Wednesday, 29 March 2017

Ketagihan dan Hobi Baru Neeza-Mekap

Assalammualaikum

Sejak berhenti blogging seketika selama dua minggu gara-gara demam, memang berjauhan dengan lappy inilah. Rasa blank rasa tak mood. Fasa gelap seorang penulis. Ya Neeza lalui. Harapnya lepas ini tak ada berhenti-hentilah sebab banyak entri blog masih pending. Huhu.

Serius masa demam itu memang tak boleh buat kerja sangat, kelas pun banyak Neeza terpaksa ponteng. Huhu. Dan Neeza baru je dapat tahu semalam dari kawan serumah bahawasanya dua orang rakan serumah serta roomate Neeza ketika ini disyaki demam denggi. Get well soon Min!

Bila dah sembuh ini, dah sihat walafiat tetiba Neeza rasa aktif dan cergas serta ketagih untuk mulakan hobi baru selain dari makan macam saka (bila sakit satu makanan pun tak selera oi). Hahaha. Entahlah, akhir-akhir ini Neeza semakin ketagih untuk mengenakan mekap.

Maklumlah sekarang dah tak dapat sangat pun jemputan untuk makanan review dan terarah pada jemputan media majlis dan bengkel kecantikan. Wuhuuuu. Jemputan media majlis pula kebanyakan tentang produk kecantikan juga. Mana taknya datang semangat nak merias wajah itu. Hehe.

Nanti Neeza akan update kesemua barangan mekap yang Neeza ada. Ini baru level beginner tau. Barang pun tak banyak sangat lagi. Hehe. 
Sebenarnya kan Neeza sendiri kalau keluar rumah atau pergi jalan-jalan ke kelas lagi biasa muka togel tanpa secalit mekap. Itu paling malaslah. Kalau rajin Neeza kenakan bedak asas dan lipstik agar tak nampak pucat. Neeza rasa Neeza lebih yakin untuk tidak mengenakan apa-apa mekap.

Ketagihan mekap ini pula bila Neeza dekat rumah bersendirian dan tak tahu nak buat apa. Hahaha. Jadi janganlah hairan kalau anda jumpa Neeza dekat luar nude face tapi bukan main vogue dalam media sosial. Hahaha.

Nak mekap melawa sangat dekat luar pun nak buat apa kan. Nak kata course Neeza ini perlukan mekap sangat pun tak ada haishhh. Sesetengah masa je kena. Huhu. Dan ramai juga yang tanya dekat media sosial  yang Neeza ini student masscomm ke? Jadinya Neeza tak naklah ramai tertipu bahawasanya Neeza adalah pelajar bahasa. Hehe. Maklumlah general assumption pelajar bahasa ini nerd nerd gitu. Bila tak pakai mekap nampaklah nerd itu. Hihi.
Progression
 Mekap biasa
 Mekap doll 
Make up Nude With Contour
Cuma yang Neeza perasan bila skill mekap itu dah makin bertambah baik (mana taknya setiap hari tonton video mekap tutorial dekat FB dan youtube) gambar paling terbaru ini :-p serius memang tebal dan sebenarnya kulit Neeza lebih gelap dari tona asal.
Acah Model Hijabister :-p

Benarlah kata kawan Neeza suatu ketika dulu
"Kawan aku ada serumah dengan model muslimah. Mereka kalau balik memang macam hantu. Mekap tebal oi. Nak nampak effect cantik photography."

Hahaha. Benarlah, benarlah, benarlah kata-kata mu itu. Hehe

Apapun barangan mekap Neeza rasanya 80% lengkap. Ada je yang tak beli lagi. Huhu. Tunggulah ada duit lebih kita beli. Kalau nak mekapkan orang itu belum pasti boleh ke tidak sebab Neeza pun masih belajar nak buat muka sendiri pun susah lagi-lagi tang mata dan bibir. Uishhh susah betul. Huhu. Tak apa, Neeza boleh, chaiyook!

Okaylah itu je yang Neeza nak update hari ini. Hahaha, bye.

