Sunday, 16 April 2017

Simple Make Up Video - Visage Collection 2017 by Shizens

Assalammualaikum
Hari itu Neeza kan ada cerita dekat blog tentang bengkel kecantikan anjuran Shizens. ENTRI DI SINI Jadi hari ini Neeza ingin tunjukkan cara untuk pakai set mekap koleksi Visage 2017 yang Neeza dah belajar dari pihak Shizens. Sangat mudah sebenarnya. Neeza pun beginner tau, jadi mesti anda yang tak reti nak mekap pun boleh kelihatan cantik juga :D

Sebelum letak mekap, kenalah letak skincare supaya mekap kelihatan smooth dan glow. 

SKINCARE
1) Time Resistance Essence (kanan) : krim anti-penuaan untuk menjaga kulit supaya lebih tegang, tona sekata, mencerahkan dan melembapkan kulit supaya wajah lebih berseri. RM656.00
2) Time Resistance Night Cream (kiri): berfungsi untuk melembapkan kulit dan memberikan kesan yang lebih baik, cepat dan pantas bila digandingkan dengan Time Resistance Essence. RM 488.00

MAKE UP SET

MUKA
3) Natural pore Nutrient Foundation PRO: Sangat ringan, sheer dan silky foundation di mana 100% bebas talkum yang mewujudkan mekap yang rata dari garis-garis halus dan dan ketidaksempurnaan liang muka. Apabila digabungkan dengan essential moisturise essence bersama Vitamin E menjadi kulit lebih lembap, lembut, bersih dan natural. 
4) Brush: Berfungsi untuk meratakan foundation keseluruhan muka dengan lebih sekata. Menariknya hanya dap dapkan sahaja tak perlu tarik berus itu. (Foundation & Brush dalam 1 set RM 242)
MATA
5) Hue-duo eyeshadow - Mocha Glow: Ada dua warna disediakan dalam pallete ini iaitu darker shade (mocha) dan lighter shade (shimmer). Earth tone colour. Warna selamat dan sesuai mekap seharian. I love it! RM298
6) Eyeliner (Brown & Black): Eyeliner ini berbeza sedikit sebab ia didatangkan dengan bentuk cushion di mana ia kalis comot, lebih senang dan mudah untuk dilukis. Boleh tahan sehingga 12 jam tau. Boleh guna untuk lukis kening sekali ya (RM96 untuk setiap satu warna).
CONTOUR
7) Aqua Pore Perfection: mempunyai vitamin A,E dan F, sesuai untuk contouring untuk muka nampak lebih kurus di mana kena pilih warna yang lebih gelap dari warna kulit. boleh sapu di rahang pipi, tepi hidung, dan dahi. kesukaan Neeza tau sebab nampak kurus. RM 298
BIBIR & BLUSHER
8) Smack Lips: matte lipstick dari Shizens ini diperkayakan dengan minyak kelapa dan mentega bunga matahari. Neeza pilih warna ini sebab muka Neeza akan tenggelam dengan lipstik yang nude. penampilan juga nampak lebih berani. jangan bimbang, di Shizens terdapat warna-warna lain yang boleh jadikan anda rambang mata. RM89
FINISHING 
9) Ultimate Potent: berfungsi untuk menggalakkan mekap nampak lebih licin dan muda. glow-glow gitu. Boleh dipakai dua cara iaitu sebagai rutin penjagaan kulit selepas Toner atau finishing mekap supaya tahan lebih lama. RM 242

Senang je, tak percaya boleh tengok video mekap yang Neeza buat ini khas untuk pembaca semua. Okay kalau tak clear, kena pergi dekat Setting sebelah Default View, dah pilih 240p tau. Kalau Auto 144p memang pecah sebab Neeza guna Vivavideo.
Semua mekap Neeza guna dari koleksi Visage 2017 oleh Shizens. Dan inilah hasilnya yang lebih clear dan cantik~ tadaaaaaaaaa.
Yang in Before and After memang berlainan kan? Hehe..
Yang ini hasil Neeza make over sendirilah. Sekiranya anda pergi ke butik kecantikan Shizens dan gunakan kod VISAGE01 tunjuk ke penasihat kecantikan shizens dapatkan makeover percuma.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda upload gambar anda hasil makeover dari penasihat kecantikan Shizens sebelum dan selepas di Facebook Shizens secara inbox anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dari Shizens sehingga bernilai RM2 000!

Contest bermula semalam iaitu 15 April sehingga 15 May tau.

Dan sekiranya berminat untuk mendapatkan koleksi Visage 2017 dari Shizens ini, ada promosi sedang berlangsung sekarang ini tau iaitu hanya RM199 untuk 1 set! Wooo gempak tau memang kena grab *waktu terhad*
Ayuh ke butik kecantikan Shizens berhampiran anda sekarang!

  • Shizens Pavilion Flagship Store
  • Shizens Mid Valley
  • Shizens One Utama
  • Shizens Sunway Pyramid
  • Shizens Gurney Plaza
  • Shizens Genting Sky Avenue
  • Shizens Isetan KLCC
  • Shizens Isetan Garden
  • Shizens Parkson KLCC
  • Shizens Parkson Pavilion
  • Shizens Sogo KL

Untuk maklumat lebih lanjut;

Facebook: https://www.facebook.com/ShizensMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/myshizens/
Website: http://www.shizens.com

Salam sayang,
Neeza

7 comments:

  1. whoaaa.. memang nampak different kan lepas make up. tp sya memang tak pandai make up. next year kot br plan nk belaja. eh. kemain jauh plan nak belaja nye. hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. neeza pun baru sebenarnya belajar mekap, tapi itulah practice make perfect, video inilah pertama kali eyeliner neeza menjadi, rasa puas sangat hehe, cantik untuk diri sendiri... insha allah you boleh buat juga nanti.. neeza pun sekarang nak practice belajar eyeshadow pula.. apapun shizens mekap memang best dan mudah apply

      Delete
  2. cantiknya sayang~~ Love the look ;)

    Jemput Datang Blog <a href="http://suzlinazreena.blogspot.com/>#TheRealBloggerMak</a>

    ReplyDelete
  3. Harga nampak meletop tapi mesti kualiti make up ni terbaik. Biasa pakai aloe vera je..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dalam promotion yang RM199 je, hehe aloe vera bagus untuk lembutkan kulit supaya lebih lembap dan moist

      Delete
  4. cantiknya neeza.promo dia pun murah kne cari outlet visage ni

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.