Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
Macam biasa dengar tentang Plaza Alam Sentral kan? Dekat mana eh? Hmmmm... studio 2 Plaza Alam Sentral, kan studio rakaman untuk TV3 macam Mentor Millenia yang tengah hit sekarang ini. Kalau dulu sebelum dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam ini, terfikir macam manalah Plaza Alam Sentral, jauh benar dari TV3 yang berada di Bandar Utama itu.
Baru inilah tahu Plaza Alam Sentral ini sebenarnya shopping mall. Studio 2 Plaza Alam Sentral ini terletak atas sekali di Tingkat 5 bangunan ini. Sejak dah duduk Shah Alam hampir 4 semester ini, selalu jugalah ke mari nak betulkan phone tak pun cari barang komputer, pakaian dijual di sini pun murah-murah belaka. Kalau nak pergi live rakaman macam Mentor Millenia itu belum pernah lagi, hehe.
Bukan apa malas sikit sebenarnya nak beratur. Maklumlah tak kena charge tiket, mesti ramai pergi kan lagi-lagi penyokong-penyokong kipas susah mati penyanyi-penyanyi. Studio manalah boleh menampung ramai sangat. Menurut kawan sekolah Neeza, Farah pernahlah ikuti Mentor Millenia live. Jadi dia kata kalau rancangan start pukul 9, pukul 7 dah kena beratur.
Cumanya bila datang ke Plaza Alam Sentral ini, rasa kekurangan sangat. Selalu shopping mall ada food court kan? Tapi Plaza Alam Sentral ini tak ada tau. Shopping mall yang berdekatan macam SACC Mall dan PKNS pun sama. Huhu. Kadang-kadang bosanlah asyik nak makan di restoran-restoran makanan segera. Lagipun poket bukannya selalu tebal lagi-lagi student macam Neeza ini. Nak berjimat. Hehe.
Akan tetapi sekarang ini Neeza tak perlulah risau lagi nak cari makanan di Plaza Alam Sentral sebab Plaza Alam Sentral dah ada food court! Yeayyyy..
Alhamdulillah pada 22 April lalu Neeza dijemput ke majlis pelancaran food court ini yang diberi nama Muhibbah Makan Place, Plaza Alam Sentral. Muhibbah Makan Place adalah merupakan usaha sama 2 chef yang sangat hebat iaitu Chef Wan dan Chef Bala yang mempunyai pengalaman yang luas dan peka tentang trend makanan semasa yang semakin hit di samping penyediaan makanan yang sedap dan berpatutan.
Antara hidangan makanan di sini ialah;
Antara hidangan makanan di sini ialah;
Sizzling Lamb With Egg- Ini menu yang Neeza ambil, memang daging kambing lembut dan empuk, memang enak dimakan semasa panas-panas
Nasi Kukus Pandan Ayam Goreng Berempah- Mengikut kak Halimah yang ambil juadah ini, ayam goreng berempah memang kick dan sedap serta warna hijau nasi membangkitkan selera
Maggi Kari Ketam- Isi banyak memang puas sangat makan
Curry Laksa
Asam Laksa
Kap Phao Chicken Rice with Egg- Sesuai untuk mereka yang sukakan makanan pedas. Neeza sampai tapau bawa balik memang berapi tapi I like.
Satay, memang puas hati sangat dapat makan setelah lama mengidam sampai bercucuk Neeza makan daging memang lembut
Rojak yang dipamerkan.. masa Neeza makan tak bawa phone tak sempat snap tapi serius rojak ini buat Neeza teringat sampai sekarang
Bagi Neeza, Neeza paling suka sangat rojak yang sememangnya crispy serta kombinasi kuah kacang yang memang kick macam mak Neeza selalu buat time raya dan bahan2 yang agak banyak. Apa yang pasti, Neeza memang perhatikan nasi kukus pandan ayam goreng berempah, sazzling lamb rice with egg, maggi kari ketam dan satay merupakan menu-menu paling popular menjadi tumpuan pengunjung pada hari pelancaran Muhibbah Makan Place.
Memang ramai tau. Mana taknya, Maulana dan Aishah AF turut hadir dan memeriahkan suasana. Memang happeninglah, lagi-lagi celoteh Aishah AF.
Aishah
Maulana
Duet, memang powerlah
Semasa hari pelancaran tersebut, bukan sahaja pengunjung dihiburkan dengan nyanyian Maulana dan Aishah AF, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menarik dan makanan percuma. Best tau. Neeza pun menang hamper okay! Jimat stok mengunyah buat assignment selama seminggu. Hehe.
Apapun Muhibbah Makan Place ini memang mementingkan kebersihan dan keselesaan pengunjung. Selain itu menyediakan ruangan yang luas untuk para pengunjung menikmati hidangan yang dibeli. Selesa sangat tau.
Muhibbah Makan Place ini berkonsepkan kiosk-kiosk, ini di antaranya
Sememangnya Neeza memang enjoy dan terima kasih Muhibbah Makan Place kerana menjemput Neeza. Lepas ini kalau datang Plaza Alam Sentral memang tak pandang sangat dah restoran makanan segera tingkat bawah sebab Muhibbah Makan Place lebih variasi, murah, mengenyangkan dan sedap. Kalau anda di area Shah Alam, jangan tak cuba tau lagi-lagi yang datang ke studio TV3 Plaza Alam Sentral. Hehe.
Salam sayang,
Neeza.
Nasib baik dah wujud food court kat situ kan π Kalau asyik makan makanan segera, risau pula anak mata bertukar biru π Maggi Kari Ketam tu nampak sodap π
ReplyDeletekan.. ketam pun besau, nyesal tak try haritu hehe
Deleteya allah sedapnya makanan
ReplyDeleteassalamualaikum neeza...wah !! pagi2 tengok makanan sedapnya...
ReplyDelete** Mama Maszull
Sizzling Lamb With Egg???? weyhhhh sedap!!!
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
nice sharing neeza. kalau turun plaza alam sentral wajib singgah sini.
ReplyDeletesizzling lamb with egg tu yumeeehhhh..
ReplyDelete- Hernee Nazir -