Salam sayang,
Neeza


Monday, 27 March 2017

Kempen ‘Shop The World’ Menawarkan Baucar Petrol bernilai RM1 juta oleh 11street Memang Jimat

Assalammualaikum
Bertempat di Aloft KL Sentral pada 10 Mac yang lalu Neeza telah menghadiri majlis pelancaran oleh 11street MY di mana ia mengumumkan pelancaran kempen beli-belah global dalam talian – 'Shop The World' yang menyediakan jutaan produk berjenama antarabangsa, khususnya dari negara-negara seperti China, Jepun, Korea, Taiwan dan Amerika Syarikat (AS) kepada para pelanggan di negara ini.

Wong Siew Lai, Naib Presiden Komunikasi Pemasaran 11street memaklumkan bahawa kempen 'Shop The World' merupakan idea syarikat berkenaan untuk memenuhi permintaan pengguna untuk mempelbagaikan lagi produk dan jenama-jenama global terkenal bersama promosi dan tawaran menarik.

Bermula 11 Mac ini, kempen 'Shop The World' akan memperlihatkan 11street menawarkan diskaun sehingga 99 peratus terhadap produk-produk antarabangsa dan jenama global, di samping penghantaran seberang laut secara percuma untuk item-item terpilih. 
Antara yang mengambil bahagian dalam kempen ini adalah jenama-jenama global terkemuka seperti Coleman, Laneige, MamyPoko, MSI, Philips AVENT dan Primer Group (pengedar tempatan bagi label fesyen antarabangsa seperti Flossy, Jansport, Native dan Outdoor Products), sekali gus menjadikan kempen 'Shop The World' satu usaha yang holistik dan meletakkan 11street sebagai sebuah gedung online global yang menawarkan pelbagai promosi gabungan dan diskaun mengejutkan eksklusif dalam platform beli-belah berkenaan.



Selain itu, ia juga menyediakan khidmat tempahan awal secara eksklusif bagi gajet-gajet yang dinantikan-nantikan di pasaran.

Paling mengujakan Neeza sebenarnya tentang kempen ini, sebagai bonus untuk menggalakkan pelanggan membeli-belah secara online, menawarkan penjimatan dan meringankan bebanan ekoran peningkatan kos sara hidup masa kini dengan menyediakan baucar petrol berjumlah RM1 juta kepada para pelanggan yang membeli barangan yang terdapat dalam senarai kempen di mana 11street menawarkan baucar petrol bernilai RM10 untuk setiap pembelian bernilai RM100 bagi produk-produk dan jenama yang didaftarkan di bawah kempen 'Shop The World' tau.
Bertimbang rasa sungguh 11street kepada pelanggan setia mereka. Mana lah tak sayang macam ini, macam-macam mereka bagi tau. Huhu

Jadi tunggu apa lagi? Jom membeli belah dan berjimat bersama 11streetmy sekarang!

Kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi di mana ia bermula dari 11 Mac 2017 sehingga 18 April 2017 ini.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari http://bit.ly/shoptheworld11street

Salam sayang,
Neeza

Tuesday, 14 March 2017

Rawatan Terkini Kuruskan Badan Menggunakan Teknologi Cryo-Lipolysis dari Zimmer Aesthetic

Assalammualaikum
Neeza sentiasa ingatkan pada pembaca Neeza yang sedang berusaha menguruskan badan ini seperti Neeza lalui sekarang, tidak kisahlah anda nak kurus dengan diet apa jua jenis pun dalam dunia ini. Itu pilihan anda kerana kita dilahirkan dengan kemampuan yang berbeza dan kehendak yang berlainan. Yang amat penting sekali kaji terlebih dahulu, rujuk dari pakar dan baca sehabis mungkin barulah buat timbang tara yang terbaik untuk diri sendiri.

Kita nak kurus pun sebab sayang dekat diri kan?

Maka hari ini Neeza ingin berkongsi dengan anda semua tentang rawatan terbaru untuk mendapatkan badan idaman dengan menggunakan teknologi Cyro-Lipolysis dari Zimmer Aesthetic.
Kacak dan cantik semua doktor estetik ini 
Baru-baru ini Neeza berpeluang untuk menghadiri ke Majlis Perasmian Zimmer bertempat di TalentLounge, Damansara Perdana dan mendengar penerangan dan taklimat dari Dr Pablo Naranjo, Medical Director of Elite Laser Clinic di Madrid, Spain. Jauh tau Dr Pablo terbang ke Malaysia. Hehe.
Kenapa doktor pakar kulit smart
Cryo-Lipolisis ini merupakan  generasi kedua yang menggabungkan antara Z Lipo (Cryo-Lipolysis) dan Z WavePro (US-FDA approved shockwave) di mana menjanjikan tempoh rawatan yang pendek, tapi hasil yang paling cepat dan ketara dengan selamat.

