Friday 2 November 2018

Pelancaran Zakat2u.com.my versi 4.0 oleh PPZ MAIWP

Assalammualaikum dan hai semua,

Alhamdulillah Neeza baru sahaja pulang tadi daripada majlis pelancaran ZAKAT2U versi 4.0 bertempat di PPZ MAIWP, Taman Shamelin Perkasa.
Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui laman web https://www.zakat2u.com.my/ versi 4.0 yang mempunyai banyak kelebihan selaras dengan perubahan teknologi pada masa kini bagi memudahkan umum di Wilayah Persekutuan menunaikan kewajiban berzakat. Melalui kemudahan ini, pelbagai urusan pembayaran zakat dapat dilakukan menerusi talian dengan mudah dan cepat.

Pelancaran perkhidmatan laman https://www.zakat2u.com.my/ versi 4.0 ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ- MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
Kini Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui laman web zakat2u versi 4.0 di mana kelebihan terkini yang disediakan ;
👉 pengiraan kalkulator zakat secara automatik yg lebih ringkas
👉melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan penggunaan TROLI ZAKAT
👉penggunaan resit rasmi bayaran online secara swpenuhnya
👉bacaan doa untuk para muzakki setelah selesai pembayaran zakat
👉integrasi pembayaran zakat menggunakan chatbox FB messanger
👉video tutorial panduan pengiraan zakat

Sebenarnya kemudahan pembayaran zakat melalui zakat2u ini telah diperkenalkan sejak Ramadhan 2011 lagi. Kemudahan ini dilaksanakan selepas mengambil kira kesulitan para pembayar zakat untuk datang ke kaunter tetap disebaban oleh kesibukan kerja, kesesakan lalulintas dan pelbagai faktor lain. Seiring dengan moto "PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat", PPZ-MAIWP mengambil inisiatif untuk memberi kemudahan yang maksimum kepada pembayar zakat dengan menaiktarafkan sistem zakat2.com.my versi 4.0.
Menerusi sidang media pada majlis pelancaran ini, Zakat2.com.my versi 4.0 ini telah dinaiktarafkan fungsi dan sistemnya di mana ia memberi lebih banyak kemudahan kepada pembayar seiring dengan keadaan serba ringkas, mudah, dan cepat, sekarang ini untuk mereka segera menunaikan kewajipan zakat tanpa mengambil masa yang lama. Kemudahan zakat2.com.my ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada pembayar zakat yang telah memberi kepercayaan kepada PPZ MAIWP sebagai pengutip zakat mereka. Tanpa pembayar zakat mana mungkin asnaf yang hampir 30 000 keluarga dapat dibantu oleh pihak baitumal MAIWP ditambah lagi peningkatan asnaf saban tahun.

Oleh itu, PPZ MAIWP akan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan pembayaran zakat kepada umum di Wilayah Persetuan agar tiada lagi halangan untuk mereka menunaikan zakat agar ia dapat mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar. 

Jadi, kita sebagai masyarakat tak bolehlah lagi bagi alasan dan culas untuk menunaikan zakat tau. Semua di hujung jari sekarang ini. Dan mungkin di masa akan datang PPZ MAIWP dapat buat pula sebuah aplikasi di android dan ios, In Sha Allah.

Selamat menunaikan tanggungjawab berzakat ya semua. 😘

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh layari https://www.zakat2u.com.my/

Salam sayang,
Neeza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.