Monday 20 November 2017

Kemeriahan Sekitar Program Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017

Assalammualaikum dan hai semua,
Pada minggu lepas, Neeza telah berkesempatan ke negeri Johor bersama dengan rombongan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dan rakan-rakan media untuk menghadiri Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017).
iskandar puteri kayak challenge 2017, puteri harbour, kg sungai melayu, kayak challenge, johor
Sumber gambar di atas adalah dari Sukan TV RTM
IPKC 2017 merupakan satu acara perlumbaan kayak sejauh 40 km dari Puteri Harbour ke Kg Sg Melayu melalui Selat Johor (dahulu dikenali dengan Selat Tebrau). Ia diadakan pada hari yang bersejarah bersempena Sambutan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri oleh DYMM Tuanku Sultan Johor Darul Takzim.
IPKC 2017 diadakan bertujuan untuk mempromosikan "Pelancongan Sukan" di Puteri Harbour dan "Pelancongan Eko" di Kg Sg Melayu. Dengan prasarana yang moden, strategik lagi menarik di Puteri Harbour ia menjadikan sukan kayak ini satu sukan yang berpotensi untuk diketengahkan, dipromosikan serta dianjurkan setiap tahun sehingga dikenali di persada antarabangsa kerana lokasinya yang berdekatan dengan segi tiga emas iaitu Johor, Singapura dan Indonesia memberikan kelebihan buat Puteri Harbour.

IPKC 2017 ini boleh dijadikan satu tarikan kepada para belia menyertai sukan air ini disebabkan kosnya tidak besar dan mampu disertai oleh para belia dan juga boleh mempelopori penubuhan Kelab-Kelab Kayak di kampung-kampung, di IPTA dan IPTS malah di jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan dan swasta. Ia dapat memberi pendedahan masyarakat tentang keselamatan di air, kesedaran penjagaan alam semula jadi malah juga menjadi sukan rekreasi.

Oh ya, program Perlumbaan IPKC 2017 telah bermula pada 18 November 2017 dari Puteri Harbour ke Jambatan Linkedua dan berpatah balik menuju ke Kg Sg Melayu. Ia akan melalui Jeti Feri ke Batam, Sg Pendas, Chalet Terapung, Pusat Penternakan Kupang, Kawasan Hutan Bakau Kg Sg Melayu dan Beting Lapan.
iskandar puteri kayak challenge 2017, puteri harbour, kg sungai melayu, kayak challenge, johor
Majlis Perasmian telah dirasmikan oleh wakil Menteri Besar, Dato’ Zulkurnain Hj. Kamisan (ExCo Belia dan Sukan, Kebudayaan & Warisan Negeri Johor kerana YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor Darul Takzim tidak sempat menghadirkan diri kerana mempunyai jadual yang ketat. Majlis perasmian telah berlangsung di Puteri Harbour iaitu di tempat perlepasan peserta kayak manakala Majlis Penutup oleh Y.Bhg Tuan Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Johor Bharu Tengah di Kampung Sungai Melayu.
Semasa acara berlangsung, Neeza sempat merasai melalui perairan sempadan Singapura dan Johor dengan menaiki kapal Black Pearl bersama para VIP dan MTC Media untuk melihat dengan mata sendiri kesungguhan para peserta berkayak dan mengharungi jalan-jalan tersebut.
Inilah The Black Pearl cruise
Berada di tengah-tengah perairan Selat Johor
Sebanyak 150 peserta dari seluruh negara akan mengambil bahagian dalam acara sukan berprestij ini dan sebanyak 5 kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori Pelajar Lelaki, Kategori Pelajar Campuran, Kategori Terbuka Lelaki, Kategori Terbuka Campuran, Kategori Antarabangsa Campuran dan Kategori Agensi Pelancongan.
Sesi bergambar para VIP dan para penyokong yang hadir untuk beri sokongan padu kepada rakan-rakan yang menyertai acara kayak
Antara peserta yang teruja dan bersedia untuk memulakan acara kayak
Para peserta kayak bersedia di garisan permulaan. Garisan permulaan berbeza mengikut kategori.
Selain daripada acara kayak, terdapat acara-acara lain telah diadakan sepanjang hari iaitu saperti pelayaran Selat Johor, sukan air Kg Sg Melayu, perarakan bot berhias, pameran dan bazar di Puteri Harbour, ceramah dan persembahan dari Kelab Alami.
Antara bot berhias yang menarik perhatian 
Acara sukan air yang sedang berlangsung dan merupakan acara terakhir dipertandingkan
Yang menariknya, ada di antara rakan-rakan media iaitu Team Mix Media antara Utusan Malaysia dan Malaysia Kini juga berkesempatan menyertai acara kayak untuk merasai sendiri pengalaman berkayak di Selat Johor ini. Diakui mereka agak gementar pada awalnya namun setelah berkayak, senyuman tanda kepuasan sangat jelas terpamer di wajah mereka. Tahniah team Media!
4 peserta dari Team Mix Media
Bersedia untuk memulakan cabaran
Berjaya spot Team Mix Media di Selat Johor semasa kami menaiki cruise
Untuk pengetahuan pembaca, acara Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 ini adalah anjuran bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) & Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dengan dihoskan oleh Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim.

