Tuesday 18 August 2015

Apa Dan Di Mana?


Mula-mula Neeza nak diam-diam je, tapi ramai pula tanya “Heyyyy, kau dapat course apa? Dekat mana?” pening den dibuatnya. Huhu. Lagipun dah lama tak update blog ini kan. Jadi segala-galanya akan diluahkan di sini.

Alhamdulillah, Neeza dapat penyerapan UiTM selepas habis asasi April yang lalu. UPU tak dapat. Ada orang kata kalau penyerapan dah dapat, UPU memang tak dapat. Tak tahu betul ke tak? Apa yang pasti Neeza ada apply UPU dan juga penyerapan UiTM. Saja nak cuba nasib. Huhu.

Inilah keputusan penyerapannya. Tadaaaaaaaaaa!!!!

Course: Bachelor of Applied Language Studies (Hons.) English for Professional Communication
Campus: UiTM Shah Alam

Masa Neeza dapat tahu ini, mula-mula kegirangan meloncat hoooooreyyyy!! Lepas itu, cari mak 1 rumah "mak, mak dekat mana" rupanya tengah beri kucing makan dekat luar. Lepas beritahu mak dan tunjuk handphone surat tawaran, mak nangis. Aduh aduh sayang. Neeza pun bertukar rasa sedih pula. Huhuhu

Mesti ramai yang pelik dan gelak pun ada. Hahaha. Neeza? English? Yelah, masa sekolah dan asasi dulu-dulu kala, nak dengar Neeza cakap English memang rare lah kecuali masa kelas English tak pun masa presentation dan debate. Dekat blog ini pun cakap Melayu ajeee. Huhu.

Law? How about law?

Well, last minute tukar fikiran masa nak isi borang penyerapan. Sebab Neeza temui sesuatu yang baru semasa semester akhir asasi, masa Neeza nak ambil MUET. Masa itu puas aiiih cari cikgu yang buat kursus nak score MUET. Jumpa pun seorang dua. Pula itu, ada yang duduk jauh sangat, dan ada itu yuran pula jebon mahalnyaaa.

Dan apa yang Neeza perhatikan ramai kawan-kawan tak kiralah kenal masa asasi ke atau baru kenal masa MUET, ada yang takut sangat, kalau aim tinggi itu tak dinafikanlah. Neeza rasa macam biasa je MUET itu. Bukan nak riak ke benda, rasa macam bagus je English, bukan! bukan! Tapi Neeza rasa macam exam biasa. Mungkin Neeza dah terbiasa masa ambil kelas English dekat pusat bahasa masa zaman sekolah.

Itu yang Neeza rasa Neeza nak jadi cikgu MUET. I want to help others eventhough I know my English maybe not good enough right now. Akan tetapi semua itu boleh dipertingkatkan kan? Hala tuju Neeza, yang Neeza nampak sekarang, persue with this course, then, after graduate, continue with KPLI, In Shaa Allah, doakan Neeza ya. Amin.

Sekarang semua dah siap. Medical check up dah settle, dokumen semua dah siap, cuma kejap lagi nak pi settle minta cop ketua kampung. PTPTN memang tak ambil, sendirian berhad. Mesti ada yang kata bukan main cepat urus, excited noooooo. Taklah, urus cepat sementara mak masih ada di Malaysia. In Shaa Allah, hujung minggu ini mak dah nak berangkat untuk ke Tanah Suci mengerjakan haji. Hmm, so sekarang apa yang tinggal untuk Neeza ialah tunggu jelah tarikh daftar 5 haribulan ini. Huhu. *sedihnya daftar seorang-seorang nanti,huhu*

Mesti ada kawan-kawan yang pelik 5/9 baru nak daftar?

Sebab kebanyakan 30 atau 1 haribulan daftar. Kategori Neeza memang tak payah orientasi. Best memang best. Cuma ada satu je yang tak best. Apa dia? Sebab masa 2 hari daftar itu nantilah kena puas meronda 1 kampus nak tahu bangunan apa, laluan bas macam mana dan sebagainya. Kalau orientasi biasanya abang akak fasi tunjukkan. Ini kena cari sendiri. Huhuhu. Dahlah kampus besar gilaaaa sebab main campus kan. Waaaaa~ dedooooo kitalah. :'))

Okaylah itu sahaja coretan Neeza hari ini. Harap semuanya baik-baik belaka nanti.

