Saturday, 15 April 2017

Jom Nikmati Hidangan Baru Kari Jepun di Sushi King

Assalammualaikum dan hai
Kalau tak silap Neeza, 3 minggu lepas, coursemates Neeza, Umi dan Afiq ajak Neeza pergi Sushi King. Mula-mula kami keliru sebenarnya nak makan apa, sama ada Pizza Hut (pilihan Umi) atau Sushi King (pilihan Afiq). Bila pergi ke Pizza Hut, promosi tengahari pula belum dilancarkan maka kami bergerak ke Sushi King. Afiqlah paling gembira sekali. Kan? Hehe

Sampai ke Sushi King, Neeza dan Umi orderlah macam biasa. Sushi dan pilihan set. Tapi bila sampai ke Afiq, dia ingin makan Sushi King Japanese Curry. Bila sampai sahaja makanan, Afiq adalah bagi rasa dekat Neeza Japanese Curry Sushi King. First rasa... boleh tahanlah, second rasa.. woooa sedaplah juga, third rasa.. lain kali kalau pergi Sushi King kena ambil menu ini! Biasalah kalau dah pergi makan dengan kawan-kawan ini biasanya kami akan order berlainan menu dan saling cuba dan rasa. Kalau dapat geng sekepalalah. Hehe..

Maka itulah merupakan pengalaman pertama Neeza merasai Japanese Curry Sushi King. Baru lagi..

Tak sangka lagi, Neeza berpeluang ke Sushi King minggu lepas. Macam biasalah, Sushi King Sunway Pyramid memang antara lokasi Neeza dan kawan-kawan universiti selain daripada outlet Sushi King SACC Mall atau Setia City Mall. 
Cuma kali ini berlainan sikit, Neeza bersama dengan kawan-kawan blogger pula terutama Ina Ainaa, Rafzan Tomomi, Kak Iena Wahab, Broframestone dan seorang lagi dalam gambar itu baru je kenal, tak tahu namanya. Hehe.

Kalau dah jumpa memang gamatlah suasana dekat Sushi King, lagi-lagi bila semua dapat merasai dan mencuba menu terbaru dari Sushi King "Japanese Curry With A Kick" di mana set ini lebih berfokuskan keenakan dan kepedasan Kari Jepun. Ada 11 hidangan tau dalam set terbaru ini dan semuanya sedap-sedap belaka.

Sushi (Japanese Curry With A Kick)
1. Curry Tori Katsu Gunkan (232 Kcal)
RM 4 (pic kredit: Mahamahu- pic hidangan ini yang Neeza ambil mungkin terdelete)
2. Aburi Curry Tamago (212 Kcal)
RM 3
3.  Curry Ebi Fry Nigiri (207 Kcal)
RM 6
4. Curryfornia Roll (144 Kcal)
RM 5
Tak sangka sushi pun boleh ada perasa kari. Semua sedap-sedap tau. 

Set (Japanese Curry With A Kick)
5. Chicken Katsu (856 Kcal)
RM15.90
6. Seafood Fry (719 Kcal)
RM15.90
7. Yakiniku (676 Kcal)
RM15.90 -paling pedas 
Untuk ketiga-tiga set di atas, pelanggan Sushi King boleh memilih sama ada untuk merasai Kari Biasa, kari Tomato atau Kari Pedas. Bagi Neeza, semuanya sedap. Cuma agak kelakar hari itu, kawan-kawan blogger yang duduk semeja dengan Neeza semua tak tahan pedas sampai merah muka bila cuba Kari Pedas, Neeza je rilek-rilek boleh makan dengan tenang. Well, ai dah biasa makan pedas. Hehe.

8. Curry Kiryu Udon (412 Kcal)
RM13.90
9. Grilled Cheese Curry (788 Kcal)
 RM13.90
10. Agedashi Beef Curry (841 Kcal)
RM18.90

Bila Neeza rasa set udon itu, memang udon Sushi King ini agak anjal dan kenyal. Ditambah ada udang dan bahan-bahan masakan dalam itu pun banyak. Memang puas makan. I loike! Cuma favourite Neeza sudah tentulah Grilled Cheese Curry sebab pantang jumpa cheese ini dan lebih sedap bila digabungkan dengan kari Jepun dan ayam goreng tepung Sushi King (favourite). Set daging bersama kari Jepun pun enak dan lazat. Daging pun banyak, gabungan tauhu goreng, cendawan bersama cheese serta kari memang buatkan anda akan termimpi-mimpi gitu.