Ini adalah pertama kali Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) menganjurkan acara sebegini untuk mempromosikan Sukan Kayak sebagai produk pelancongan popular. 

IPKC 2017 juga mendapat kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri  Johor (MSN), Iskandar Regional Development Authority (IRDA), UEM Sunrise, Tourism Johor, Educity, Netherland Maritime Institute of Technology (NMIT), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Komuniti 1 Malaysia Kg Sg Melayu, Yayasan Penyayang MPJBT, Yayasan Warisan Johor, Malaysia Nature Society, Kelab Alami dan Ascott International.

IPKC 2017 ini juga mendapat kerjasama dari pihak keselamatan dari PDRM, Polis Marin, Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Laut Negeri Johor, Jabatan Perhilitan dan Jabatan Kesihatan.
Gambar kenangan wakil Dato’ Zulkurnain Hj. Kamisan bersama pengajur antaranya President MTC, Uzaidi Udanis dan pihak yang telah menjayakan program IPKC 2017
Apapun bagi Neeza sendiri, sebagai anak jati Johor sendiri, Neeza berharap agar IPKC ini akan dijadikan acara sukan kayak tahunan di Puteri Harbour sebagai satu pengisian dan tradisi bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri Johor pada masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dan menjayakan program ini.

Oh ya, di samping menghadiri program Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 ini, kami juga telah berkesempatan untuk melawat ke tempat-tempat menarik di Johor Bahru sepanjang kami berada di sana selama 2 hari 1 malam. Apapun nantikan entri Neeza seterusnya tau.

Untuk malumat program lebih lanjut;
Facebook: Majlis Pembandaran Johor Bahru Tengah

p/s: Setiap gambar hendaklah mendapat keizinan dan dikreditkan kepada tuan blog. Terima kasih.

Salam sayang,
Neeza

Wednesday 15 November 2017

Jom Nikmati Hidangan Asia Tenggara di Row Six, Setia City

Assalammualaikum dan hai semua,
Hari ini Neeza nak kenalkan anda dengan sebuah tempat makan yang anda perlu cuba kalau anda berada di Shah Alam dan sekitar Klang iaitu Row Six yang terletak di Setia City Mall, Setia Alam. Tak jauh pun dari Shah Alam. Kalau anda naik bas Rapid KL UiTM Puncak Alam masa perjalanan kira-kira dalam setengah jam ke 40 minit bergantung pada laluan trafik. Tapi kalau anda naik kereta tentulah lagi cepat. Hehe.