Wednesday 22 April 2015

Mario Badescu untuk Luxola

*Assalammualaikum*

Hai guys! Gembiranya Neeza hari ini. Kenapa eh? Hehe. Betul ini nak tahu? Entri hari ini cukup istimewa sekali, khas untuk pembaca blog Neeza, jadi kenalah  baca sampai habis. Ngeee~ Recently, I tried to use one of the international products, after I read the entry write by Izzah Harriraf. Well, you know me, I love so much to try new products, especially skincare. Alhamdulillah, my face does not have any problem when every time I change to a new product.

So, produk yang paling latest Neeza cuba ialah Mario Badescu.

Seriously, for the first time I use this product, I fall in love with it!

Dah ada partner! Yeayyy!
I had tried on two products by Mario Badescu, Enzyme Revitalizing Mask and Special Healing Powder. At first, nak try White Mask, tapi dah habis stock. Baru berangan nak putih. Hehe. Tapi tak ada banyak beza pun Enzyme Revitalizing Mask pun. Pilih Special Healing Powder pun sebab nak ada peneman pada berus Bobbie Brown. But those products really helpful in reducing acne /kurangkan jerawat!

Enzyme Revitalizing Mask


Harga: RM110.00
Keistimewaannya: Sesuai untuk semua jenis kulit. Kandungan dalam produk seperti betik dan ekstrak anggur (ada antioksida vitamin A dan E) buat kulit lebih naik seri, lembut dan bersinar-sinar. Tekstur ringan, kurangkan jerawat dekat muka dan kurangkan kemerahan kulit muka terutama yang selalu terdedah dengan cahaya matahari.

Tak reti sangat sebenarnya sapu tapi serius enjoy pakai mask ini. Hehe
Pendapat Neeza: Wangi, ringan, dan berkesan! Memang betul kurangkan kemerahan di kulit muka terutama cuaca panas sebab Neeza ini jenis kulit putih *bukan nak perasan, tapi memang ada darah kacukan Chinese* .Problem untuk kulit putih ini memang selalu nampak merah dekat pipi dan dagu, tak payah blusher, hehe. Tapi selalu nampak dengan jelas jerawat dan blackhead.

Bila pakai mask ini, boleh nampak ada perubahan, dah tak merah sangat, jerawat kecut dan paling best dapat kurangkan stress. Dah penat-penat kerja *12 jam*, balik rumah terapikan kulit, sebelum terlelap 20 minit, pakai mask ini dulu, serius, I syorkan mask ini! It's such a wonderful moment.

Special Healing Powder

Harga: RM67.00
Keistimewaannya: Diformulasikan untuk kulit yang berminyak, membantu dalam mengurangkan pores dan iritasi terutama di bahagian T-zone dan membantu seimbangkan minyak dalam kulit muka.

Ignore mata panda kerja 12 jam :')
Pendapat Neeza: Best sangat guna produk ini sebab walaupun jenis kulit Neeza ini jenis kombinasi, tapi memang Neeza ada problem dengan T-zone, berminyak dan pores sangat jelas kelihatan and my make up always ruined! Nak menangis rasanya. Huhu, tetapi bila pakai produk ini, dah tak payah risau sangat dah. Bahagian T-zone dah tak berminyak sangat dan pores dah tak nampak sangat dah sebab dah makin kecil. Selalunya Neeza guna special healing powder ini selepas sapu BB cream. It's acts like loose powder.

TIPS: Actually dalam bekas ini dah provide dengan span tetapi sapuan terbaik adalah bersama berus! Supaya nampak lagi natural gitu~ That’s’ my Bobbie Brown dah ada teman dah. Hehe.

Seriously, I give  5 stars for both products. Belum produk lain-lain ini *mula dah tamak* Hehe. Banyak tau sebenarnya produk Mario Badescu ini, kebanyakan memang membantu dalam masalah kulit terutama jerawat sebab Mario Badescu ini diibaratkan sebagai pakar jerawat. So, let’s have a try on Mario Badescu! Tak rugi tau~ Berbaloi-baloi.

Mana nak dapatkan ini Neeza?

