Wednesday, 12 April 2017

Makanan Western Sedap di Next Food Junction dan Bergembira di Klang Parade

Assalammualaikum

Waktu cuti minggu lah yang paling ditunggu Neeza dan biasanya Neeza dah plan dah nak isi hari cuti itu dengan aktiviti apa. Sama ada booking hotel dan menikmati "me time" atau majlis-majlis jemputan sebagai media blogger atau shopping.

Jadinya, cuti Sabtu minggu lepas, Neeza rancang dah untuk ke Klang Parade. Semenjak tahu susur jalan dan lokasi perkhidmatan bas awam di Klang gara-gara pergi ke pembukaan semula blok A dan B GM Klang minggu sebelum itu, apa lagi moh ler kita ke Klang Parade pula. Explore Klang gitu sebab ramai kata Klang barangannya murah-murah belaka dan banyak makanan sedap. Eloklah itu, bila aktiviti diisi dengan makanan sedap dan membeli belah, siapa yang tak gembira kan?

Haiseyyy Neeza, shopping sakan lagi lah jawabnya, ish ish. 2 minggu berturut-turut.

Bila sampai Klang Parade memang rasa lapar sangat-sangat. Maklumlah semester ini memang jarang masak sebab malas syaitanirojim sungguh! Hehe. Kebetulan tekak Neeza ini memang idamkan makanan western lagi-lagi chicken chop. Gara-gara tolak ajakan classmate yang masa itu juga craving makan chicken chop 2 minggu lepas. Menyesal sungguh. Haha, Neeza pula teringat-ingat.

Setiap pusat membeli belah mesti ada food court kan? Jadi Neeza fikir Neeza nak cari chicken chop je lah dekat situ. Okay, kalau Klang Parade ini lebih dikenali sebagai Next Food Junction di Tingkat 5. Haaaa? Tingkat 5? Jangan bimbang lif ada, escalarator pun ada. In Shaa Allah diselenggara dengan baik. Hehe.
Masa sampai Next Food Junction, Klang Parade, Neeza sampai dilema pusing 2-3 round. Hilang jap craving chicken chop rambang tengok makanan di sini. Macam-macam ada ikut selera yang anda nak, ada Nyonya style, Nasi Wook, makanan utara dan lain-lain.
Bila lalu kedai makanan Western bernama #MiosKitchen ini terus kembali ke jalan yang benar, hahaha. Kepuasan makan mesti didahulukan, chicken chop mesti diutamakan,

Kah!

Sebelum Neeza nak order, Neeza tengoklah dulu menu. Macam-macam pula masakan berkaitan chicken chop. Sekali bila pandang banner di tepi kedai itu, tengok chicken chop with butter rice macam menggiurkan lah pula. Kalau dah tekak Melayu walaupun orang kata Neeza ini amoi mualaf dan awek korea, hahaha, memang kena cari nasi kalau nak makan makanan tengahari.

Lepas itu terpandang dekat banner sekali lagi, macam sedap pula mushroom soup itu. Kalau combine dengan garlic bread memang best. Tengok dekat menu, harga pun okay dan lebih murah di restoran fast food, Neeza pun ambil juga. Tak tahulah kenapa makin menjadi-jadi nafsu makan ini. Haha pantang tengok makanan yang tempting memang terus beli. 

