Assalammualaikum dan hai semua
Baru-baru Neeza berpeluang menghadiri sidang media bertempat di Hotel Eastin, Petaling Jaya iaitu pada 14 April 2017. Rasa teruja sangat kerana ia merupakan peluang pertama Neeza menghadiri sidang media rasmi sebagai blogger dan ramai kalangan rakan media dan wartawan yang juga turut membuat liputan tentang sidang media yang diadakan ini.
Pada sidang media ini, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Siemens AG, Encik Joe Kaeser, bersama Presiden & CEO Siemens Malaysia, Mr Prakash Chandran telah mengumumkan akan melabur sebanyak 100 Juta Euro ke Malaysia menerusi dalam bentuk geran perisian supaya universiti dan kolej tempatan dapat meningkatkan latihan dan keupayaan latihan terutama bakal jurutera sebagai persediaan untuk perindustrian Malaysia pada masa akan datang.
Ini diumumkan selepas mesyuarat peringkat tertinggi dan kunjungan hormat bersama Perdana Menteri Malaysia Dato ‘Seri Najib Tun Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)dan Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 13 April 2017 iaitu sehari sebelum sidang media ini diadakan.
Encik Joe Kaeser juga melihat Siemens dapat mengorak langkah lebih jauh ke hadapan dalam bidang pembuatan dan kemahiran perisian menerusi Malaysia kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai banyak peluang yang baik untuk mengembangkan lagi sumber-sumber yang ada dalam pembuatan dunia maya.
Sebagai peneraju utama dunia dalam pembuatan dan automasi sera pembekal terbesar perisian perindustrian dengan pendapatan kira-kira EUR 5 billion, kini fokus baru Siemens ialah ke arah pendigitalan maka Siemens percaya ia adalah penting untuk mereka melabur dalam kemahiran perisian untuk melatih pelajar-pelajar kejuteraan khususnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia, Mr Prakash pula memaklumkan setiap tahun Siemens telah melaburkan sekurang-kurangnya 6% dalam penyelidikan dan pembangunan negara sama ada dalam teknologi pengangkutan awam terkini LRT dan MRT di Malaysia. Menurutnya lagi Siemens sentiasa mencari inisiatif lain bersama kerajaan Malaysia dalam memastikan pembaharuan dapat dilaksanakan dalam setiap bidang menerusi era ekonomi digital.
Sejak kehadiran Siemens di Malaysia iaitu lebih daripada 100 tahun sekarang, Siemens akan memastikan mereka memberikan sokongan di mana ia diperlukan termasuk menyediakan akses kepada pendidikan dan teknologi terkini dalam industri ini.
Siemens masih dalam kedudukan yang baik dan berhasrat ingin mengorak langkah lebih jauh dengan menyediakan solusi yang diperlukan dalam memenuhi keperluaan masa depan dalam selaras dengan pelan transformasi Nasional (TN50).
Pelan ini dapat mengukuhkan hab ekonomi digital di negara ini dengan tiga spektrum penuh perkhidmatan dalam kecekapan teras atau portfolio elektrik, automasi dan pendigitalan supaya mampu membawa negara ke rangkaian global yang lebih inovasi dan integrasi.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Siemens:
Website: http://www.siemens.asia/MY/en/about-us/Business/DF-PD/sitrain.aspx
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Siemens:
Website: http://www.siemens.asia/MY/en/about-us/Business/DF-PD/sitrain.aspx
Bagi pendapat Neeza sendiri, pengumuman Siemens ini membuka peluang luas untuk kami, bakal siswazah untuk memantapkan skill dan ilmu supaya dapat menyumbangkan tenaga dan jasa dalam perindustrian Malaysia demi negara tercinta.
Walaupun Neeza bukan dalam course kejuruteraan, Neeza ada kawan-kawan yang sedang belajar di Fakulti Kejuruteraan, mereka pun gembira dengan berita ini dan harapnya mereka dapatlah merebut peluang yang diberikan ini. Neeza sangat menyokong penuh apa jua perancangan dan pelan yang boleh membawa keuntungan kepada Malaysia khususnya.
Semoga ekonomi Malaysia bangkit dan terus maju, In Shaa Allah.
Salam sayang,
Neeza
Walaupun Neeza bukan dalam course kejuruteraan, Neeza ada kawan-kawan yang sedang belajar di Fakulti Kejuruteraan, mereka pun gembira dengan berita ini dan harapnya mereka dapatlah merebut peluang yang diberikan ini. Neeza sangat menyokong penuh apa jua perancangan dan pelan yang boleh membawa keuntungan kepada Malaysia khususnya.
Semoga ekonomi Malaysia bangkit dan terus maju, In Shaa Allah.
Salam sayang,
Neeza
hoo nampaknya memang menarik projek nih
ReplyDeleteseronoknyaa join sidang media mcm ni.bagus jugak ada yg sudi melabur banyak mcm tu dlm malaysia ni lgi2 berkaitan bdang pndidikan
ReplyDeleteSemoga jadi lah mereka nak melabur dalam projek pembinaan negara kita..banyak nilai pelaburan tu
ReplyDeleteassalamualaikum neeza...wah !! power la...:)
ReplyDelete** Mama Maszull
Ada masanya untung jadi blogger, dapat jemputan yg besar2
ReplyDeletefae pernah berangan2 nak jadi engineer adoii haha
ReplyDeleteSetuju dengan Neeza, dengan adanya projek ni, dapatlah membuka peluang lebih luas kepada graduan kan? Sangat informatif kalau dapat jemputan macamni.
ReplyDeletejemput join segmen syed kalau berkelapangan :)
https://anothersyed.blogspot.my/2017/04/segmen-seorang-syed-nak-bloglist.html
wahh banyak tu pelaburannya Neeza
ReplyDelete