Sunday 30 July 2017

Focus Point - Kedai Cermin Mata Murah di Melawati Mall

Assalammualaikum dan hai semua,

Anda nak tahu tak? Melawati Mall dah mula dibuka dan beroperasi pada 26 Julai 2017 tau. Ini adalah pembukaan pusat membeli belah yang paling terbaru di Kuala Lumpur. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Semakin banyak pusat membeli belah sekarang ini. Baguslah membantu ekonomi negara ya tak?

Neeza sudah tentu rasa teruja sebab biasanya akan ada banyak promosi untuk pembukaan pusat membeli belah ini. Jadi Neeza pun ke Melawati Mall pada 28 Julai yang lalu. Sempat lagi nak grab. Antara yang menjadi tumpuan Neeza ialah kedai cermin mata.

Neeza ini memang rabun tau. Cuma perangai tak semegah, jarang pakai cermin mata kecuali masa belajar dan menghadap komputer riba ini lama. Itu sebab Neeza jarang upload gambar pakai cermin mata. Bila dah nak naik semester ini, memang terdetik nak cari cermin mata baru, boleh rasa power rabun ini dah naik. Hehe.
kedai cermin mata, kedai cermin mata murah, Focus Point, Focus Point Concept Store, Focus Point second outlet, Melawati Mall
Serius best sangat bila dah masuk kedai cermin mata Focus Point ini. Besar dan jadi rambang mata tau. Ini merupakan outlet kedua Focus Point Concept Store. Patutlah besar.

Banyak sangat reka bentuk cermin mata di sini. Mana taknya, dalam ruangan Focus Point di cawangan Melawati Mall ini terdapat tiga konsep berbeza disediakan di bawah satu bumbung iaitu "Whoosh Concept" , "Eyefont Concept" dan Focus Point. 
kedai cermin mata, kedai cermin mata murah, Focus Point, Focus Point Concept Store, Focus Point second outlet, Melawati Mall
Sunnie Series from Whoosh
Whoosh Concept terarah kepada koleksi siri cermin mata yang bergaya dan ceria. Pada ketika ini, Whoosh memberi tumpuan kepada 4 jenis pakej harga yang telah ditetapkan iaitu RM 165, RM 195, RM 215 dan RM 265. Murah kan?
kedai cermin mata, kedai cermin mata murah, Focus Point, Focus Point Concept Store, Focus Point second outlet, Melawati Mall
Oh ya, sempena pembukaan Focus Point di cawangan ini, anda boleh dapatkan koleksi WHOOSH dengan diskaun sebanyak 50% untuk pembelian kedua tau. Jimat banyak kan?

Koleksi Whoosh antara yang Neeza berkenan ialah ini. Rasa macam innocent je kalau pergi kelas.
Manakala Eyefont Concept pula cermin mata yang berjenama seperti Porsue Design, Mont Blanc, Marc Jacob dan lain-lain.
kedai cermin mata, kedai cermin mata murah, Focus Point, Focus Point Concept Store, Focus Point second outlet, Melawati Mall
kedai cermin mata, kedai cermin mata murah, Focus Point, Focus Point Concept Store, Focus Point second outlet, Melawati Mall
Dan ruangan ketiga disediakan untuk produk cermin mata normal dari jenama Focus Point sendiri.
kedai cermin mata, kedai cermin mata murah, Focus Point, Focus Point Concept Store, Focus Point second outlet, Melawati Mall
Oh ya! Sempena pembukaan Focus Point di Melawati Mall, pihak Focus Point mengadakan promosi RM1 untuk bingkai kaca mata. RM1 sahaja tau! Tak percaya kan sebab bingkai je selalu harga RM100-RM500.
Macam mana nak dapatkan promosi ini?
Okay, anda pergi ke kaunter juruwang untuk mendaftar dan dapatkan baucer RM1 tapi untuk bingkai cermin terpilih sahaja. Tempoh penebusan bermula dari 26 Julai 2017 sehingga 31 Ogos 2017 *cepat ada masa lagi*

Bukan itu sahaja, pihak Focus Point juga mengadakan promosi untuk koleksi GUESS sebanyak 60%. Tempoh promosi sama iaitu dari 26 Julai 2017 sehingga 31 Ogos 2017. 