Neeza memang selalu ke Setia City Mall kerana Setia City Mall merupakan tempat hangout untuk pelajar-pelajar universiti di sini. Walaupun tak sebesar Sunway Pyramid, tapi macam-macam jenama ada di bawah satu bumbung dan keadaan sekeliling yang agak santai untuk beriadah bersama rakan mahupun keluarga. Dan paling penting Setia Alam merupakan lokasi tempat makan yang terkenal untuk masa sekarang.

TENTANG ROW SIX
Row Six, Row Six Setia City, Setia City Mall
Menyajikan masakan tempatan legenda Asia Tenggara. Nanyang dikenali sebagai rujukan Asia Tenggara kepada penduduk etnik Cina etnik di negara-negara ini. Row Six percaya bahawa keenakan evolusi masakan Nanyang yang ketara dan kaya dengan ramuan bahan-bahan, gaya memasak dan persembahan selepas berabad-abad dan asimilasi budaya dengan dialek tempatan dan gaya hidup pasti menambat sesiapa sahaja terutama pengunjung-pengunjung terutama pencinta makanan yang datang ke restoran Row Six ini.
Istimewanya tatarias restoran agak kemas dan dipenuhi dengan lukisan yang menarik serta persekitarannya agak santai sesuai untuk anda nikmati hidangan bersama keluarga dan rakan malah sesuai juga ketika bertemu klien atau buat kerja menaip di sini.  Suasana kedai yang bersih menambat hati Neeza untuk menjejaki ke Row Six ini. Malahan pelayan restoran di sini agak ramah.

Nak tahu menu istimewa yang ada di Row Six ini? Kebanyakan hidangan di sini adalah dari Indonesia, Thailand dan Vietnam. Bagi penggemar makanan antara ketiga-tiga negara ini bolehlah cuba makan di sini. Jom Neeza perkenalkan satu persatu.

