Assalammualaikum dan salam sejahtera semua
Selepas merasai pengalaman berada di MAHA 2016, Neeza akui Neeza sering ternanti acara dan majlis yang dianjurkan dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia. Memang havoc habis dan serius best. Tak percaya? Boleh baca entri INI dan INI.
Kini, Kementerian Pertanian dan Asas Tani bakal mengadakan pula Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) Tahun 2017 di mana ia akan diadakan di Tapak MAEPS Serdang untuk pertama kalinya.
Sambutan HPPNK 2017 ini bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita” atau dalam bahasa Inggeris "Our Food Our Future", di mana HPPNK memberi peluang kepada Kementerian untuk terus menghargai golongan petani dan penternak dalam usaha memastikan sumber makanan negara terus dipertingkat dan berkualiti. Melalui merekalah terdapat pelbagai produk di pasaran yang anda gunakan sebagai bekalan harian.
Justeru itu, anugerah khas akan diberikan semasa Majlis Perasmian HPPNK 2017 nanti di mana menerusi anugerah tersebut, HPNKK mengiktiraf wira tani negara dan meraikan makanan terbaik negara ke satu tahap tertinggi.
Pelbagai acara menarik untuk penganjur telah diatur selain daripada anugerah-anugerah itu, iaitu Malaysia Food Festival 2017 (#MFF2017), persidangan Livestock Malaysia 2017, konsert Rhythm of the Farmers (#ROTF), pameran agropelancongan dan jualan hasil tani dan asas tani.
Dijangka sambutan kali ini lebih hangat dan hebat dari edisi sebelum ini di mana sebanyak 850 gerai akan dibuka. Maklumlah, HPPNK 2017 akan diadakan di MAEPS Serdang yang sememangnya kita tahu mempunyai ruangan yang luas untuk tapak event. Teringat kembali MAHA 2016 hari itu. Huish, memang rambang mata dan syok. Seketul Neeza yang masih tak boleh move on. Hehe. Tak sabar nak ke HPPNK 2017 pula.
Menurut Menteri Kementerian Pertanian dan Asas Tani,YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, HPPNK 2017 bakal mensasarkan sehingga 500 ribu pengunjung, serta RM20 hingga RM30 juta hasil jualan sepanjang event tersebut berlangsung. Memang wow, kan?
Jadi jangan lupa, tandakan kalendar anda semua awal-awal tau, kosongkan jadual pada hari HPPNK 2017 akan diadakan iaitu bermula 28 September hingga 1 Oktober 2017. Excited betul Neeza ini kan kalau bab-bab makanan. Hehe. Mestilah benda baik haruslah dikongsi bersama.
In Shaa Allah, jumpa anda di sana! Hehe.
Salam sayang,
Neeza
Airah pun minat pergi event berkaitan pertanian ni.tapi jauh samgat pulak nak pegi 😭
ReplyDeletesamalah kita, sebab pertanian berkaitan makanan, gitewww, hehe.. best dear, hari itu pergi MAHA tak menang tangan kita membawa dan perut memang penuh diusung seharian.. hehe.. trylah pergi.. ni dah tau awal2 ni
DeleteSekarang ni sy tetiba minat pasal pertanian 😄 Kalau ada event pertanian yang berdekatan, insyaAllah akan pergi 😉
ReplyDeletegood! hehe
DeleteNak juga pi.. wahh mesti banyak makanan.... suka2... boleh ena memburu makanan sekali
ReplyDeletehehe, jom set the date hehe
Deletewahh seronok program ni. nak join kalau berkesemptan
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
wahh bestnya ada pergi event macam ni..
ReplyDelete- Hernee Nazir -