Bila dah order makan mesti order air. Neeza pilih jus oren sebab rasa memang macam order makanan banyak. Kebaikan jus oren inilah membuang, antaranya. Buat kita ke tandas, eloklah itu, hehe. Tapi boleh terlupa daratan sekali lagi, tanpa disedari Neeza order ABC yang Neeza kira agak murah. Peghhh. Neeza, Neeza *mengucap dekat diri sendiri*
Memang kira melantak ini. Hahaha. Nak kata cheat day, hari-hari cheat day. Neeza tolonglah kembali ke pengkal jalan dan insaflah. Memang kalah semangat kau bila dah ke Next Food Junction, Klang Parade ini. Kalaulah boleh diisi lebih banyak, semua makanan ingin dicubanya. Hehe.
RM12.90
Bagi Neeza, chicken chop with butter rice #mioskitchen ini memang sedap sangat-sangat. Neeza sendiri terkejut mulanya bila nak ambil masa makanan dah siap dihidang. Tak sangka healthy juga chicken chop ini sebab seimbang ada sayur, nasi dan chicken chop. Maklumlah kalau makan chicken chop, tak cukup chicken chop, ada kentang goreng atau smash potato lah, bean saucelah, dan kalau ada vege pun sikit dan berlemak.
Amboi cakap dari sudut seimbang, tapi order banyak-banyak itu apa cerita Neeza oi? Hahaha *malu sendiri*
RM5.90
Dari segi saiz hidangan memang berbaloi dari segi harganya dan saiz perut juga. Hehe. Bila sampai garlic bread with mushroom soup mulalah dah mengah nak makan. Huhuhu.
RM5
Sebenarnya sebelum Neeza makan chicken chop with butter rice dan garlic bread with mushroom soup dari #mioskitchen ini, Neeza makan dulu ABC sebab takut cair. Cuaca yang agak bahang masa tunggu bas tadi buatkan Neeza memang terasa haus sangat. Serius ABC Next Food Junction ini pun boleh tahan sedap dan tak kedekut bahan. Aiskrim vanila dia pun banyak. Perghh, I like.
Ramai tau datang Next Food Next Junction, Klang Parade

Food Junction, Tingkat 5, Klang Parade
Instagram: http://www.instagram.com/nextfoodjunction
Facebook: http://www.facebook.com/NEXTFoodJunction

Mios Kitchen Klang Parade
Instagram: http://www.instagram.com/mioskitchen_malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/mioskitchenKPM

Bila dah kenyang makan dekat Klang Parade ini, kalau dah sampai memang rugilah kalau tak shopping. Tak sangka pula, ada kedai pakaian murah di sini. Neeza lebih fokus dekat kedai fesyen muslimah. Ada juga tau. Ingatkan dekat GM Klang je murah, dekat sini pun sama. Apa lagi shoping laaaaaaaaa. Hehe.
Shopping sakan berapa banyaklah tu beg tu 

Serius lama gila Neeza berada di Next Ladies MY ini nak pilih. Kalau nak tahu, Next Ladies MY ini sebenarnya himpunan kedai-kedai yang bermacam-macam gaya dan jenis barangan dalam Klang Parade ini. Bukan setakat ada pelbagai baju (dewasa dan kanak-kanak), skirt, palazzo, tali pinggang, kasut dan macam-macam lagi.
Kalau dari segi harga bermula bawah RM20 sehinggalah RM100 lebih ( baju kurung, tapi serius cantik sangat sampai sekarang teringat-ingat dan pricey sikit sebab saiz comel ini memang kena lebih hahaha).

Neeza memang target nak beli cardigan sebenarnya. Senang nak keluar rumah tak payah pakai inner. Terus sarung cardigan je. Lagipun sekarang Neeza suka gaya Joyrefa pengasas Merve Cosmetic tunang Hafiz Hamidu. Neeza pun suka trend pakaian  ala-ala saloma sebab gaya Neelofa kan tengah hit dalam pasaran pakaian Malaysia sekarang. Begitu juga palazzo. Aaaah memang fenomena #Lofattah beri impak besar. Akan tetapi disebabkan Neeza dah beli banyak pakaian gaya Neelofa minggu lepas, jadi minggu ini kita beli pakaian gaya Joy pula. Nampak elegan. 

Huhu. Neeza pilih 2 cardigan hitam, satu palazzo dan dress warna kelabu.Nanti tengoklah ootd dekat IG. Hahaha. Fuhh memang lega dan best dan shopping baju ini. Jadinya Neeza silalah diet lagi biar bertambah kurus supaya lebih banyak baju yang boleh anda pakai lepas ini. *dalam mimpi manisku*
Seronok kawan-kawan blogger macam CN, Kak Ilya dan Reef shopping

NEXT Ladies, Tingkat 1, Klang Parade :
Instagram: http://www.instagram.com/nextladiesmy
Facebook: http://www.facebook.com/NEXTLadiesMY

Tak sangka pula masa Neeza pusing-pusing lagi Next Ladies MY, ternampak satu figure yang ku rasa cukup ku kenali, eh? Kak Dina Nadzirlah. Dia pun shopping dekat Next Ladies MY. Apa? Kau ingat artis ini kena sentiasa beli pakaian yang mahal-mahal. Tengok gaya dia pun jenis sempoi dan humble orangnya. Janji cantik di mata dan pandangan kita okaylah.
Tapi kan kenapa kak Dina Nadzir ini ada di Klang Parade?