Cryo-Lipolysis ni mendapat pengiktirafan dari European Union CE Marksejak tahun 2009 untuk non-invasive fat reduction procedure. Kini, rawatan ini mendapat perhatian dunia dan menjadi trend di mana rawatan ini adalah selamat dan terbaik untuk mereka yang takut membuat pembedahan seperti liposuction.

Sebenarnya banyak pengisian yang telah Dr Pablo ulas semasa dalam majlis ini. Rawatan Cyro-Lipolysis ini sebenarnya tidak berbahaya dan tiada kesan sampingan seperti rawatan lain di mana ini adalah rawatan dan prosedur menyejukkan lemak yang sangat efektif. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mantap dan tip top, Zimmer Aesthetic menggabungkan Cyro-Lipolysis ini dengan rawatan lain iaitu Z Lipo dan Z WavePro.
Inilah mesin untuk rawatan Z Lipo ini
Untuk rawatan Z Lipo ini, ia didatangkan dengan 3 jenis applicator, besar, sederhana dan kecil di mana ia boleh muat untuk pelbagai jenis tubuh dan saiz badan dan applicator ini akan sasarkan ke lemak yang terkumpul seterusnya menyejukkan lemak tersebut dalam satu jangka masa lalu ia menghapuskan sel lemak yang disasarkan. Bila lemak dah mati ia akan keluar menerusi sistem limpa (secara semulajadi). Jangka masa dalam 10-12 minggu sahaja. Tak lama pun. Nak cantik kena sabar banyak. Hehe.

Untuk rawatan ini, 1 sesi hanya mengambil masa 1 jam sahaja. Rawatan ini sangatlah sesuai untuk mereka yang rasa bahagian tertentu di tubuh mereka sukar untuk mengecil. Neeza sendiri pun mengalami masalah yang sama di mana lengan dan peha adalah tubuh badan yang paling lambat untuk dapatkan inchloss yang dikehendaki setelah puas bersenam di gym. Jadi rawatan ini sesuai untuk individu yang mengalami masalah yang sama.
Barisan doktor-doktor yang bagus dalam memberikan jawapan yang terbaik dan mudah difahami #soaljawab
Rawatan ini juga sesuai untuk mereka yang mengalami masalah selulit yang serius. Perempuan memang tak terlepas lah dari masalah ini biarpun berbadan kecil. Golongan yang terlampau obes dan kurus dengan masa singkat juga akan mengalami masalah ini dan hanya dapat diselesaikan menerusi pembedahan. Jangan bimbang sekali lagi Neeza sarankan nak elak dari pembedahan, gunalah rawatan Z Lipo yang menggunakan teknologi Cyro-Lipolysis dari Zimmer Aesthetic.

Mesti ada yang bimbang kan kalau teknik sebegini mesti kulit tercedera. Kalau rawatan laser mungkin ya sebab Neeza pernah buat rawatan laser sebelum ini dan kulit memang melecet. Akan tetapi Cyro-Lipolysis ini anda tidak akan sesekali tercedera sebab kulit anda akan dialas dengan gel pad istimewa.
Menurut rakan blogger lain yang sudah menjalani rawatan ini memang sempoi sangat sebab anda boleh tengok cerita korea sambil gelak-gelak atau main games dengan ria dan lemak tepu anda hilang. Tanpa bius tanpa suntik tapi kurus. Bahagia kan?