Okey, sesiapa yang selalu pergi Saphora, bolehlah try a look into this product. But, untuk yang duduk jauh dari Saphora macam Neeza ini, mana nak dapat produk Mario Badescu ini? Boleh dapatkan DI SINI! Serius, servis dari Luxola memang tip top dan berkualiti terutama dari segi  cepat dalam pengurusan jual beli dan penghantaran! Tak tipu okey~ perkara inilah paling iolls cerewet but Luxola memang terbaik!! Ditambah lagi Luxola selalu bagi discount/promo buat pelanggannya. :-D


Nampak harga Mario Badescu ini agak tinggi sikit tetapi buat pembaca-pembaca blog ini, Luxola buat promo sebanyak… jeng..jeng.. bukan 5, bukan 10 tapi..

SEBANYAK 15%!!!

Wuhuuu~ macam mana nak dapatkan?

Bila korang dah pilih produk yang nak dibeli, mana-mana produk Mario Badescu*bukan hanya 2 produk ini sahaja* bila nak buat pembayaran, masukkan promo code “BLX-HANEEZA”  dan  you alls dapat menikmati promo tersebut. *yeayy, besar tau discount itu* Hanya untuk sebulan sahaja TAU~ Jangan fikir lama-lama. Tak rugi pun malah berbaloi-baloi. Lovely, come on! Grab  and try it now~

Salam sayang,
-Haneeza Mohamad-

Tuesday 17 February 2015

Jom Cantik Dengan Nurraysa Beauty Collagen

*Assalammualaikum*

Hai semua. Hari ini Neeza nak kongsikan 1 rahsia dengan you alls semua. Big secret lah juga kan. Antara azam Neeza untuk 2015 ialah nak kulit yang flawless. Jadi salah satu azam yang Neeza nak buat dalam senarai itu, iaitu nak kulit putih flawless. Untuk memastikan misi ini berjaya, antara langkah yang Neeza ambil ialah amalkan collagen. I have decided to try out Nurraysa Beauty Collagen Whitening And Anti Aging Series.

Maka, sepanjang Neeza amalkan produk ini pada pertengahan Januari lalu, I can see a lot of improvement in my face especially. Seriously, I am really and totally in love this product so much. Memang best consume product ini. Mesti you alls curious kan dengan product ini. Let me tell you why.

Kandungan bahan dalam Nurraysa Beauty Collagen Whitening & Anti Aging Series ini ialah;

Collagen, Vitamin C, Kurma (sunah nabi), Pamogranate dan Sonus Lotus


Kelebihan mengamalkan Nurraysa Beauty Collagen Whitening & Anti Aging Series ini ialah;
  1. Menjadikan kulit seluruh badan lebih cerah, gebu dan awet muda
  2. Mampu membuang toksin dalam badan
  3. Mengatasi masalah jerawat dan jeragat
  4. Mencuci dan membina usus (detox)
  5. Mampu menguatkan akar rambut
  6. Mengurangkan kedutan dan garis halus pada wajah
  7. Mengatasi masalah sakit lutut
  8. Milk booster untuk ibu yang sedang menyusukan anak
  9. Melancarkan perjalanan darah

Golongan yang boleh amalkan Nurraysa Beauty Collagen Whitening & Anti Aging Series ialah;
  1. Lelaki dan perempuan 
  2. Remaja yang dah baligh
  3. Pesakit kanser
  4. Ibu mengandung 6 bulan ke atas
  5. Ibu yang menyusukan anak
  6. Golongan veteran

Jangan risaulah untuk amalkan produk ini kerana ia dihasilkan dan dikeluarkan oleh syarikat Islam Bumiputera (sokonglah produk tempatan, yeah!) dan Nurraysa Beauty Collagen telah disahkan halal dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. InshaAllah, tiada kesan sampingan bila consume produk ini.

Macam mana cara penggunaan produk ini? Senang sangat sebab inilah yang buat Neeza sangat jatuh cinta dengan produk ini. Amalkan 2 kali sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur. Hanya koyak sachet dan kemam sahaja. Tak payah nak bancuh atau telan kapsul *berita baik untuk orang yang jenis tak makan ubat*. Lepas itu kemam itu, minum segelas air kosong. Nak kesan yang lagi gempak dan maksima? Minum 3 liter air kosong sehari dan kurangkan kafein.
*Love Nurraysa*
Lihatlah! Alhamdulillah, my skin much better now. Weee~ suka sangat-sangatlah. *mula dah gediknya* Jerawat dan pori yang terbuka besar itu dah semakin mengecil. Kulit pun dah tak kusam sangat dan semakin cerah. Thumbs up untuk Nurraysa Beauty Collagen Whitening & Anti Aging Series. Terbaik.