MENU
Hidangan Nasi
1. Tomyang Goong with Rice & Satay / Thailand - RM 24. 95
Tomyang Goong ini merupakan hidangan sup Tom Yam yang terkenal di Thailand yang menggunakan udang sebagai bahan utama. Ia merupakan sup yang mempunyai rasa lemak dan masam yang terdiri daripada daun serai, akar galangal segar dan daun limau. Istimewanya di Row Six ini disediakan sekali bersama kupang. 
2. Chicken Satay (6 sticks) / Indonesia - RM16.95
Sate ini merupakan hidangan terkenal di Indonesia dan juga Malaysia di mana dihidangkan bersama dengan sos kacang, timun dan nasi himpit. Istimewanya di Row Six, bukan setakat kuah kacang tapi ditaburkan kekacang yang memberikan impak rangup. Kuah kacang memang sedap dan cukup rencah pasti membuatkan anda ingin menikmatinya lagi. 
Sate yang digunakan dalam hidangan Tom Yam Goong dan sate ayam adalah sama ya. Neeza memang suka sangat dengan isi ayamnya yang padat, kekacang rangup dan dioles dengan kuach kacang pasti buatkan Neeza termimpi-mimpi nak makan lagi.
Row Six, Row Six Setia City, Setia City Mall
3. Nasi Ketuk / Indonesia - RM21.95
Nasi ketuk ini merupakan hidangan terkenal Indonesia nasinya disajikan berwarna biru (lebih kurang nasi kerabu yang terkenal di Kelantan) bersama kuah rendang cara Indonesia bersama telur goreng, keropok ikan, sambal dan sayuran. Rendangnya agak berbeza dengan rendang di Malaysia tapi sedap amat. Rugi kalau tak cuba
Hidangan On House
4. Row Six Combo Set / Vietnam 39.95
Merupakan set combo menghimpunkan beberapa hidangan terkenal di Vietnam terdiri daripada 2 spring roll, 6 sate ayam, 3 kek ikan, 1 mangkuk kerabu ubur-ubur dan 3 kepak ayam BBQ. 
Hidangan Mee
5. Phoh  / Vietnam - RM21.95
Sebutannya "Fuh" ya, merupakan hidangan kebangsaan dari negara Vietnama di mana ianya kaya dengan pelbagai aroma. Mi Nasi digunakan di dalam hidangan ini bersama dengan kuah yang menggunakan herba istimewa dan dihidangkan bersama ayam atau daging. Ternyata hidangan ini membuatkan anda rasa lebih tenang. p/s: kalau stress digalakkan makan ini ya, hehe
6. Thai Pad Thai / Thailand - RM 18.95
Lebih dikenali sebagai Phad Thai, ini adalah hidangan mi goreng gaya Thai yang lazim disajikan di makanan jalanan dan di restoran-restoran tempatan lazat di Thailand. Istimewanya mi yang digunakan adalah mi nasi.
Semasa perang dunia kedua, Perdana Menteri iaitu Plaek Phibunsongkhram telah memperkenalkan mi nasi ini atau dikenali sebagai se chan demi usaha mengurangkan penggunaan nasi di kalangan rakyat Thailand ketika itu dan akhirnya mi nasi ini merupakan hidangan yang menjadi identiti rakyat Thailand sehingga sekarang. Lihatlah gabungan mi nasi bersama bahan-bahan ini memberi rasa berbeza sedikit berbanding mi goreng di Malaysia ini pasti membuatkan anda teringin untuk makannya lagi.
Hidangan Roti
7. Bahn Mi & Sandwich / Vietnam - RM 15.99
Bahn Mi ini maksudnya roti. Sajian ini merupakan Vietnamese Baguette di mana baguette ini bererti mudah, maksudnya sajian roti yang mudah dan boleh dimakan di mana sahaja bersama kepingan daging yang dipanggang bersama nenas dan sayuran yang terdiri daripada salad dan lain-lain
Mengikut sejarah, hidangan Vietnam ini telah diperkenalkan oleh Perancis semasa menjajah Vietnam suatu ketika dulu. Sajian ini lebih ringan dan roti ini lebih lebih lembut di mana crust lebih tebal dan rangup berbanding roti Perancis sedia ada. Untuk sos, Neeza kurang pasti sos yang diguna pakai tapi rasanya agak manis.
Hidangan Minuman 
8. Vietnam Coffee / Vietnam - RM 6.95 (Sejuk)
Vietnamese iced coffee, also known as cà phê đá or cafe da merupakan hidangan kopi tradisional Vietnam. Ia dibuat menggunakan kopi sederhana yang dipanggang kasar di mana kopi  gelap Vietnam  menggunakan penapis titisan Vietnam kecil (phin ca phê). Selepas air panas ditambah, penuras titisan mengeluarkan titisan kopi panas perlahan-lahan ke dalam cawan. Setelah selesai cawan yang ada kopi panas ini kemudian dicurahkan dengan cepat ke dalam gelas penuh ais.
Cara yang paling popular untuk minum kopi Vietnam adalah cà phê sữa đá, di mana kopi ais Vietnam disajikan bersmaa susu pekat manis. Ini dilakukan dengan mengisi cawan kopi dengan 2-3 sudu atau lebih susu pekat manis sebelum proses menyaring penapis. Sesuai sangat untuk pencinta tegar kopi.
9. Mojito - RM9.95
Secara tradisinya, mojito adalah koktail yang terdiri daripada gula (jus tebu tradisional), jus limau, air soda, dan pudina. Menariknya, Mojito ini berasal dari Rom.
10. Mango Selasih with Cream - RM11.95
Minuman yang popular di kalangan para pengunjung Row Six di mana jus mango ini dihidangkan dengan gelas besar bersama isi mango yang ranum, selasih dan krim membuatkan anda terpikat untuk menikmatinya lagi.
11. Tropical Thanh Long / Vietnam - RM 12.95
Tropical Thanh Long sebenarnya adalah shake buah naga yang berkrim. Istimewanya di Row Six, shake buah naga ini dikisar halus bersama pisang yang membuatkan rasanya lemak manis dan daun pudina.
Hidangan pencuci mulut
12. Snow Fungus with Sea Coconut / Malaysia - RM 6.95
Ya, pencuci mulut ini merupakan hidangan dari Malaysia yang terkenal di kalangan rakyat berbangsa Cina. Terdapat snow fungus, longan dan kelapa laut. Selepas minum ini anda akan rasa lebih segar dan "mencuci" rasa dari hidangan berat sebelum ini.
13. Jack fruit with Rice Ball / Thailand - RM 11.55
Pencuci mulut ini terdiri daripada pulut beras yang digumpal secara bulat-bulat di mana ia dihidangkan bersama ais krim dan santan serta hirisan buah cempedak di atasnya. Sumpah sedap weyyy!
Mengikut citarasa dan pilihan Neeza, sekiranya Neeza datang ke Row Six ini Neeza akan memilih sajian Nasi Ketuk, Satay Ayam, Phonh Vietnam, Thai Pad Thai dan Branh Mi & Sandwich. Untuk sajian minuman pula, Neeza memang suka sangat dengan Tropical Thanh Long manakala hidangan dessert pula Neeza suka sajian Jack Fruit with Rice Ball.