Jadinya sekiranya anda berminat untuk dapatkan rawatan ini terdapat 5 buah klinik yang menyediakan rawatan ini iaitu:

1. Tdox Clinic 
51B, Jln ss21/37, Uptown 37, 47400 Petaling Jaya, Selangor
+60377337768

2. Esadsa House
Lot 5q, uth floor Signature office, The boulevard Mid Valley City, lingkaran syed putra, 59200 KL
+60322878569

3. Ageless medispa & clinic
257 jln maarof, bangsar park, 59000 kl
+60320950458

4. Re plastic surgery clinic
A4-UG1-03, solaris dutamas, jln dutamas 1, 50480 Kl
+60362079004

5. The life clinic
Lot 6-2A jalan batai, damansara heights, 50490 kl
+60328569292

Untuk keterangan lebih lanjut, 
Tentang Zimmer : zimmer-aesthetics.com.sg
Tentang NeoAsia : neoasia.com.sg

Salam sayang,
Neeza

Monday, 13 March 2017

Makan Sepuas Hati Buffet Tengahari RM8 Sahaja di Restoran Din d'Anjung Santai

Assalammualaikum
Adalah sesuatu yang menyeronokkan bila dapat makan sepuas hati yang kita nak terutama makan tengahari atau makan malam. Okay, masa bercuti di Kuala Selangor hari itu, Neeza sempatlah menemui sebuah lagi restoran yang menyediakan makanan sedap lagi-lagi makanan Melayu.

Okay, masa Neeza sampai di Kuala Selangor, bas yang Neeza naik itu turunkan Neeza depan IPD Kuala Selangor di mana bertentangan dengan restoran ini Neeza dah mula usha dah. Walaupun dari jauh tapi Neeza nampak kedai ini memang ramailah yang datang ke restoran dan bila Neeza datang keesokan harinya, ternyata memang ramai pengunjung tanpa henti.

Kalau Apps Hotel berkonsepkan menu shellout yang viral, Restoran Din d'Anjung Santai pula berlainan konsepnya di mana makan sepuas hati untuk buffet tengahari dengan hanya RM8! Ya, RM8 sahaja.

Bila Neeza dapat berjumpa sendiri dengan pengurus Restoran Din d'Anjung Santai ini dan mengetahui tentang konsep restoran ini di mana makanlah sepuas hati sampai pengsan pun boleh, you alls hanya bayar RM8 sahaja untuk harga pinggan. Memang tanggapan pertama Neeza ialah "wow!"

Bagi Neeza sangatlah murah lagi-lagi untuk orang yang datang bercuti sekali sekala ke Kuala Selangor di mana makanan laut di sini sangatlah murah dan bolehlah makan sepuas hati. Alaaa~ sepupu Neeza yang belajar dekat UNISEL Bestari Jaya dah lama duduk sini pun jarang tahu pasal restoran-restoran di sini. Hehehe.
Sebenarnya apa yang Neeza lihat restoran ini juga mendapat sambutan yang sangat hebat di kalangan penduduk tempatan di sini. Siap bawa family 5-6 orang terus. Mana taknya, pelanggan datang tanpa berhenti, makanan dalam tray sentiasa perlu diisi. Pendapat Neeza, lokasi restoran ini sangat strategik berhadapan IPD Kuala Selangor dan hotel Sun Inns Hotel serta medan niaga dan sekolah. Senang lihat senang nampak. Hehe
Ditambah pula dengan keadaan restoran yang bersih dan selesa menarik ramai lagi pelanggan untuk datang dan menikmati makanan di sini. Susah nak nampak pinggan kotor sebab pekerja-pekerja di sini sangat peka apabila pelanggan dah selesai makanan dan keluar dari restoran.
Bukan dari segi harga dan lokasi, faktor tarikan besar Restoran Din d'Anjung Santai ini sebenarnya terletak pada menunya. Macam-macam jenis hidangan Melayu yang disediakan, kalau ikan je sampai 5-6 jenis ikan dan hidangan, begitu juga ayam dan sayur-sayuran. Fuhh, memang bestlah. Macam-macam masakan ada.


IKAN
AYAM

SAYUR & ULAM
Sambal tempe ini memang Neeza berkali kali tambah, anak jati Johor katakan tapi selera Jawa walaupun mix, haha.

AIR
AISKRIM
Sebenarnya banyak lagi menu yang ada tapi disebabkan ramai sangat orang ni je yang ada sempat Neeza tangkap, memang tak putus-putus tau orang yang berkunjung biarpun Restoran Din d'Anjung Santai ini baru sahaja beroperasi.
Happy luncheon everyone!