Untuk info lagi lanjut, boleh like, follow dan hubungi laman tertera:


p/s: Promosi yang sedang berlangsung sekarang!


Sunday 15 February 2015

Tudung Bawal Gorgeous Dari @dbellehijab

*Assalammualaikum*

Akhir-akhir Neeza rasa mood Neeza asyik nak berbawal sentiasa. Then, tergila-gilakan pula itu material crepe. Al-maklumlah duduk dekat universiti ini, sentiasa juga teropong melihat trend terkini pelajar-pelajar u. Bila diperhatikan, memang viral sekarang ini tudung bawal crepe. Merata-rata tengok pergi kelas ke pergi cafe ke, memang ramailah pakai bawal crepe ini. Kalau tengok dekat Instagram pula, bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. *sekali sekala berperibahasa, haha*

Hmm, apa yang best sangat dengan bawal crepe ini ya? Well, bagi Neeza mudah bentuk dan tak jarang macam bawal biasa seperti Kangaroo itu. Neeza memang dah tak ada dah material bawal biasa itu sebab rasa tak insecure langsung bila pakai. Habis itu selama ini pakai apa? Semester lepas, Neeza banyak pakai shawl. Sekarang ini shawl-shawl itu semua tersimpan rapi dalam bag bagasi. Kasihan. Ngeh ngeh.:-p
Oh ya, hari ini Neeza nak kenalkan satu instashop yang jual tudung bawal termasuklah bawal crepe. Pilihan Neeza tentulah @dbellehijab  Actually instashop ini milik best friend Neeza masa asasi dulu dan berkalobarasi dengan rakannya. Apa yang Neeza suka tentang @dbellehijab ini dia bukan setakat jual tudung bidang 45 tetapi juga ada bidang 48. Usually for me, I prefer bidang 48/50 kalau pakai tudung bawal ini.
totally love it! cantik sangat corak * nangis gembira*
Nak tahu tak pilihan corak bawal crepe yang macam mana Neeza suka? Neeza suka kalau corak itu jenis vintage ala English style gitu. That is my favourite! Fefeeling ala princess katakan. Hoho. Alhamdulillah dekat @dbellehijab ini banyak corak-corak yang cantik. Vintage ada, paisley ada, plain pun ada (cuma material bawal lain). Kalau nak tengok corak-corak tersebut, let's stalk @dbellehijab instagram. *kenyit mata*

Every month, they will try to launch new batch. Setiap batch pasti ada kelainan. Kalau korang nak tahu tudung bawal dari @dbellehijab ini sangatlah exclusive. Bukan tudung yang dijahit dari kilang tapi dijahit sendiri untuk menjaga standard dan kekemasan tudung buatan mereka. Fyi, their bawal always out of stock because every design is very limited edition. Kalau korang nak, kenalah grab cepat-cepat setiap kali mereka launch tau. Harga pun sangat affordable.

Oh ya! Tudung bawal buatan @dbellehijab ini tak payah gosak tau *yang macam Neeza pakai ini* Really suitable for student like me, yeah! Serius, Neeza memang puas hati dengan tudung @dbellehijab ini. Tak sabar nak tunggu batch seterusnya! Jom follow ramai-ramai di instagram @dbellehijab @dbellehijab @dbellehijab.

Whatsapp: 01125836546 

Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-

Friday 23 January 2015

Paling Sedap! WAHDAH Delight Choco Rice

*Assalammualaikum*

Hai~hai~hai~ uishh, excited betul Neeza hari ini. Mana taknya, gembira yang terlebih sudah bila dapat jumpa makanan yang sedap ini. Apa dia? Jeng..jeng...jeng Choco Rice keluaran WAHDAH Delight. Gerenti you alls tak menyesal kalau cuba tau.
KEISTIMEWAAN PRODUK WAHDAH DELIGHT (CHOCO RICE) :
- Produk baru yang menggegarkan pasaran online
- Keenakan yang tiada tandingan
- Pembelian berulang
- Permintaan tinggi
Okey, serius Neeza dah cuba sendiri Choco Rice keluaran WAHDAH Delight ini. Memang puas hati kalau makan sebab bubble rice itu besar-besar dan rangup sangat pula itu.Cokelat dia? Fuh!! Fuh!! Ini yang nikmatnya, gerenti meleleh air liur korang kalau baca entri ini. Cokelat dia memang sedap. Pekat dan tak muak okey. Yummy~
Lepas itu, cokelat dia mudah cair tau. Neeza cuma letak air panas dalam mangkuk, lepas itu letak jar WAHDAH Delight Choco Rice dalam mangkuk tersebut, 5 minit dah cair dah cokelat itu  dan boleh terus gaul. Kemudian Bismillahirahmanirahim, terus makan! Hehe..bak kata Boboiboy, terbaikk~ Neeza lebih suka menikmati choco rice macam itu sahaja. Nikmat gitu! Tapi ada orang lebih prefer makan bersama roti. Depend pada citarasa masing-masing lah kan. :-)

