Friday 21 April 2017

Aspirasi Melalui Perniagaan oleh Wan Nong Muzafar di Seminar Ini Bisnes Bukan Propa (IBPP) 2017

Assalammualaikum
Mungkin ada yang dah tahu mungkin ada yang belum tahu, Neeza sekarang ini sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan, Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional di UiTM Shah Alam dan antara subjek yang Neeza mesti ambil dalam program ini ialah subjek bisnes sebagai subjek minor setiap semester selain dari mendalami Bahasa Inggeris.
Jadi, Neeza sangat lah gembira apabila berpeluang untuk menghadiri sesi perkongsian yang sangat santai bersama bloggers mengenai seorang figura dan ikon hebat dalam dunia perniagaan iaitu, Tuan Wan Nong Muzafar.

Maklumlah sejak dari kecil lagi, di saat kawan-kawan lain minat baca koleksi novel, Neeza ini memang pelik sikit, Neeza lebih suka baca kisah-kisah kejayaan orang yang berjaya terutama ahli perniagaan. Mak dan abang Neeza memang berniaga (mix Chinese kan), jadi kebanyakan buku di rumah memang banyak pasal perniagaan. Bila dapat berjumpa sendiri dengan ikon-ikon usahawan berjaya, bertambahlah keterujaan itu.
Inilah Tuan Wan Nong Muzafar
Okay, berbalik kepada Tuan Wan Nong Muzafar, beliau adalah Pengarah ILM Legacy, usahawan, konsultan dan trainer strategi perniagaan serta seorang penulis. Kisah kehidupannya mula mendapat perhatian umum menerusi The Vocket yang menular di laman media sosial tahun lepas. BOLEH BACA DI SINI

Semasa sesi perkongsian, Tuan Wan Nong Muzafar banyak berkongsi tentang sejarah hidup beliau terutamanya pahit getir beliau sebagai seorang pelajar di luar negara dan pengalaman jatuh bangun dalam pekerjaan dan dunia perniagaan sehinggakan beliau pernah diisytiharkan bankrap tau.

Kisah bermula apabila beliau mendapat tawaran untuk belajar dalam program Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kewangan di Massey University, New Zealand. Beliau akan bekerja di ladang -ladang untuk mencari duit. Samalah macam Neeza sekarang, kerja freelance sebagai blogger dan media. Hehe.

Kemudian, ketika berumur 29 tahun beliau berkerja sebagai seorang pegawai bank yang bergaji sekitar RM4000 (sekitar tahun 2000).  Masa itu kira mewah tapi disebabkan tidak mencapai kepuasan yang diingini beliau, Tuan Wan Nong Muzafar mengambil langkah untuk berhenti kerja walaupun isterinya mengandung anak pertama dan memulakan perniagaan IT Solution, dan ketika inilah bermula kehidupan getir beliau sehinggakan pernah diisytiharkan bankrap.

Beliau tidak pernah mengalah dan sanggup lakukan pelbagai pekerjaan dalam sehari untuk melunaskan hutang-hutang yang ada. Apa yang Neeza perhati menerusi cerita beliau, Tuan Wan Nong Muzafar sangat gigih dan beliau tidak mudah mengalah apabila diduga dengan cabaran hebat inilah kriteria yang sememangnya ada pada individu-individu berjaya dalam dunia ini.
Tuan Wan Nong Muzafar bersama keluarga
Alhamdulillah selain dari usaha beliau sendiri, dorongan dan doa isteri dan keluarga, Tuan Wan Nong Muzafar menemui jalan untuk bangkit berjaya melunaskan hutang dan tidak diisytiharkan bankrap lagi.

Beliau ditawarkan untuk bekerja dalam Kumpulan Media Karangkraf dengan gaji sebanyak RM 2500 sebulan sebagai permulaan. Dari situlah bermula kejayaan beliau di mana beliau diminta menjaga marketing dalam Sinar Harian dan berjaya menjadikan Sinar Harian sebagai Surat Khabar Pertama di Kelantan.

Kemudian, mendapat kenaikan pangkat demi pangkat sehinggalah jawatan Ketua Perancangan Strategik dalam Media Karangkraf merupakan jawatan terakhir beliau di sana seterusnya bergerak sebagai konsultan dan sering dijemput untuk memberi ceramah mengenai startegi bisnes.
Tuan Wan Nong Muzafar kini memegang jawatan CEO syarikatnya sendiri iaitu ILM Legacy Sdn Bhd selain merupakan penulis buku perniagaan. Tiga buku ‘bestseller’ iaitu buku Kuasai Formula Perniagaan, Kuasai Perniagaan Internet Siri 1 dan juga Kuasai Perniagaan Internet Siri 2 menjadi pilihan bacaan usahawan.
Apapun, menerusi cerita beliau semasa dalam Media Karangkraf, Neeza dapati Tuan Wan Nong Muzafar ini merupakan seorang yang kuat bekerja atau lebih senang dipanggil workaholic. Beliau bekerja 10 jam sehari dan jarang mengambil cuti hinggakan CEO meminta sendiri beliau untuk pergi bercuti. Jam bekerja ini jauh lebih baik dari kehidupan lamanya yang sangat meletihkan iaitu 20 jam bekerja sehari.

