Sunday 24 December 2017

Pertama Kali ke Sunway Lagoon Sempena Ulang Tahun ke 25

Assalammualaikum dan hai semua,
Baru-baru ini Neeza berkesempatan ke Sunway Lagoon. Walaupun dah duduk Shah Alam selama 2 tahun, Neeza jarang keluar bersuka ria di sini atas kesibukan Neeza belajar dan mencari pengalaman yang mungkin In Shaa Allah Neeza dapat gunakan ketika memohon kerja kelak. Dan setiap kali Neeza cuti semester, Neeza akan balik ke rumah mak di Johor.
Alhamdulillah, Allah telah beri kesempatan pada Neeza untuk jejakkan kaki ke Sunway Lagoon. Kebetulan Neeza memang sedang stress dengan submission minggu 14 jadi Neeza perlu tenangkan fikiran dari stress yang melanda. Lagipun  memang dah lama teringin nak ke sana dan nasib baik my baby garl ini sudi temankan Neeza. Thank you Nash!
Kalau anda nak tahu, taman tema air terbesar di Malaysia ini rupa-rupanya dah menjangkau 25 tahun. Ya tahun ini merupakan ulang tahun Sunway Lagoon yang ke-25. Dan Neeza pula baru kali pertama datang ke sana. Sobbs. Tak apa, yang penting dapat juga Neeza merasa keseronakan ke Sunway Lagoon. Hehe.

Kalau datang ke Sunway Lagoon, memang wajib anda datang pada waktu pagi sebab banyak sangat permainan yang ada di sini dan memang tak cukup berada di sini untuk beberapa jam. Masa kami sampai ke Sunway Lagoon, kami telah dihiburkan dengan persembahan dari kadet polis dan tarian selamat datang dari pihak Sunway Lagoon serta meet & greet with Captain Quack. Tak sempat nak ambil gambar Captain Quack sebab ramai sangat orang di hadapan dan Neeza pula berada di belakang. Huhu.
Perbarisan Selamat Datang
Persembahan tarian yang memukau dari Sunway Lagoon
Serius memang ramai orang sebab sekarang kan cuti sekolah. Neeza tengok memang banyak trip yang datang ke Sunway Lagoon. Setelah selesai mendaftarkan diri. sebelum masuk ke dalam Sunway Lagoon dan bersuka ria, anda kena pakai tag khas dulu di pergelangan tangan. Tag itu merupakan tiket mengikut pakej yang anda bayar semasa daftarkan diri tadi. Kebanyakan permainan yang ada di Sunway Lagoon ini terdapat 2 lorong iaitu normal dan express. Biasalah, tiket express ini mahal sedikit tapi anda tak payah tunggu lama sebab lorong express ini akan dilepaskan dahulu sebelum lorong normal. Got it?
Sebelum anda dapat masuk ke dalam, anda kena lalui main entrance, di sini pihak Sunway Lagoon akan melakukan "sportcheck" untuk memastikan pengunjung yang datang ke Sunway Lagoon ini berasa selamat kerana Sunway Lagoon ini bukan sahaja terkenal dari kalangan rakyat Malaysia malahan pelancong-pelancong asing tau. Anda tak dibenarkan untuk bawa makanan di luar ya.

Selesai sahaja Neeza dan Nash melepas pintu utama, kami singgah dulu ke Wildlife Park. Terdapat banyak tarikan di sini, kira-kira ada 15 kawasan. Paling disyorkan untuk anda melawat Tiger Land, White Lion Kingdom dan Pet Village. Tiga kawasan ini merupakan kawasan paling popular sekali di Wildlife Park.
Suka ya awak dapat jumpa haiwan-haiwan di sini? :-p
Inilah pasangan singa Zola dan Zuri. Sweet tak?
Yang mana satu singa betina dan jantan? Cuba teka?
Harimah putih. Time inilah kau nak tidur ek? :') Tak pastilah ini Samson ke Asha.
Cuba teka ini haiwan apa?
Comel je kakak ni  nak sentuh 
Nash tertinggal haiwan kesayangan dia nih hehe
Amboi kemain suka dia dapat jumpa Mr Goat
Okay, itulah beberapa kawasan yang Neeza explore di Wildlife. Tunjuk sikit dekat blog, yang lain anda kenalah datang di sini dan explore haiwan apa yang ada di sini. Tak payah susah-susah ke zoo, dekat Sunway Lagoon boleh main pelbagai permainan dan tengok macam-macam.

