Assalammualaikum dan hai semua,
Cepatnya masa berlalu kan, tup tup dah masuk setengah tahun dah di mana Ramadhan mula berkunjung tiba. Dan malam ini seluruh umat Islam sudah mula mengerjakan terawikh dan akan berpuasa pada esok hari. Jadi malam ini mesti dah terfikir nak makan apa sempena berbuka puasa esok.
Kalau masih tak ada idea nak berbuka di mana, Neeza nak sarankan dengan anda semua untuk ke Restoran Nelayan Gombak. Kalau nak tahu, asalnya diberi nama Restoran Nelayan Titiwangsa di mana keunikan restorannya yang terapung namun ia berpindah ke Gombak, lalu tukarlah nama ke Restoran Nelayan Gombak.
Sempena bulan Ramadhan ini, Restoran Nelayan Gombak mengadakan promosi istimewa tahun ini, iaitu hidangan buffet serendah RM49 sahaja dan separuh harga untuk kanak-kanak dan warga emas.Wow best kan?
Dari poster sendiri, kita boleh lihat sendiri betapa banyaknya hidangan yang disediakan untuk promosi Ramadhan di Restoran Nelayan Gombak. Macam-macam ada dari hidangan steamboat sehinggalah hidangan kampung. 100 jenis beb. Boleh makan sepuas-puasnya. Serius tak tipu sebab Neeza sendiri dah pergi dan rasai makan dekat Restoran Nelayan Gombak.
Dekat meja ini ada bahan mentah untuk steambot dan beberapa hidangan contoh yang dah siap masak untuk hidangan kampung.
Antara bahan-bahan mentah daging/makanan laut/mee/sayur untuk steamboat. Semuanya segar dan bermutu.
Terpukau, kan?
Serius makan dekat sini memang sedap sangat! Semuanya cukup dan lazat. Lagi-lagi gulai kawah tanjung. Pergh! Air bandung pun lemak pekat. Syok sangat. Rugi kalau tak cuba lagi-lagi yang duduk Gombak.
Menariknya, anda boleh membeli belah pelbagai produk tempatan di Restoran Nelayan Gombak ini tau. Siap ada demonstrasi buat roti jala Magic tau. Banyak juga yang Neeza bawa balik, antaranya rempah kari,kurma, air kordial dan macam-macam lagi. Boleh sediakan masa sahur nanti. Hehe.
Sambil makan, pengunjung yang hadir ke Restoran Nelayan Gombak juga akan dihiburkan dengan lagu Dakwah dan Qasidah oleh kumpulan Buskers. Sedap juga nyanyian mereka.
Serius, memang sangat meriah bila berada di Restoran Nelayan Gombak ini lagi-lagi nak bulan Ramadhan ini. Memang ramai pengunjung, walaupun begitu jangan risau tentang parking sebab Restoran Nelayan Gombak ini memang dah sediakan 1 kawasan besar khas untuk tempat letak kereta untuk keselesaan pengunjung.
Jom pakat-pakat ramai ke;
Jom pakat-pakat ramai ke;
Restoran Nelayan Gombak
Alamat: Batu 3/4 Jalan Gombak Utara Kuala Lumpur
Nombor telefon: 03-61858400 / 013-2237228
Facebook: Restoran Nelayan Gombak
Instagram: @restorannelayangombak
Salam sayang,
Neeza
Rugilah kalau tak berbuka kat sini nanti.. makanannya perghh, tempting... harga pun berbaloi
ReplyDeletekan, sampai penuh skrin laptop ni tengok makanan.. kalau tak rambang tak tahulah ai nak kata apa, hehe
DeleteSalam Ramadhan, selamat berpuasa Neeza. Rambang perut sy tengok makanan tu
ReplyDeleteSelamat berpuasa untuk awak juga.. eh bukan mata ke? Hehe
DeleteMenarik kan restoran nelayan ni Dila pernah juga makan kat sana... memang best!!!
ReplyDeleteWahh.. memang banyak dan beraneka jenis makanan. terliurnya!
ReplyDeleteSemuanya nampak menyelerakan.. hehe :)
ReplyDeleteRasa Gulai Kawah Tanjung ni berbeza dengan rasa Gulai Kawah daripada Kelantan...Kiranya memang kena benarlah dengan tekak Kak Sally...tak kisah la daripada mana asalnya rempah dia..hahahaha...Rasanya mmg rempah memainkan peranan yang penting kan?
ReplyDeletebaca post ni pukul 10.50 pagi..adoi...berkeroncong pula perut ni :)
ReplyDeletenyesal la tengok post ni hahaha
ReplyDelete- Hernee Nazir -