Ini menyebabkan beliau sangat berdedikasi dan beri komitmen tinggi terhadap pekerjaan apa yang beliau lakukan sehinggakan hanya dalam tempoh 10 tahun, Tuan Wang Nong Muzafar bertanggungjawab menjaga semua department dalam Karangkraf untuk memastikan prestasi  dan operasi syarikat berada dalam keadaan stabil serta mencapai target dan keuntungan maksima.

Betullah kata orang "perempuan diuji ketika lelaki tiada apa-apa manakala lelaki diiuji ketika memiliki segalanya". Maklumlah lelaki zaman sekarang bila dah kaya sikit, lupa isteri, perempuan pula bila suami jatuh miskin isytihar bankrap, terus minta cerai.
Ketika perkongsian ini, Neeza dapat lihat kemesraan Tuan Wan Nong Muzafar bersama isteri dan beliau tidak putus-putus menghargai jasa isteri yang sanggup bersusah payah menjadi tulang belakang ketika mereka diuji dengan cabaran hebat itu dan ini membuatkan Neeza kagum dengan pasangan suami isteri ini.

"I NEVER DREAMT OF SUCCESS, I WORKED HARD FOR IT"

Secara keseluruhan, Neeza perhatikan Tuan Wan Nong Muzafar ini merupakan seorang individu yang realistik. Beliau tidak meletakkan paras yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Beliau tidak pernah mengajar anak-anak didik beliau teknik perniagaan mengarut yang menjadi trend ahli-ahli motivasi sekarang ini. Bagi, Tuan Wan Nong Muazafar, beliau bekerja dan gigih bergantung dengan situasi yang beliau alami. In Shaa Allah, kejayaan akan datang dengan sendirinya.

Disebabkan itulah juga, Tuan Wan Nong Muzafar selaku CEO kepada ILM Legacy Sdn. Bhd. akan mengadakan satu seminar yang diberi nama Ini Bisnes Bukan Propa (IBBP) 2017 seperti maklumat yang tertera di bawah:-
Tarikh: 13 & 14 Mei 2017 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9.00 am - 6.30 pm
Tempat: Ideal Convention Center Shah Alam (IDCC)
Seramai 7 orang ahli panel dijemput untuk berkongsi pengalaman menguruskan dan jatuh bangun perniagaan masing-masing sehingga berjaya antaranya adalah CEO Akademik Sinergy Tuan Fairul Ismail, CEO Jelitasari Tuan Wan Zaki, Pengarah Pemasaran Vidmill Faisal Badry, CEO Emorra & GGL Tuan Noorizam, selebriti Fynn Jamal dan Fizo Omar.

Siapa yang patut hadir Ini Bisnes Bukan Propa  2017 (IBB 2017) ?
  • Berminat untuk menjadi usahawan tapi tidak tahu bagaimana untuk bermula.
  • Berniaga tapi asyik tidak menguntungkan dan tiada hala tuju.
  • Usahawan yang “STUCK” atau berniaga yang cukup-cukup makan.
  • Usahawan yang ingin memahami pengurusan dan perancangan kewangan perniagaan.
  • Usahawan yang igin “UPGRADE” perniagaan ke tahap yang lebih besar.
Jika berminat, boleh DAFTAR DI SINI
Untuk pengetahuan semua, ILM Legacy berfungsi untuk mecari penyelesaian secara praktikal dalam dunia perniagaan online dan offline nyata telah membuktikan ia amat berguna kepada pelanggan bagi mengembangka perniagaan mereka ke satu tahap yang lebih baik.

Terdapat 3 bentuk perkhidmatan utama yang ditawarkan iaitu :

1: Latihan
Berperanan sebagai rakan pusat sehenti , latihan yang memberi fokos kepada usahawan industri kecil dan sederhana serta peniaga berskala besar dengan membantu persediaan dari segi perancangan strategi bagi memastikan perniagaan yang di jalankan kekal membangun dan mengadakan keuntungan.2

2: Perkidmatan Nasihat
Setiap pelanggan akan di bimbing untuk mendapatkan idea baharu dan innovatif berdasarkan kepada kehendak mereka. Kami akan memastikan kempen pemasaran yang di jalankan tidak kira kempen berteraskan jualan mahupun penjenamaan akan sampai kepada golongan sasaran dalam kita berada di dalam dunia di mana maklumat berada di hujng jari.

3: Perkhidmatan perancangan dan pengurusan kewangan
Menyediakan pelbagai pendekatan untuk merancang dan mengurusan kompnen kewangan peniagaan. Sama ada pendapatan mahupun perbelanjaan, ILM Legacy akan memastikan pengurusan kewangan sentiasa kemas agar memudahkan perkembangan ke peringkat lebih besar.
Untuk keterangan lebih lanjut,
Website: www.wannongmuzafar.com
Email: admin@wannongmuzafar.com
Facebook Personal : Wan Nong Muzafar
Facebook Page : Wan Nong Muzafar 
Jadi ayuh daftarkan diri Ini Bisnes Bukan Propa  2017 sekarang!

Kredit Gambar 1,2,3,4,5: DilaLeez

Salam sayang,
Neeza.

8 comments:

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.