Thursday 19 June 2014

Al-Quran Pelangi Terbaik dan Murah *recommended*

*Assalammualaikum*

Alhamdulillah, bersua kembali setelah sekian lama menyepi kerana kesibukan untuk menempuhi semester baru. Well, dah 2 minggu dah kembali ke universiti walaupun hati rasa masih tak puas nak cuti lagi. Hehe. Dan apabila mula daftar bilik dan masukkan barang-barang keperluan ke dalam bilik dari stor, tiba-tiba rasa sedih yang menggunung-ganang.

Mana taknya, setelah diteliti, Al-Quran yang Neeza tinggalkan di bilik stor telah hilang. Satu-satunya barang yang hilang. Mungkin salah sendiri sebab tak bawa balik dan kerana menghormati mukjizat AlQuran itu diletakkan di atas sekali box dan mungkin agak kelihatan untuk orang lain melihatnya dan tertarik untuk mengambilnya, mungkin? Walaupun sedih tapi nak buat macam mana, dah tersurat Al-Quran itu bukan milik Neeza lagi. Neeza redha, buat pengambilnya, jagalah Al-Quran itu dan manfaatkannya. :')

Bila dah hilang, kenalah belilah baru sebab semester ini masih ada subjek CTU a.k.a Pendidikan Islam dan perlu menghafal serta menghafaz Surah As-Sajadah. Dek kerana itu, disebabkan kemalasan nak keluar pergi ke bookstore di mall, Neeza prefer untuk beli online. Bukan apa, anggaran tambang pergi balik naik teksi dah RM40. Keluar hanya untuk beli Al-Quran sahaja. Belum campur duit makan minum, dan mungkin terbeli barangan lain. (Dah namanya perempuan, pantang kalau lihat benda yang cantik. hiks!) Lagipun dalam fasa berjimat cermat sebab duit elaun belum masuk lagi. grrrr~~ =..=
nak jenis yang ini :'( tapi apakah daya, belum di restock. huuu~
Usha punya usha selama beberapa hari, Neeza tertarik dengan Al-Quran Pelangi yang dijual oleh seorang online seller di Instagram. Now, Rainbow Al-Quran/ Al-Quran Pelangi menjadi hot item di pasaran kerana kecantikan cover dan kandungannya yang berwarna-warni. Intai punya intai, Neeza dah jumpa 1 Instagram yang jual Al-Quran Pelangi ini dengan harga yang insyaAllah paling murah. Intai bukan sehari dua, seminggu. Hahaha. Intai semua online seller tak kiralah di Instagram, Facebook mahupun blog. Yelah, sebagai pembeli kena bijak. Firstly, confirm tengok-tengok harga, affordable tak dengan saiz dan designya, trusted seller ke tidak, dan sebagainya.

Bila dah berkenan Al-Quran yang mana jadi pilihan Neeza, terus Neeza Whatsapp. Actually, Neeza dah WhatsApp beberapa online seller tanya, tapi kebanyakan kata semuanya pre-order sebab kena tunggu Al-Quran itu diimport dari Bandung, Indonesia. Sebenarnya pilihan Neeza, Al-Quran yang ada cover bunga-bunga classic English itu dengan button batch. Apakah daya, belum direstock. Lalu, Neeza survey design Al-Quran yang lain dan terjumpa rekaan ini. Terus jatuh cinta.
Berkenan yang biru pink itu tapi lebih berkenan design yang lagi 1. Hee!
Yang ini dah out of stock. Sedih. Huhu. Ambil warna lain. Purple
Lalu, Neeza ushalah info Instagram ini, @alquranpelangimadina. WhatsApp dengan online seller ini. Alhamdulillah, jenis yang sangat memudahkan pelanggannya. Actually Neeza baru order dan bayar petang semalam, dia poskan petang itu juga. Ayoo~ rasa segan sebab dah menyusahkan dia pula. Hehe. Ikutkan untuk pengeposan semalam, dia dah pos waktu pagi. Neeza tak kisah sangat kalau dia nak poskan hari ini sebab Neeza tahu Neeza order lambat iaitu pada lewat petang dan mungkin Pos Laju sudah tutup, tapi sepertinya tahu Neeza nak guna urgent, so dia poskan juga. *jangan ikut perangai saya order last minute :-p*
Link: http://instagram.com/alquranpelangimadina
Alhamdulillah, Al-Quran yang Neeza order semalam dah pun sampai ke tangan. Tengah hari tadi, nasib baik sempat lagi, bangun dari tidur, check dekat Facebook pejabat kolej, berdezuuuuuup pergi tuntut. Hehe. Perangai last minit lagi. Lagi 10 minit pejabat kolej nak tutup baru nak pergi tuntut. Haha.  Gara-gara oversleep sebab habis kelas, balik bilik terus tidur disebabkan malam tadi tak tidur langsung nak siapkan task assignment. *perangai tak semenggah langsung Neeza ini* =..=
Tak ada merah hitam, oren ungu pun jadilah. Ungu is my favourite selain pink!
Seriously puas hati dengan Al-Quran yang Neeza dapat ini. Siap dapat free gift lagi, tasbih yang sangat-sangat comel. Terima kasih Dr Syafiq! By the way, kalau you alls nak tahu online seller ig alquranpelangimadina ini lelaki ya. Jadi, nak bagitahu awal-awal lah ini, jangan pula WhatsApp nanti panggil sis ke dear ke yunk ke. Well, kebanyakan design Al-Quran ini feminin, so selalu beranggapan sellernya pun perempuan. Dan seperti kita tahu juga kebanyakan online seller adalah perempuan dan rarely to see the male one. Neeza pun baru first time berurusan dengan online seller lelaki. Disebabkan nak guna Al-Quran itu urgent, whatsapp jelah. Alhamdulillah, berurusan dengan beliau, conversation untuk membeli Al-Quran terjaga dan tidak berlebihan. Setakat yang perlu. Syukran.
Untuk rakan-rakan yang nak beli Al-Quran ini, mungkin ada yang pertama kali membeli secara online, jangan ragu, jangan bimbang, insyaAllah this online seller is the trusted one. Boleh selongkar Instagramnya untuk lihat testimoni dari pembeli-pembeli tak kiralah lelaki dan perempuan yang sangat gembira membeli Al-Quran dari beliau. *sebab selalu ada free gift macam tasbih, masthurat, dan sebagainya* Harga pun insyaAllah antara paling murah setakat ini yang Neeza survey. Selain dari Al-Quran Pelangi, ada juga menjual buku Diagnosis dan I Am A Houseman (seem interesting!) Apapun, you alls check it out sendiri ya Instagram @alquranpelangimadina ini.
Dah dapat, terus tampal dengan sticker as highlight to few surah yang jadi amalan harian.
Neeza sangatlah puas hati dengan Al-Quran baru ini. Selain cantik dengan warna warni, lengkap dengan terjemahan, ada Asmaul Husna, Asbabun Nuzul, Klasifikasi ayat Al-Quran, dan panduan tajwid. I promose I will make this Al-Quran the best companion that I had, InsyaAllah. So, I want to remind myself, and all of you too, sama-samalah kita manfaatkan Al-Quran sepenuhnya. Untuk sesiapa yang ingin membeli di Instagram ini, selamat bermuamalat! :-D
Sesibuk manapun kita, luangkanlah masa membaca Al-Quran walaupun sepotong ayat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.