Sebelum Neeza dan Nash ke Wildlife Theater untuk melihat Wildlife Show, kami sempatlah melihat pameran yang berkaitan dengan haiwan di sini terutama haiwan yang paling Neeza geli dan takut. Nasib ada si comel arnab comel itu.
 Suzy ini real ke tak?
Geli geliman I tengok kulit ini.
Sempat pula dia beraksi dalam ini. 
Selesai sahaja melihat pameran, kami terus ke Wildlife Theater untuk melihat pertunjukan haiwan seperti burung-burung kakak tua, ular, tikus dan banyak lagi,
Ini Mr Lutfi's girlfriend. Kenapa? Nanti datang tengok. Ok, burung pun ada boyfriend. I ini juga yang single. :')
Siapakah dia? Dan apakah kepandaian dia? Jeng jeng.
Comel je mereka lalu. Uisssh hati-hati nak terjatuh tu.
Paling geli geliman kalau ada haiwan ini. Masa memula sampai dari belakang boleh pula dia lalu dekat seat tengah tempat Neeza duduk. Neeza dah lari lintang pukang ke belakang. Nash bertahan duduk situ sambil pegang-pegang ular ini walaupun dia sendiri tak perasan terpegang tangan siapa sebab Neeza dah lari dulu. Kihkih. Brother ini rilek je pegang 2 ular sekali gus. Hadiah sempena birthday katanya. Maklumlah ramai vote dia ke depan sebab birthday boy. Hahaha.

Sebenarnya ada banyak lagi haiwan pertunjukan tapi biarlah Neeza simpan dalam memori supaya anda dapat kejutan tersebut yang Neeza rasai dari pihak Sunway Lagoon.

Setelah melihat pertunjukan di Wildlife Show, Neeza dan Nash ke Nickelodoen Lost Lagoon. Untuk mereka yang mahu merasai zaman kanak-kanak bolehlah ke sinil Ada sesi meet & greet dengan Spongebob dan Patrick. Mungkin nasib kami baik, Ninja Turtle pun ada okay! Neeza memang minat sangat dengan Ninja Turtle, dulu masa umur 7-8 tahun, setiap kali bangun pagi semasa hujung minggu pasti siaran pertama Neeza tengok ialah Ninja Turtle pada jam 8.30 pagi ke 9.00 pagi. Lupalah. Heee.
Oh ya, di Nickelodeon ini, kawasan paling wajib anda singgah dari 14 kawasan ialah Spongebob Splash Adventure, Kubarango dan Masoon 360. Sekiranya lapar, di sini terdapat beberapa restoran yang anda boleh menjamu selera seperti Cubes Pizza, Nesle Ice Cream. Sister Crispy Popiah dan banyak lagi.
Hai Spongebob dan Patrick. Macam saya dan awak Nash. Ecece pick up line sangat. Hahaha
My favourite Ninja Turtle
Seterunya, kami berjalan ke Water Park. Di sini merupakan kawasan paling meriah sekali lagi-lagi kanak-kanak. Umpama taman syurga dunia gitu. Siapa yang tak seronok bermain air kan?
Di Sunway Lagoon juga terdapat Scream Park. Kalau berani pergilah ke sini kerana terdapat  beberapa rumah hantu. Neeza tak berani. Kalau nak tahu berpuaka ke tak, jomlah ke Sunway Lagoon.
Okay takut dah haha
Nak makan pop corn ke nasi lemak ada jual di sini
Neeza dan Nash memang target ke Amusement Park. Di sini ada Pirate's Revenge, Roller Coaster, Wagoon Wheel dan banyak lagi. Dah lama tak ke Fun Fair jadi rindu nak jerit-jerit. Memang gila lah main dekat sini. Tapi serius best!
Tak dapat naik Feris Wheel, naik Wagoon Wheel pun jadilah
Best wey naik ni betul2 lama kau duduk terbalik dekat atas itu. Tapi Pirate's Revenge lagi adventure.
Kalau anda pencinta permainan sukan esktrem bolehlah cuba datang ke Extreme Park. Ada 11 sukan yang anda boleh cuba seperti kayak, memanah, go kart, paintball, flying fox dan macam-macam lagi.
Oh ya, kalau anda stay sampai petang terdapat beberapa aktiviti yang anda boleh cuba seperti SLIME Time di Spongebob Splash Adventure dan Tale of Mount Berapi & Volcano Show.
Tak sabar nak tengok ia meletus
Eh. ada swanlah
Ada jambatan gantung juga tau
Serius memang best sangat datang ke Sunway Lagoon. Kalau tahu macam-macam ada di sini, memang lama dah pergi. Sebab selama ini Neeza ingat Sunway Lagoon ini cuma tempat main air je. Huhu.

