Assalammualaikum dan hai semua
Baru-baru ini Neeza berpeluang ke majlis menandatangani perjanjian usahasama antara Jakel Shah Alam dan ahli parlimen Tanah Merah bagi penyerahan sumbangan sebanyak 60 000 pasang baju raya.
Ahli Parlimen Tanah Merah YB Dato' Sri Haji Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Barisan Nasional berhasrat memberi hadiah baju raya serta pakaian kepada semua pengunding Tanah Merah yang tinggal di Tanah Merah atau tinggal di luar Kelantan tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik bagi menghargai sokongan yang diberikan kepada beliau selama ini dalam mentadbir Tanah Merah selama 4 tahun ini sebagai ahli Parlimen Tanah Merah.
Dato' Sri Haji Ikmal Hisham Abdul Aziz menyatakan hasrat beliau bahawasanya sumbangan ini dapat menggembirakan penduduk Tanah Merah, Kelantan pada bulan puasa. Hadiah ini layak diterima oleh mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi Tanah Merah sehingga Mac 2017. Jenis sumbang merangkumi;
- Lelaki Melayu - Baju Melayu
- Wanita Melayu - Baju Kurung
- Lelaki bukan Muslim - Baju Kemeja
- Wanita bukan muslimah - Kain
cantikkan koleksi baju raya dari Jakel ini?
Jakel Shah Alam dipilih sebagai pembekal untuk agihan baju raya ini kerana kita sedia maklum bahawasanya kualiti material kain dan baju daripada Jakel adalah bagus dan pelbagai. Lihatlah tahun ini pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri tahun ini mengikut duta duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskander, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 3 ikon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan pada 3 Mei lalu.
Jakel Shah Alam
Alamat: No. 27, 29, 31, 33 & 35, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 740000 Shah Alam, Selangor
Laman web: http://www.jakel.my/
Facebook: Jakel Online
Instagram: @jakeltextile
Jakel Shah Alam
Alamat: No. 27, 29, 31, 33 & 35, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 740000 Shah Alam, Selangor
Laman web: http://www.jakel.my/
Facebook: Jakel Online
Instagram: @jakeltextile
Lebih istimewa lagi kepada para penduduk Tanah Merah dapat membuat pilihan masing-masing dari segi warna, corak serta saiz yang dinginkan. Namun, sumbangan ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan kesemua akan menerima barangan masing-masing sebelum hari raya.
Agihan ini akan bermula dari 10 Ramadhan sehinggalah 15 Syawal. Dato' Sri Haji Ikmal Hisham Abdul Aziz sedia maklum dan memahami bahawasanya kebanyakan penduduk yang mendaftar di Tanah Merah merantau dan bekerja di negari atau negara lain dan akan pulang di akhir Ramadhan untuk menyambut Syawal, jadi mereka tidak perlu gusar jika tidak dapat sumbangan ini maka Dato' Sri Haji Ikmal Hisham memanjangkan agihan ini sehingga 15 Syawal nanti.
Pada penduduk Tanah Merah yang ingin ambil baju nanti, mudah sahaja caranya iaitu tunjukkan kad pengenalan dan nyatakan saiz dan terus dapat. Mudah kan? Serius, bagi Neeza sebagai bukan warga Tanah Merah, amatlah rugi sekiranya penduduk di Tanah Merah Kelantan tidak mengambil peluang untuk dapatkan baju raya secara percuma tau.
Oh ya, bonus kepada penerima, jika datang ambil baju raya, sekiranya isi borang cabutan bertuah (ada 5 borang disediakan) anda berpeluang untuk memenangi motosikal, television, lembu, hamper dam lain-lain.
Jadi tunggu apalagi, ayuh penduduk Tanah Merah dapatkan baju raya anda!
Berita baik untuk pelanggan-pelanggan Jakel, pertama kalinya Jakel Shah Alam bekerjsama dengan Haqqi iaitu sebuah portal online barangan haji dan umrah serta barangan muslimah akan membangunkan khemah besar jualan Aidilfitri bersebelahan Petronas Seksyen 7 Shah Alam yang tidak jauh dari Pusat Komersial. Terdapat lebih 20 jenama artis terkenal akan dibuka sepanjang Ramadhan bermula 1 Ramadhan sehingga malam raya.
Salam sayang,
Neeza
Salam sayang,
Neeza
Cantik cantik koleksi baju raya jakel niii!
ReplyDeletekan jakel memang tak mengecewakan
Deletewah menarik ni :)
ReplyDeletekan.. bila kawasan jdt dpt rasa mcm ni lak? hehe
Deletewahhh rezeki orang tanah merah..
ReplyDelete- Hernee Nazir -
alhamdulillah..
Deletecantik koleksi baju raya
ReplyDeletesegak2 kan baju raya depa?
DeleteBagusnya, ada cabutan bertuah lagi, boleh pilih lagi. Baju pon cantik-cantikk.
ReplyDelete// afifahaddnan
untung gilaaaa.. kalau dun kawasan neeza buat camni, i antara terawal rasanya pergi daftar hahaha
DeleteUntungnya penduduk Tanah Merah hehe. Tapi kita rakyat Selangor :p Heheh.
ReplyDeletehahaha samalah Neeza menetap di Selangor asal Johor..
Delete