Peminat Rayban? Pun ada promosi tau. Untuk Rayban RB3025 anda boleh dapatkan dengan harga RM399 sahaja! *sementara stok masih ada*
Bukan sahaja cermin mata dewasa, ada juga ruangan untuk Kids Zone tau. Terhibur bila lalu sini. Kanak-kanak pun boleh bergaya dengan cermin mata di Focus Point.
kedai cermin mata, kedai cermin mata murah, Focus Point, Focus Point Concept Store, Focus Point second outlet, Melawati Mall
Mestilah ada promosi juga untuk cermin mata kanak-kanak iaitu BUY 1 FREE 1 untuk koleksi PONEY cermin mata biasa dan cermin mata hitam @ sunglasses.
Yang mana suka pakai kanta atau contact lens, pun ada dijual di Focus Point Concept Store ini.
Neeza pun sempatlah buat pemeriksaan mata. Memang dah naik lah rabun silau I.
Apapun best sangat berada di sini sebab dahlah banyak promosi, staff di sini semua ramah dan baik-baik belaka.
Jadi jom datang ke kedai cermin mata Focus Point cawangan Melawati Mall dan dapatkan cermin mata anda sebelum promosi berakhir!

Untuk maklumat lanjut;
Focus Point Concept Store @ Melawati Mall
Lot LG-19, UP2-01, Melawati Mall,
Jalan Sabah, Taman Melawati,
50480 Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
Salam sayang,
Neeza

Spicy Korean Burger McDonald's Yang Viral

Assalammualaikum dan hai semua,
spicy korean burger, spicy korean burger mcdonalds, mcd, mc donalds malaysia, burger viral
Sejak akhir-akhir ini bila online sahaja, tengok dekat timeline Facebook, newsfeed Instagram malah Instastory, FBstory dan Whatsapp Story pun penuh dengan gambar dan video tentang Spicy Korean Burger McDonald's ini sejak ia dilancarkan minggu lepas. Memang viral habis 1 Malaysia.

Bila viral tengok hari-hari up dekat timeline dan newsfeed, bohonglah kalau tak teringin nak cuba. Sedap sangat ke seperti digembar-gemburkan? . Nak-nak I ini kaki Kdrama dan pencinta makanan Korean. Makanya, kelmarin Neeza pergilah beli Spicy Korean Burger ini dekat McDonald's sekitar Shah Alam ini. Nasib baik Uber ada promo masa itu dapatlah Neeza jejakkan kaki ke sana dalam masa 5 minit dari rumah. Hehe.

Nasib baiklah masa beratur itu tak lama sangat. Yelah, pelajar-pelajar ini *termasuk Neeza* kan tengah cuti semester. Kalau ada mereka ini sudah tentu panjang barisan nak tunggu. Jenuh ler. Hihi.