Kalau you alls nak tahu, WAHDAH Delight ini brand yang masih baru di pasaran. Walaupun masih baru, tapi memang tersangat berbaloi lah kalau you alls beli Choco Rice keluaran WAHDAH Delight ini. Dahlah sedap, servis pula tip top! Mereka sangat mengambil berat tentang para pelanggan. Jadi janganlah bimbang atau ragu-ragu untuk berurusan dengan mereka. 

WAHDAH Delight sedang mencari Rakan Niaga di seluruh Malaysia bagi penjualan Choco Rice.

Untuk yang ingin berniaga, why not try jadi agent/stokis WAHDAH Delight ini? Dekat Malaysia ini, berniaga makanan inilah paling mudah dan senang nak dapat untung, terutama kalau berniaga choco rice ini. Dari kanak-kanak hingga dewasa, siapa yang tak suka cokelat, kan? Jadi, WAHDAH Delight sangat mengalu-alukan anda yang ingin menjadi sebahagian keluarga besar mereka. Banyak tau kelebihan jadi rakan niaga (stokis/agent/dropship) mereka.

KEISTIMEWAAN MENJADI RAKAN NIAGA WAHDAH DELIGHT:
- Setiap rakan niaga akan diberikan no. id tersendiri
- PERCUMA bahan promosi bagi Rakan Niaga yang AKTIF
- Maklumat anda akan disiarkan di majalah, media dan setiap medium pemasaran kami
- Mendapat hadiah bulanan / tahunan yang menarik bagi Rakan Niaga yang PALING TINGGI JUALAN
- Akan dibimbing cara-cara pemasaran dan bagaimana untuk melariskan produk
- Pertanyaan tanpa had
By the way, sekarang ini WAHDAH Delight sedang membuat PROMOSI tau~ Bermula 17 Januari 2015 sehingga 31 Januari 2015, dengan setiap pembelian 3 jar (berlainan saiz) HANYA RM28 termasuk postage (Semenanjung Malaysia) !! Memang rugi kalau tak grab promosi ini cepat-cepat. Tinggal beberapa hari sahaja lagi ini tau. Untuk mendapatkan WAHDAH Delight Choco Rice ini atau berminat untuk menjadi rakan niaga mereka, boleh hubungi mereka seperti maklumat yang tertera:

Hotline: 016-772 4594
-
Salam sayang.
-Haneeza Mohamad-

Wednesday 14 January 2015

Ephyra Skin Bar- Rahsia Jelita

*Assalammualaikum*

Ya Allah, rasa pantas sangat masa berlalu kan? Dah pertengahan bulan Januari 2015. Dan tak sangka juga, sudah 3 minggu Neeza sudah amalkan Ephyra Skin Bar. Kalau you alls nak tahu, Neeza antara 50 blogger yang berpeluang mencuba secara percuma produk kedua dari Oceanlife ini hasil anjuran giveaway dari blogger Mia Liana. Alhamdulillah,
Terima kasih Ephyra sebab bagi kalendar sekali ^_^
Sebenarnya pada tahun lepas, dalam bulan 12, Neeza adalah buat wishlist untuk 2015. Ala-ala azam baru gitu. Nak tahu tak? Wishlist Neeza apa? Nak flawless di tahun baru. Ewah. You alls jangan nak gelak pula eh? *Haip!* Bukan apa, masa bulan Disember itu, kulit Neeza agak teruklah. Rasa malu sangat nak keluar rumah. Kalau bersiap lama sangat, tacap muka bukan main lama. Well, keadaan kulit Neeza masa itu macam yang Neeza terangkan dalam giveaway kak Mia itu.
Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Saya perlu mendapatkan Ephyra Skin Bar kerana saya mengimpikan wajah yang flawless tanpa cela. Saya ingin mencuba keberkesanan Ephyra Skin Bar dalam menangani masalah wajah saya yang mudah berminyak, kesan sunburn yang agak teruk dan mudah didatangi jerawat batu di dahi dan pipi serta jerawat pasir di seluruh muka disebabkan terdedah dengan cuaca yang tidak menentu. Tambahan pula, kulit saya cepat kering apabila terdedah kepada penghawa dingin dalam tempoh yang lama. Selain itu, terdapat juga blackhead di sekeliling hidung dan walaupun saya menggunakan masker, blackhead masih juga tidak hilang.