Serius Neeza memang enjoy sangat makan dekat sini, you alls hanya perlu bayar untuk harga pinggan RM8 dan makan sebanyak mana yang you alls nak berkali-kali. Air pun free. Masa inilah nak makan puas-puas ikan dan makanan laut sebab jarang nak jumpa restoran yang konsep seperti ini di Shah Alam. Maklumlah harga ikan dekat Shah Alam kalau beli dekat pasaraya ini memang cekik darah. Huhuhu.

Haaaaaa... sebelum terlupa, waktu siang Restoran Din d'Anjung Santai ini memang dibuka untuk buffet tengahari dari pukul 10 pagi sampailah jam 4 petang. Selepas waktu itu hinggalah ke 2 pagi, lain pula konsepnya iaitu terdapat banyak stall di bawah satu bumbung, makanan Melayu macam Mee Bandung Muar ada, western pun ada, macam-macamlah.
Malam anda pasti tidak kebosanan dengan pelbagai menu yang ada di Restoran Din d'Anjung Santai ini. Cuma Neeza tak berpeluang nak singgah yang malam punya sebab berkejar nak balik Shah Alam untuk hadir media launch ketika itu.
Jadinya kalau you alls ada di Kuala Selangor atau singgah ke bercuti di sana, you alls wajib singgah Restoran Din d'Anjung Santai. Terima kasih dekat kak Arza sebab bawa Neeza ke sini. Kalau Neeza datang ke Kuala Selangor lagi in Shaa Allah Restoran Din d' Anjung Santai pasti menjadi pilihan dalam senarai wajib pergi.

Restoran Din d'Anjung Santai
Alamat: No. 1 Medan Niaga, Jalan Bendahara 1A, Taman Bendahara, 45000 Kuala Selangor
Nombor telefon: 019-6656545/ 011-12655545


Okay, sekian sahaja posting makanan hari ini. Hahaha.

Salam sayang,
Neeza

Saturday, 11 March 2017

Menu Baru Seafood Cajun ala Shellout di Apps Hotel, Kuala Selangor

Assalammualaikum
shellout murah
Minggu lepas Neeza memang buat kerja gila. Beberapa hari sebelum kelas semester 4 bermula, Neeza boleh pergi bercuti kejap di Kuala Selangor. Mood cuti semester sampai sekarang tak habis lagi ini. Hehe.

Alaaaaaaaaa mesti you alls rasa, Kuala Selangor je pun? Kuala Selangor kira jauh juga tau, sejam juga kalau naik bas dari Klang. Hahaha.
Kalau dah berjalan mesti perkara pertama yang Neeza cari ialah makanan. Hehe. Apalah kata nak kurus tapi nak makan. Haiseyyy dilema perempuan sungguh! Huhu. Seperti you alls sedia maklum kalau datang ke Kuala Selangor ini makanan serius murah sangat terutama makanan laut sebab dah nama pun Kuala Selangor, sah-sah dekat dengan laut dan kuala.
APPS HOTEL
Kebetulan masa Neeza check in di Apps Hotel ternampak pamplet ini berhampiran kereta klasik Louis Vuitton itu. Terpegun kejap. Terus terdetik dalam hati "Wah, sini pun ada shellout itu.."
Selesai letak beg dan barang dalam bilik, terus Neeza turun bawah dan tengok pilihan makanan yang ada di restoran Apps Hotel ini. Setelah dijelaskan oleh pekerja Apps Hotel yang ramah, baru Neeza tahu bahawa Apps Hotel baru sahaja melancarkan menu dan promosi baru iaitu Seafood Cajun ala shell out dengan harga RM39.90+ sahaja! Murahnya alahai. Hehe.

Rupa-rupanya menu ini diinspirasi oleh Pengarah Pemasaran Apps Hotel, Kishen Sreedhan bersama Chef Man dan Chef Steven di mana mereka memperkenalkan konsep yang sangat baru ini di Kuala Selangor. Kalau di Kuala Lumpur dan Shah Alam, trend shellout ini memang trend dan merata-rata ada cuma mahal sikit.

