Assalammualaikum
Asyik bercerita dalam blog tentang hal keduniaan sahaja, apa kata sekali sekala kita fokus kepada saham akhirat bagi yang beragama Islam. Huhu. Apabila Neeza dapat tahu tentang adanya bengkel seperti ini pada 26 Februari lepas, Neeza rasa sangat teruja dan terus sahaja setuju untuk mengikutinya tau. Alang-alang kebetulan dekat sebelah rumah je ni iaitu Hotel Best Western Icity Shah Alam (jalan kaki je uollls). Dan ada juga bloggers lain yang turut join sama iaitu Kak Nannie, Kak Ruby dan Mek Onie.
Muka excited tu nampak? Ignore muka selebet mentang rumah dekat boleh terbangun lambat tak sempat mekap
Tajwid adalah antara subjek yang Neeza sangat lemah bila dah lama tinggalkan sekolah agama. Maklumlah Neeza kan bersekolah di Johor dan tamat pada usia 13 tahun iaitu Tingkatan 1 tapi sekolah agama di Johor ini kami panggil Darjah Khas.
Walaupun Neeza tamat dengan jayanya iaitu mendapat Pangkat 1 tapi Neeza rasa macam tak lengkap. Diajar untuk menghafal teori tajwid tanpa memahaminya sangat lepas peperiksaan 60% memang lupa. Huhu.
Jadi apabila Neeza nak baca Al-Quran, Neeza memang kena dibimbing bila baca surah-surah yang tak familiar sangat. Selalu je merangkak tengok muka surat depan belakang Al-Quran nak tahu hukum dan bacaan. Yelah masa kita baca itu hukum itu ditanda dengan warna, jadi rujukan warna itu dekat bahagian belakang sekali jadi ulang-ulang lah. Baca Al-Quran ini tak boleh main-main tau berdosa kalau tersalah.
Nak tunggu kahwin lama lagi kan, kalau ada suami bolehlah bimbing bacaan kita, huhu, seketul Neeza yang kuat berangan. Gataaaaaaai hehe :-p
Okay berbalik mengenai seminar belajar tajwid ini, memang banyak sangat kaedah-kaedah mudah untuk belajar tajwid yang muncul sekarang ini dan salah satu kaedah yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat kita sekarang ialah Tajwid Ar-Rumi.
Tajwid Ar-Rumi ini diasaskan oleh Ustaz Rusydi Ramli Al-Jauhari iaitu Penasihat Syariah Halcent Group dan penulis biografi terkenal buku Agung Rasulullah SAW. Kaedah ini dipelopor sendiri oleh ustaz dan serius Neeza memang tabik sebab beliau boleh temui kaedah untuk memahami ilmu Quran ini. Berharga sangat.
Selepas mengikuti bengkel seharian, alhamdulillah Neeza dah boleh refresh balik hukum-hukum tajwid ini dan Neeza sampai berkata dengan kak Nannie yang "aaahlah mudahlah tajwid ini ikut rumi, kenapa eh kita tak perasan formula selama ni ?"
Rasa bersyukur sangat dan kagum dengan kekuasaan dan keagugangan Allah SWT. Luas ilmu Allah ini dan rasa betapa kerdilnya ilmu yang Neeza ada. Itu sebab kita kena terus cari dan mencari ilmu itu sebagai khalifahNya.
Ustaz pun bukan typical ustaz yang bosan bila ajar. Hehe, beliau agak kelakar dan menghiburkan orangnya. Gerenti anda tak akan mengantuk. Paling kagum bila ada satu sesi itu dia ada tunjuk scene P Ramlee dan kaitan Tajwid Ar-Rumi. Katanya kaedah ini serba sebanyak diinspirasi dari filem itu. Nak tahu apa? Kena ikutilah bengkel ini. Hehe.
Lagi satu memang tak sempat nak mengantuk sebab setiap kali masuk sesi belajar jenis dan hukum tajwid, anda kena belek-belek Al-Quran untuk cari contoh dan bentang kat ustaz sama ada ayat Al-Quran yang anda pilih itu betul atau tidak.