Rupanya ada pertandingan karaoke yang sedang berlangsung pada hari itu di Klang Parade. #1Min2Fame nama diberi untuk pertandingan Karaoke yang ditaja oleh KSONG. Dengar-dengar sampai nak 100 pernyataan tau dan hanya 15 sahaja yang layak ke pusingan itu. 
Pengadil: Dina Nadzir, Riz Zaizizi, producer Rafikoncept

Laaaaa, rupanya kak Dina Nadzir juri untuk #1Min2Fame. No wonder.
Dapat duduk depan sekali, wuhuuuuu bersama rakan-rakan lain
Cuma Neeza tak boleh lama tunggu sampai ke pengumuman pemenang sebab dah kena balik ada jemputan blogger selepas itu. Tapi Neeza tetap ambil tahu juga nak tahu siapa menang. Kihkih.
Pemenang Pertandingan Karaoke 1Min 2Fame Vol. 2
Tempat pertama: Faisal Md Saad
Tempat kedua: Ardi Gunsuh
Tempat ketiga: Shariffudin Azhar / Reef
Tahniah kepada semua terutamanya Reef (baju biru). Dia blogger juga tau

Apapun hari Sabtu lepas memang masa yang sangat berkualiti Neeza luangkan untuk diri sendiri dan bersama dengan kawan-kawan. Memang sangat enjoy-enjoy berada di Klang Parade ini. 

Sekiranya anda singgah gunalah hashtag berkenaan jika korang singgah ke Klang Parade :
#KlangParade #NextLadiesMY #NextFoodJunction #KSongKTV

Untuk maklumat lanjut,

KLANG PARADE
No.2112, KM2, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor, Malaysia.
Contact: 03-3343 7889
Email: info@klang.parade.com.my

p/s: Kalau ada yang berminat untuk berniaga pakaian di Next Ladies bolehlah hubungi Cik Azel: 012-3138668.
Salam sayang,
Neeza

21 comments:

  1. Sedapnya tgk menu pilihan neeza, kena cuba lps ni 😉

    ReplyDelete
  2. pengsaaann.. semua gambar makanan amat menyelerakannn kotttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah hehe nak suruh persuade pergi Klang Parade, huhu

      Delete
  3. Alahai seronoknya Neeza! Nak jugak! :)

    ReplyDelete
  4. alahai bye bye money hahaha fae pun dah lama tak shopping baju huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau fae shopping mesti lagi meletup fae gayakan hehe

      Delete
  5. Bestnya makan2 dan jalan2.. Tak pernah sampai lagi situ.
    nampak menarik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best hilang semua stress hahaha

      Delete
  6. Really seronok dapat jumpa neeza tapi mcm tak dapat berbual mesra lagi time tu.. syok sgt bershopping..ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itu lah, in shaa allah jumpa event lain okay

      Delete
  7. ABC tu nampal sedapp. Garlic bread tu pun. Huaaaaa untunglah neeza. Mohon kembali ke pangkal jalan haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayat terakhir tu deep sangat syed hehe

      Delete
  8. waaaaaaaaaaaaa.. menangis akak tengok makanan

    ReplyDelete
  9. yang menang semua lelaki? whoaa.. selalu yg ramai penyanyi perempuan.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum neeza...wah !! bestnya...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak mas :D hehe bestlah kalau bab shopping ngn makan ni hehe

      Delete
  11. yep.. hehe, thank you cik epal sudi singgah blog neeza

    ReplyDelete

No word verification needed. You are freely to drop any comments includes opinion and suggestion here. Thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.