Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
Tak sangka pejam celik pejam celik dah nak masuk pertengahan tahun 2017 ini. Puasa pun dah tak lama lagi dah. Ini dah ganti ke belum? Huhu.. Neeza pun tak sabar nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini. Boleh lakukan solat terawikh dan fokus betul-betul pada amal ibadat. Maklumlah masa inilah banyak aspek perlu dijaga supaya puasa kita tak sia-sia. Antaranya menjaga mata (penglihatan) dan kebiasaannya dikaitkan dengan rancangan atau siaran televisyen.
Kalau waktu biasa Neeza memang jarang tengok TV walaupun rumah sewa ada TV. Laghaaa dengan drama tempatan. (Kdrama tak lagha pula ye Neeza :-p). Akan tetapi bulan Ramadhan inilah pasti Neeza akan ternanti di hadapan TV. Bukan setakat sebab nak dengar azan maghrib je. Hahaha. Sebenarnya banyak rancangan menarik dan bermanfaat yang bakal menghiasi bulan Ramadhan ini seperti rancangan memasak, perkongsian ilmu hadis dan sebagainya.
Dan pada setiap tahun, pastinya Neeza tidak akan melepaskan peluang untuk melihat rancangan Syahadah. Sebenarnya ini rancangan favourite Neeza, kalau tak sempat tengok waktu malam, nanti adalah ulangan masa sahur tak pun tengahari. Sebenarnya mak yang bersemangat tonton nak jawab kuiz maklumlah dapat ilmu tentang negara orang dan juga kot kot dapat menang pakej umrah ke. Cuma belum ada rezeki lagi nak menang. Hihi.
Alhamdulillah, bagai tak percaya je pada tahun ini Neeza berpeluang menghadirkan diri ke Majlis Majlis Penyerahan Tajaan Program Syahadah 2017 bertempat di Wisma TV RTM. Pertama kali menghadirkan diri ke RTM. Selama ini kita tengok tv, kali ini kita pergi stesen TV. Siapa yang tak teruja kan? Hehe. Rasa bertuah sangat.
Apa yang pasti rancangan Syahadah pada tahun 2017 ini bertemakan "Raikan Nur Islam" bakal menemui penonton sepanjang bulan Ramadhan ini bermula 25 Mei 2017 dan mempunyai 30 buah episod. Tak sangka juga musim kali ini dah nak masuk musim ke-12 sejak penerbitannya pada tahun 2005.
Ucapan dan penerangan mengenai Syahadah 2017 dari Datuk Mustafa Kamal selaku Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik)
Rancangan ini bakal memberikan kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana ia bakal memaparkan keindahan dan keunikan budaya Islam di Maghribi seperti seni bina, makanan, muzik dan persembahan tradisi.
Tidak ketinggalan, asimilasi budaya saudara baru kita (mualaf) di Malaysia bagi berkongsi pengalaman tentang kehidupan mereka yang kini menjadi ikon dakwah yang di segani ramai seperti Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Firdaus Wong yang dikenali sebagai Bro Firdaus, pelakon Muhamad Roger Arnold, dan pelakon Adam Corrie.
Tidak dilupakan juga, keunikan seni bina masjid di beberapa lokasi seperti Masjid Zahir (Alor setar, Kedah), Masjid Cina di Melaka, Masjid India di Kuala Lumpur dan Masjid Muhammadiah di Ipoh, Perak bakal dipaparkan menerusi rancangan ini.
Tajaan kos produksi sebanyak RM200,000.00 oleh EZ Group dan EZ Qurban manakala tajaan hadiah kuiz mingguan dan utama sebanyak RM 33,600.00 Oleh EZ Group (EZ Qurban, EZ Kembara, Ainon Kaman) dan Asianic sebanyak RM13,000.00.
Best itu kalau dapat menang. Hehe. Jadi tunggu apa lagi? Tanda kalendar atau note siap-siap untuk menonton rancangan Syahadah yang bakal bersiaran pada 25 Mei ini, di TV1 dan TV2.
Dunia pun semakin canggih, tak sempat tengok di televisyen, Syahadah 2017 juga boleh tonton menerusi myklik.rtm.gov.my dam aplikasi RTM Mobile.
Jangan tak tengok tau!
p/s: gambar kenangan dari team bloggers dan produksi RTM yang sangat friendly dan mengalukan kedatangan kami, terima kasih RTM dan Asianic (Kak Leny) :D anyway kredit gambar dari Rafzan Tomomi
Salam sayang,
Neeza
Ucapan dari penasihat EZ Group selaku penaja utama rasmi Syahadah 2017
Malahan, Syahadah musim ini juga akan menyiarkan mengenai badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta yang membantu umat Islam yang kurang bernasib baik untuk meneruskan kehidupan seharian. Antara NGO yang terlibat ialah EZ Qurban, Persatuan Orang Buta Malaysia, Islamic Relief dan Aman Palestin.
Majlis dimeriahkan dengan irama alunan Gambus
Paling menarik, jangan lepaskan peluang untuk menonton Syahadah 2017 kerana seperti biasa tentulah ada kuiz mingguan dan utama untuk dimenangi buat penonton-penonton sekalian. Justeru menerusi majlis ini, penyerahan tajaan telah diadakan menerusi pihak produksi dan penaja rasmi Syahadah 2017 iaitu EZ Group, EZ Qurban, EZ Kembara, Ainon Kaman dan Asianic Halal.Tajaan kos produksi sebanyak RM200,000.00 oleh EZ Group dan EZ Qurban manakala tajaan hadiah kuiz mingguan dan utama sebanyak RM 33,600.00 Oleh EZ Group (EZ Qurban, EZ Kembara, Ainon Kaman) dan Asianic sebanyak RM13,000.00.
Siaran di TV1- 6.30petang, 9.30 malam dan 5.30 pagi atau TV 2 : 7 petang dan 10 malam
Dunia pun semakin canggih, tak sempat tengok di televisyen, Syahadah 2017 juga boleh tonton menerusi myklik.rtm.gov.my dam aplikasi RTM Mobile.
p/s: gambar kenangan dari team bloggers dan produksi RTM yang sangat friendly dan mengalukan kedatangan kami, terima kasih RTM dan Asianic (Kak Leny) :D anyway kredit gambar dari Rafzan Tomomi
Salam sayang,
Neeza
Kalau puasa, jarang sy layan tv. Kalau hari biasa, memang ngadap tv je koja 😂
ReplyDeletetak pun tidur, kan? kan? hehe
Deletewahhh wajib tengok niii.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
alaaaa lama dah tak layan tv..
ReplyDelete- Hernee Nazir -