Tadaaaaaa!!! Inilah Spicy Korean McDonad's yang Neeza dapat itu dengan set harga RM15.99 (RM12.99 ala carte).
spicy korean burger, spicy korean burger mcdonalds, mcd, mc donalds malaysia, burger viral
Sos yang digunakan dalam burger ini adalah spicy korean sauce *rasa kimchi*. Pada pendapat Neeza, Neeza ini pencita makanan pedas, burger ini tak adalah pedas sangat pun. Adalah rasa sedikit kepedasan tapi agak 'mild'. Kalau orang yang tak makan pedas, mereka akan rasa pedas kot. Okaylah, mungkin target market McDonald's budak-budak pun boleh rasai burger keluaran baru mereka ini. Who knows? Ataupun boleh jadi Neeza memang dapat lapisan sos yang sedikit? Kalau nak pedas gila-gila, lagi pedas burger Rio yang pernah McDonad's keluarkan dulu-dulu *kita rindu bila nak keluarkan balik edisi burger Rio?*
spicy korean burger, spicy korean burger mcdonalds, mcd, mc donalds malaysia, burger viral
Bila tengok dekat gambar dan video mereka yang dah upload nampak macam besar je, macam penuh je sayur tapi biasalah, ikut nasib. Ada masa baik ada masa tak. Lapisan sayur ini tak banyak. Tak rasa sangat bawang pun. Bertabahlah hati. *sigh* Tapi Neeza akui lapisan cheese memang melimpah ruah. Meleleh gitu. Yeah! I love the this kind cheese layer after all.
spicy korean burger, spicy korean burger mcdonalds, mcd, mc donalds malaysia, burger viral
Untuk pengetahuan, Spicy Korean Burger ini menggunakan charcoal bun. Itu sebab warna kehitaman dan penarik untuk rakyat Malaysia cuba. Tak ada rasa apa luar biasa pun sama sahaja macam roti burger. Beef patty sama je kot macam dalam beef burger? Tebal jugalah.
spicy korean burger, spicy korean burger mcdonalds, mcd, mc donalds malaysia, burger viral
Dari segi kentang pula, Neeza lagi prefer signature orginal McDonald's french fries kot *I am a totally kentang McD lover, lol* dibandingkan criss cut chip ini. Disebabkan potongan yang terlalu nipis, bila digoreng ia menjadi sangat rangup. Dah macam makan keropok. Hehe. Cuma sedih sikitlah, Neeza dapat criss cut chip yang banyak kehitaman. Nasib baik adalah juga terselit beberapa ketul french fries itu. Merasa juga kentang dan bukannya keropok. Haha. Amma so addicted with french fries. LOL.

Air pula, sedia maklum, ia adalah Frozen Fento. Alaaa~ yang Frozen harga RM1 biasa kita minum itu. Memang sedap pun. Yang belum pernah cuba, tekstur lebih kurang dengan 7eleven slurpy.

Neeza rasa dengan harga set RM15.99, Neeza rasa lebih berbaloi dapatkan Ayam Goreng McD atau BigMac. Hehe. Tapi tak salah nak cuba kelainan sekali sekala ya tak? Apapun skala pedas itu bergantung pada lidah masing-masinglah. Cuma media ini kadang-kadang viralnya terlampau atau orang putih kata exaggrated. Okaylah, lepas ini terasa nak cuba double spicy Samyang pula. Nak test pedas itu lagi gila-gila ke? Tahu tak dekat mana boleh beli COD? Kalau tahu, kongsi ye info seller. Terima kasih.

Salam sayang,
Neeza.

Monday 24 July 2017

Chow Kit Trade Centre (CKTC) - Syurga Baru Barangan Borong Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan hai semua,

Sejak dah terlibat dengan urusan perumahan atau asasnya hartanah lah kan, sekarang ini, Neeza cuba menjinakkan diri untuk belajar memahami tentang pelaburan pula. Maklumlah umur biarpun baru 22 tahun dan masih belajar dan buat part time blogging, alhamdulillah ada rezeki lebih, memang adalah terfikir tentang hala tuju hidup lepas ini supaya lebih terjamin. Berdiri di atas kaki sendiri gitu.

Oh ya, mengenai pelaburan tadi, nak tahu tak sekarang ini Neeza tengah usha pelaburan dekat mana? Baru-baru ini Neeza sempat menghadiri majlis pelancaran Chow Kit Trade Center.

Tak lama lagi, Chow Kit bakal mempunyai mercu tanda yang dibanggakan iaitu dengan pembinaan Chow Kit Trade Center (CKTC).

CKTC ini apa sebenarnya?
Chow Kit Trade Centre (CKTC), barangan borong, barangan borong kuala lumpur, gedung membeli belah, kuala lumpur, hartanah, pelabura
Chow Kit Trade Center (CKTC)
CKTC adalah kedai borong sehenti utama pertama di Chow Kit untuk barangan borong seperti produk kosmetik, kelengkapan dapur, herba Melayu tradisional dan sebagainya di bawah satu bumbung yang mempunyai 10 tingkat  di tengah-tengah Kuala Lumpur. Ianya lebih tersusun, selesa dan sistematik. Macam Kenanga dan GM Klang tapi CKTC adalah lebih besar dan banyak pilihan.
Projek ini merupakan projek terbaru dari New Paradise Development di bawah VINSOON Group ini dijangka bermula akhir tahun 2017 dan siap pada 2019 kelak.