Bersempena ulang tahun ke 25 Sunway Lagoon,  terdapat promosi FamFun yang merangkumi 2 tiket dewasa + 2 tiket kanak-kanak dengan hanya RM390* ataupun 4-To-Go untuk 4 orang dewasa dengan hanya RM456* atau Beli 3 Percuma 3 (Beli 3 dewasa PERCUMA 3 dewasa) pada harga RM510*.

Untuk promosi individu, Sunway Lagoon juga menyediakan promosi RM150 setahun dengan unlimited entries okay! Best woo. Cepat grab dan datang ke Sunway Lagoon tau.

Kalau datang Sunway Lagoon ini memang happening datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Cuba spot di mana Neeza?
Untuk maklumat lebih lanjut,
Sunway Lagoon Snd Bhd
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor, Malaysia.
Nombor Telefon: +603 56390000

Salam sayang,
Neeza

Wednesday 20 December 2017

Sempurnakan Akhir Tahun Anda dengan Membayar Zakat Melalui Kempen Yez 2017

Assalammualaikum dan hai semua,
Bersesuaian dengan taglinenya 'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT', Pusat Pengutan Zakat MAIWP telah melancarkan Kempen Yez 2017 (Year End Zakat).

Ingat shopping sahaja yang ada kempen akhir tahun ke? PPZ MAIWP pun buat kempen juga tau.


PPZ- MAIWP senantiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat. Oleh yang demikian, Kempen Yez 2017 (Year End Zakat) dilaksanakan bagi menggalakkan umum berzakat sebelum berakhir tahun 2017. Kempen ini diadakan selama 1 bulan pada bulan Disember 2017 bermula 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017.

Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017 termasuk cuti umum. dari jam 8.15 pagi - 4.45 petang.  Pada tarikh 26 – 31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam.


Pelbagai keistimewaan yang bakal diperolehi para pembayar zakat iaitu pemberian cenderahati  khas di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP  iaitu CD  MAU’ IZATI  oleh  Ustaz   Ahmad  Dusuki  Abd  Rani, Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP.

Malahan ada hadiah cabutan bertuah bagi para pembayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP. Dengan 1 cabutan bertuah setiap hari dari tarikh 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017.

Turut ditampilkan, maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO) untuk  memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017. Bagi yang tidak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ-MAIWP pula, umum boleh menunaikan zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan.

Untuk makluman lanjut;
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Ibu Pejabat)
Alamat: Wisma PPZ 68-1-6 Dataran Shamelin, Jalan 4/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Talian: 1-300-88-5757

Salam sayang,
Neeza

                                                                                                    

Sunday 17 December 2017

Hari Terbuka Red Ribbon Wedding Works - Alami Sendiri Acara Perkahwinan Sebenar

Assalammualaikum dan hai semua,
Neeza baru sahaja pulang dari menghadiri Hari Terbuka Red Ribbon Wedding Works. Kan Neeza dah bagitahu di entri INI yang Neeza akan ke sana. Serius rugi siapa tak pergi tau.