Memang ketagih sangat-sangat dengan hidangan-hidangan ini. Yang penting memang puas hati makan dekat sini sebab mengenyangkan cukup rencah dan ramuannya serta saiz hidangan yang besar sesuai dengan harganya yang berpatutan. Cubalah, rugi kalau tak cuba kalau datang ke sini.
Neeza dah, anda bila lagi? 
Untuk maklumat lebih lanjut, 
Row Six Setia City
Alamat: L2-04/05, Setia City Mall, No.7 Persiaran Setia Dagang, Bandar Setia Alam, Seksyen U13, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Jam Operasi: 10 pagi ke 10 malam setiap hari
Talian: +603 3358 4122

Salam sayang,
Neeza

Tuesday 14 November 2017

Siapakah Pemenang Miss World Prestige International Pageant 2017?

Assalammualaikum dan hai semua,
Miss World Prestige International Pageant 2017, Miss World, Miss Pageant
Dalam kesibukan Neeza pada bulan lepas, Neeza sempat menghadirkan diri ke majlis Malam Gala dan Grand Final Miss World Prestige International Pageant 2017 pada 12 Oktober yang lalu bertempat di Grand Ballroom Sunway Resort Hotel di mana bersebelahan dengan Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid.

Ini merupakan pengalaman pertama Neeza berada di majlis peringkat antarabangsa sebegini tau. Selalu tengok depan TV bab anugerah-anugerah ini tapi kali ini Neeza datang dan rasai pengalaman itu sendiri. Ya ampunnnn. Rasa teruja sangat!
Ini Miss Potato bukan Miss Pageant :-p
Dengan tujuan untuk setanding dengan majlis-majlis besar seperti Paris, tahun ini WPI bertemakan;
Dare to Dream, Create a Wonderful
Bersesuaian dengan temanya, WPI menggalakkan para peserta untuk mengejar impian dan menyerlahkan potensi dan bakat masing-masing seperti bermain violin, melukis, menari dan menyanyi. Rasa kagum Neeza dibuatnya melihat para peserta ini. Bukan setakat posing ala model di atas pentas, dengan kecantikan sedia ada, kebanyakan berpendidikan tinggi dan berbakat. Bak kata pepatah Inggeris, beauty with a brain. So jealous, huu~
Miss World Prestige International Pageant 2017, Miss World, Miss Pageant
8 Top finalis terdiri daripada; 
Peserta Nombor 1: Victoria Jean 
Peserta Nombor 2: Gharam
Peserta Nombor 3: Eline Tee 
Peserta Nombor 4: Eawen Chia
Peserta Nombor 5: Valerie Lau
Peserta Nombor 6: Kimberley Claire
Peserta Nombor 7: Jocelyn Teong
Peserta Nombor 8: Mobina
Dan inilah senarai pemenang Miss World Prestige International Pageant 2017.
JUARA : Kimberley Claire (Peserta Nombor 6)
Tempat Kedua : Gharam (Peserta Nombor 2)
Tempat Ketiga : Valerie lau (Peserta Nombor 5)
Miss Talent ; Mobina ( Peserta Nombor 8)
Miss Photogenic : Eawen Chia ( Peserta Nombor 4)
Miss Popularity : Jocelyn Teong (Peserta Nombor 7)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta. Mereka berani untuk menampilkan diri dan bakat mereka dalam penganjuran sebegini. Mesti ada yang tertanya bagaimana kriteria diambil bagi melayakkan mereka untuk menyertai WPI ini?
Juri-juri yang bertanggungjawab memilih para pemenang pada mala gala WPI. Kacak dan cantik belaka.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, peserta WPI ini akan dinilai menerusi 3 kriteria iaitu;
1. Kecantikan luaran (ketrampilan dan sahsiah)
2. Kecantikan dalaman
3. Sumbangan sosial

