Wednesday, 5 April 2017

Dapatkan Koleksi Terbaru Shizens Visage 2017 & Berpeluang Memenangi Wang Tunai RM2K

Assalammualaikum
Akhir-akhir ini Neeza memang agak gila nak bermekap untuk nampak cantik. Gitu. Maklumlah lumrah siapa yang tidak sukakan pada kecantikan bak kata King Coco. Hehe. Tapi masalahnya Neeza tak mempunyai set yang lengkap nak mekap. Hmm, serius rasa tak syok pula . :(

Berusaha dan gigih betul Neeza cuba untuk cari dan belek satu persatu dekat macam-macam website siap baca review sekali tentang produk mekap yang okay dan bagus. Maklumlah hal kecantikan terutama muka ini memang kena jaga sikit. Takut tersilap pakai nanti habis muka. Bukan skincare je penting tapi koleksi mekap pun kena ambil berat juga tau.

Dan ketika Neeza dalam usaha mencari itu, Neeza adalah baca blog kawan-kawan beauty blogger ini dan kebanyakan daripada mereka menyarankan untuk pilih koleksi mekap daripada Shizens.
Lebih mengujakan Neeza apabila Neeza berpeluang untuk mengikuti sesi bengkel kecantikan bersama Shizens pada 26 Mac yang lalu di Shizens Stores, Pavilion KL.

Ini merupakan bengkel kecantikan pertama yang Neeza ikuti tau. Neeza sendiri tak pernah sangka Neeza akan terjebak dengan serius tentang mekap ini semua. Fuhh memang teruja tau sampai Neeza sanggup balik awal dari Johor sampai TBS pagi itu terus ke Pavilion demi nak ikuti bengkel ini. Nampak tak semangatnya itu? Hehe.

"Shizens believes everyone has a unique natural beauty that should not be concealed but to be revealed. Shizens is here to enhance the confidence level of everyone in revealing their uniqueness.

Shizens offer skincare and make up products produced by bountiful natural ingredients that are suitable for various skin to resolve one's skin problems and to accentuate their natural beauty."

Dalam bengkel kecantikan bersama Shizens ini, pihak Shizens telah memperkenalkan brand Shizens ini dan koleksi mereka yang terbau iaitu Shizens Visage Collection serta demonstrasi cara memakai produk Shizens.
Pengenalan produk Shizens
Demonstrasi makeover
Produk-produk Shizens. Kotak pun dah nampak glamour
Berpeluang untuk makeover juga tapi lukis kening dan eyeliner jelah hehe
Dan ini adalah close up mengenai produk-produk yang terdapat dalam Shizens Visage Collection; 
Tadaaaaaaa! Hasi dari mengikuti bengkel kecantikan bersama Shizens hari itu.
Gambar pecah sikit sebab sebenarnya selfie dengan pihak Shizens so Neeza zoom sedikit. Nanti Neeza buat transformasi sebelum dan selepas yang lebih memukau sebab kekurangan masa pada hari itu, nak lekas siap. Hehe.

Sekiranya ingin mendapatkan koleksi Shizens visage 2017 kini boleh didapati di butik kecantikan Shizens di seluruh Malaysia;
  • Shizens Pavilion Flagship Store
  • Shizens Mid Valley
  • Shizens One Utama
  • Shizens Sunway Pyramid
  • Shizens Gurney Plaza
  • Shizens Genting Sky Avenue
  • Shizens Isetan KLCC
  • Shizens Isetan Garden
  • Shizens Parkson KLCC
  • Shizens Parkson Pavilion
  • Shizens Sogo KL

Mesti anda rasa macam seram sejuk kan tengok harga produk-produk Shizens ini. Jangan seram-seram tau sebab sekarang Shizens tengah buat promosi dan contest. Murah sangat-sangat. Rugi tak ambil peluang ini untuk jadikan Shizens sebahagian dari koleksi mekap anda.
dan 
Lawat Butik Shizens dan gunakan kod VISAGE01 tunjuk ke penasihat kecantikan shizens dapatkan makeover percuma dan upload gambar anda sebelum dan selepas di facebook Shizens secara inbox.
Hadiah menarik untuk dimenangi seperti :
Grand prize : RM2K cash + produk shizens dan gifts yang bernilai lebih dari rm6k.
1st prize : RM1K cash + produk shizens dan gifts yang bernilai lebih dari rm4k.
3rd prize : RM500 cash + produk shizens dan gifts yang bernilai lebih dari rm3.5k.

Contest bermula dari 15 april sehingga 15 may 2017.

Ayuh kita ke Shizens sekarang!


Salam sayang,
Neeza

21 comments:

  1. alahaii...macam nak grab je...oklah tukan 1 set untuk harga rm199 je?
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaah kak siti, hehe sementara stok masih ada

      Delete
  2. banyak betul rangkaian produk dia ye
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tak sebanyak rangkaian jenama lain, yang ini kira ada 2 fungsi dalam 1, ada 3 dalam 1, tapi serius memang best pakai produk ini kak Mar, jomlah cuba hehe

      Delete
  3. fuhhh.. ritu ada dia bukak booth dkt mall. jeling2 ja.. hehehe...

    nice2.. cantik

    ReplyDelete
  4. Salam nieza, nieza ni baya2 anak ibu je, jadi bolehla ibu bahasakan diri ni ibu kan, hehe, ank yg dlm cerita tu anak sulung ibu, skrg umurnya 20 tahun, baru nk buat degree tu, biasiswa tkde, ptptn lmbt mohon tulah sakit sikit tu.
    Trmkasih follow ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. hehe sorry ibu terpanggil akak.. biasa dengan mummy blogger semua panggil akak.. baru terasa muda, hehe.. oh neeza 2 tahun dari dia lah eh.. tak apa, in shaa allah adalah rezeki :)

      terima kasih kembali

      Delete
  5. Barang2 Shizen mmg best..akak pun suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutlah mekap akak nampak natural hehe

      Delete
  6. Was really nice to meet you personally from this event & beautifully together gather;) cheers, SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. right... so many events held but we finally meet each other on this event nice to meet you Sienny

      Delete
  7. perghhhh semoga makin gorgeous lah lepasni hehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. of courselah syed.. kena nampak letop meletop gitu hahaha

      Delete
  8. makin lawa laa lepas ni. akak tak ley cari makan ahh pasni.

    Jom ke Blog Uyul Rosli >>> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nak caras kak uyul pun hehe #sisgurauje

      Delete
  9. Wow, offernya memang dahsyatttt!

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.