Seperti kita maklum bahawasanya Chow Kit  adalah sebuah penempatan yang mempunyai warisan sejarah yang kaya selama 50 tahun.  Kini menerusi New Paradise, Chow Kit bakal menerima sentuhan baru yang sememangnya terkenal sebagai lubuk perniagaan borong ini.
Menerusi majlis pelancaran ini, pengasas VINSOON Group, Dato' Michael Lim berkata pembangunan CKTC mampu memberi nilai yang signifikan bukan sahaja kepada Chow Kit, bahkan kepada kedai borong dan para pelabur di CKTC itu sendiri.

Beliau juga memberitahu sambutan yang diterima begitu hangat untuk projek pembangunan ini dan mengambarkan permintaan yang kukuh untuk CKTC apabila projek itu dibuka kepada penjual sejak bulan Februari lalu.
Chow Kit Trade Centre (CKTC), barangan borong, barangan borong kuala lumpur, gedung membeli belah, kuala lumpur, hartanah, pelabura
Mana taknya, CKTC ini terletak di kawasan yang berpotensi besar untuk pelaburan dan perniagaan yang sememangnya berada di tengah-tengah Kuala Lumpur. CKTC juga berhampiran dengan kemudahan awam seperti Monorail Chow Kit, LRT Kampung Baru, LRT PWTC, Terminal Bas Pekeliling dan UTC Pudu Sentral. 
Ini siapa yang sepatutnya menelaah? I ke you wahai bff Neeza si Rara ini, kemain dia baca ya. Haha
Ditambah pula, MK Curtain iaitu peruncit langsir terbesar di Nilai telah mengumumkan akan menguasai keseluruhan tingkat 7 dan Hypershoe, kedai kasut terkemuka dengan lebih 40 kedai di Kuala Lumpur akan menduduki seluruh Tingkat 6 di bangunan tersebut serta sky-dining food court sebagai daya tarikan utama CKTC kerana bercirikan Melayu Tradisional yang akan menawarkan pelbagai jenis sajian serta minuman tempatan di tingkat atas CKTC. 

Dan ini bakal menginjak nilai lot di CKTC bila dah siap dan mula beroperasi nanti.
Chow Kit Trade Centre (CKTC), barangan borong, barangan borong kuala lumpur, gedung membeli belah, kuala lumpur, hartanah, pelabura
Menurut Dato' Michael Lim, hingga kini 50% telah dijual kepada para pelabur. CKTC terdiri daripada 254 lot dengan anggaran keluasan 52 hingga 181 kaki persegi. Dijual dari harga RM101 400 hingga RM1 411 800.

Sekiranya anda adalah peniaga dan berminat untuk melabur dalam industri ini, ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang CKTC ini bolehlah;


p/s: Baguslah CKTC dekat Kuala Lumpur, tak perlulah warga KL jenuh nak turun Klang atau Nilai nak borong barang. Jimat minyak jimat tenaga dengan harga barangan lebih kurang sama.

Salam sayang,
Neeza

Thursday 20 July 2017

Resepi - Buttermilk Chicken Simple Versi Saya (Bahagian 1)

Assalammualaikum dan hai semua,
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
Sebelum ini Neeza dapat banyak permintaan dari rakan-rakan yang mengikuti Neeza di Instagram dan Facebook tentang resepi buttermilk chicken ini. Maklumlah, Neeza memang selalu sangat masak buttermilk chicken ini sebab ini adalah masakan kesukaan Neeza sejak dari semester 2 lagi.

Makanya, hari ini Neeza akan kongsikan pada anda semua resepi buttermilk chicken sebelum mengikuti diet ketat oleh jurulatih peribadi. Tak adalah nanti Neeza makan hati berulam jantung teringat keenakannya bila ada orang asyik tanya resepi. Yelah, penat juga nak type setiap kali orang bertanya. Letak dalam blog, kongsi bahan-bahan siap jenamanya sekali sekali dengan langkah demi langkah. Lebih mudah faham di blog ya tak?