Seperti yang Neeza dah update hari itu, Hari Terbuka ini merupakan anjuran daripada pihak Red Ribbon Wedding Works yang berkalaborasi dengan Dewan SM Syahidzuan ini. Untuk pengetahuan semua, ini kali kedua Neeza ke kawasan Ostia Bangi. Nak tahu tak, Dewan SM Syahidzuan ini terletak di atas bangunan Primavalet je. Nak lagi tepat, lokasinya berada di Bangunan A.
Ketika melangkah masuk ke dalam dewan ini, Neeza dah mula mengimpikan majlis perkahwinan sendiri. Ecewah. Kawasan Dewan SM Syahidzuan ini sangat bersesuaian dengan impian tema perkahwinan Neeza nanti.
Neeza mahukan perkahwinan yang ringkas dan bersifat lebih privasi di mana keluasan Dewan SM Syahidzuan ini boleh memuatkan 170 orang dalam satu masa. Kalau anda nak buat majlis yang tetamu datang dan pergi, jemputan tetamu yang boleh dimuatkan ruangan dewan ini kira-kira maksima 700 orang. Kalau dalam pakej yang disediakan ialah 500 orang.
Cantikkan dekorasi untuk kerusi dan meja di Dewan SM Syahidzuan ini?
Mesti ada yang tertanya kenapa Dewan SM Syahidzuan ini dipilih?

Selain dari lokasi yang strategik, Dewan SM Syahizuan ini menyediakan kemudahan surau lelaki dan perempuan, parking kereta yang luas dan dewan berhawa dingin,

Pihak Red Ribbon Wedding Works menyediakan pakej istimewa untuk para pengantin yang ingin mengadakan perkahwinan di Dewan SM Syahidzuan, Bangi ini di mana pakej lengkap termasuk dewan hanyalah RM25 sekepala untuk 500 jemputan.
Serius kata para pengantin tak perlu sakit kepala dan stress kalau ambil pakej ini sebabnya A to Z, semuanya diuruskan oleh pihak Red Ribbon Wedding Works. Di dalam pakej ini, terdapat menu untuk jemputan tetamu, andaman, fotografi, PA System dan pelengkap majlis. Pakej ini juga termasuk VIP Dome Setting, hidangan pengantin, pramusaji beruniform dan koordinator majlis.

Malahan, pihak Red Ribbon Wedding Works memberikan anda secara percuma hotel satu malam, bubur pulut hitam, teh tarik, dan kek pengantin. Percuma okay PERCUMA!

Bagi Neeza, bagi sesebuah majlis perkahwinan, menu untuk jemputan andalah antara perkara yang terpenting sekali. Kita tentulah mahu memberikan makanan yang terbaik dan sedap untuk orang yang hadir meraikan perkahwinan kita.
Semasa Hari Terbuka, Neeza sempat menjamah beberapa menu iaitu nasi beriyani, daging masak hitam, ayam madu dan acar buah. Memang lembut je daging dan ayam madu itu pun rasa lemak manis. Nasi pun okay.
Semasa Hari Terbuka ini, pihak Red Ribbon Wedding Works turut mempamerkan 3 rekaan yang menjadi pilihan para pengantin masa kini iaitu songket,bollywood dan fishtale. Cantik kan? Neeza berkenan betul rekaan bollywood itu.
Dan paling penting semasa meraikan hari bahagia adalah rekaan pelamin. Semasa Hari Terbuka ini, pihak Red Ribbon Wedding Works menampilkan tema Tropical Garden. Memikat hati kan? Simple and nice.

Beruntung betul buat bakal pasangan mempelai yang datang ke Hari Terbuka ini di mana dapat melihat dan merasai seperti acara perkahwinan sebenar.
Eh? Hatta Dolmat pun ada tau datang support founder dan co founder Red Ribbon Wedding Works,
Okaylah, sekiranya anda berminat dengan pakej ini, anda boleh menghubungi pihak Red Ribbon Wedding Works seperti berikut;
Red Ribbon Wedding Works
E-03-13, Jalan Prima 3/5, Taman Puchong Prima, 47100 Puchong, Selangor
Nombor Telefon: 0107920920 (Nelly) 0107953569 (Hafiz)
Facebook:Red Ribbon Wedding Works
Instagram: @redribbonweddingworks

Salam sayang,
Neeza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.