Kalau anda rasa anda mempunyai 3 kriteria dan berminat, bolehlah cuba sertai untuk tahun depan. Mana tahu, anda yang dicari?

Terima kasih kepada kerana telah menjemput Neeza ke majlis sebegini. Terasa ia adalah pengalaman yang berbeza berbanding majlis-majlis yang Neeza pernah hadiri sebelum ini di mana ia adalah sangat berprestij dan penuh gilang gemilang.
Tahniah Miss World Prestige International Pageant 2017 dan terima kasih kepada semua penaja terutama Gaurora Joaillere kerana menaja majlis sebegini meriah dan berprestij.

Special Thank to honorary sponsor : Gaurora Joaillerie 
Diamond Sponsor : Hai-O Group,Vintage Collection, STO Malaysia 
Platinum Sponsor : Malaysia China Silk Road Entrepreneurs Association, AGP Group, The Hulo Hotel + Gallery, Ming Feng Marketing Sdn.Bhd. 
Gold Sponsor : Fion Poon Fashion, Dynasty Tailors Sdn. Bhd, Reborn Beauty House, Dragon Muay Thai, Power Storm Sdn. Bhd. 
Silver Sponsor : De Vouge Wedding Gallery & Academy, Gelly Wee makeup Studio, Miko Galere, Charater International Modeling, Mekar Subur Sdn. Bhd.

Diharap Miss World Prestige International Pageant ada lagi pada tahun depan. Tak sabar nak tahu siapa pula juara untuk musim akan datang.

Untuk ketahui maklumat lebih lanjut;

Salam sayang,
Neeza

Pengumuman Pemenang Mencipta Video Jom Kreatif Anjuran PPZ-MAIWP Ditaja Coudre KL

Assalammualaikum dan hai semua,
Lamanya Neeza tak update blog untuk bulan November ini. Maklumlah agak sibuk dengan tugasan sebagai pelajar lagi-lagi dah hampir final ini. Tapi dalam kesibukan itu, baru-baru ini, Neeza sempat menghadirkan diri ke majlis pengumuman pemenang mencipta video JOM Kreatif yang bertajuk ‘Mencari Rezeki Yang Berkat’ di mana Pusat Pengutan Zakat Wilayah (MAIWP) dan Coudre KL sebagai penaja utama pertandingan tersebut.
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Pertandingan ini telah dijalankan bermula 15 Ogos sehingga 30 September 2017 yang lalu. Menariknya, para peserta perlu menghasilkan video selama 3 minit dan bebas menggunakan apa sahaja perisian komputer yang mereka mahu. Apa yang paling penting, video yang mereka telah hasilkan itu sudah tentu kenalah memenuhi tema dan memaparkan logo PPZ-MAIWP dan Coudre Kuala Lumpur. Setelah siap, terus hantar penyertaan ke info@zakat.com.my.