Resepi yang bakal Neeza kongsikan ini adalah salah satu versi yang sememangnya mendapat pujian daripada ramai rakan yang pernah Neeza hidangkan masakan ini. Kena dengan tekak orang Melayu sebab ada rakan Neeza pernah nyatakan dia pernah makan buttermilk chicken di kedai dan rasanya terlalu manis dan tak pedas langsung. Nasi dan kuah manis bukanlah kombinasi yang baik untuk sesetengah individu.

Jadi lebih baik masak sendiri, sedap pun sedap sebab ubuh bahan-bahan ikut cita rasa sendiri. Puas makan, muai orang kata. Kalau dekat kedai, sepinggan beberapa ketul ayam dah RM14-RM18 sepinggan. Ini RM15 sahaja kos boleh masak beberapa kali okay!

Okaylah jom mulakan. Bismillah..

RESEPI BUTTERMILK CHICKEN SIMPLE VERSI SAYA (BAHAGIAN 1)
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
Bahan-bahan Goreng:
1. Minyak
2. Ayam fillet
3. Tepung Serbaguna Bestari

Bahan-bahan Tumis:
1. Mentega / Majerin
2. Bawang putih (didadu)
3. Bawang merah/holland (didadu)
4. Cili padi 
5. Daun kari (2 tangkai)
6. Susu Sejat
7. Tepung Jagung
8. Cheese
9. Gula
10. Garam

Cara-cara masak;
1. Mula-mula perapkan selama 5-15 minit ayam fillet bersama tepung serbaguna Bestari dan sedikit air di dalam mangkuk. Kalau dekat restoran, biasanya ayam potong dadu kecil-kecil tapi disebabkan Neeza rasa lagi puas makan saiz sebegini. Hehe.

2. Selepas perap, taburkan ayam fillet tadi dengan tepung serbaguna Bestari ini. Neeza suka guna tepung ini sebab mudah. Memang terlekat cantik. Tak perlu nak lumurkan dengan telur, tak perlu banyak bahan serbuk tapi nak buat tepung sendiri pun boleh (adunkan tepung gandum+serbuk cili+serbuk lada hitam+garam). Kalau malas nak tunggu perap dan sadur serta nak cepat sangat, pakai ayam pop corn yang ada di pasaraya. Terus goreng. Haha.
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
3. Letak minyak dan goreng ayam fillet yang dah disadurkan dengan tepung tadi sehingga warna keemasan. Tips nak dapatkan gorengan yang cantik. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum letak ayam ya.
 Baru digoreng
Sedang digoreng
4. Angkat dan letak di dalam pinggan.
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
5. Masukkan mentega atau majerin ke dalam kuali. 
6. Tunggu sehingga mentega atau majerin cair.
7. Sediakan bahan-bahan menumis. Potong dadu ya.
8. Masukkan bawang putih ke dalam kuali.
9. Masukkan bawang merah pula.
10. Masukkan cili padi.
11. Masukkan daun kari dan gaulkan sehingga naik bau.
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
12. Masukkan susu sejat. Kalau sukakan lauk berkuah, ubuh banyaklah.
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
13. Sekiranya sukakan kuah yang pekat, masukkan tepung jagung.
14. Masukkan gula (masa ini Neeza letak 2 sudu).
15. Masukkan garam.
16. Masukkan ayam fillet yang digoreng tadi ke dalam kuah yang sedang dimasak.
17. Gaulkan dan masukkan pula cheese.
18. Tunggu sehingga kuah mendidih. Siap dan hidangkan.
 Yummy~
buttermilk chicken, buttermilk chicken simple, butterchicken, resepi buttermilk chicken
Close up 
Mudahkan? Senang sahaja masak buttermilk chicken ini. Rasanya yang berlemak, manis dan pedas-pedas gitu. Yang ini versi paling mudahlah. Lepas ini Neeza akan kongsikan resepi buttermilk chicken yang lebih complex ( itu sebab ada bahagian-bahagian). Bergantung pada citarasa masing-masing. Kalau dah cuba ikut versi Neeza, jangan lupa komen ya. Selamat mencuba. :-)

Salam sayang,
Neeza
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 JIAKREATIFELT.