11. Dessert  Matcha Ice Cream Doughnut (401 Kcal)  & Doughnut + Vanilla Ice Cream (411 Kcal)
Bila sampai je dessert dari Sushi King, Neeza dan Ena sampai wrestling, eh tak adalah, hehe, gaduh-gaduh manja rebut-rebut gitu. Bukan apa, dessert Sushi King memang sedap. Gabungan Matcha atau Vanila, kedua-duanya pilihan kesukaan Neeza dan donut yang lembut dan gebu terbaik!

Ahh bencilah ketika update entri ini teringat set dessert itu. Hahaha.

Okaylah, bagi peminat sushi dan Sushi King, bolehlah datang ke mana-mana outlet Sushi King untuk hidangan baru ini "Japanese Curry With A Kick". Asyik tengok dekat drama Jepun dan Korea mesti tertanya sedap sangat ke kari olahan mereka yang agak berbeza dari kari Mamak atau Melayu, marilah datang ke Sushi King dan cuba sendiri.

Set Japanese Curry With A Kick ini ada masanya tau iaitu bermula 1 April sehingga 30 Jun 2017. Tak lama je lagi dah. Hehe.

Apa yang pasti, kini Sushi King telah sah diiktiraf halal oleh JAKIM. Jadi tak perlu was-was untuk ke Sushi King merasai hidangan makanan Jepun yang sedap lagi enak.
Bersempena promosi ini, pihak Sushi King ingin mencabar rakyat Malaysia untuk menyahut cabaran “Curry-Hot-Kick”. Sekiranya berminat, anda hanya perlu kongsikan gambar dengan rasa ‘kepedasan’ paling kreatif bersama hashtag #MySKCurry. Anda berpeluang memenangi koleksi tshirt eksklusif dari Sushi King. Untuk maklumat lebih lanjut boleh KLIK DI SINI.
Contohnya macam Ena ini. Dia memang tak makan pedas, huhu.
With Ena dan kak Iena.. glamour benooo nama na na ini, hehe

Jadi tunggu apa lagi, jom ke Sushi King berhampiran anda sekarang!

Facebook: https://www.facebook.com/sushikingasia
Instagram: https://www.instagram.com/sushikingmalaysia
Hotline: 03-56225339

Sushi King Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato

Salam sayang,
Neeza

13 comments:

  1. Sedapnya!! Tak pernah cuba lagi makan kari di Sushi King. nanti nak cuba juga lah :)

    btw, semua gambar cantik tau!! Nampak menyelerakan gitu. Neeza ambil gambar guna kamera ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi sushi king, if tak makan raw ada je banyak pilihan yang dimasak macam di atas yang bergoreng dan berkuah.. hehe guna phone je.. :D

      Delete
  2. Replies
    1. trylah dik, hehe yang ini memang best kari dia..

      Delete
  3. alahai.. terliur tengok gambar2 makanan ni.. :D


    http://www.syahirahvaliant.com/2017/04/kesan-buruk-pengambilan-kafein.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada contest sedang berlangsung ini yang, joinlah visit @neeza02 mana tau dapat voucher RM150 tu hehe

      Delete
  4. Saya tak tau apa tu sushi king. Tempat dia pun tak pernah masuk sebab tak ada orang nak bawak. Nak pergi sendiri takut.

    ReplyDelete
  5. terliur plak tgok shushi tp mek tak pernah makan. hahahaha.

    ReplyDelete
  6. Gila kau tak kenal mamat lagi sorang tue...

    Duta Shell Malaysia kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana lah nak kenal :-( kami kan ratu public transport user, mana ada kereta sendiri nak isi minyak bro

      Delete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.