Sepupu Neeza, Cousin D ini kata kalau makan Shellout paling murah pun RM100 untuk 1 pax. Murahlah sangat. Hahaha. Sebenarnya Cousin D ini yang rajin dan suka bershellout ini. Neeza pula sejujurnya, ini Neeza baru sekali pernah rasa shellout ini, itu pun ketika MAHA 2016.
Nak ikut aku makan kenalah jadi photographer aku hari itu, haha
Nasib baiklah Cousin D kebetulan belajar dekat UNISEL, Bestari Jaya boleh temankan Neeza makan shellout ini. Bila dia tahu Neeza ada di Kuala Selangor dan ajak makan lagi-lagi shellout, bukan main laju dan cepat dia sampai hotel ini. Hahaha.
Untuk meja Neeza, Neeza dihidangkan dengan Butter Lemon. Ini memang kesukaan Cousin D sampai habis dia seorang je yang ratah banyak. Haha. Butter Lemon shellout ini you alls boleh rasa keaslian dan kemanisan makanan laut itu. Untuk pengunjung yang jenis tak boleh makan pedas lagi-lagi kanak-kanak,memang Neeza sarankan untuk ambil Butter Lemon ini.
Bagi diri Neeza sendiri, Neeza ini lebih ke arah tekak Melayu yang suka pedas-pedas sikit walaupun kacukan Melayu Cina, Neeza lagi suka  Asam Pedas shellout ini. Serious talk, I really love so much!
Untuk pencinta makanan pedas, ini berita baik untuk you alls. Kam Heong shellout memang sesuai untuk you alls sebab ini merupakan menu shellout yang paling pedas untuk Neeza. Kam Heong shellout ini rasanya seakan-akan hampir ke arah rasa Asam Pedas di mana Kam Heong shellout lebih simple cara masaknya iaitu dimasak menggunakan pes kari bersama cili kering yang banyak.  Sedap dimakan bersama nasi putih panas. Memang terbaiklah!
KIRI-TOMYAM KELAPA MUDA & KANAN-TOMYAM SEAFOOD
Kalau dah makan makanan laut, tak sah kalau tak cuba Tomyam. Di restoran Apps Hotel, Kuala Selangor ini, terdapat dua jenis Tomyam yang you alls boleh cuba iaitu Tomyam Seafood dan Tomyam dalam kelapa muda.
TOMYAM SEAFOOD
Pendapat Neeza yang dah biasa makan Tomyam Seafood, Neeza lebih cenderung dan menyukai Tomyam dalam Kelapa Muda ini. Kombinasi Tomyam dan kelapa memang sedap sangat sangat lebih-lebih lagi bila dapat makan isi kelapa itu.
TOMYAM KELAPA MUDA
Sebenarnya ini merupakan pengalaman pertama Neeza mencuba Tomyam dalam kelapa muda ini. Neeza pun macam you alls juga mula-mula rasa pelik macam mana tomyam dan kelapa ini kan. Bila dah suap 2-3 sudu Neeza terus suka pula. Dahlah isi padat. Hehe.

Sebelum ini, Neeza pernah rasa tomyam yang menggunakan santan di sebuah restoran di Shah Alam ini tapi Neeza tak berapa suka sebab muak dan mengemukkan tapi tomyam dalam kelapa muda ini lebih segar rasanya dan tak muak langsung untuk Neeza.
DEEP FRIED KANGKUNG TEMPURA STYLE
Satu menu lagi yang you alls patut cuba semasa makan di sini ialah Deep Fried Kangkung Tempura Style. Serius ini menu pilihan Neeza sebab Neeza rasa sedap sangat sebab kombinasi kangkung goreng bersama sos chili Thai memang terbaik. Maklumlah Neeza ini kan pencinta sos chili Thai. Hehe. Sampai habis 1 pinggan tau. Hehe

Bila makan di sini, open air seafood restaurant ini memang best untuk Neeza sebab restoran ini hampir dengan jeti, keadaan yang sangat selesa sebab ruang restoran yang bersih dan pekerja restoran yang cukup ramah dan baik.
Selepas makan, kalau waktu petang, you alls bolehlah naik bot untuk beri makan pada helang atau sekiranya malam pula, bolehlah tengok kelip-kelip Kampung Kuantan. Serius jeti sangat dekat sebab berada di belakang Apps Hotel ini. Akan Neeza ceritakan lebih lanjut percutian Neeza ke Kuala Selangor pada entri akan datang. Nantikan tau.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah menghubungi;

APPS HOTEL

12, Jalan Peninsula Utama 1,
Peninsula Park,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
Office : +603-32772172
Mobile : +6012-2337725

Salam sayang,
Neeza.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.