkonsepkan hipster yang menjadi trend anak-anak muda sekarang. Dengan harga RM1.90 semangkuk untuk setiap sajian dan promosi makan 5 dapat 1 percuma untuk happy hour, ternyata berbaloi-baloi dan tidak hairanlah para pelajar seperti kami ini seringkali ke sini. Persekitaran yang selesa dan harga yang murah juga membuatkan pelanggan membawa ahli keluarga untuk makan di cafe ini.
Apa sajian menu yang dihidangkan di sini?
Secara asasnya, Cafe Eat & Repeat ini merupakan restoran yang berkonsepkan ala boat noodle Malaysian style yang menghidangkan sajian dalam mangkuk-mangkuk sederhana kecil. Cuma kelainan yang dibawa dalam menu di cafe ini ialah sajian serta Malaysia. Dari utara, timur, barat sehinggalah ke selatan.Terdapat 18 hidangan yang ada di sini tau. Wow!
Rambang mata kejap tak tahu nak makan mana satu dulu hehe
Amboi nampak makanan bermangkuk-mangkuk depan mata, bahagia bukan main (saya sepet sekian)
Hmm, apa pilihan Neeza?
Rojak Petis
Lontong
Mee Rebus
Tentulah dari sajian dari Johor. Perghh rindu nak balik Muar! Rasa betul-betul kaw resepi Johor ini. Terbaiklah, lepas ini sekiranya Neeza masih belajar dan bekerja di Shah Alam, memang Neeza akan rajin ke Cafe Eat & Repeat ini.
Okaylah tak nak bias, hahaha, mee sup, nasi lemak telur, kepak ayam tandoori dan brownies ice cream juga pilihan sajian utama Neeza.
Mee Sup
Ayam Tandoori
Brownies & Ice Cream
Yang lain-lain pun sedap juga okay. Kalau tak masakan Neeza boleh habiskan bermangkuk-mangkuk ini.
Alaaa segan pula termakan banyak, hahaha
Apapun memang seronok dan puas makan dekat sini. Nak lagi best?
Sekiranya anda menggunakan aplikasi Kiple untuk menjelaskan bil di Cafe Eat & Repeat ini, anda boleh dapatkan potongan sehingga RM5 tau. KLIK SINI. Dah lah murah, potong diskaun lagi. Untung-untung.
Okaylah, itu sahaja Neeza nak update hari ini. Kalau datang Shah Alam lagi-lagi kawasan Seksyen 7 yang memang banyak sangat restoran sampai pening tak tahu nak pergi yang mana, bolehlah cuba makan di Cafe Eat & Repeat ini.
Cafe Eat & Repeat
Waktu operasi: 11am-11pm setiap hari
Alamat: YG24, Jalan Plumbum Y7/Y, PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/eatxrepeat/
Salam sayang,
Neeza
wah..murahnya
ReplyDeleteRitu nak mai berfoodhunting kat sini, tapi bila sampai Shah Alam sana, mesti terlupa. Ni tengok neeza post, adududududu rasa rugi tak pergi memburu
ReplyDeleteWah..lapar nampak macam-macam makanan kat sini. Hargapun macam ok. Boleh masuk list untuk singgah kalau ke shah alam nanti
ReplyDeleteRamainya orang. Boleh dapat tempat tak kalau datang bila-bila. Best tengok rojak dia tuh. Nanti nak pi cuba la.
ReplyDeleteWah bgusnya buat malaysian version..yes we shud be proud with our lical dishers kan..thumbs up to d owner of dis place
ReplyDeleteBestnya sedapnya nampak soto tu ya Allah..
ReplyDeleteSaya bab bab sup ni dapnye suka
Boleh masuk dlm list ni kalau ke shah alam. Semua menu pun nampak menarik dan sedap. Yg penting ada lontong.
ReplyDeleteTak permah tahi sblm ni...boleh cuba g ni nmpaknya.
ReplyDeleteOo no dah pergi hari tapi anak tantrum jejak kaki kedai tak jadi makan. Sebaik lepas tu g yg eat repeat kt bangi mood anak ok. Menarik la menu dia. Pastu porionndia agak nesar. Kenyang jugak la kalo makan nasi dia
ReplyDeleteWaaaah bahagia ye kak neeza dapat makanan. Ayu semacam je bila pandang makanan tu. Hahahah
ReplyDeleteWowww Malaysia Style gitew.... & wowwww banyaknya Neeza makan....
ReplyDeleteBestnya konsep kat sini. Satu mangkuk ada banyak hidangan. Boleh cuba semua jenis.
ReplyDeleteWahhh bestnya. Terus jd lapar. Nanti nak cuba. Harga berpatutan juga. Hehe
ReplyDeleteWah x tau pulak ade tpt ni. Masa belajar dulu x pula sy singgah.. nanti boleh la pegi. Harga pun ok. Mesti sedap.. meleleh
ReplyDelete