Serius bengkel selama sehari ini sangatlah best. Gerenti tak mengantuk walaupun sejuk dalam dewan seminar itu hahaha. Pihak Halcent siap bagi gula-gula dan air atas meja dan kalau nak refill bagitahu je. Makan pula 4 kali tau dekat hotel. Masa sebelum register ada refreshment, minum pagi, makan tengahari, dan minum petang. Bahagia je rasa. Hihi.

Minum Pagi
Untuk pengetahuan semua, bayaran pada hari Neezamengikuti bengkel Tajwid Ar-Rumi ini ialah RM250. Bergantung pada lokasi bengkel ye. Bagi Neeza agak berbaloi. Anda boleh kuasai hampir 80% hukum tajwid lepas bengkel, ustaz yang happening tak membosankan anda dan cara mengajarnya sangat happening serta makan 4 kali dan dapat goodies bag, tak ke rasa berbaloi-baloi?
Bila kita memang nak belajar ilmu Allah ini, In Shaa Allah dipermudahkan. Janganlah rasa ralat nak keluarkan duit. Kadang-kadang ada yang pertikaikan, kenapa tak buat free kan kalau nak sebarkan ilmu Allah ini? Macam anda pergi belajar dekat sekolah dan universiti, bukan kena bayar untuk yuran, buku, fasiliti, dan sebagainya? Samalah konsepnya. Okay?
Kalau saudara baru atau mualaf pun sanggup keluarkan duit nak kuasai tajwid ilmu Allah ini dengan betul, tak kan kita tak boleh buat benda yang sama? Hehe. Sebab masa Neeza ikuti bengkel ini, kebanyakan yang datang adalah mualaf. Elok je pakai jubah. Termalu jap Neeza rasa sebab masa itu Neeza pakai skirt dan tshirt. Hehe.
Apapun Neeza kagum lihat usaha dan kesungguhan mereka dalam mencari ilmu Allah ini. Nampak tau mereka sangat fokus dan sungguh-sungguh tanya dekat ustaz pelbagai soalan dan cari contoh itu. Terasa diri ini kena ikut cara mereka. Yelah kita ini kenalah sentiasa perbaiki diri.
Manusia kan tak sempurna.
Alhamdulillah pada hari Neeza mengikuti bengkel Tajwid Ar-Rumi ini kebetulan ada syarikat yang menaja yuran kami di mana ia membayar RM200 untuk setiap seorang pelajar dan bagi hadiah Al-Quran. Jadi peserta pada hari tersebut cuma perlu bayar RM50 je. Alhamdulillah, rezeki. Hehe. Semoga pihak yang menaja itu dan tuan syarikat itu dimurahkan rezeki berlimpah ruah lepas ini. Amin ya rabbalamin.
Haaaaaa, sebelum Neeza terlupa..
Ustaz kata mungkin outcome dari mengikuti bengkel ini ialah 80% jadi kalau anda nak lengkap lagi 20% supaya dapat memahami dan menguasai tajwid ini sepenuhnya kenalah ikuti kelas. Macam nak kurus, bila dari gemuk ke kurus dah capai target ideal kenalah maintain. Begitu juga ilmu sebab manusia kan pelupa. Hehe. Kelas bila kena pm tepi lah. Hehe.
Okay, ini senarai tarikh bengkel yang akan berlangsung. Bolehlah anda pilih ikut kekosongan jadual anda.
30 April 2017, 21 May 2017, 4 Jun 2017 30 Julai 2017
Sekiranya anda berminat dan ingin tahu lokasi dan masa untuk mengikuti bengkel Tajwid Ar-Rumi ini bolehlah hubungi seperti yang berikut;
Tel/Whatsapp: 011-1008 9049
atau
Halcent Tel/Whatsapp: 019-9566260
Salam sayang,
Neeza
wahh cam seronok je ada kursus camni neeza.
ReplyDeleteJom ke Blog Uyul Rosli >>
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
seronok kak uyul memang best sebab kita belajar formula mudah cepat ingat hukum tajwid
Deletebelajar dan perlu diamalkan,,baru ingat,,
ReplyDeleteJanjiKita
baik mem hehe
Delete