Assalammualaikum dan hai semua
Nak tanya ini, anda semua pernah dengar tentang Cyberview Resort dan Spa? Kalau Neeza sendiri, Neeza memang kenal Cyberview Resort and Spa ini sebagai tempat yang menarik untuk mengadakan majlis kahwin @ wedding hall gitu~ Al maklumlah baya-baya usia ini memang kena ambil tahu. Tetiba rasa malulah (walaupun masih belum ada boyfriend). Hehe.
Akan tetapi Neeza belum berpeluang untuk jejak kaki ke Cyberview Resort and Spa ini sehinggalah minggu lepas, pada 14 Mei lalu, Neeza hadirkan diri ke Momentous Cocktail di mana 20 orang tetamu pertama berpeluang untuk naik belon udara panas @ hot air balloon bersama pasangan.
Sebenarnya Neeza tak sangka akan ke sini sebab tetiba sahaja, sahabat Neeza, AJ ajak dan dia kata Fyra ikut sekali. Lagipun tak buat apa masa itu, dari stress duduk rumah baik ikut mereka sahaja. Maklumlah dah lama tak jumpa Fyra juga. Hehe.
Makanya Neeza bertolak bersama AJ dari Shah Alam ke Bangsar dan di sana, Fyra akan ambil kami dan seterusnya bertolak terus ke Cyberjaya. Kami bertolak dalam pukul 3 lebih rasanya. Apa yang menarik, sekiranya dapat jadi 20 orang tetamu pertama ini, kami dapat melihat persekitaran Cyberjaya pada waktu senja. Menarik sangat tau.
Alhamdulillah, bila sampai Cyberview Resort dan Spa, kami berjaya menjadi antara 20 orang tetamu pertama. Gigih betul tau. Yeayy!
Sebelum menanti belon udara panas itu siap dipasang, kami berjalan-jalan dahulu di kawasan sekitrar Cyberview Resort dan Spa. Tak sangka, selain sesuai untuk adakan majlis kahwin, tempat ini memang sesuai sangat untuk bercuti dengan tenang sebab kawasan sekeliling yang berkonsepkan alam sekitar. Tengoklah kolam renangnya. Cantik beb. Nasib baiklah masa ini Neeza tak bawa baju renang, kalau tak dah lama terjun ini.
Alatan dan bahan-bahan yang digunakan untuk rawatan urutan badan di spa Cyberview Resort
Cyberview Resort dan Spa juga menyediakan urutan kepala dan badan selama 5 minit semasa majlis ini. Bukan main AJ dan Fyra kena urut. Mula-mula Neeza tak nak sebab kena buka shawl dan tak pakai skarf ninja tapi akhirnya, lepas naik hot air ballon itu, terus pergi buat berurut. Lega amat!
Sudah tentu Neeza berpasangan dengan Fyra masa naik belon udara panas. Teruja sangat tau! Sebenarnya setiap kali naik belon udara panas memang akan teruja, ya tak? Hahaha. Cantik tau tengok kawasan Cyberjaya dan Putrajaya masa waktu senja ini. Kalau tengok bersama pasangan sehidup semati lagi romantis tau. Ececeh.
Sewaktu Momentous Cocktail di Karma Bar and Lounge (nama salah satu kafe di Cyberview Resort dan Spa ini), mestilah ada jamuan minum petang dan tetamu yang hadir bukan sahaja berpeluang untuk menaiki belon udara panas @ hot air balloon ini, tetapi berpeluang untuk menang cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak Cyberview Resort dan Spa tapi apakah daya, nasib tidak memihak kami. Tak apa, tujuan asal memang nak naik hot air balloon itu je sudah cukup menggembirakan Neeza.
Memang comel-comel sungguh makanan di sini. Dah nama pun jamuan minum petang. Dapatlah rasa makanan kecil-kecil ini. Rasa dan kualiti memang baik. Agak macam inilah hidangan diraja kan? Neeza pernahlah tengok rancangan di televisyen, tak ingat nama rancangan itu tapi mengisarkan penyediaan makanan untuk keluarga diraja apabila menerima tetamu.
Maklumlah keluarga diraja mestilah ikut protokol hidangan makanan, bermulanya pembuka selera sehinggalah pencuci mulut, jadi sementara tunggu hidangan makanan malam misalnya, jika tetamu hadir pada waktu petang mereka dihidangkan dengan makanan yang comel seperti ini.
Tetap mengenyangkan kami apabila menikmati hidangan comel ini. Teruja juga tau!
Terima kasih kepada pihak Cyberview Resort dan Spa yang memberikan pengalaman berharga kepada tetamu-tetamu yang hadir terutama sekali dapat menaiki belon udara panas @ hot air balloon. Bukan selalu tau dapat pengalaman sebegini. Rasanya kali terakhir Neeza naik belon udara panas sewaktu kecil di Melaka. Lama tau. Terima kasih sekali Cyberview Resort dan Spa. Harapnya adalah lagi penganjuran sebegini selepas ini.
Maklumat lebih lanjut,
Website: http://cyberviewresort.com/
Instagram: @cyberviewresort
Facebook: Cyberview Resort
Salam sayang,
Neeza.
seronoknyaaa ada rezeki naik hot balloon. Airah dh lama teringin T.T makanan pun nmpak sedappp
ReplyDeleteIn Shaa Allah nanti Airah merasalah nanti, hehe
DeleteSeronok teringin nak naik hot ballon ni
ReplyDeletenanti Dyla usha2 lah page Cyberview resort and spa :) kot2 dorang buat lagi hehe
Deletebestnya neeza. echa tak pernah lagi naik hot air balloon ni. angan2 nak naik benda ni pun lepas tgk cerita manisnya cinta di cappadocia tu.
ReplyDeletekan.. teringin juga nak buat ala ala cerita manisnya cinta di cappodocia itu tapi apakah daya masih single trang trang sekarang ni hahaha
DeleteSepanjang keje area sini sampai sekarang tak penah2 lagi naik nih. hihi
ReplyDeleteBestnye.....dah lama x evening cocktail macam tu..teringin juga naik hot air balloon..angan2 jelah dulu tgk neeza naik..kite put on wishlist. Tq share neeza.
ReplyDeletebestnya neeza dapat naik! lenne selalu tengok benda ni dari jauh je kat awan hahaha teringin nak naik 😁
ReplyDeleteLenne Zulkiflly Blog
i wished to be on top, on a hot air balloon....
ReplyDeletewah bestnye neeza naik belon tu..
ReplyDeleteamboiii syoknya naik hot air balloon..tak pernah try lagi..
ReplyDelete- Hernee Nazir -
Comelnya makanna tuhhhhhhhhh, aduii..sweet sangat aihhhh
ReplyDelete