Masalah-masalah ini mengakibatkan saya terpaksa apply foundation banyak kali dan berbedak agak tebal supaya dapat untuk menutup cela tersebut. Akibatnya masalah ini semakin kronik walaupun saya telah menggunakan make up removal dan menjadikan wajah saya semakin kusam dan tidak bermaya menyebabkan saya hilang keyakinan berdepan dengan orang ramai tanpa wajah dibedak tebal terlebih dahulu. Saya juga malu apabila diajak bergambar terutama berselfie dengan kamera biasa dan sedaya upaya menolak untuk bergambar dan akhirnya  menyebabkan saya terlepas detik-detik indah untuk dirakam.

Bila terpilih dan berpeluang untuk mencuba Ephyra ini, melonjak gembiralah, yelah, kot2 berkesan. Lagipun bila tengok dekat Instagram @ephyra2u , banyak betul testimoni dari pengguna Ephyra, rasa nak mencuba lagi membuak-buak. Yelah, kalau produk tak bagus, tak kan ramai yang dah guna dan testimoni mereka berjaya mendapatkan kulit yang diingini, betul tak?
Neeza mula agak lewat 2-3 dari peserta lain sebab tahu-tahulah bila duduk dekat hostel ini, banyak prosedur perlu diikuti. Dan setelah tiga minggu, alhamdulillah, kulit Neeza banyak mengalami perubahan yang agak ketara. Dah tak ada sunburn, jerawat makin mengecut, kulit bertambah putih, bintik-bintik hitam keliling hidung pun dah banyak berkurang dan semakin kurang berminyak. Yuhuuu, maknanya? MISSION IS ACCOMPLISHED!! Yeayyy *melonjak kegirangan*
Of course Neeza gembira sangat sebab dah tak payah pakai foundation dan bedak asas tebal-tebal macam tepung gomak. Tak selesa sangat pun. Lagipun dengan jadual Neeza yang padat sebagai pelajar universiti, tak ada maknanya nak bersiap lama-lama. Terkejar-kejar nak pergi kelas. Pakai tebal-tebal, sampai kuliah, nampak muka bercapok. Oh my~ malu weyhh. Itu sebab Neeza nak sangat kulit yang sihat dan flawless ini, tak adalah nak bersiap lelama. Bedak sikit-sikit dah boleh terus pergi kelas. Selain itu, bila kawan-kawan ajak selfie/bergambar, bila kulit bermasalah, memang Neeza rasa kurang confident. Terpaksa tolak secara baik, tak pun asyik jadi tukang gambar je. Sedih! Sekarang dah jelas dan faham kan kenapa. Hihi. Seriously, sekarang tak ada masalah nak selfie bebanyak,sampai hang handphone dibuatnya. Hewhew. (Banyak upload dekat Instagram)
Jadi kepada pembaca di luar sana, yang ada masalah kulit wajah, apa kata you alls try pakai? Mana tahu, dengan izin Allah, produk ini berkesan pada wajah anda juga. Neeza memang sarankan you alls patut cuba produk ini. Memang best sangat sabun ini sebab wangi dan berkesan. Lagipun cara nak guna sabun ini sangatlah mudah. Hanya basahkan muka dengan air, kemudian gosokkan Ephyra Skin Bar pada telapak tangan, sapukan secara lembut pada seluruh muka dan urut selama 2-3 minit. Memandangkan kulit Neeza ini agak bermasalah, Neeza buat dalam 5 minit. Lepas itu, bilas dengan air. Wuu~~ Neeza rasa lepas basuh muka itu, kulit rasa bersih dan tegang. Syok maaa~ Untuk dapatkannya, boleh hubungi:
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.