Nak tahu menarik tak menarik video peserta yang telah memenangi video paling kreatif ini, anda boleh terjah ke laman Facebook PPZ. KLIK SINI! -sangat digalakkan untuk anda like dan share video-

Untuk pengetahuan semua, PPZ-MAIWP telah menawarkan hadiah untuk kategori Video Pilihan Ramai (Terbaik) yang membawa pulang sebanyak RM 1 000, seterusnya Hadiah Saguhati membawa pulang sebanyak RM 500, diikuti hadiah Tempat Ketiga sebanyak RM 1 000, hadiah Tempat Kedua sebanyak RM 1500 dan Juara membawa pulang sebanyak RM 2 000. Dan pertandingan ini telah mendapat sambutan yang sangat hangat dengan hampir 1 000 penyertaan tau.

Wow, banyaknya! Cuma seramai 13 orang pemenang sahaja telah dipilih sebagai pemenang. Nak tahu siapakah barisan pemenang-pemenang Video Jom Kreatif ini?

Tadaaaaaa.... inilah mereka insan-insan kreatif yang telah berusaha sehabis baik untuk turut serta dalam pertandingan ini.
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Anugerah Video Pilihan Ramai - RM 1000
MUHAMAD HANIF BIN NGARISAN
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Hadiah Saguhati - RM 500
NURMANISYA BINTI SHAHRUDIN
MUHAMMAD ADAM BIN IBRAHIM
MUHAMMAD FAIRULLAH BIN HAMRAN
MOHD AMIRUL ASHRAF BIN ABDUL AZIZ
NIK PUTERI NUR ANIS BINTI NOOR AZMI
NABEEL FAKRUR RAZY BIN JUFRI
ANIS ASYIKIN BIN ALIAS
MUHAMMAD ZUHAILY BIN RAZALI
MUHAMMAD NORAZI NAZREEL BIN MOHD YAZID
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Tempat Ketiga - RM 1000
NURHIDAYAH BINTI ATMIN
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Tempat Kedua - RM 1 500
SYAHIDAH BINTI BAHARUDIN

Dan
 -
-
-
-
-
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
JUARA - RM 2 000
MUHAMMAD HANIF BIN NGARISAN

Syabas dan tahniah semua atas penghasilan video kalian. Nak tahu best tak best video juara yang dinobatkan ini, jom tonton.



Bagi pendapat Neeza memang kreatiflah. Neeza belajar editing perisian, bukan senang tau nak hasilkan video seperti ini. Dan dari segi idea memang kreatif dan realistik dengan keadaan yang kita selalu alami apabila nak keluarkan zakat.
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Oh ya, lupa nak bagitahu. Hehe. Hadiah ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ- MAIWP, Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan juga penaja rasmi bagi pertandingan ini iaitu Cik Puan Emi Hanani Binti Mohd Ariffin, Pemilik Boutique Coudre KL. 
ppz maiwp, coudre kl, pertandingan video jom kreatif
Mesti ramai tertanya, berprestij atau grand sungguh kan majlis penyampaian hadiah ini. Mestilah kena berprestij beb. PPZ-MAIWP dan penaja, Coudre KL ingin menggalakkan generasi muda  zaman sekarang yang sememangnya mahir dengan teknologi menghasilkan idea-idea yang kreatif dan dalam masa yang sama membawa mereka ke satu peringkat yang lebih baik di mana mereka dapat berdakwah dengan orang ramai menerusi gabungan idea kreatif dan teknologi tersebut. Alhamdulillah, usaha ini telah mula menampakkan hasil. 

Semoga PPZ-MAIWP akan terus menerus menganjurkan pertandingan sebegini di masa akan datang, In Shaa Allah.

Untuk maklumat lanjut;
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Ibu Pejabat)
Alamat: Wisma PPZ 68-1-6 Dataran Shamelin, Jalan 4/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Nombor Telefon: 1-300-88-5757

Salam sayang,
Neeza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.